Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, October 19, 2017

PEMBOHONGAN AKHIRNYA AKAN TERSERLAH


PEMBOHONGAN AKHIRNYA AKAN TERSERLAH

Satu sebab utama yg digunakan mereka yg keluar PAS adalah kununnya PAS nak bergabung dengan umno..Walaupun dah beribu kali PAS tegaskan ia adalah fitnah namun puak PANkhianat ini tetap sebarkan fitnah ini.. Malangnya ada yg termakan racun fitnah ini termasuklah bekas pimpinan tertinggi dahulu. Ada yg percaya kerana terlalu benci dgn umno..

Mereka ini walau berpuluh tahun berada dalam PAS tapi kerana kebencian pada umno mereka mudah termakan fitnah yg direka ini.. Mereka hanya mengambil maklumat sebelah pihak dan kebencian mereka mengatasi kebenaran.

Sebenarnya yg mengadu domba hanya segelintir agen perosak yg menyelinap dalam PAS.. Mereka masuk PAS semasa era reformasi yg membawa ideologi luar spt sosialis yg anti establishment. Bagi mereka keutamaan adalah menentang kerajaan kapitalis yg rasuah.

Agenda islam tidak menjadi keutamaan mereka kerana bagi mereka nilai universal lebih utama perlu ditunjulkan.. Hudud dan hukum islam adalah senarai terbawah dlm agenda mereka. Mereka ini suka menonjolkan diri terutama semasa demonstrasi n rapat umum..

Mereka ini juga berjaya mempengaruhi org LAMA PAS yg terlalu gelojoh nak berkuasa di Putrajaya dan juga puak2 IRC yg diberi peluang bersama PAS... Mereka bergabung dan cuba menguasai PAS dgn bantuan luar tapi GAGAL. Kelompok inilah yg menubuhkan parti baru walaupun semasa pemilihan muktamar mereka menyatakan sesiapa yg KALAH jgn keluar PAS dan tubuh parti baru.. Tidak hairan skrg ini mereka bergaduh pula utk menguasai parti baru.

Sekarang fitnah mereka semakin terbongkar oleh perlakuan mereka sendiri.. Mula2 mereka kata mereka menubuhkan PAN kerana PAS telah lari dari dasar perjuangan dan ingin bergabung dgn umno..

Kemudian bila MCA kata PAN sama dgn PAS Din Ayub kata PAN berbeza dgn PAS kerana PAN bawa ISLAM PROGRESIF..

Husam pula kata umno ajak PAN jatuhkan PAS di Kelantan.. Kalau kat Kelantan pun umno nak lawan PAS takkan umno nak bagi Trengganu dan Kedah kat PAS... Nampak sgt
PEMBOHONGAN puak2 depa ni yg direka..

Budak PASTI pun faham ia adalah fitnah yg direka tetapi amat malang mereka yg berpuluh tahun dlm PAS boleh termakan fitnah ini....

Janganlah kita terus tertipu dengan fitnah yg direka oleh musuh islam ini. Mereka akan sentiasa berusaha menghancurkan perjuangan islam ini.. DAP secara jelas menentang islam.. Tak percaya TANYALAH DAP mahukah DAP memberi peluang hukum islam dilaksanakan jika PH memerintah..?
Kalau jawapan dia ya,

...kenapa DAP putuskan hubungan dgn PAS?
Sebenarnya DAP telah berulang kali menegaskan mereka menolak hukum islam dan menegaskan Malaysia adalah negara sekular.

Jika non muslim dalam DHPP boleh terima perjuangan PAS takkan kamu yg berjuang berpuluh tahun dalam PAS boleh termakan racun fitnah itu!!!

Buat agen perosak yg telah KELUAR atau masih tinggal dalam PAS.., INGATLAH kerja buat kamu akan mendapat balasan tidak di dunia di akhirat nanti..

Kamu boleh mencederakan PERJUANGAN ini tapi kamu tidak sekali2 dapat MEMATIKAN PERJUANGAN ini. Dan kecederaan ini akan menguatkan lagi ILTIZAM dan KOMITMEN ahli2 PAS yg ISTIQAMAH.

Wednesday, October 18, 2017

Dobi: Jahat dan busuknya ultra kiasu

JARANG sekali ketua pengarang sesebuah akhbar turut membuat liputan berita-berita semasa, berbanding anak buahnya. Tetapi itulah yang berlaku kepada akhbar ultra kiasu berbahasa Inggeris dan tidak ketinggalan yang berbahasa Cina. Ultra kiasu ini mengambil sepenuh peluang menangguk di air keruh, membuat liputan berita “dobi for Muslim only”.
Beliau memanipulasi setiap peluang dan ruang untuk memburuk-burukkan imej Islam agar penganutnya yang sekular dan liberal semakin jauh daripada Islam, seterusnya meninggalkan Islam (menjadi murtad). Manakala yang bukan Islam semakin membenci Islam, yang selama ini mula mendekati.
Selepas ini, tercapai perancangan busuk nafsu serakah mereka, Islam dianggap sebagai agama yang eksklusif untuk orang tertentu sahaja bukan seperti fitrah keuniversalannya untuk semua. Bertepuk gembiralah mereka, Islam tidak mendapat sambutan dan dianggap sebagai Taliban. Mereka boleh berpesta arak, berpesta zina, berpesta babi, berpesta judi, berpesta hiburan hedonisme, berpesta gay dan berbagai-bagai pesta lagi.
Isu kedai dobi ini adalah isu yang amat kecil dan sangat terpencil, tetapi sengaja diperbesarkan dan disensasikan. Malang sekali jika kita tidak dapat mencium perancangan jahat dan busuknya. Memanglah kenyataan dan tindakan tersebut nampak seperti ekstrem, rasis dan Taliban. Mana tidaknya apabila terpampang papan tanda, “for Muslim only, dan “Mesra Muslim. Dobi ini hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja atas faktor kesucian. Segala kesulitan amat dikesali”. Ini perkara biasa.
baca lagi .... 

Penerangan Ust Shahul Hamid Tiada Masalah... Masih Ok Walaupun Boleh Diperdebatkan

Hapiz Kodiang
2 hrs
Penerangan Ust Shahul Hamid Tiada Masalah... Masih Ok Walaupun Boleh Diperdebatkan!
Saya dengar rakaman penerangan Ustaz Shahul Hamid tiada masalah apa-apa punpasai hukum gunting rambut. Dia sebut pengalaman peribadinya yang mengambil sikap ihtiyat. Dalam hal hukum aurat muslimah bersama wanita bukan Islam, itu adalah fatwa mazhab Syafi'iyyah yang kuat. Ia betul. Dia juga hurai tentang darurah membenarkan muslimah pergi rawat rambut di salon wanita bukan Islam. Ia betul.
Manakala kenapa aurat muslimah vs kaafirah sama seperti berhadapan dgn lelaki, itu persoalan lain. Illah yg disebut oleh fuqaha Syafi'iyyah ialah untuk menyekat (سد الذريعة) kaafirah menceritakan rupa sebenar aurat muslimat kpd orang bukan Islam. Kenapa jadi begitu? Kenapa illah tersebut seolah-olah amat suuk dzon kpd orang kafir?
Nanti dulu sahabat!.... Illah tersebut ditahqiqkan berdasarkan realiti pada waktu itu (kurun 7-10 H) terjadi perang Tatar, Salib dan konflik antara negara Islam dgn kuasa luar. Resam zaman perang, org berwaspada terhadap musuh dan mereka yg sama agama. Zaman itu, orang bukan Islam terbahagi kepada zimmi dan harbi krn DAP, MCA, MIC, Gerakan masih belum ada.
Bagi saya, illah tersebut boleh diteliti semula dalam konteks pelajar Melayu yg duduk sebilik dgn pelajar bumiputera Sabah Sarawak (contohnya di UiTM). Bagi saya aurat sesama mereka adalah seperti muslimah vs muslimah, dan sewajarnya dijaga sebaik mungkin. Budak-budak bukan Islam itu pun bukannya peduli dan tidaklah menjadi spy musuh Islam. Yg penting, saya berpesan kpd pelajar supaya menunjukkan akhlak mulia kpd roomate bukan Islam.
Kesan ceramah Us Shahul pada kecelaruan dlm masyarakat Islam amat minima. Yg terasa ialah media provokatif sahaja. Akan tetapi, orang yang memberikan pandangan kita boleh buat jamak solat atas pelbagai sebab kesusahan itu memang betul MENGELIRUKAN umat Islam jika penerangannya tidak 'jujur'. Ia membuka ruang kepada golongan singkat akal utk ekploitasi azimah solat atas alasan susah, payah yg tiada dhawabitnya.
Saya bersetuju jamak dibolehkan ke atas pesakit lumpuh atau kronik yg memerlukan bantuan jururawat. Kalau fatwa Syafi'iyyah yang اصح tidak membenarkannya pun, ia memang diharuskan oleh maqasid syariah atas sebab darurah kesakitan (مرض). Utk makluman, ada pandangan segelintir Ashabul Wujuh Syafi'iyyah membenarkan jamak kerana sakit. Akan tetapi imam Nawawi mentarjih jumhur ashab kata tidak boleh.
Namun, untuk dibuka keharusannya just kerana malas nak solat, penat, letih atau sayang make-up rosak, cuaca panas 30 celcius, takde payung nak ke kereta dll, itu semua POYO!
Islam itu mudah dan tidak membebankan, tetapi ada kaedah dan dhawabitnya. Jangan ada sesiapa cakap : "Bro, ada hadis tau dalam masalah ini! ".
Jawab balik : "Habis.. majoriti fuqaha yang bahas pasai perkara itu tidak faham hadis-hadis itu ka?". Jaga mulut tu bebaik sikit bro!
Teks di bawah ini berkenaan aurat muslimat vs kaafirah. Lagi satu kena beza antara asahh dan sahih. Lawan kpd qaul asahh ialah sahih (maknanya masih kuat) tapi lawan sahih ialah qaul dhaif. Dlm hal ini, ia adalah qawl asahh.

Thursday, October 12, 2017

Mayat Kasim Ahmad ditanam oleh sukarelawan PAS di masjid Kelang Lama Kulim


Mayat Kasim Ahmad ditanam oleh sukarelawan PAS di masjid Kelang Lama Kulim.Ada masjid yg tak mahu terima. Ada badan pengurusan mayat yg tak mahu terima.
Petugas PAS terima setelah rujuk nasihat dari mufti Kedah.. Seorg paderi kristian datang ziarah mayat di kubur. Katanya sahabat Kasim Ahmad. Paderi akan ambil alih pengurusan mayat kalau semua pihak tak mahu terima...
Tahniah Sukarelawan PAS !!
Inilah sifat semula jadi kalian..
Walaupun...dihina dicaci oleh golongan anti hadis & penentang2nya...Tapi hati kalian terlalu mulia...

Sunday, October 8, 2017

Jika Islam Mentadbir - TGHH

Islam mengikut bahasa Al-Quran daripada perkataan Al-Din, tidak mampu ditakrifkan oleh perkataan agama dan ideologi dalam bahasa lain, kerana tidak menepati kesempurnaan maksud dan objektifnya secara ilmu dan amali.
Islam mampu membawa perubahan yang holistik yang tidak boleh dilakukan oleh agama dan ideologi lain, kerana semua sifat dan ciri yang positif dalam skop agama dan ideologi ada di dalam Islam dan menolak semua aspek negatif daripada semua pihak. Malahan Islam itu lebih sempurna daripada kedua-duanya, kerana banyak perkara dalam Islam tidak termasuk dalam lingkungan agama dan ideologi yang diketahui umum mengikut bahasa mereka.
Maka Islam menolak teori sekularisma, Malaysian Malaysia dan cauvinis perkauman tanpa menafikan wujudnya kehidupan duniawi. Adanya kaum dan sifat kasih tehadap kaumnya adalah naluri kemanusiaan, namun sikap cauvinis boleh mencetuskan pertembungan di antara kaum, sehingga boleh merosakkan konsep Masyarakat Madani yang saksama dan menjadi naluri manusia. Tegasnya, Islam mempunyai penyelesaiannya yang tersendiri dengan konsep tanpa paksaan dalam beragama dan berbangsa.
Islam mampu membawa perubahan holistik kerana datangnya daripada Allah Pencipta Alam yang Maha Mengetahui akan fitrah manusia dan tujuan mereka diciptakan di alam dunia ini.
Firman Allah S.W.T:
۞وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلٗا ٧٠ الإسراء.
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik, serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah Al-Isra’: 70)
Naluri dan fitrah manusia itu bercirikan jasad, roh, akal, bersendirian (individualistik) dan hidup bermasyarakat madani. Tujuan ciptaan manusia itu adalah beribadah, berkhilafah dan beramanah. Kesemua aspek ini termasuk dalam takrif Islam secara tidak berpisah dan tidak mampu disempurnakan oleh maksud perkataan agama dan ideologi lain.
Ciri-ciri rohani dalam Islam yang tidak terpisah daripada jasad dan akal manusia adalah berwawasan kepada adanya balasan selepas kematian, bukan sahaja sekadar hukuman undang-undang negara di alam dunia semata-mata.
Ini menjadikan setiap orang tidak mengira di mana sahaja kedudukannya, sama ada dalam keluarga rumah yang kecil sehinggalah masyarakat manusia yang berkeluarga besar dalam negara dan dunia berkewajipan memelihara keharmonian dan menegakkan keadilan terhadap semua. Keadilan yang syumul merangkumi aspek politik, ekonomi dan undang-undang syariat yang dikawal oleh kuasa pemerintahan Islam yang berdaulat.
Kedaulatan negara yang hanya dipimpin oleh penganut Islam yang bertaqwa sahaja dapat mewujudkan kerajaan yang adil terhadap semua dan bersih daripada salah urus, salah laku dan tidak rasuah.
Kerajaan PAS Kelantan yang memerintah lebih dua puluh tahun, walaupun menghadapi sekatan dan himpitan kerajaan pusat dahulunya boleh bertahan sehingga kini, dengan ciri kerajaan bersih tanpa rasuah, berkonsepkan pentadbiran Islam, walaupun sekadar mempunyai bidang kuasa kerajaan negeri yang menghadapi kerajaan pusat yang mencabuli konsep federalisma mengikut Perlembagaan.
PAS kini mampu mewujudkan kepimpinan politik Islam dalam kerajaan bermula dari perlantikan calon melalui penapisan oleh Majlis Syura Ulama dengan memastikan sifat ‘adalah (adil) mengikut istilah politik Islam, bersyaratkan seboleh-bolehnya tidak fasik, iaitu tidak melakukan dosa besar atau tidak mengekali dosa kecil, seterusnya diikat dengan Baiah dan Qasam (sumpah) mengikut Islam. Tindakan PAS mendahului cadangan terkini supaya ditapis oleh SPRM.
Dalam aspek mengurus ekonomi negara, Islam mengutamakan hasil bumi dan pungutan yang diwajibkan daripada rakyat yang berada di tahap kemampuan sahaja. Maka konsep cukai yang membebankan semua termasuk si miskin dan penganggur tidak digalakkan kecuali dalam keadaan darurat. Adapun pengagihannya ditetapkan berdasarkan konsep Allah dengan firman-Nya:
مَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ كَيۡ لَا يَكُونَ دُولَةَۢ بَيۡنَ ٱلۡأَغۡنِيَآءِ مِنكُمۡۚ وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٧ الحشر.
“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad S.A.W) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa (tanpa peperangan), maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (S.A.W) kepada kamu, maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).” (Surah Al-Hasyr: 7)
Sejarahnya, Islam pernah mengurus negara yang besar mencecah tiga benua dan memimpin masyarakat majmuk berbagai agama, bangsa dan budaya, telah berjaya membangunkan Tamadun Islam (Hadharah Islamiyyah) berpandukan Ilmu Wahyu (Al-Quran), Hikmah Kerasulan (Sunnah) dan ilmu duniawi yang positif daripada semua bangsa yang bernaung di bawah Kerajaan Islam.
Islam berjaya mewujudkan keamanan dan keselamatan rakyat dengan melaksanakan kehaibatan undang-undang syariat yang sukar menjatuhkan hukuman tetapi menakutkan penjenayah dan penyangak, serta mendidik masyarakat, bukannya menggunakan kekuatan undang-undang yang sering menghukum, tetapi gagal mewujudkan keamanan dan keselamatan, tanpa menakutkan penjenayah dan tidak mendidik masyarakat. Inilah maksud tawaran Allah sekiranya bersama Islam:
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَهُمُ ٱلَّذِي ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنٗاۚ يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيۡ‍ٔٗاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٥٥ النور
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh daripada kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka para khalifah (pemimpin) yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: yang pernah berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan Al-Din mereka (Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman penjenayah dan musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (Surah An-Nur: 55)
Islam menyanggah konsep sekularisma yang memisahkan agama daripada urusan duniawi, sama ada yang mengharamkan semua agama atau yang membenarkan agama tanpa kuasa terhadap urusan duniawi. Maka PAS tidak boleh bersama dengan mana-mana parti yang nyata sekularismanya atau yang bersikap pragmatik dan oportunis tanpa istiqamah sehingga mahu merungkai prinsip Islam atau melanggar sempadannya yang dipertahankan oleh PAS.
PAS yakin mampu memimpin negara Malaysia bermasyarakat majmuk ini, berbekalkan kontrak sosial (Perlembagaan Persekutuan Malaysia) yang telah sedia ada sekarang dengan penafsiran Islam yang sebenar tanpa meminggirkan berbagai kaum dan agama yang diwakili di masa perjuangan bersama menuntut kemerdekaan.
PAS mengajak rakyat supaya menolak mana-mana parti dan sesiapa sahaja yang mahu merungkai asas Perlembagaan tersebut. PAS menganggapnya sebagai pengkhianat negara yang wajib disingkirkan oleh rakyat, sama ada melalui pilihanraya atau tindakan undang-undang yang berani, demi menyelamatkan negara dan rakyat.
Walaupun adanya kelemahan dalam pengurusan atau bersifat penyelewengan sekalipun, PAS menolak tindakan membakar kelambu kerana marahkan nyamuk. Sepatutnya Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 jangan diulang lagi, begitu juga ruang campurtangan asing yang berlaku di negara lain oleh pihak yang menjemput mereka hendaklah dihalang lebih awal.
PAS boleh bersabar lebih daripada setengah abad sejak negara mencapai kemerdekaan, walaupun dalam keadaan pasang sehingga berjaya memerintah negeri dan penah menyertai kerajaan pusat dan paling surut sehingga ditendang keluar daripada kerajaan dan jatuh kerajaan negeri dan tinggal satu kerusi di Parlimen laksana bertongkat paruh sahaja, namun semangat PAS seluruhnya terus mara bersama Islam.
PAS terus mempersembahkan kepada rakyat hidangan penyelesaian Islam dalam mentadbir negara. Sila lakukan penilaian terhadap semua kerajaan negeri dan pusat dengan perbandingan yang jujur dan ikhlas.
PAS terus beristiqamah bersama Islam berkonsepkan petunjuk daripada firman Allah:
فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ ١١٢ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣ هود
“(Oleh itu), hendaklah engkau (wahai Muhammad S.A.W) sentiasa beristiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul bersama Islam) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan (112). Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)” (Surah Hud: 112-113)
Tegasnya PAS tetap istiqamah, berdiri dan menuju ke arah Islam tanpa berganjak, tidak melampau dan tidak tunduk kepada kezaliman, walaupun sukar dan jauh perjalanannya, kerana luas dan jauh wawasannya daripada dunia sehingga akhirat.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 17 Muharram 1439 / 8 Oktober 2017