Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, December 2, 2014

Ringgit hampiri paras terburuk sejak Jun 1998

Ringgit hampiri paras terburuk sejak Jun 1998
Mata wang ringgit bergerak ke arah trend penurunan terbesar dalam sejarah sejak krisis kewangan Asia 1997-1998 sekali gus menyebabkan kerugian kepada pasaran berkembang pantas berikutan kebimbangan berlarutan terhadap penyusutan pendapatan negara pengeksport minyak ini. Ringgit lemah sebanyak 1.3 peratus kepada 3.4250 berbanding AS$1 pada jam 10.38 pagi tadi. Menurut data yang dikumpul Bloomberg, nilai Ringgit merosot sebanyak 2.3 peratus dalam tempoh dua hari, penurunan terburuk sejak Jun 1998, sebelum Malaysia mengamalkan tambatan ringgit yang kekal sehingga 2005. Harga minyak mentah Brent susut 2.3 peratus hari ini, paras terendah dalam tempoh hampir lima tahun selepas OPEC membuat keputusan untuk tidak mengurangkan pengeluaran bagi tujuan melonjakkan harga. Kehilangan potensi pendapatan menyukarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNk) berbanding 3.5 peratus tahun ini. “Malaysia merupakan negara Asia yang paling terjejas akibat penurunan harga minyak. Ringgit pula dijangka boleh menyusut sehingga 3.45 pada minggu ini, kata Pakar Strategi Commonwealth Bank of Australia yang berpangkalan di Singapura
UnlikeUnlike ·  · 

Sepatutnya puak ni lahhhh yg layak memerintah negara !

kalau lah ucapan "memberi beras dan rezki" ... warga kilang inilah  yg selayaknya kita akui....
Tapi mereka ini buat kerja ... tak pernah ungkit... tak pernah penat......

Sepatutnya puak ni lahhhh yg layak memerintah negara !


Mohd Monier added 4 new photos.
43 mins · Edited · 
Sekitar awal tahun 2012 kalau tak silap, itulah pertama kali team NGO Wargakilang yg base di Utara ini melebarkan sayap masuk ke negeri Kelantan.
Saya tak akan dpt lupakan kisah Pn Rahana anak 7, masuk kedai runcit minta nak beli beras 2 kilo sebab itu saja yg dia mampu. Poksu Aziz contact kami di situ bagitahu, dia yg kebetulan ada di kedai itu tak sampai hati terus bayar utk sekampit beras 10kg, minta tauke kedai bagi kat Pn Rahana.
Point nak habagnya, BERAS masih lagi menjadi isu no WAHID utk anak2 bangsa kita yg miskin di bawah sana.
(Pn Rahana dan anak2 serta suaminya yg sakit dementia/nyanyuk - dlm gambar no 1)
Dgn suami yg tak mmpu bekerja dan tanpa pendapatan tetap, sumber rezeki Pn Rahana bergantung pada simpati orang. Masak pula banyak bergantung kpd dapur kayu - lambang sebuah kemiskinan yg diwariskan.
Selepas prog JJMK tersebut, sahabat kami sdra Burhanuldin Mohammadberjaya mengusahakan bantuan bulanan daripada pihak berkenaan, kemudian disusuli dgn projek baik pulih rumah beliau oleh rkn2 NGO kami khususnya dari Kelantan.
Alhamdulillah, kami di Wargakilang rasa bangga dapat membantu keluarga miskin yg punya POTENSI besar ini.
Apa tidaknya, anak Pn Rahana yg sulung (tiada dlm gambar) dapat PMR 9A, masih terus cekal belajar wpun saban hari mengikut kata sdra Che Jaafar rkn kami di Kelantan, anak pompuan Pn Rahana ini waktu itu terpaksa berulang-alik naik basikal ke sekolah lebih kurang 10 km pergi balik, dan sudah menjadi kelaziman mereka adik beradik pergi sekolah tak bawa duit.
Begitulah cekalnya anak-anak org miskin mengharung hidup.
Pagi tadi, bila saya dapat wasap daripada Che Jaafar memaparkan sabuah lagi kisah kemiskinan di kawasan yg hampir sama, saya jadi terpana.
Kisah Mokcik Lela dan suami yg kedua-duanya kerja NGO noreh getah org berpendapatan kurang lebih RM400-500 sebulan, 3 orang anak sekolah, sambung jahit kaki seluar sekolah anaknya utk dipakai semula tahun depan mcm tak masuk dek akal - tapi inilah realiti.
Cuba tengok gambar Mokcik Lela (tudung biru) dan anak lelakinya ini.
Gambar mula - anaknya pakai seluar sekolah singkat.
Gambar seterusnya - seluar yg singkat itu dijahit kaki disambung bagi panjang.
Gambar terakhir - anaknya sudah bersedia masuk sekolah dengan seluar sekolah "Baru".
Seluar sekolah pun kena re-cycle, kena sambung jahit kaki, tak tahu nak kata apa dah la !!
Ada masa meh la join kami Jln2 Masuk Kg musim cuti sekolah JJMS di Kelantan pada tarikh 27 Dis nanti.
Agak2 tak ada kelapangan masa nak join kami, tapi berminat nak bagi sumbangan dlm bentuk brg2 makanan, bolehlah PM sdra Che Jaafar. Sebarang sumbangan dan bantuan amat2lah dialu-alukan.
Moga kerjabuat kita ini ada manfaatnya.
Tkasih
UnlikeUnlike ·  · 

Roh Meminta Melihat Jasad

Ada satu riwayat menceritakan bahawa apabila roh itu keluar dari tubuh, selepas berlalu tiga hari ia memohon kepada Tuhan "Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku yang dahulu sewaktu aku berada di dalamnya."

    Selepas Allah perkenankan, roh itu pun segera ke kubur dan dapat melihat kedua lubang hidung dan mulut mengalir darah. Melihat keadaan yang menimpa tubuhnya, roh itu pun terus menangis dan merintih sepuas-puasnya: "Aduhai tubuhku yang miskin lagi lemah, wahai kekasihku. Ingatkah akan hari kehidupanmu? Rumah ini adalah rumah serigala, rumah bencana, rumah yang sempit dan gelap-gelita serta rumah kesusahan dan kepayahan".

    Selepas berlalu lima hari, sekali lagi roh itu perkenan daripada Allah untuk melihat tubuhnya. Kali ini dilihat tubuh itu mengalir darah dari hidung dan mulut pula mengalir nanah dan najis. Keadaan yang sama keluar juga dari kedua lubang telingannya. Melihat keadaan yang ngeri itu sekali lagi roh menangis dan meratap dengan bersungguh-sungguh serta berkata: "Wahai tubuhku yang miskin, ingatkah hari kehidupanmu? Inilah rumah kegelisahan, rumah bencana, rumah kala dan ular yang akan memamah dagingmu, akan mengoyak kulit dan seluruh anggotamu".

    Kemudian roh pergi lagi menemui Tuhan selepas tujuh hari berlalu. Seperti biasa Allah perkenankan dia ke kubur dan melihat tubuhnya, roh mendapati tubuhnya dipenuhi cacing. Sambil memekik dan menangis sekuat-kuatnya roh itu bersuara "Wahai tubuhku adakah anda ingat hari kehidupanmu? Di mana harta kekayaanmu, di mana isterimu, kekasihmu dan anak-anakmu? Di mana keluarga dan kaum kerabatmu sekarang? Dimana sahabatmu sekarang? Di mana jiran-jiran mu sewaktu hidupmu dulu? Mereka semuanya ikut menangis dan mencucurkan air mata ketika aku berpisah dengan engkau?

    Sementara itu diceritakan daripada Abu Hurairah:

        "Apabila seseorang mukmin itu mati, rohnya akan berkeliling di sekitar rumahnya selama satu bulan. Roh itu dapat menyaksi serta melihat apa yang ditinggalkan terutama mengenai harta-benda dan kekayaanya. Ia juga akan mengetahui bagaimana cara membahagi harta dan membayar segala hutangnya. Selepas genap sebulan roh itu kembali ke liang kuburnya. Selepas itu selama setahun pula mengelilingi dan dapat mengetahui siapa yang mendoakannya dan orang yang berasa sedih dan duka akan peninggalannya."

    Apabila genap setahun barulah roh itu dibawa naik untuk dikumpulkan dengan seluruh roh yang lain sehingga tibanya Hari Kiamat, sehingga ditiup sangkakala Israfil. Dalam satu riwayat menyebut bahawa yang dimaksudkan roh itu adalah roh anak Adam(manusia). Sementara daripada keterangan yang lain pula berpendapat bahawa roh itu adalah roh malaikat Jibril. Juga ada keterangan menyebut bahawa roh itu adalah roh Nabi Muhammad s.a.w yang bersemayam di bawah Arasy, meminta izin dari Allah pada malam al-Qadar untuk turun memberikan salam dan penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat. Ada juga menyebut bahawa roh itu adalah roh kerabat yang sudah meninggal dunia. Mereka sama-sama memohon kepada Tuhan "Wahai Tuhan kami, semoga Engkau perkenankan kami untuk turun ke rumah kami di mana kami akan melihat anak-anak dan keluarga kami yang ditinggalkan" maka roh pun turun pada malam al-Qadar.

    Allah berfirman dalam surah al-Qadar ayat 4 bermaksud:

        "Malaikat sama turun dengan roh",

    Sementara dalam surah an-Naba ayat 38 bermaksud:

        "Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul kudus) malaikat berdiri dengan berbaris."

    Menurut riwayat Ibnu Abbas;

        "Jika datang hari raya, hari Asyura, hari Jumaat yang pertama dalam Rejab, malam Nisfu Syaaban, Lailatul Qadar dan malam Jumaat, roh mayat itu sama keluar dan datang berdiri di muka pintu serta berkata: "Kasih sayanglah kamu sekalian terhadap kamu di alam yang penuh berkat ini dengan melakukan sedekah, sebab kami mengharapkan (pahala) sedekah jika sekalian bakhil dan kedekut serta tidak sudi bersedekah maka hendaklah anda ingat kepada kami dengan bacaan surah al-Fatihah pada malam yang penuh keberkatan ini."

Wallahu'alam

Sumber musfaqir.tripod.com

Ini lah orang yg x bertanggung jawab yg menghasilkan madu tualang originanal katanya

ni lah orang yg x bertanggung jawab yg menghasilkan madu tualang originanal katanye.dgn harga srendah rm80 boleh menikmati madu tualang.lepas tu potong kaki .buah pingang dan hati rosak.

Gambar bawah kanan, diorang tgh masak gula pasir sampai jadi perang, utk dicampur dgn madu tsb.

ni lah orang yg x bertanggung jawab yg menghasilkan madu tualang originanal katanye.dgn harga srendah rm80 boleh menikmati madu tualang.lepas tu potong kaki .buah pingang dan hati rosak.
LikeLike ·  · 

Najib sokong kenyataan perwakilan kedah UMNO yg bagi beras kat rakyat

Najib sokong kenyataan perwakilan kedah UMNO yg bagi beras kat rakyat ? UMNO yg memberi rezki قول الله تعالى والله خلقكم وما تعملون إنا كل شيء خلقناه بقدر ويقال للمصورين أحيوا ما خلقتم إن ربكم الله الذي خلق السموات والأرض في ستة أيام ثم استوى على العرش يغشي الليل النهار يطلبه حثيثا والشمس والقمر والنجوم مسخرات بأمره ألا له الخلق والأمر تبارك الله رب العالمين Ayob Hussin Allah yg menjadikan diri kamu dan juga perbuatan kamu... perbuatan kamu tak memberi bekas .... * لا تتحرك ذرة إلا بإذن الله * Dan lagi sabda Nabi s.a.w ertinya, tiada bergerak didalam alam ini suatu zarah jua pun melainkan dengan dengan izin Allah taala

PETUA BERSIHKAN KERANG

PETUA BERSIHKAN KERANG
Kerang sukar dibersihkan kerana berpasir.
Petua untuk membersihkannya:
Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan tos. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.
Petua : Untuk mudah kopek kerang:
Macam mana caranya? Ok, semasa anda hendak rebus kerang tu campurkan sedikit minyak masak dalam anggaran satu sudu makan. Dengan cara ini, kulit kerang itu akan terbuka sedikit dan mudahlah anda mengopek dan mengeluarkan isi kerang tu.
Ok, Selamat mencuba! Sila Share

Bloggers bangang UMNO cari makan

Pencacai BN UMNO Bloggers UMNO cari makan... alahai kesian... CARI MAKAN.... Tuuuu pun nak tegak benang basah lagi..... Tembak ! Tembak ! Tembak ! Tembak ! Tembak ! Tembak ! Tembak ! Tembak ! Tembak ! Tembak ! Tembak ! Tembak ! Tembak !