Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, July 5, 2018

ancaman kristian terhadap aqidah DI Malaysia

Ada seorang raja yang akan menjatuhkan hukuman mati kpd seorang tukang kayu tanpa ada kesalahan yang jelas diperbuatnya

Ada seorang raja yang akan menjatuhkan hukuman mati kpd seorang tukang kayu tanpa ada kesalahan yang jelas diperbuatnya.
Berita ini bocor sampai ke telinga tukang kayu tersebut, akibatnya ia tak dpt memejamkan mata untuk tidur malam itu.
Isterinya menasihatinya, "Tidurlah di malam ini spt malam sebelumnya, Tuhan itu hanya satu, sementara pintu keluar dari suatu masalah sangat banyak".
Kalimat yang mententeramkan ini tepat masuk dalam hatinya, sehingga ia dpt menenangkan dirinya dan tidur nyenyak di malam itu.
Dia terjaga dari tidur ketika pintu rumahnya diketuk oleh beberapa pengawal istana. Wajahnya langsung pucat lesi, dia pun menoleh kpd isterinya dgn pandangan putus asa, menyesal serta sedih kerana telah mempercayai kata-katanya semalam.
Akhirnya ia pun membuka pintu dengan menggigil, dia hulurkan kedua tangannya ke arah pengawal untuk diikat.
Para pengawal itu pun berkata kpdnya dengan penuh kehairanan, "Raja telah wafat, kami datang ke sini untuk meminta mu membuatkan keranda untuk baginda raja".
Waktu itu juga wajahnya berubah menjadi ceria, kemudian ia pun melempar pandangan tanda minta maaf kpd isterinya, isterinya pun tersenyum.
Kadangkala kita letih berfikir, sementara Allah SWT yang memiliki perancangannya.
Sesiapa yang merasa hebat krn jabatannya, ingatlah cerita kisah Firaun...
Sesiapa yang merasa hebat krn hartanya, bacalah kisah sedihnya si Qorun...
Sesiapa yang merasa hebat krn keturunannya, bacalah kisah Abu Lahab...
Kehebatan, kekuasaan dan kemuliaan hanyalah milik Allah SWT satu-satunya.
DIA berikan kpd siapa saja yang dikehendaki, dan akan mencabutnya dari siapa pun yang dikehendaki-NYA pula.
Jangan hukum masa depan mu dengan situasi hari ini...
Allah SWT Maha berkuasa merubahnya dlm masa yang sekejap...
Tugas kita hanya berusaha dan terus berdoa serta mengingati-NYA...

Wednesday, July 4, 2018

Kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad, ciri-ciri orang munafik adalah bermula dengan berbohong

Kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad, ciri-ciri orang munafik adalah bermula dengan berbohong, selepas itu memungkiri janji seterusnya mengkhianati amanah dan semua perbuatan ini sedang berlaku dalam Pakatan Harapan.
Menurut beliau, perkara itu jelas apabila calon Perdana Menteri Pkaatan Harapan diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup bekerjasama dengan musuh politiknya dahulu iaitu DAP dan pada masa sama menimbulkan tanda tanya berikutan gesaannya supaya membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedangkan sebelum ini beliau mendakwa Penasihat PKR itu tidak bermoral.
“Apa yang paling dikhuatiri, strategi politik seperti itu dibimbangi mencontohi perbuatan Abdullah Ubay yang terkenal dalam sejarah Islam sebagai pemimpin munafik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sehubungan itu, Mohd. Yusof mengingatkan semua pihak supaya tidak sama sekali memandang ringan sebarang tindak-tanduk yang membawa kepada perbuatan munafik.
“Ini perlu kerana Islam meletakkan orang munafik ini di kedudukan paling rendah di neraka.
“Ramai orang Islam memandang ringan mengenai isu munafik, sedangkan golongan ini memang dilaknat malah Allah menyifatkan mereka ini mempunyai penyakit di dalam hati,” katanya.
Dalam usahanya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr. Mahathir dilihat mengejutkan ramai apabila memilih DAP sebagai sekutu sedangkan parti itu ditentangnya sebelum ini kerana memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia yang disifatkan beliau merugikan orang Melayu.
Selain itu, menerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Dr. Mahathir bukan sahaja bergabung dengan PKR bahkan membuat beberapa pusingan U terhebat dalam karier politik beliau termasuk mendesak Anwar dibebaskan daripada penjara.
Malah terbaharu, Dr. Mahathir yang dikritik hebat media asing ketika memecat Anwar dua dekad lalu memberi alasan yang beliau bertindak demikian sebab didorong polis.-UTUSAN ONLINE

Tuesday, July 3, 2018

PKR KENA KAWAL BARA SEBELUM MENYALA

PKR KENA KAWAL BARA SEBELUM MENYALA

16 hrs
PKR KENA KAWAL BARA SEBELUM MENYALA
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Penyokong PKR secara tidak langsung jadi dua puak. Satu puak simpati dengan Siti Aishah, satu lagi apologetik terhadap DAP. Tapi tak pa, masih tak sekuat perbalahan kartel-kartel.
2) Pimpinan PKR kena turun padang atasi krisis yang masih diperingkat bara ini sebelum menyala. Jangan membarah seperti kartel-kartel, ataupun terbarai seperti PAS-AMANAH. Tapai kalau ikut sifir AMANAH, jadi pro-DAP boleh jadi menteri untuk jangka panjang. Bwahahaha...
3) Kenapa saya sebutkan bara ini akan menyala jika tak dibendung? Ia pernah berlaku dalam PAS. Saya ambil contoh PAS Sungai Acheh yang kecewa dengan tindakan kerajaan negeri mengenepikan PAS dalam perlantikan jawatan-jawatan kuasa kerajaan negeri peringkat bawahan.
3) Walaupun PAS sudah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di DUN Sg Acheh, PKR dan kerajaan negeri terus melobi untuk jawatankuasa peringkat bawahan, mengenepikan PAS. Permainannya sama seperti apa yang di alami Siti Aishah.
4) Maka ia menimbulkan rasa tidak puas hati ahli dan penyokong PAS, yang menganggap kerajaan negeri DAP dan PKR tiada semangat setiakawan PR. Hubungan PR peringkat akar umbi di Sg Acheh menjadi panas, dan membara.
5) PRU13 menyaksikan akar umbi PAS Sg Acheh melobi pimpinan pusat untuk berunding dengan PR pusat bagi membenarkan PAS bertanding di Sg Acheh, kononnya PKR dulu pun bertanding menggunakan jentera PAS. Kali ini biarlah PAS bertanding sendiri.
6) Di istu, bermulakan konflik pringkat bawahan. Jentera PAS Sg Acheh memberi kata dua kepada PKR, jika PKR masih berkeras utk bertanding, PAS tidak akan kerahkan jentera. Jentera PAS akan dikerah ke kawasan lain yang PAS bertanding.
7) Mungkin rasa hebat dan power, PKR tak endahkan amaran PAS. PKR tetap bertanding menurut hasil rundingan permuafakatan PR. Namun entah bagaimana, PAS menamakan juga calon di hari penamaan calon (Yang ini saya tak tahu cherita disebaliknya, kerana meeting terakhir yang saya siasat, keputusannya PAS tak bertanding). Mengamoklah PKR dan Chegu Bard.
8 ) PR terpaksa meeting sekali lagi hal Sg Acheh dan beberapa kerusi lain yang bertindih. Akhirnya kerusi Sg Acheh diputuskan untuk PKR. Semua jentera dikerah berkempen untuk PKR. Namun kerosakan telah berlaku, nama calon PAS turut ada di kertas undi. Hasilnya PKR kalah.
9) Sejak itulah PAS dituduh mengkhianati Pakatan Rakyat, dan tikam belakang. Peringkat inilah bermulanya api yang menyala setelah bara membara sekian lama. Nyalaan ini kemudian merebak cepat ke negeri lain dan seterusnya ke pusat, menyebabkan PR terkubur.
10) Asalnya adalah bara yang tidak dikawal dan tidak dimatikan. Alasan-alasan lain seperti Hudud dan RUU355, itu hanyalah aksesori untuk menguatkan pertembungan, kerana sebelumnya PAS dan DAP ok saja respect each other dalam bab Hudud. Tetapi setelah menyala api, Hudud menjadi polemik keras, lebih-lebih lagi Umno/BN pandai menangguk di air keruh.
Itulah cherita mengenai bara. Bukan Barathum. Bukan Spirit Breaker.
Sekian

PAS tidak pinggirkan Profesional - Nik Abduh

Teh Halia Tarik
Kawan saya, seorang pakar terkenal dalam bidangnya, memilih untuk mengundi PH baru-baru ini. Saya berkongsi pandangan dengannya lebih sejam.
Alasan utamanya adalah alasan utama pengundi PH iaitu demi jatuhkan DS Najib. Beliau menambah, bagaimana PH nak memerintah, kita kira kemudian. Yang utama, negara dah teruk akibat Najib. Semuanya adalah demi rakyat bawahan yang sedang hidup merana. Saya khusyukkan diri mendengar kawan yang dihormati berhujah penuh yakin. Saya hanya berseloroh, "Ingatkan dah jadi DAP.." Dia ketawa menafikan. Dia tahu saya tahu dia kuat semangat Melayunya.
Beliau mengkritik beberapa perkara mengenai PAS. Saya bersetuju dan berkongsi beberapa kritikannya adalah benar. Itu juga konsen saya dalam membina PAS.
Dia 'push' supaya PAS lebih menonjolkan tokoh-tokoh profesional dan jangan terlalu ustaz sangat. Baru dapat bersaing memenangi hati rakyat.
Hehe 'boring' bab ni. Saya buat serius tanya dia dua soalan supaya dia lebih serius masa menjawab. Soalan satu, siapa Menteri Besar paling wara' dalam Malaysia? Dia merenung 6 saat, kemudian menjawab, "Dato Mad Yakob kita." Saya mengiyakan. Saya tanya soalan kedua, siapa Menteri Besar paling profesional kepakarannya dalam Malaysia? Dia merenung 7 saat, lalu menjawab, "Menteri Besar Terengganu."
Saya berkata, "Nah, itu baru dua negeri PAS memerintah." Hampir saya berkata kepadanya bahawa jika PAS berjaya memenangi negeri Kedah baru-baru ini, maka calon MBnya adalah Pesuruhjaya PAS Kedah, seorang pemilik ijazah PhD.
Silalah buat perbandingan jika mahu. Tujuan saya, agar dia tersentak sedar bahawa golongan profesional dalam PAS adalah unggul. Jika Terengganu yang rakyatnya berlatar agama yang kuat boleh menerima seorang pakar kejuruteraan aeroangkasa sebagai MB, bukankah lebih nyata bahawa PAS pasti mengemukakan calon yang sedemikian juga levelnya sebagai MB di semua negeri?
Apalah dogma bahawa PAS meminggirkan semua golongan demi penguasaan golongan ustaz? Ironinya, saya bersimpati pula dengan keluhan beberapa ustaz 'belah sana' yang mula rasa terpinggir tidak didengari akibat jamahnya terlalu dikuasai golongan profesional. Kata mereka, pertimbangan agama sudah semakin menipis.
Begitulah perjuangan. Susah senang berpahala tiada ruginya..
Nik Mohamad Abduh

Org yg tergamak bersetongkol dengan kaafir

FAHAMI TERJEMAHAN AL-QUR'AN
"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya."
Al-Mujādila:22

Ph jangan sombong dulu ! sebab tu PH jangan diskriminasi .... kemenangan mereka bukan "Solid" !!!!

ayuh tuan tuan jangan penat bagi penerangan dan share isu yg melibatkan ummat ! Org kita akhirnya akan sedar dan berubah juga... walau pun LAST MINIT !
org kita setakat yg kita tahu, suka sangat buat perubahan
"di akhir hayat"
... dengan alasan "mati lambat lagi" ??!!
depa akan berubah bila dah nazak ... hang tengok lahhhh kalu tak percaya !!!
contoh UMNO sudah laaa ....
sepatutnya depa kena berubah awal awal lagi sebelum terlambat ....
sekarang pakat minum air mata darah ...
untuk pengetahuan tuan tuan,.... majority penyokong UMNO TELAH BAGI UNDI KAT PH DLM PRU LEPAS, KERANA MAHADIR DI ATAS, MEREKA RUPANYA MASIH SAYANGKAN TUN !
Ph jangan sombong dulu ! sebab tu PH jangan diskriminasi .... kemenangan mereka bukan "Solid" !!!!
kalau org pas dan umno bergabung ... alamat terbungkang lah kamu !
sekarang sudah ada suara suara pergabungan ni !
ketua ketua UMNO kg saya dah bagi "green light"