Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, October 31, 2014

Daging para ulama beracun

Imam Ahmad berkata : Daging para ulama beracun. Sesiapa yang menghidunya, akan mengalami sakit, dan sesiapa yang memakannya akan mati
Menghina Ulama
Isu yang semakin membarah di kalangan umat Islam pada hari ini ialah penghinaan terhadap ulama’. Baik dari kalangan ahli Pakatan sendiri, apatah lagi BN. Pernah disiarkan di dalam blog, lukisan yang menghina ulama kita, dan ia sangat mengaibkan. Begitu juga disiarkan di dalam sebuah blog, bermacam-macam kesalahan yang dikutip semata-mata untuk menjadi hero dalam pentas menghina ulama.
1. Perlu diingat, bahawa mengumpat itu umpama memakan daging seseorang. Apatah lagi menghina dan mengecam. Perkara ini telah disebutkan di dalam al Quran, Surah al Hujurat, ayat 11.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-nya (Surah al Hujurat : 11)
( Ismail al Khalwati, Tafsir Ruhul Bayan, cet. Darul Ehya’ Turath al Arabi, bah. 9, ms 71, tafsir Surah al Hujurat, ayat 11 )
2. Perlu diingat juga bahawa mencaci, menghina ulama, dan sebagainya umpama memakan daging mereka. Kita telah diingatkan bahawa daging para ulama’ cukup berbisa, untuk di”makan”.
(Muhammad bin Abdul Rahman, Nasyrati Fi Fadhli Hamlatil Ilmis Syarif, cet. Pertama 1997, Darul Minhaj, Bah. 1, ms 46, Atiah bin Muhammad Salim 1420, Syarah Bulughul Maram, rakaman bersuara terbitan Islamweb.net, Bah. 123, ms 15)
Imam Ahmad berkata :
Daging para ulama beracun. Sesiapa yang menghidunya, akan mengalami sakit, dan sesiapa yang memakannya akan mati
(Muhammad bin Yusuf as Solihi asy Syami, Subulul Huda War Rashad Fi Sirati Khairil Ibad, terbitan yasoob.com bah. 10, ms 237, Thoskubri Zadah 968H, asy Syaqaiq an Ni’maniah Fi Ulama’id Daulatil Uthmaniah, cet. Darul Kitab al Arabi 1975, bah. 1, ms 39)
3. Penghinaan terhadap ulama’, adalah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Mereka yang menghina Nabi Muhammad SAW, juga telah menghina Allah SWT. Lihatlah mulut-mulut mereka yang menghina Allah ini. Mereka juga telah menghina Islam secara jelas.
(Husamuddin ‘Afanah, Fatawa Yas’alunaka’, terbitan yasaloonaka.net, Bah 2, ms 121, berdasarkan Surah Az Zumar : 9, al Mujadalah : 11, Shahih al Bukhari Bah. 1, ms 119 pendahuluan hadis 66, dan disebut dalam Syarah Aqidah Thohawiyah ms 554)
4. Umat akhir zaman, sememangnya melakukan banyak penghinaan terhadap para ulama’. Inilah tanda akhir zaman yang dapat dilihat pada hari ini, berdasarkan Hadis Nabi SAW. Perkara ini telah dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar al Asqolani tentang sebab hilangnya ilmu pada akhir zaman, antaranya ialah penghinaan terhadap ulama’.
( Ibnu Hajar al Asqolani Fath al Bari, Syarah Shahih al Bukhari, cet. 1379 H, Darul Makrifah, tahqiq Ahmad bin Ali al Asqolani, hadis no 3845, bah. 1, ms 194 )
5. Mereka yang menghina ulama sepatutnya dikenakan hukuman ta’zir oleh pemerintah. Tetapi, malangnya ia tidak dilaksanakan di Malaysia. Maka, masyarakat boleh sewenang-wenangnya memperlakukan sesuatu yang jahat terhadap peribadi ulama’.
( Abdul Rahman As Sa’adi 1376, Taysirul Karimir Rahmani Fi Tafsiril Kalamil Minan, cet 1 tahun 2000, Mu’assasah ar Risalah, tahqiq Abdul Rahman bin Ma’la al Luwaihiq, bah. 1, ms 671 )
6. Mereka yang menghina ulama’ layak untuk didoakan supaya ditimpa bencana, bertujuan mendiamkan penghinaan mereka tersebut. Sekiranya kita membiarkan mereka dengan fitnah mereka, akan memburukkan lagi keadaan. Maka, lebih patut untuk kita doakan agar mereka di”senyap”kan oleh Allah.
( Imam al Qurtubi 671 H, al Jami’ Li Ahkamil Quran, cet. 1964 Darul Kutub al Misriah, tahqiq Ahmad al Barduni dan Ibrahim Atfish, bah. 6, ms 1-3, tafsir Surah an Nisa’, ayat 148 )
Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Siapa layak ungkit Semua orang akan berjumpa Tuhan

Published on 25 Sep 2013 Ustaz Syamsuri syamsuri ahmad ~ Hadis Macam Orang Menyanyi ~ Fakta : Semua orang akan berjumpa Tuhan ~ Walau macam mana hebat rumah kita, rumah kita yang akhir sama saja ~ Soalan Tuhan kat kita.. yang menakutkan ~ Allah ungkit apa yang Dia bagi kat kita.. ~ Siapa yang boleh mengungkit? Ada 3 yang boleh mengungkit.. ~ Akhir zaman, manusia mengingkari jasa guru..kondem balik guru dia.. ~ Lembut lutut berdiri pun tak boleh dah..

Kerbau kejar singa.. itulah kerjasama



Kerbau kejar singa.. itulah kerjasama

MENGAPA MUFTI BANYAK YG DIAM

MENGAPA MUFTI BANYAK YG DIAM

isu duit umno atau duit rakyat



isu duit umno atau duit rakyat

Ulasan Isu korek korek korek

Isu "korek... korek... korek... "
just disappeared like that.... alot of corruption cannot be proved until today... missing evidence investigation....... Our Laws have been destroyed ! What more we can do ? third world country never get justice through democracy !

Ini dia cybertrooper yg diupah oleh UMNO

Anak cina datang sewaktu majlis baca yaseen

Waktu kami baru nak mula baca yaasin budak cina ni masuk, sebelum dia duduk dia minta dgn bahasa isyarat kepada Dato Seri Anwar Ibrahim boleh tak dia duduk, Dato seri beri isyarat ok. mula dia duduk berhadapan. kemudian dia memohon untuk duduk sebelah dato Seri ,semua ni terjadi depan aku.

Bayangkan adakah mana mana pemimpin melayu yg boleh tarik anak cina mari bersama dia. malah sanggup minta nak duduk sebelah , semalam semua melayu sahaja di kediaman Anwar Ibrahim , dia seorang sahaja cina. budak lagi. malah waktu semua orang dok beryaasin dia cuba ikut , waktu ceramah di luar dia duduk sebelah aku. beberapa ayat yg dia cuba sebut aku dengar seperti

WALAUKUM SALAM, INSYAALLAH, ALLHUAKHBAR , Orang dok sebut dia ikut. soalan aku bolehkah kita jadi seperti Anwar Ibrahim II , sanggup kah kita melayu terima anak cina malah beri kebenaran duduk sebelah kita, cuba tunjuk mana ada orang cina akan datang ke majlis melayu sorang sorang , kalau hakim hakim tak dapat melihat keperibadian anwar tak layak mereka mengaku diri Islam. fikirkanlah.
 — with Pak SheikhDato Seri Anwar IbrahimHerri Jameri and 30 others.

Penat dan tenat politik macam ini.

Penat dan tenat politik macam ini.... belajar dari kolej dan universiti mana nih ? ingat kan pandai dlm ilmu politik ... ingatkan org UMNO je tak berapa cerdik.... rupa rupanya..... huh.... tanggapan kita selama ini meleset !
Mu ingat Hj Hadi tak tahu hukum hakam kah ?
Nih .. nak khabar kat mu.... HJ hadi tak tinggal puasa Isnin kamis.. dia juga tak tinggal solat tahajjud..... mu ada buat gituh ???
Kalau dah hati perut busuk dan kotor .. inilah jadinya ! tak tahu dosa pahala... tak tahu nak menghormati org yg lebih ilmunya....
org Islam lagi ramai kat negara China sana... mereka makan pakai chopstik lagi.... ada sapa berani kata haram ??
Sapa berani ???
tok sah dok sembang hal hal haram halal , kalau tak pernah belajar dan mengaji ... takut nanti terkeluar dari landasan... keretapi keluar dari landasan.. paling teruk pun org mati.. tapi kalau kita org Islam terkeluar dari landasan... Neraka tempat tinggalnya.. takut takut nanti Allah sumbatkan dlm neraka Jahannam... tak akan keluar darinya selamanya... cukup cukuplah berbalah hal yg kita tak tahu...
Si 'Bodo' Yang Rasa Lebih Cerdik Daripada Ulamak - Ustaz Azhar Idrus
Ingat !!! org yg dok pertikai dan sedang hina alim ulama ni.. kalau dia berada di zaman Nabi..... mungkin dia juga akan pertikai dan menghina Nabi.... Kalau dah hati munaafiq.. di zaman mana pun dia akan jadi munaafiq.... hati perut org munaafiq sama saja .. cuma berbeza zaman....
Srikandi Islam >>>> Sekarang ni...tengok kepada posting,nak kata membina pun tidak...nak membentuk ummah lagilah jauh...jelas hasilnya perpecahan diantara kita...pasal sudu pun di ukur sebagai kesalahan....nak tanya Tn. posting....Nabi s.a.w. makanan hariannya apa???...Kenapa Tn.tak ikut makan seperti apa yg Nabi s.a.w. makan...sunnah...tak ikut apa yg Nabi s.a.w makan makanan harian...suatu kesilapan????...Padan2lah dgn posting yg tidak ada manfaat langsung....Jgn jadikan kita bodoh dan hilang wibawa dgn kerana kenyataan mengadu domba.

Si 'Bodo' Yang Rasa Lebih Cerdik Daripada Ulamak - Ustaz Azhar Idrus

Si 'Bodo' Yang Rasa Lebih Cerdik Daripada Ulamak - Ustaz Azhar Idrus

Banyak benda pelik kat malaysian ni

Banyak benda pelik kat malaysian ni.... jet tak ada enjin...
Kapal terbang boleh hilang.... kapal selam tak leh selam...t
Tahap pemikiran menteri setahap dengan budak tadika...
Curi juta juta lepas... curi rm2.00 kena penjara.....
Dituduh liwat secara sukarela... tapi yg kena sorang saja...
Mereka memperjuangkan kalimah allah... tapi lorong hj taib masih megah di situ...
Menteri yg ada problem dengan harta rakyat... makin naik tinggi pangkat mereka ...

aduhaiiii.... bila lah nak musnah malaysia nih !

Thursday, October 30, 2014

Kata kata saddam hussin terhadap syiah



Saddam sadam hussin hussien
Jika sekiranya ada sejengkal pun syi'ah di jari ku ini,
akan ku potong dan berikan ia kepada anjing

saya menentang hudud kerana saya melihat ini satu undang-undang yang tak masuk akal

Hisyamudin rais : "saya menentang hudud kerana saya melihat ini satu undang-undang yang tak masuk akal"

Mahathir Mungkin Bengang Dengan Pendedahan Ini

Mahathir Mungkin Bengang Dengan Pendedahan Ini..
Bekas rakan kolej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kurang yakin dakwaan mengatakan bekas anak didiknya itu berkelakuan songsang.
Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata semasa masih berada dalam Kabinet, Dr Mahathir memanggilnya untuk menyiasat tentang latar belakang Anwar semasa di kolej.
"Dr Mahathir tanya sama ada saya setia dengan dia atau Anwar. Saya kata saya setia dengan Anwar sebagai kawan dan Dr Mahathir sebagai ketua," katanya ketika ditemui di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.
Katanya, pada Februari 2001 beliau sekali lagi dipanggil Dr Mahathir bertanyakan sama ada dirinya percaya Anwar melakukan perbuatan liwat.
Fauzi berkata, Dr Mahathir mahu mendapatkan kepastian tentang dakwaan yang didengarnya daripada adik kepada setiausaha sulit Anwar ketika itu, Ummi Hafilda Ali.
Katanya, Dr Mahathir pasti orang ramai akan percaya dengan kata-katanya jika beliau mengaku Anwar melakukan perbuatan sedemikian.
Namun, beliau enggan menurut perintah Dr Mahathir supaya mengakui dan mempercayainya walaupun ditawarkan dua fail projek.
"Sebenarnya dia mahu suruh saya supaya yakinkan dia Anwar tidak meliwat.
"Dia harap dia dapat percaya dan saya hanya bercakap benar," katanya.
Fauzi dan Anwar merupakan rakan sekolah semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1964 dan menyertai PKR pada 2008.
Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 atas dua sebab, iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dalam kerajaan dan menggantikannya sebagai perdana menteri.
Dr Mahathir dalam buku "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" menyatakan beliau dimaklumkan mengenai skandal Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, 4 tahun sebelum buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' dihantar kepadanya.
Namun enggan membacanya kerana yakin ketika itu ia hanya artikel sensasi bertujuan mengaut keuntungan.
Anwar dijatuhi hukuman penjara 6 tahun bagi kesalahan rasuah pada 1999 dan 9 tahun ekoran kes Liwat II pada 2000.
Beliau dibebaskan daripada tuduhan liwat oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004.
Kini, beliau dalam proses rayuan terakhir menggugurkan tuduhan Liwat II di peringkat Mahkamah Persekutuan yang dijangka berakhir pada minggu depan.
Jika didapati bersalah, beliau akan dihukum penjara 5 tahun kerana bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara pada Jun 2008.
~malaysian insider

Bersama rakyat mendengar kuliah ustazAzhar Idrus diMedan Ilmu ,Kota Bharu,pagi ini


1 hr · 
Bersama rakyat mendengar kuliah ustazAzhar Idrus diMedan Ilmu ,Kota Bharu,pagi ini
Lihat dengan mata kepada.. kemudian fikirlah.. muhasabahlah... buang sikit sifat ego dan sombong...

Selagi tak buang sifat ego dan sombong... kamu tak akan mampu berfikir dan mencerna apa yg kamu nampak di sekeliling kamu....
Kerna itu .. siapa yg ada sifat sombong... dia tak akan masuk syurga....

Apa lagi kami nak bagitau saudara dari UMNO / BN... apa lagi ???

Apa lagi yg kamu tak puas hati dengan PAS ??   Apa lagi yg kamu tak puas hati dengan PAS ??   Apa lagi yg kamu tak puas hati dengan PAS ??   Apa lagi yg kamu tak puas hati dengan PAS ??   Apa lagi yg kamu tak puas hati dengan PAS ??   Apa lagi yg kamu tak puas hati dengan PAS ??   

Keluhan penoreh getah



Keluhan penoreh getah
Keluhan penoreh getah
Ramai org tak tahu atau tak ambil tahu ...
Saya baru saja bercakap hal ini di pekan pokok sena.... Taukeh kedai (Huasin ) pakaian seragam sekolah .. dia cakap kali ini memang mampus habis... org kampong mampus.. kami org meniaga pun mampus... org meniaga bergantung kpd org kampong... bila dah org kampong tarak duit.. apa nak jadi....

Kami pula kena beli komputer counter duit yg berinternet .. harga satu mesin sampai RM20 ribu.... dah la kena daftar GST... 

Ada sorang Cikgu .. dia buka kedai runcit di pokok sena yg mengajar sekali dengan isteri saya cakap...jualan jatuh 50% .....

Rakyat semua termasuk org BN dan PR akan merana teruk... percayalah... nanti tahun depan lagiiiii teruk !

tahun depan lagiiiii teruk !tahun depan lagiiiii teruk !tahun depan lagiiiii teruk !
tahun depan lagiiiii teruk !tahun depan lagiiiii teruk !
tahun depan lagiiiii teruk !
!!!!

Berjoget tengah sawah di kedah parti arak karaoke BN UMNO



Berjoget tengah sawah di kedah parti arak karaoke BN UMNO

Sedih org kg chubadak kena halau



Terima kasih kpd PDRM..
Terima kasih kpd DBKL..
Terima kasih kpd kapitalis..
Terima kasih kpd sultan2 melayu..
Terima kasih kpd KERAJAAN MALAYSIA...

Terima kasih Kerana mendatangkan kesengsaraan buat warga emas yg dipaksa merempat di negara sendiri...
 —

Siapa agaknya PM masa tu ?



Siapa agaknya PM masa tu ?

umno penipu seleweng kianat rakyat BN bn

Nabi lebih mulia dari arsy

Tidakkah mereka mengetahui bahawa kemuliaan `arsy, syurga, ka’bah dan segala makhluk lain semulia mana pun tidak dapat sekali-kali menyaingi kemuliaan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam.

Hal ini diakui sendiri oleh ulama yang jadi idola kaum Najdi, di mana Syaikh Ibnu Qayyim al-Jawziyyah dalam karyanya “Badaa-i`ul Fawaaid” juzuk ke-3, halaman 655 menukil seperti berikut:

Telah berkata Ibnu `Aqil: ” Seseorang telah bertanya kepadaku: “Apakah yang lebih utama (afdhal) hujrah Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam (yakni makam Baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam) atau Ka’bah?” Maka aku menjawab: Jika yang engkau maksudkan semata-mata hujrah, maka Ka’bah lebih afdhal. Namun jika yang engkau maksudkan adalah keberadaan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam yang bersemadi di dalamnya, maka demi Allah, tidak (yakni tidaklah Ka’bah lebih afdhal daripadanya), tidak pula ‘arasy dan para malaikat yang memikulnya, tidak juga syurga `aden, tidak juga segala bintang yang beredar, ini adalah kerana dalam hujrah tersebut terkandung satu jasad (yakni jasad Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam) yang jika dibandingkan dengan alam semesta dan segala isinya nescaya ia akan mengungguli semuanya (yakni tiada satu pun kejadian atau ciptaan Allah ta`ala yang dapat mengatasi keagungan dan kemuliaan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam.)

Allahu … Allah, shallaAllahu wa sallama `alan Nabiyil Karim, maka wajarkah jika kita putarkan wajah kita daripada menghadap ke arah ciptaan Allah yang paling mulia, tanpa ada nash untuk mensyariatkan perbuatan tersebut ? Sesungguhnya baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam adalah Washilatul `Udzhma yang tidak wajar untuk dibelakangkan ketika bermunajat kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Maka ambillah pengajarannya wahai kaum yang mahu berfikir, beradablah dengan Rasul kalian dan jangan biadab.

Kes Anjing Zon kuliah Masyarakat yang kelam kabut

Ulasan tambahan isu anjing.. sebab tak habis2 lagi. memang ayat quran sebut,buruk perumpamaan org yg mudah dibeli seperti anjing. Sujud anjing dan duduk seperti anjing Boleh kah bunuh anjing ?

Soalan maut kepada saiful

>>> Sekadar pengkongsian dari rakan fb:Hello Saiful Bukhari Azlan, sila jawab persoalanberikut !
(1) Kamu dakwa diliwat dengan paksaan, tetapimengapa kamu membawa minyak pelincir kerumah Anwar?
(2) Kamu dakwa sakit diliwat selama 30 minit,kalau sakit, mengapa laporan perubatan dariHospital Pusrawi menunjukkan tidak ada kesanliwat atau kesan cedera di lubang dubur selepasdiliwat selama 30 minit?
(3) Pihak hospital mengesah tiada kesan cederadi lubang dubur kamu tetapi ada kesan dicucukdengan benda plastik, adakah kamu cucukdengan sendiri?
(4) Kamu dakwa sakit perut dan lubang duburselepas diliwat, tetapi mengapa kamu tidakmembuang besar dan masih boleh memelihara/mengekal air mani dalam dubur kamu selama 3hari?
(5) Kamu dakwa menyapu minyak pelincir dilubang dubur dengan sendiri dan minyakpelincir itu jatuh atas karpet semasa diliwattetapi tiada bukti dijumpai oleh forensik.Kenapa?
(6) Kamu serahkan dua seluar dalam kepadapolis pada 29/6 sebagai bukti, tetapi mengapaseluar dalam yang mempunyai kesan air manibukan seluar dalam dipakai pada hari kejadian,manakala seluar dalam yang dipakai pada haridiliwat telah dicuci. Mengapa kamu cuci seluardalam yang mempunyai bukti penting itu?
(7) Kamu dakwa diliwat pada 26/6, mengapakamu masih pergi ke rumah Anwar Ibrahimuntuk menjamu selera pada 27/6?
(8) Kamu dakwa diliwat pada 26/6, mengapakamu hanya membuat laporan polis pada 29/6,setelah 3 hari?
(9) Kamu dakwa diliwat pada 26/6, mengapakamu berjumpa Najib di kediaman peribadinyapada 24/6 dan berhubungi dengan bekas KetuaPolis Negara, Musa Hassan pada 25/6?
(10) Kamu dakwa diliwat dengan paksaan olehAnwar yang berusia 62 tahun pada masa itu,mengapa kamu yang berusia muda danbertenaga (23 tahun) tidak melawan?

MUTIARA KATA ,SABDA RASULULLUH S.A.W dan FIRMAN ALLAH

MUTIARA KATA ,SABDA RASULULLUH S.A.W dan FIRMAN ALLAH S.W.T 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Senyumam kepada saudaramu adalah sedekah"
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)
Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Adalah Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari. (Riwayat Muttfaq Alaihi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"
Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya"
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya (Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)
Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t. mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)" (Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada rasa lazat beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepan matanya pada hari kiamat" (Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman: Hamba-Ku yang lebih Akucintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah nyata maghrib)" (Riwayat Al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat" (Riwayat Muslim & Abu Daud)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah s.w.t.daripada dosanya tiga puluh enam kali penzinaan" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani dari Abdullah bin Hanzalah r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Barangsiapa yang berperang untuk menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah" (Riwayat Bukhari, Muslim &Abu Daud dari Abu musa al-Asyari r.a)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang jirannya tidak aman dari gangguan-gangguannya" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan sembahyang dan membaca Al-Quran" (Riwayat Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Roh orang mukmin akan tergantung dengan sebab hutangnya sehinggalah diselesaikan hutang tersebut" (Riwayat Ahmad,Al-Tarmizi,Ibn Majah & Al-hakim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika seorang berzina maka keluarlah iman daripadanya bagaikan payung diatas kepalanya dan bila menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya" (Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi & Al-Tarmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sekiranya tidak menjadi keberatan kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi (menggosok gigi) setiap kali mereka hendak mengambil wudhu" (Riwayat Ahmad, Malik & An-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap baik ataupun diam" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang benar beriman kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan dan tidak membunuhnya hidup-hidup, tidak menghinakannya dan tidak sayang anak lelakinya melebihi anak perempuan, nescaya akan dimasukkan dia kedalam syurga" (Riwayat Abu Daud & Al-Hakim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Berapa banyak jiran yang memegang tetangganya pada hari kiamat untuk diajukan kepada Allah s.w.t. lalu berkata: Ya Allah orang ini telah menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku" (Riwayat Bukhari)
Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w.menyempurnakan puasa satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan dan saya juga tidak melihatBaginda s.a.w. berpuasa pada bulan lain lebih banyak dari bulan Syaaban" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Dari Ayub al-Ansari, Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Jangan kamu mengadap kiblat dan jangan membelakangi ketika membuang najis atau air kencing, tetapi hendaklah kamu menhalakan diri kearah timur atau barat" (Riwayat Abu Daud)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Seorang Mukmin melihat dosanya bagaikan seorang duduk dibawah gunung dan takut kejatuhan gunung itu" (Riwayat Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Firman Allah s.w.t.{Dalam Hadis Qudsi} "Wahai anak Adam belanjakanlah harta kamu, nescaya akan digantikan semula oleh Allah kepadamu" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Keberkatan sesuatu makanan itu ialah dengan berwuduk sebelum dan selepas makan" (Riwayat Ahmad, Daud, Al-Tarmizi & Hakim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan" (Riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t.akan merahmati seorang yang lapang dadanya ketika menjual,membeli dan menagih hutang" (Riwayat Bukhari dari Jabir r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta rukuk,sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa" (Riwayat Muslim dari Uthman r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dua malaikat yang mencatat amal itu menghadapAllah s.w.t. membawa sembahyang seorang dua kali sembahyang, melainkan Allah s.w.t. berkata pada dua malaikat itu: Aku persaksikan kepada kamu bahawa Aku telah mengampunkan pada hamba-Kudosa-dosa yang telah terjadi diantara dua sembahyang itu" (Riwayat Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)
Daripada Kaab bin Iyad r.a. katanya, aku mendengar bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta" (Riwayat Al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiap orang yang diberikan Allah s.w.t. ilmu agama, lalau disembunyikan maka Allah s.w.t. mengendalikan mulutnya pada hari kiamat dengan kendali dari api neraka" (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Mas'ud r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan Allah s.w.t.seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang bersendirian dua puluh tujuh darjah" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Jika berdiri bulu roma seorang hamba Allah, maka akan berguguran daripadanya dosa-dosanya bagaikan gugurnya daun dari pokok yang telah kering" (Riwayat Abu Syaikh & Al-Baihaqi dari Abbad bin Abdul Muttalib r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca (Surah Al-Ikhlas) dalam kesakitan dan matinya ,tiadalah dia akan menderita fitnah didalam kubur, terpelihara dari tekanan kubur dan dihari kiamat kelak dia akan dipapah oleh malaikat dengan telapak tangan hingga terlepas dari titian (sirat) dan selamat dia memasuki syurga" (Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Dan perumpamaan orang yang datang terlebih dahulu (ke Masjid pada hari Jumaat) bagaikan orang yang sedekah unta, kemudian bagaikan yang sedekah lembu, kemudian bagaikan sedekah kambing, kemudian bagaikan sedekah ayam, kemudian bagaikan sedekah telur" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan semua makhluk, maka menulis tulisan yang ada diatas Arsy yang berbunyi:Rahmat-Ku mendahului murka-Ku (Rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku)" (Riwayat Bukhari, Muslim & Ibn Majah)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Seandainya seorang kamu keluar membawa tali (kehutan) lalu pulang membawa seberkas kayu api lantas kayu itu dijualnya dimana dia dapat kehormatannya, maka perbuatan itu adalah lebih baik daripada dia meminta-minta, sama ada diberi ataupun tidak" (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari tiga hari tiga malam, maka siapa yang memulau lebih dari tiga hati tiga malam lalu mati akan masuk kedalam api neraka" (Riwayat Abu Daud & Al-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa wuduk pada hal dia masih berwuduk maka dicatat untuknya sepuluh hasanat (kebajikan)" (Riwayat Abu Daud dari Ibn Umar r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat maka menyempurnakan wuduknya kemudian pergi kemasjid untuk solat Jumaat dan mendengarkan khutbah dan memperhatikannya, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat itu dengan Jumaat yang sebelumnya" (Riwayat Muslim & Ahmad)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya..."(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat ditengah malam dapat menghapuskan dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari Jabir r.a)
Dari Ummu Mukminin Aisyah r.a. "Pilihlah tempat air mani kamu dan nikahilah orang-orang yang sepadan" (Riwayat Ibnu Majah daripada Imam Al-Hakimi)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sebaik-baik saf bagi orang lelaki ialah dihadapan dan seburuk-buruknya ialah dibelakang. Sebaik-baik saf bagi orang perempuan ialah dibelakang dan seburuk-buruknya dihadapan" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih besar disisi Allah s.w.t.  sesudah syurik daripada titisan mani yang diletakkan didalam rahim yang haram baginya" (Riwayat Ibn Abid Dunya)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya yang berzina atau minum khamar maka terlepaslah iman daripadanya sebagaimana orang melepaskan gamis (baju) dari kepalanya" (Riwayat Al-Hakim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah s.w.t. Sya'aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" (Riwayat Abu Al-Fatah bin Abu Al-Fawaris)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) akan tetapi siapa yang mandi,maka adalah terlebih baik" (Riwayat Abu Daud)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap malam, maka tidak akan menderita kemiskinan untuk selamanya" (Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn Mas'ud r.a)
Dari Anas r.a. katanya bahawa Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang tidur atau terlupa hingga luput sembahyang hendaklah dia menunaikan (sembahyang) sebaik-baik sahaja dia ingat (sedar) kembali" (Riwayat Al-Bukhari)
"Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik" (Surah An-Nur : 26)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Pedagang yang amanah, yang jujur, yang Muslim, kelak pada hari kiamat akan berkumpul dengan para syuhada (orang-orang yang mati syahid)" (Riwayat Al-Hakim & Ibn Majah dari Ibn Umar r.a)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari ujian kubur" (Riwayat Ahmad & Al-Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Apabila manusia membaca ayat Syajadah kemudian sujud, terhindarlah syaitan laknatullah seraya menangis dan berkata,'celakalah aku, disuruh manusia (anak Adam) sujud, sujudlah dia, balasannya syurga. Saya juga disuruhnya sujud,tetapi saya enggan maka balasannya bagi saya ialah neraka" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Pilihlah untuk tempat nuthfah kamu atau air mani kamu, kerana pembuluh darah ini merupakan sinar pancaran" (Riwayat Ibn Majah dan Ad-Dailami)
"Carilah tempat-tempat yang sepadan untuk air mani kamu kerana seseorang itu boleh jadi akan lebih menyerupai keluarga pihak isteri" (Mutiara Kata)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Bukan seorang Mukmin orang yang kenyang sedangkan tetangga disebelahnya kelaparan (sedang dia mengetahui)" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Kahwinilah wanita-wanita yang berada didalam lingkup/naungan yang baik kerana pembuluh darah itu laksana cahaya" (Riwayat Ibn-'Adi)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharam" (Riwayat Muslim, Bukhari, Abu Daud, Tarmizi,Nasai & Ibn Majah)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Janganlah engkau nikahi orang-orang yang masih berkerabat kerana anak dicipta laksana cahaya. Carilah wanita-wanita yang jauh dan janganlah engkau memilih yang dekat hubungannya" (Riwayat Ahmad, Malik & Al-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur didalam neraka dapat mengganggu ahli neraka lainnya kerana sangar busuk" (Riwayat Al-Bazzar)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah s.w.t." (Riwayat Abu Naim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan bersegak tetapi ia adalah dengan ketenangan (sopan santun) dan merendah diri" (Riwayat Ad-Dailami)
Usamah bin Zaid r.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat hingga tiga kali tanpa uzur,maka akan dicatat dari golongan orang munafik" (Riwayat Al-Tabrani)
Dari Abu Dzar al-Ghifari r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Wahai Abu Dzai, jika engkau hendak berpuasa tiga hari sebulan puasalah pada 13,14 dan 15"(Riwayat Ahmad & Al-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Empat (macam manusia) tidak Allah s.w.t. masukkan merka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya" (Riwayat Al-Hakimi)
Dari Abu Qatadah ketika Nabi Muhammad s.a.w  tentang hari Asyura bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  menjawab: "Puasa hari Asura boleh menghapuskan dosa satu tahun yang lalu" (Riwayat Muslim)
Allah s.w.t. berfirman: "Harta dan anak-anak itu perhiasan penghidupan dunia tetapi amal-amal soleh yang tinggal (buahnya) itu lebih baik disisi Tuhanmu tentang ganjarannya dan tentang harapannya" (Surah Kahfi:46)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang memelihara sembahyang lima waktu dengan sempurna wuduknya dan diwaktunya, adalah baginya cahaya dan tanda pada hari akhirat dan barangsiapa mensia-siakan, nescaya dikumpulkan ia (kelak dineraka) dengan Firaun dan Hamam" (Riwayat Ahmad)
Allah s.w.t. berfirman: "Dan orang-orang yang berkata'Ya Tuhan, anugerahkan lah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang bertakwa" (Surah Furqan:74)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima perkara, menajwab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Setiap isteri yang minta cerai dari suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga" (Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi)
Dari Ibn Umar r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Ingatlah tiap sesuatu yang memabukkan itu khamar (arak) dan tiap khamar itu haram" (Riwayat Ahmad & Abu Ya'la)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang menjadi saksi untuk merugikan seseorang dengan persaksian yang tidak benar, maka hendaklah menyiapkan tempatnya dalam neraka" (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang mebuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t." (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Bila tertusuk seorang dengan jarum kecil atau jarum besar dari besi, maka baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya" (Riwayat Al-Tabrani dari Ma'qil bin Yasar r.a.)
Allah s.w.t. berfirman: "Dia bersembunyi dari manusia lantaran kejahatan yang dikhabarkan kepadanya, apakah dia akan pelihara dia dalam kehinaan ataukah dia akan sumbat dia dalam tanah? Sungguh jelek apa yang mereka hukumkan" (Surah An-Nahl:59)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Semua dosa-dosa dilambatkan Allah s.w.t.(pembalasannya) sesukanya dari akhirat melainkan derhaka kepada kedua ibubapa maka sesungguhnya Allah s.w.t.menyegerakan (bala siksaan) bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya didunia ini sebelum matinya" (Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Orang yang mencekik dirinya sendiri sampai mati akan mencekiknya juga didalam neraka, dan orang yang menikam dirinya juga akan menikam dirinya dalam neraka dan orang yang melemparkan diri dari tempat tinggi untuk membunuh diri maka akan selalu dia melemparkan dirinya didalam neraka" (Riwayat Bukhari & Abu Hurairah r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa hingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah s.w.t. memberi ampun kepada kamu" (Riwayat ibn Majah) 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan berzina seorang pelacur semasa berzina jika dia beriman, dan tidak akan minum khamar (arak) ketika meminumnya jika beriman dan tidak akan mencuri seorang pencuri jika dia beriman" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Allah s.w.t.. telah berfiman "Dan sesungguhnya telah datang utusan-utusan Kami kepada Ibrahim dengan (membawa) khabar gembira sambil mereka berkata: "Selamatlah"Dia menjawab: "Selamat" Surah Hus:69)
Berkata Umar Ibn Abdul Aziz bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sembahyang itu membawa kamu menempuh ketengah jalan,puasa memajukan kamu kehadapan pintu dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya."
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat ditengah malam dapat menghapuskan dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari Jabir r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat" (Riwayat Al-Tirmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya kamu sekelian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu sendiri dan nama bapa kamu,kerana itu hendaklah kamu perindahkan nama kamu" (Riwayat Abu Daud)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang menyiapkan keperluan orang yang berjihad fisabillah maka bererti dia telah berjihad dan siapa yang menjaga keluarga orang yang pergi berjihad dengan baik maka bererti dia telah ikut berjihad fisabilillah" (Riwayat Bukhari & Muslim dari Zaid bin Khalid al-Juhani)
Dari Abu Qatabah bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Puas pada hari Arafah itu boleh menghapuskan dosa yang dikerjakan selama dua tahun iaitu tahun yang telah lalu dan tahun yang akan datang" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Dosa yang paling besar ialah syirik, derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang tanpa hak" (Riwayat Anas r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sebaik-baik puasa ialah puasa Nabi Daud Alai-His-Salam, ia berpuasa sehari dan berbuka sehari..."(riwayat Al-Tirmizi & Al-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Gunakanlah lima sebelum tibanya lima iaitu gunakan masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum masa matimu" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Setiap bayi tergadai pada akidahnya, disembelih pada hari ketujuh dan pada hari itu pula dicukurkan dia dan diberi nama" (Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Untuk bayi lelaki dua ekor kambing kibas dan untuk bayi perempuan seekor kambing kibas dan tidaklah merugikan kamu yang jantan atau pun yang betina" (Riwayat Ahmad dan Al-Tirmizi)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menutup Surah Al-Baqarah dengan dua ayat yang diberikan kepadaku dari perbendaharaan dibawah Arsy, amka pelajari olehmu dan ajarkan pada isteri dan anak-anakmu sebab itu sebagai solat dan basaan serta doa" (Riwayat Al-Hakim dari Abu Dzar r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang menjual sesuatu yang ada aibnya lalu tidak dijelaskan kepada pembelinya maka tetap berada dalam murka Allah s.w.t. dan selalu dikutuk oleh malaikat" (Riwayat Ibn-Majah)
Allah s.w.t. berfirman "Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan" (Surah Al-Baqarah:233)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Pakailah antara pakaianmu yang putih, kerana sesungguhnya pakaian putih itu lebih suci dan lebih baik dan kapanlah orang-orang mati kamu dengan kain putih" (Riwayat Ahmad)
Dari Kaab bin Iyad r.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta" (Riwayat Al-Tirmizi)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "SesungguhnyaAllah s.w.t. tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak dan mati" (Riwayat Al-Tirmizi dari Ibn Umar r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang berperang untuk menegakkan khalimat Allah s.w.t. maka itu fisabi lillah" (Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Musa al-Asyari r.a.)
Allah s.w.t. telah berfirman "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana apa yang telahAllah lebihkan sebahagian mereka diatas yang lain dan kerana belanja yang telah mereka keluarkan daripada harta mereka" (Surah An-Nisa:34)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari) Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tidak akan masuk neraka orang yang didalam hatinya ada seberat biji sawi daripada iman dan tidak akan masuk syurga yang didalam hatinya ada seberat biji sawi dari sombong" (Riwayat Muslim & Abu Daud)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Kalau tidak kerana ada wanita dan anak-anak didalam rumah sedangkan aku bersembahyang isya, nescaya aku suruh pemudaku membakar rumah-rumah (yang penghuninya tidak hadir berjemaah itu)" (Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Lima macam dosa yang tidak ada tebusannya iaitu Syirik terhadap Allah s.w.t., membunuh orang tanpa hak, membuat tuduhan palsu terhadap seorang Muslim, lari dari barisan Muslimin dalam peperangan dan sumpah palsu untuk mengambil hak orang lain" (Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang membaca seratus ayat (dari Al-Quran) pada suatu malam, maka akan dicatat pahalanya seperti pahala sembahyang semalam" (Riwayat Ahmad dari Tamim r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)
Allah s.w.t. berfirman "Wahai orang-orang yang beriman!janganlah kamu mengangkat suara kamu keatas suara Nabi" (Surah Al-Hujurat:3)
Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Allah tiada menyukai orang yang sombong lagi mengangkat diri" (Surah Luqman:18)
Allah s.w.t. berfirman "Wahai jiwa yang tenang tenteram!kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai, maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah kedalam syurga" (Surah Al-Fajr:27-30)
Ali bin Abu Talin k.w.j berkata Allah s.w.t. berfirman "Allah yang mengambil jiwa (manusia) ketika wafatnya dan ketika tidurnya sebelum wafat, lalu ditahan-Nya jiwa yang telah wafat, serta dilepaskan-Nya jiwa yang lain sampai kejanji yang ditentukan" (Surah Az-Zumar:42)
Nabi Muhammad s.a.w  membaca firman Allah s.w.t. bermaksud: "Barangsiapa yang mempersekutuAllah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit, lalu disambar oleh burung, ataupun dia akan menjunam dibawa angin ketempat yang paling jauh" (Surah Al-A'araf:40)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dibunuh jiwa secara aniaya,melainkan keatas anak Adam yang pertama jaminan darahnya, disebabkan dialah orang pertama yang memulakan pembunuhan itu"
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Apabila kamu bersembahyang keatas si mati, hendaklah kamu mengikhlaskan doa kepadanya" (Riwayat Abu Hurairah r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Salam sejahtera keatas kamu, wahai penghuni kubur dari kaum Mukminin dan Muslimin, dan kamu Insya-Allah akan mengikuti kamu, kami memohon keselamatan untuk kami dan kamu juga!" (Riwayat Buraidah bin Al-Khushaib)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Apabila mati seseorang hamba, maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga: Sedekah yang jariyah (terus-menerus manfaatnya), ataupun anak yang soleh mendoakan baginya, ataupun ilmu yang dimanfaatkan sesudah itu"
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada boleh seorang bersolat bagi pihak yang lain, dan tiada boleh seseorang berpuasa bagi pihak yang lain, akan tetapi dia hendaklah memberi makanan setiap satu mud (gantang Baghdad) dari gandum"
Allah s.w.t. berfirman "Barangsiapa yang membuat perbuatan baik sebesar atom akan dilihat-Nya, Dan barangsiapa yang membuat perbuatan jahat sebesar atom akan dilihat-Nya juga" (Surah Az-Zalzalah:7-8)
Allah s.w.t. berfirman "Walai manusia, sesungguhnya engkau mesti bekerja keras dengan bersungguh-sungguh menuju kepada Tuhanmu yang akan engkau menemui-Nya" (Surah Al-Insyiqaq:6)
Allah s.w.t. berfirman "Jika kamu bertelingkah pendapat pada sesuatu, maka kembalilah dia kepadaAllah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, kerana itulah yang lebih baik, dan lebih bagus kesudahannya" (Surah An-Nisa:59)
Allah s.w.t. berfirman "Dan ketika Tuhanmu menjadi keturunan anak-anak dari punggungmu, danTuhan mengambil kesaksian dari mereka, kata-Nya, Bukankah aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab: Ya! Kamu menjadi saksi" (Surah Al-Araf:172)
Allah s.w.t. berfirman "Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan betul, ciptaan Tuhan yang telah menjadikan manusia sesuai dengan agama itu, tiada pertukaran bagi ciptaan Tuhan itu" (Surah Ar-Rum:30)
Allah s.w.t. berfirman "Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan betul, ciptaan Tuhan yang telah menjadikan manusia sesuai dengan agama itu, tiada pertukaran bagi ciptaan Tuhan itu" (Surah Ar-Rum:30)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Kamu akan dapati sejahat-jahat orang itu ialah yang bermuka dua, yang datang kesini dengan satu muka dan kesana dengan satu muka lain" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang iktikaf itu bererti mengurangkan dosa-dosa dan berlaku pahala untuknya bagaikan pahala orang yang melakukan semua hasnat (kebajikan)" (Riwayat Al-Baihaqi & Ibn Majah dari Ibn Abbas r.a.)
Allah s.w.t. berfirman "Wahai manusia! Kalau kamu masih ragu tentang hari kebangkitan, maka ketahuilah bahawa Kamilah yang mencipta kamu dari tanah, kemudian dari setitik air mani" (Surah Al-Hajj:5)
Allah s.w.t. berfirman "Dan ketika kamu mengatakan: Hai Musa! Kami tidak akan percaya kepada kamu sehingga kami melihat Allah secara terang-terang, lalu kerana itu kamu disambar petir, sedangkan kamu ada melihatnya" (Surah Al-Baqarah:55)
Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dari sari ranah. Kemudian kami jadikan dari tanah itu air mani yang tersimpan didalam tempat simpanan yang teguh" (Surah Al-Mukminun:12-13)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya telah datang kepada manusia suatu masa, ketika itu dia belum ada sesuatu apa pun yang dapat disebut" (Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Hassan bin Ali r.a.)
Allah s.w.t. berfirman "Dan Tuhan mengeluarkan kamu dari perut-perut ibu kamu, sedangkan kamu tiada mengetahui apa pun, lalu dijadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati moga-moga kamu berterima kasih" (Surah Al-Nahl:78)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa puasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya" (Riwayat Bukhari)
Allah s.w.t.berfirman "Katakanlah, bahawa Malaikat Maut yang telah diserahi perkara kamu akan mewafatkan kamu, kemudian itu kamu akan kembali pada Tuhan kamu" (Surah As-Sajadah:11)
Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan keterangan Kami, dan memandang rendah terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu-pintu langit kepada mereka" (Surah Al-Araf:40)
Allah s.w.t. berfirman "Diatas orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang Maha Tahu" (Surah Yusuf:78)
Allah s.w.t.berfirman "Dan diantara kamu ada yang disampaikan Allah kepada usia tua bangka, supaya dia tiada ketahui lagi sesuatu yang dahulunya dia katahui" (Surah Al-Nahl:70)
Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)
Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Bukan dari umatku orang yang percaya nasib pada burung atau diusahakan dengan burung atau berdukun atau didukunkan atau menyihir atau disihirkan untuknya. Dan siapa yang datang kepada dukun lalu yakin kepadanya bererti telah kafir terhadap apa yang diturunkan pada Nabi Muhammad s.a.w  "(Riwayat Al-Bazzar dari Imran bin Hushain)
Allah s.w.t. berfirman "Kalau tiada kerana kemurahan dan rahmat Allah kepada kamu, nescaya tiada seorang pun diantara kamu yang suci buat selama-lamanya" (Surah An-Nur:21)
Allah s.w.t. berfirman "Syaitan itu menjanjikan kemiskinan kepada kamu, dari menyuruh kamu mengerjakan perbuatan yang keji" (Surah Al-Baqarah:268)
Allah s.w.t. berfirman "Hanyasanya Allah akan menerima amalan itu daripada orang-orang yang bertakwa" (Surah Al-Maidah:27)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang paling mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat" (Riwayat Muslim & Abu Daud)
Allah s.w.t. berfirman "Jika engkau membaca Al-Quran, maka mohonlah perlindungan Allahdaripada syaitan yang terkutuk" (Surah An-Nahl:98)
Allah s.w.t. berfirman "Dan kalau syaitan (orang jahat) membisikkan kepada engkau sesuatu kejahatan, maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya dia itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah As-Sajadah:36)
Allah s.w.t. berfirman "(Mereka bersumpah):Kami hanya mengkehendaki niat baik dan taufik! Mereka itulah orang-orang yang diketahui Allah akan isi hati mereka" (Surah An-Nisa:62-63)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiada dikira Mukmin yang sempurna keimanannya, orang yang tidak menganggap bala itu nikmat dan kemewahan itu musibah (bala)" (Riwayat al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa pada suatu malam dia mengalami kesakitan dimana dia bersabar dan redha kepada ketentuan Allah s.w.t. maka terkeluarlah dia daripada dosa-dosanya seperti keadaan dikala dia dilahirkan ibunya" (Riwayat Al-Hakim)
Allah s.w.t. berfirman "Dan katakanlah:Tuhanku!Aku berlindung diri kepada Engkau daripada bisikan syaitan. Dan aku berlindung diri kepada EngkauTuhanku, supaya mereka tiada mendekatiku" (Surah Al-Mukminun:97-98)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang mati tidak sempat menqadha'kan puasanya hendaklah keluarganya (walinya) menggantikan puasa tersebut" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Dari Imam Ahmad bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Seburuk-buruk yang terdapat pada jiwa manusia iaitu sifat pengecut yang menanggalkan dan sifat kikir yang melampau" (Riwayat Amru bin al-Ash r.a.)
Allah s.w.t. berfirman "Dan janganlah engkau menjadikan tanganmu terbelenggu ketengkukmu, dan jangan pula bentangkannya seluas-luasnya, sehingga engkau duduk tercela dan sensara" (Surah Al-Isra:29)
Allah s.w.t. berfirman "Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya melampaui batas, dan tiada pula bersifat kikir, tetapi pertengahan antara keduanya" (Surah Al-Furwan:67)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya" (Riwayat Al-Tabrani)
Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya manusia itu dicipta sentiasa gelisah. Jika disinggung bahaya dia berkeluh kesah, Dan jika disinggung kebaikan dia kikir pula" (Surah Al-Maarif:19-21)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Takutlah firasat orang Mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya daripada Allah s.w.t."
Allah s.w.t. berfirman "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan" (Surah Al-Baqarah:235)
Allah s.w.t. berfirman "Dan kenanglah kurnia kepada kamu dan ingatlah perjanjian yang telah kamu ikat dengan Dia ketika kamu mengatakan:kami dengar dan kami taat" (Surah Al-Maidah:7)
Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali dan yang kekal hanya satu sahaja, iaitu keluarga dan hartanya akan pulang danyang tinggal hanyalah amalannya sahaja" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Apabila tetamu masuk kerumah maka dia masuk dengan rezekinya dan jika keluar, dia membawa pengampunan dosa orang-orang rumah itu" (Riwayat Ad-Dailami dari Anas r.a.)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahynng fardhu lima waktu, sembahyang Jumaat ke Jumaat, puasa Ramadhan ke Ramadhan akan menghapuskan dosa-dosa diantara jarak-jarak tersebut sekiranya dijauhkan daripada dosa-dosa besar" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang pada petang harinya berasa letih dari amal usaha yang dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, maka dia pada petang itu telah diampunkan dosanya" (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Abbas r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak disukai dan dikhuatirkan" (riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)
Allah s.w.t. berfirman "Dan kalau engkau tanya mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan matahari dan bulan, nescaya mereka akan mentakan 'Allah', jadi bagaimana pula kamu berputar dari kebenaran" (Surah Al-Ankabut:61)
Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, kemudian Kami bentuk rupa kamu, kemudian Kami katakan kepada Malaikat: Sujudlah kepada Adam" (Surah Al-A'raf:11)
http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/mutiarakata.htm