Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, February 2, 2015

menteri ajak boikot peniaga cina ?

ceh .. tak habis habis laa menteri kita keluarkan kenyataan bertaraf budak tadika.... aduh.... malu laaah !?
Pengguna Melayu dinasihatkan memboikot perniagaan kaum Cina untuk memberi tekanan supaya harga barang di pasaran jatuh, kata...
WWW.THEMALAYSIANINSIDER.COM
Like ·  · 

Spekulasi ringgit - pemilik media ancam saman

nak kena saman lagi...... hmmmmmm hampeh !
baru jer aku ckp utusan umno ni mcm nak kenar saman je... kesian brahim perkasa nnti kena lancarkan tabung selamatkan utusan lagi nnti hahahahahaha

Saya tak jumpa lagi manusia yg penuh sabar seperti org UMNO

Saya tak jumpa lagi manusia yg penuh sabar seperti org UMNO ... Tahniah lah ... anda sungguh sabar
Buat laaa kot mana pun .... time PRU.... depa mesti X BN !
Sebab tuuu BN tak heran dengan org Melayu... depa tipu mentah mentah saja... sebab pala otak org UMNO dalam diary Leader DEPA ?!??
BN tau macam mana nak catur org Melayu ....
Tak caya ? tengok hari tuuuu... pong pang pong pang di terengganu ada 2 - 3 adun BN nak keluar dari BN...... lepas tu ada leader tertinggi pi lawat terengganu... tup tup .... puak yg ugut nak keluar tadi pada esoknya puji BN melangit !!!
Kah kah...itu Adun !
Kalau setakat paklong makngah kat kampong tuuuu.... suruh JKKK yg tak tau baca tulis pi bagi beras temukut sekampit ......setle ...!!!!!! ????
Like ·  · 

Filem Oleh Saiful Nang ini adalah sebuah filem pendek

Razaq Al-Khan Aku seorang gangster . Setelah aku tengok video ni ,aku telah berubah menjadi seorang penyayang . Aku telah menyuruh anak2 buah aku jangan salam aku . Salamlah ayah kamu iaitu ibu bapa mu . Like · Reply · 630 · July 25, Siakap Keli Filem Oleh Saiful Nang ini adalah sebuah filem pendek bagi yang masih mempercayai bahawa rotan masih menjadi satu pendekatan yang logik. Asalkan tidak keterlaluan dalam pembentukan disiplin dan akhlak anak-anak untuk menjadi seorang yang kental dan mempunyai jatidiri yang tinggi.

Sunday, February 1, 2015

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki


Arwah Tuan guru Hj Ahmad Bangkok (gambar bawah, meninggal pada Usia Lebih kurang 140, pada tahun lepas (kalau tak silap)

Saya pernah tanya dia apa rahsia... dia jawab .. dia berjalan kaki (memang menjadi rutin harian) sehari lebih kurang 14 KM... !!!!!

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki :


Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

Awal awal agama mengenal allah, Kenapa ?



Dimulai dari mengenal... maka akan datanglah
Kasih, cinta, rindu dendam, tidur tak lena, makan tak lalu, asyik termenung, asyik teringat, menangis tika rindu.... itulah petanda petanda org arif billah cinta kepada Tuhannya.
Semua itu datangnya dari mengenal... mana mungkin org yg tidak mengenal akan dapat semua itu ?
Sebab itulah Ulama Usuluddin sering mengungkapkan kata kata ini
أول الدين معرفة الله
Awal awal agama itu mengenal Allah.
Kenapa ?
Tanpa kenal Allah,
- mana nak mai kenal agama, kerana agama itu datang dari Allah ?
- mana nak mai cinta akan akhirat ?
- mana nak mai cinta akan Rasul ?
- mana nak mai cinta akan syurga / neraka ?
- mana nak mai cinta Ulama ?
- mana nak mai cinta sesama mukmin ?
- mana nak mai benci maksiat ?
- mana nak mai benci dosa ?
- mana nak mai benci kefasikan ?
- mana nak mai benci rasuah ?
- mana nak mai benci korupsi ?
Allah adalah tuhan yg mencipta alam semesta, diri, roh, syurga neraka, rezki dan makanan, kekayaan dan kemiskinan, kebahgiaan dan kesengsaraan.
Segala sifat keji manusia, maksiat dan dosa itu hanya kerana tidak kenal seseorang itu akan Tuhannya.

Adakah ayat alquran ini berbentuk menghina ?

Arak yang juga dikenali sebagai “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.
Tetapi, untuk yang berada pada wilayah yang sejuk, umpamanya wilayah Eropah, arak kerap digunakan sebagai penghangat bagi tubuhnya. Di samping itu, ia juga dipercayai boleh mengekalkan kesihatan.
Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya diharamkan oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak.
Dalil Al-Qur'an mengenai arak ....Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)
Adakah ayat alquran ini berbentuk menghina ?
Ayat di atas ditujukan kepada "org beriman" dengan Allah dan Rasul
Tak kan kita nak kata org yg minum arak , berjudi , memuja berhala dan bertenung nasib itu mulia ?
So.... kalau tak mulia...KITA NAK KATA APA ?
Kepada para penentang..... di mana salah dan silapnya alquran ?
Adakah ia (alquran) nak memelihara maruah, aqal dan kemuliaan manusia itu sendiri ???