Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, December 16, 2024

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini

 Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Pada 1974, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Nabi Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
فَاليَومَ نُنَجّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكونَ لِمَن خَلفَكَ ءآيَةً ۚ وَإِنَّ كَثيرًا مِّنَ النّاسِ عَن ءآيٰتِنا لَغٰفِلونَ
So today We will save you in body that you may be, to those who succeed you, a sign. And indeed, many among the people, of Our signs, are heedless
“Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!”

keunikan Piramid


 


💢 Fenomena misteri membingungkan saintis. 💢
1 - Satu batu dalam piramid mempunyai berat antara 2 dan 15 tan.
2 - Bilangan batu dalam piramid adalah kira-kira 3 juta.
3 - Berat batu granit di siling bilik raja.
70 tan! (Tiada siapa yang tahu bagaimana Firaun menaikkannya, walaupun saiznya sangat besar.)
4 - Ketinggian piramid ialah 149.4 meter, dan jarak antara Bumi dan matahari adalah kira-kira 149.4 juta kilometer
(Daripada rahsia misteri Firaun)
5 - Koridor masuk ke piramid menghala ke bintang Kutub Utara.
Ruang depan dalam menghala ke bintang Sirius.
6 - Jika anda meletakkan sekeping daging di dalam ruang piramid, ia akan kering daripada cecair tetapi tidak akan reput (rahsianya misteri).
7- Lilitan piramid dibahagikan dengan ketinggian piramid sama dengan 3.14 Nombor ini dianggap sebagai nombor luar biasa dalam matematik Ia dipanggil pemalar matematik (t) dan digunakan secara meluas dalam matematik dan fizik.
8- Piramid diterangi pada waktu malam kerana ia disalut dengan bahan radioaktif.
9- Kedudukan tiga piramid adalah selari dengan tiga bintang paling terkenal di langit yang dipanggil Orion’s Belt.
10 - Satu hari dalam setahun sinaran matahari menembusi Piramid Besar, iaitu hari kelahiran Firaun.
11 - Keris Firaun di dalam bilik piramid tidak berkarat atau kehilangan ketajaman bilahnya, walaupun beribu-ribu tahun berlalu.
(Rahsia itu tidak diketahui oleh saintis sehingga hari ini.)
12 - Di beberapa bilik piramid, peranti berhenti berfungsi dan isyaratnya terganggu, dan sebabnya tidak diketahui.
13 - Tapak piramid terletak pada garisan yang sama yang menghubungkan Segitiga Bermuda di Lautan Atlantik dan Segitiga Formosa di Lautan Pasifik, dan dalam kedua-dua segi tiga perkara pelik berlaku, seperti kehilangan kapal dan pesawat serta kompas tidak berfungsi.
14 - Di dalam Piramid Besar terdapat 3 bilik, dua daripadanya berada di atas tanah dan satu lagi di bawah tanah, dan Mirabeau adalah jurutera genius yang membina piramid ini mengambil masa 20 tahun untuk membina dan menelan belanja kira-kira 100,000 pekerja.
15 - Empat penjuru tapak piramid menghala ke arah asal Bumi dengan ketepatan yang menakjubkan yang menyebabkan saintis menyesuaikan pengiraan mereka pada abad kedua puluh.
16- Orbit yang melalui pusat piramid membahagikan benua dan lautan kepada dua bahagian yang sama rata dari segi keluasan.
17 - Pencukur menjadi tajam seperti pedang jika dibiarkan di dalam piramid selama beberapa hari (sebabnya belum difahami)
18- Piramid Besar, mengikut sistem astronomi, terletak di bawah bintang terbesar di langit!!
Adakah anda percaya bahawa makhluk asing menyumbang kepada pembinaannya dan kemudian mati atau pupus, atau bahawa mereka mempunyai keturunan di kalangan kita sekarang?!! 🤔🤔

Sunday, September 22, 2024

tok faqeh bukan jaminan di akhir zaman

Video sekitar tahun 2018, sebelum pru .... Kalu tok nenek kita dulu, depa boleh hidu benda2 mcm ni... Tapi , mai ke anak cucu... Hmm pakat pi sokong pula ... Heran lo heran !  Semangat tok nenek kita x sampai ... X masuk dlm hati2 masing.... 

Aku x heran kalu org jahil ... 
Yg aku heran tok faqeh, tok gru, ustaz yg klaim aswaja pun ada sokong.... 
Memang betul lah .. fitnah dajjaal akan terkena hampir ke semua org hatta tok faqeh ! 

Tok faqeh bukan jaminan ! 😭😭😭😭

@highlight

Tuesday, November 28, 2023

HAMAS = PAS


Non muslim x sabar2 nk tengok Islam memerintah bumi ...
Sebab depa baru tahu Islam sangat adil & baik.

Sebelun ni depa dok balun Islam, dok simpan syak wasangka, dendam kesumat & macam2 perkara buruk...

.... Akhirnya depa dapat saksikan sendiri kebaikan & keadilan pemerintahan islam !

Serupa tuuu juga apa yg dihadapi oleh gerakan dan perjuangan umat Islam di serata dunia ... Mereka dikeji, dicerca difitnah

...insyaALLAH mereka akan dapat saksikan kebaikan & ketelusan gerakan Islam ini ..

Sebagai contoh: lihat bagaimana Puak Israhell layan lawan musuh mereka x kira lelaki perempuan, org2 lemah... Semua depa bantai x ada rasa belas

Di sini pula siri yg sama.. depa layan musuh politik dgn cara yg sama macam israhell... Di nafikan peruntukan dsbnya..

Manakala di Pehak gerakan Islam sebenar, tidak bertindak mengikut acuan lawan mereka... Peruntukan tetap diberi... Bantuan tetap diberi... Geran2 tanah tetap diberi tanpa pilih bulu !

Perbezaan ketara tetap berlaku antara puak islam dan puak kuffaar/sekular dlm memimpin/pemerintahan tak kira di mana saja di dunia ... Dulu kini dan selamanya...

Akhir akhir ini semua manusia dah mula nampak keadilan yg diungguli oleh puak/gerakan Islam.... Tak kira dimana mereka berada..

Dlm pada itu kuffaar yg sangat degil/munafiq tetap dgn pendirian mereka ..masih memusuhi gerakan ISLAM... 

ADAKAH GERAKAN ISLAM AKAN HERAN ?
Kini giliran zaman org di atas akan beralih duduk di bawah 
HAMAS = PAS !

Sunday, November 26, 2023

pecahkan penunggang dajjaal ini ya Allah

Ya Allah Ya Hayya Ya Qayyim 
Kami mengadu kepadaMu Kejahatan puak penunggang dajjal mata satu

Kami pohon kepadamu
Ya Allah Engkau Hancurkanlah Penunggang dajjaal ini Ya Allah 

Mereka telah menjauhkan & merosakkan aqidah Umat Manusia daripada agamaMu Ya Allah 

Ya Allah, mereka berselindung disebalik pakaian sekular/liberal ya Allah 

Mereka adalah gelanggang Fitnah Ya Allah 

Mereka membawa umat jauh dari syariat ya Allah 

Penunggang sekular/dajjal ini ini telah mengajar manusia untuk takabbur Ya Allah

Mereka dengan senang menghina ulama dan awliya & menentang amaran mufti/ulama yg haq

Menghina umat NabiMu dengan gelaran penunggang agama menimbul kerisauan dalam Negara tercinta ini!! 

Ya Qahhar Ya Qahhar Ya Qahhar 
Hapuskan mereka seperti mana engkau hapuskan khawarij, Anjing Anjing neraka seperti yang dikhabarkan oleh NabiMu Ya Allah!! 

Mereka telah merosakkan agamaMu.. 
Kami mohon kepadaMu selamatkan Umat Ini daripada rencana jahat mereka! 

Amankan negara kami ya Allah 
Amankan negara kami ya Allah 
Amankan negara kami ya Allah

Hidayahkanlah kepada mereka yang lalai alpa dan jujur denganMu

Allahumma Bi Jahi Nabiyyika al-Amin 
Taqabbal minna Dua'Ana ya Rabbal 'Alamin

Wa Sallahu ala Sayyidna Muhammad wa Ala Alihi Wa sahbihi wa sallam 

Al-Fatihah

Saturday, November 25, 2023

zionis rugi

Zionis menyangka dapat kalahkan hamas dlm masa seminggu tapi salah jakaan depa, dah 2 bulan bertempur,  350 buah tank musnah, berbilion usd rugi ! 😀

Tuesday, November 7, 2023

PKR Malaysia - Liberal International (LI) full member

PKR Malaysia - Liberal International (LI) full member - Nurul Izzah Anwar 

Liberal International (LI) condemns Malaysian court's politically motivated rejection of Anwar Ibrahim's final appeal - Wednesday 14 December 2016

The former leader of the multi-ethnic People’s Justice Party (PKR Malaysia – LI full member), Anwar Ibrahim, has seen his final appeal for freedom rejected by a court in Malaysia and will be forced to serve out the final 16 months of his politically motivated sentence of sodomy, barring him from contesting the 2018 national elections.

Anwar Ibrahim, the former Deputy Prime Minister who subsequently broke from the ruling party and led the most successful opposition to its 60-year rule, was sent to prison in 2015 for a conviction of sodomy which was trumped up to keep him from contesting the elections in 2018. Through its work at the United Nations Human Rights Council, resolutions and statements Liberal International has fought for Mr. Anwar’s freedom alongside scores of international human rights organisations.

LI President, Dr. Juli Minoves, who met with PKR leaders in Malaysia last year, said: “This appalling verdict is an affront to the democratic values held by a majority of Malaysians. Everything about the case is untenable: these are politically motivated charges for crimes that should never be in the books in a country respectful of human rights. Liberal International condemns the whole process. A good mesure of the political motivations in this case is that many, like myself, were not allowed to even visit Dr. Ibrahim in jail, in spite of his poor health, when we were in Malaysia recently. This is a travesty of justice.”

In 2013 Anwar Ibrahim’s liberals dealt the incumbent party its biggest ever electoral blow when the PKR won the popular vote but missed out on forming a government due to the number of legislators elected. Since then a major scandal has surfaced concerning the illicit enrichment of the current prime minister Najib Razak in amounts totalling hundreds of millions of dollars stolen from a Malaysian government investment fund, as documented by a US Justice Department complaint filed recently in US Federal Court.

“The international community must see this verdict against Anwar for what it is: a political shot across the bows of the liberal-democratic opposition in Malaysia ahead of the elections in 2018. Liberal International and our global member parties are outraged by the mixture of corruption, disregard for the rule of law and political motivations that have landed Anwar, an innocent liberal politician, in jail. We will continue our fight for justice and we stand in solidarity with our Malaysian partners.”, added the LI president.

Addressing reporters once the hearing had concluded, Mr. Anwar said simply and defiantly: “It is not the end of the road.”

Coinciding with the verdict, PKR leader and daughter of the imprisoned liberal, Nurul Izzah Anwar MP, spoke to Quartz media, outlining her fight for justice in Malaysia. Facing arrest on charged of ‘sedition’, Ms. Anwar said: “When my father was arrested in 1998 it really gave me a sense of how sacred, how valuable, working democratic institutions can be.”

In 2015 PKR president and Anwar’s spouse, Dr. Waz Azizah Wan Ismail, addressed LI’s 194th Executive Committee meeting in Zurich, Switzerland where she spoke of the plight of Anwar Ibrahim who was then suffering in custody without access to urgent medical attention. The 194th EC unanimously adopted a resolution on the struggle for justice in Malaysia.

-----------------
Liberal International (LI) is the world federation of liberal and progressive democratic political parties.

Nurul Izzah Anwar 
20 Dis 2016
https://www.husseinhamid.com/post/pkr-malaysia-liberal-international-full-member-according-to-nurul-izzah