Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, August 4, 2018

ORANG-ORANG CINA MULA SEDAR

AyobHussin Pulau Keramat is with Paksu Isham and 8 others.
ORANG-ORANG CINA MULA SEDAR
EDISI keluaran khas The Star Online bertajuk GST vs SST, menerima komen negatif kerana sekumpulan pembaca Cina telah melahirkan rasa kesal mereka terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang sedang berusaha untuk melaksanakan SST semula.
Selain daripada aduan mengenai harga makanan yang tidak turun, ramai yang mengaku bahawa pentadbiran Dato Seri Najib Tun Razak telah melakukan perkara yang betul apabila beliau memperkenalkan GST yang mana menurut komen seorang pembaca bahawa Najib telah menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan serta faedah bagi rakyat.
Ternyata kaum Cina akhirnya telah bangun dan sedar akan realitinya bahawa kerajaan "Shang Ri La" (surga duniawi atau fiksyen) Pakatan Harapan telah menjanjikan kepada mereka sesuatu yang tidak wujud atau janji palsu saja.
**Jom Bincangkan **
- Unit



Media Wangsa Maju

Friday, August 3, 2018

Di indonesia, cina tak boleh menggunakan nama dan bahasa sendiri

Nak buat perbandingan?
Di indonesia, cina tak boleh menggunakan nama dan bahasa sendiri.
Di Thailand, cina tak boleh pakai nama dan bahasa sendiri.
Di malaysia, cina dibenarkan pakai nama cina dan bahasa mandarin. Adakah nak malaysia amalkan undang2 macam ni?
apa yang YB pas usulkan tu adalah bagi pihak saudara kami yang Islam. Tak melibatkan sahabat dari agama lain.
Bukan memaksa sahabat kristian, Buddhist, Hindu atau mana2 agama untuk menutup aurat. Dah disebut oleh YB.
Merujuk kepada staf beragama Islam. Yang bukan Islam, jangan melatah.
Diaorg lupa daratan ..itu yg naik tokcang...tak reti bersyukur...
Kita nak hidup dalam harmoni.
Tak kisah cina melayu india iban kadazan atau apa etnik pun. Semua kita kawan. Tapi janganlah sampai mencampuri urusan agama kita.

Ok, rasa je banyak netizen tertarik dgn gambar ni yg bukan sengaja tujuannya…
"Izinkan sy memohon maaf kalo ia menyakit perasaan anda, sesetgh orang atau kawan2 dan yg bukan kawan ku…"
Tujuan sy bukan nak memusuhan atau hina agama sesape, tapi tidak stuju dgn ajaran yg x kemanusiaan dan x bertamadun tentang bbrp perkara seperti kahwin umur 7, terlampau menekan isu aurat dan terlampau reaksi dgn perkara halal dn haram dlm masyarakat berbilang kaum dan pelbagai kepercayaan di mesia yg kita sume cintai ni. Mungkin bengong sy ni akan buat sesetgh org marah, tapi sebenarnya ia jugak membayangkankan kesalahfahaman kebanyakan yg bukan seagama dlm mesia ni. Ko boleh kata x faham jgn kritik, x tau jgn campur tangan, dok diam atau keluar! Tapi betul ker cara yg digunakan selama ni dpt selesai pandangan perbezanya dn kesalahfahaman antara kita ni? Sy rasa tidak… Dn jugak oleh krn politik yg kita amalkan, isu sensitif tidak boleh dibahas isu agama tidak boleh didebat secara awam, kononnya sume salahfaham timbul tidak diterang selanjut, difahami sepenuh, tapi dipaksa sembunyikan sementara, maka masalah ia tertimbul…
Ko mungkin boleh menindas sy, tekan sy, tangkap sy, penjarakan sy, tapi masalah kesalahfahaman ni masih berada di luar sana, diseluruh mesia, ia cuma dipaksa supaya jgn disentuh dn mungkin sementara je… Pada suatu hari nanti ia juga akan meletup kalo kesalahfahaman tersebut masih terus diabaikan…
Harap sume kawan komen dgn perkataan berbudi bahasa, jgn buat provokasi, dgn perkataan becian atau bermusuhan… kan kita sume anak mesia, cuma ada sikit pandangan berbeza dgn bbrp perkara ni…

Dajjal perosak akhir zaman

Dajjal, perosak akhir zaman

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Kita sekarang berada di akhir zaman dan hari kiamat itu sudah dekat di mana salah satu tanda kiamat adalah munculnya Dajjal.

Ada Dajjal yang sebenar sebagaimana yang disebutkan dalam hadits-hadits shahih dan ada pula anak buah Dajjal atau orang-orang yang memiliki cirri-ciri seperti Dajjal.

Kedua-duanya sentiasa menimbulkan :
a.       Fitnah.
b.      Kerosakan.
c.       Kesesatan.
Projek perosakan dan penyesatan mereka kadang-kadang begitu terang dan menjolok mata dan kadang-kadang dibungkus dengan berbagai macam alasan yang diterima akal.

Bagi umat Islam yang memahami Islam atau belajar tentang Islam, pasti mendengar berita tentang Dajjal kerana hadits yang membicarakan tentang Dajjal sangat banyak dan kebenaran beritanya sampai ke tingkat "mutawathir' (periwayatan hadits yang disampaikan oleh ramai orang dari satu generasi ke generasi berikutnya) manakala hadits ‘mutawathir’ dipastikan kebenarannya dan tidak ada yang mengingkarinya dari kalangan ulama'.

Datangnya Dajjal yang kemudiannya berhadapan dan dibunuh oleh Nabi Isa as merupakan salah satu tanda-tanda dari hari kiamat.
Bahkan Nabi Isa as bukan hanya membunuh Dajjal, tetapi juga :
  1. Menghancurkan salib.
  2. Membunuh babi.
  3. Memerangi orang-orang kafir.
Nabi Isa as pada ketika itu menjadi pemimpin yang adil dan mengikut syari'at Nabi Muhammad saw.
Berita tentang keluarnya Dajjal dan turunnya Nabi Isa as dari langit adalah aqidah yang mesti diyakini oleh umat Islam secara keseluruhan kerana ianya bersumber dari hadits shahih dari Rasulullah saw.

Begitu besarnya bahaya fitnah Dajjal sehingga Rasulullah saw memerintahkan kepada umatnya untuk sentiasa berdoa dalam setiap solat agar terbebas dari fitnah tersebut.

Beliau saw bersabda :

"Jika kamu membaca tasyahud, maka berlindunglah dari empat perkara, iaitu berkata : `Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari azab Jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari buruknya fitnah Al-Masih Ad-Dajjaal.' " (HR Muslim)

MAKNA DAJJAL

Dajjal dari segi bahasa berasal dari perkataan `dajala', bererti berdusta dan menutup.

`Dajala haq bil batil'
 ertinya menutupi atau mencampuradukkan yang hak dengan yang batil.
Disebut dajjal kerana menutupi kebenaran dengan kata-kata dustanya.

Dajjal bererti seorang yang sangat pendusta dan menutupi kebenaran sedangkan Dajjal yang disebutkan dalam hadits adalah satu makhluk khusus seperti manusia yang akan :
  1. Muncul di hari-hari menjelangnya kiamat.
  2. Memfitnah manusia.
  3. Mempunyai karakteristik khusus.
HADITS-HADITS TENTANG DAJJAL

Disebutkan dalam hadits-hadits Rasulullah saw :

"Selain Dajjal ada yang lebih aku takuti atasmu dari Dajjal. Jika Dajjal keluar dan aku berada di hadapan kamu, maka aku melawannya membela kamu. Tetapi jika ia keluar dan aku tidak di antara kamu, maka setiap orang membela diri sendiri. Allah akan melindungi setiap muslim. Dajjal adalah pemuda berambut kerinting, mata (kirinya) menonjol, seperti saya umpamakan dengan Abdul `Uzza bin Qathan. Siapa yang menjumpainya, maka bacalah awal surah Al-Kahfi. Dajjal akan keluar di antara jalan Syam dan Irak. Berjalan membuat kerosakan di kanan dan di kiri. Wahai hamba-hamba Allah, tetap teguhlah (pada ajaran Islam)." (HR Muslim)

"Setiap negeri pasti didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah." (HR Muslim)

"Mengikuti Dajjal 70 ribu orang-orang Yahudi dari Asbahan yang memakai topi." (HR Muslim)

"Setiap Nabi pasti memperingatkan kaumnya dengan si buta pendusta. Ingatlah bahwa Dajjal adalah buta, dan Rabb kamu Azza wa Jalla tidak buta. Dajjal ditulis di antara kedua matanya k f r (kafir)." (Muttafaqun alaihi)

"Mahukah aku ceritakan berita tentang Dajjal, sesuatu yang pernah diceritakan setiap nabi pada kaumnya. Dajjal adalah buta, dia datang dengan sesuatu seperti syurga dan neraka. Apa yang dikatakan syurga adalah neraka." (Muttafaqun `alaihi)

"Dajjal akan muncul pada umatku, maka ia hidup selama 40 (saya tidak tahu apakah 40 hari, atau bulan atau tahun). Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam, ia seperti Urwah bin Mas'ud. Maka Isa as mencari Dajjal dan menghancurkannya. Kemudian Isa tinggal bersama manusia 7 tahun, tidak akan terjadi permusuhan di antara dua kelompok." (HR Muslim)

"Perang besar, pembukaan kota Konstantinopel dan keluarnya Dajjal (terjadi) dalam 7 bulan." (HR Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

CIRI-CIRI DAN KARAKTERISTIK DAJJAL

Banyak lagi hadits-hadits yang menjelaskan ciri-ciri dan karakteristik Dajjal yang akan datang di akhir zaman dan dari beberapa hadits di atas dapat disimpulkan tentang sifat dan karakteristik Dajjal adalah :
  1. Makhluk dari bangsa manusia keturunan Yahudi.
  2. Ciri khas fizikalnya : berambut keriting, mata kanannya buta, mata kirinya menonjol, di antara kedua matanya tertulis kafir.
  3. Sentiasa berdusta dan menipu manusia agar menjadi kafir dan menjadi pengikutnya.
  4. Aktiviti membuat kerosakan di bumi.
  5. Pengikut setianya orang-orang Yahudi dan orang-orang kafir.
  6. Sentiasa keliling dunia, kecuali Makkah dan Madinah.
  7. Datang membawa keajaiban yang dapat menyihir dan menipu manusia dengan harta, kekuasaan dan wanita.
  8. Dajjal akan berhadapan dan dibunuh oleh Nabi Isa as.
Namun, di samping Dajjal yang sebenarnya, Rasulullah saw juga mengingatkan umatnya akan bahaya orang-orang yang memiliki sifat Dajjal.

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw bersabda :

"Tidak akan terjadi hari kiamat sampai munculnya Dajjal-Dajjal pendusta sekitar 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah." (HR Muslim)

"Selain Dajjal ada yang lebih aku takuti atas umatku dari Dajjal, iaitu para pemimpin yang sesat." (HR Ahmad)

FITNAH DAJJAL

Dajjal hadir untuk membuat fitnah yang menyebabkan orang yang beriman menjadi sesat dan kafir.

Sebagaimana disebutkan dalam hadits, di samping ada Dajjal yang sebenar, ada juga manusia-manusia yang mempunyai karakteristik seperti Dajjal. Oleh kerana itu umat Islam juga mesti berwaspada dengannya.

Mereka adalah para pemimpin yang sesat dan nabi-nabi palsu. Mereka sangat merbahaya kerana datang pada setiap tempat dan waktu sedangkan Dajjal akan datang hanya menjelang hari kiamat.

Maka para pemimpin yang sesat yang memiliki sifat-sifat Dajjal tingkatan bahayanya lebih kuat dari Dajjal yang sebenarnya. Namun kedua-duanya adalah fitnah yang mesti diambil perhatian oleh setiap muslim.

Para pemimpin di sepanjang masa sentiasa ada yang menjadi musuh para nabi dan para pendakwah yang mengajarkan kebenaran. Dari sejak Raja Namrud, Fira'un dan Abu Jahal hingga kepada pemimpin sesat setelah wafatnya Rasulullah saw. Mereka di antaranya pemimpin-pemimpin dunia yang :
  1. Membantai dan menghancurkan negeri muslim.
  2. Menimbulkan fitnah.
  3. Menebar kesesatan.
  4. Membuat kerosakan di dunia.
Fitnah Dajjal, samada yang sebenarnya ataupun para pemimpin yang memiliki sifat Dajjal adalah bahaya besar yang mesti dihadapi oleh umat Islam.

Fitnah Dajjal :
  1. Membuatkan umat Islam menjadi sesat dan kafir.
  2. Menjadikan umat Islam saling berbunuhan sesama sendiri.
  3. Memutarbelitkan fakta sehingga yang benar menjadi salah dan yang salah menjadi benar, yang haram menjadi halal dan yang halal menjadi haram.
  4. Didukung dengan dana, media massa dan peraturan-peraturan yang memang telah sesat.
  5. Didukung oleh institusi antarabangsa dan negara-negara kuasa dunia.
Fitnah yang paling bahaya dari Dajjal adalah yang keluar dari mulutnya.
Fitnah ini didukung oleh media massa dan disebarkan ke seluruh penduduk dunia serta masuk ke rumah-rumah keluarga muslim dan menyesatkan mereka.

Dajjal (samada yang sebenarnya atau yang menyerupainya) sentiasa mengucapkan kata-kata yang membuatkan manusia sesat dari agama Allah.

Dajjal sentiasa mengeluarkan ungkapan sesat, batil dan kontroversial sehingga :
  1. Kebenaran menjadi kabur dan tidak jelas.
  2. Kebatilan seolah-olah indah dan menarik.
  3. Kebenaran sentiasa ditutup dan dibungkus dengan dusta.
  4. Syariat Islam dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.
  5. Nilai-nilai sekular dianggap baik, adil dan paling sesuai untuk kehidupan di era moden.
  6. Nilai-nilai agama dijauhkan dan diasingkan dari kehidupan sosial dan kenegaraan.
  7. Bid'ah dianggap sunnah.
  8. Sunnah dianggap bid'ah.
  9. Umat Islam dicap sebagai fundamentalis, ekstrimis dan teroris.
  10. Orang bukan Islam dianggap berperikemanusiaan, baik dan demokratik.
APAKAH IBNU SHAYYAAD ITU ADALAH DAJJAL?
Disebutkan dalam sebuah hadits :

Dari Abdullah berkata, kami bersama Rasulullah saw, maka kami melewati anak-anak, di antaranya Ibnu Shayyaad. Anak-anak lari, sedangkan Ibnu Shayyaad tetap duduk. Seolah-olah Rasulullah saw tidak suka padanya. Rasulullah saw berkata padanya : "Apakah engkau bersaksi bahwa aku Rasulullah saw?" Ibnu Shayyaad berkata : "Tidak, tapi apakah engkau bersaksi bahwa aku Rasulullah saw" Berkata Umar, "Wahai Rasulullah saw, biarkanlah aku membunuhnya. " Rasulullah saw berkata : "Jika benar yang engkau lihat (adalah Dajjal), maka engkau tidak akan dapat membunuhnya. " (HR Muslim)

Rasulullah saw tidak memberi kepastian bahwa Ibnu Shayyaad adalah Dajjal yang dimaksudkan itu, walaupun demikian beliau juga membiarkan dan tidak menafikan ketika sebahagian sahabat bersumpah bahwa dia adalah Dajjal.

Perkara ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di antara para ulama, apakah Ibnu Shayyaad adalah Dajjal?

Memang ketika Rasulullah saw menyebutkan sifat-sifat Dajjal yang akan muncul menjelang hari kiamat, di antaranya bahwa Dajjal adalah kafir dari keturunan Yahudi, tidak akan memasuki Makkah dan Madinah dan tidak mempunyai anak sedangkan Ibnu Shayyaad mengaku muslim walaupun dari keturunan Yahudi. Dia lahir di Madinah, mempunyai orang tua dan mempunyai anak. Selain itu, Ibnu Shayyaad sempat berangkat menunaikan haji menuju Makkah bersama Abu Said Al-Khudri.

Ilmu secara pasti tentang Ibnu Shayyaad samada ia Dajjal atau bukan, hanyalah Allah yang tahu tetapi dari isyarat Rasulullah saw dan sifat-sifatnya, maka para ulama mengambil kesimpulan bahwa Ibnu Shayyaad adalah salah seorang yang memiliki sifat Dajjal.

Dia ahli sihir, dukun dan mengaku banyak tahu tentang masaalah ghaib sehingga ketika sebahagian sahabat bersumpah, di antaranya Umar bin Al Khattab bahwa Ibnu Shayyaad adalah Dajjal, Rasulullah saw tidak menafikannya. Wallahu A’lam.

CARA-CARA MENGHADAPI FITNAH DAJJAL

Untuk menghadapi fitnah Dajjal, maka umat Islam mesti berjihad melawan kebatilan.

Ulama' mesti menjelaskan kepada umat antara yang hak dengan yang batil agar mereka tidak menjadi bingung dan tidak tersesat.
Rasulullah saw bersabda :

"Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan penguasa yang zalim." (HR Ahmad)

Semua bentuk fitnah mesti dilawan oleh umat Islam seperti :
  1. Fitnah kemusyrikan.
  2. Fitnah merendah-rendahkan kehormatan Nabi saw.
  3. Fitnah pembunuhan.
  4. Fitnah pornografi.
  5. Fitnah merendah-rendahkan Islam dan umat Islam.
Manakala fitnah itu juga mesti dilawan dengan semua bentuk kekuatan yang dimiliki dan mampu dimiliki oleh umat Islam sehingga Islam menjadi ajaran yang unggul di muka bumi ini.

Allah swt berfirman :

"Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan." (QS Al-Anfal : 39)
Sedangkan cara yang praktikal yang mesti dilakukan oleh umat Islam iaitu sentiasa membaca Al-Qur'an dan menghafalkannya khususnya surah Al-Kahfi.

Rasulullah saw bersabda :

"Siapa yang hafal 10 ayat pertama surah Al-Kahfi, maka dia selamat dari Dajjal". (HR Muslim)

Ya Allah, selamatkanlah kami dan anak cucu kami dari fitnah Dajjal kerana ia merupakan fitnah yang paling besar yang akan dihadapi oleh manusia di akhir zaman. Tetapkanlah iman kami sehingga kami bertemuMu dalam keadaan tidak ada sedikitpun kesyirikan yang wujud di dalam hati kami.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Bagaimana Seorang Pastor Menjadi Seorang Muslim



Bagaimana Seorang Pastor Menjadi Seorang Muslim


kisah wanita bogel buat laporan rasuah

Sekian laporan mimpi aku tadi ðŸ˜´
AyobHussin Pulau Keramat
Semalam di Pejabat SPRM gempar sebab seorang wanita berbogel datang untuk membuat aduan rasuah. Kakitangan SPRM menjadi cemas dan tidak tentu arah.
Apabila wanita tersebut mengeluarkan dokumen-dokumen bagi menyokong aduan rasuahnya itu seorang pegawai SPRM telah menegurnya kerana berbogel.
"Puan, kita mesti berpakaian sopan apabila berurusan di pejabat kerajaan. Puan tak boleh datang begini," kata pegawai SPRM dengan sopan.
Lalu dijawab oleh wanita bogel itu tadi...."Encik, saya datang nak buat aduan rasuah dan penyelewengan dan ini hal yang amat penting. Aurat tak penting. Jangan sibuk dengan isu aurat, lihat niat dan hati saya yang tulus ikhlas mahu menghapuskan rasuah dan nak selamatkan negara.
Lagipun encik boleh pandang je ke lain masa berurusan dengan saya. Mata tu jagalah sikit. Kalau kuat iman, takkan tak boleh kawal mata tu," balas wanita bogel itu juga dengan sopan.
Sekian laporan mimpi aku tadi ðŸ˜´
CnP
cc: Pak Menteri Hanipa Maidin

Tun Dr Mahathir suruh baca al-Quran sebak seru beramal dengan al-Quran kutuk

Tun Dr. Mahathir suruh baca al-Quran, sebak.
Tuan Guru Presiden PAS seru beramal dengan al-Quran, kutuk
Cerdik dok Mufti ?

Wednesday, August 1, 2018

dlm kristian pun diwajibkan bertudung

Kalau menjolok mata jangan tengok !?
kalau dengan agama sendiri pun mereka tak hormat apatah lagi agama org lain ??
mereka ni tak sepatutnya tinggal di sini ...
rukun negara pun tak hormat
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Mari kita nilai apa kata alkitab kristian:
Tudung muslimah pun diwajibkan oleh alkitab christian :
1 Korintus 11:5 Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak berkerudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.
11:6 Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahwa rambutnya digunting atau dicukur, maka HARUSLAH IA MENUDUNGI KEPALANYA.

11:7 Sebab laki-laki tidak perlu menudungi kepalanya: ia menyinarkan gambaran dan kemuliaan Allah. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan laki-laki.
11:8 Sebab laki-laki tidak berasal dari perempuan, tetapi perempuan berasal dari laki-laki.
11:9 Dan laki-laki tidak diciptakan karena perempuan, tetapi perempuan diciptakan karena laki-laki.

11:10 Sebab itu, PEREMPUAN HARUS MEMAKAI TANDA WIBAWA DI KEPALANYA oleh karena para malaikat.
11:11 Namun demikian, dalam Tuhan tidak ada perempuan tanpa laki-laki dan tidak ada laki-laki tanpa perempuan.
11:12 Sebab sama seperti perempuan berasal dari laki-laki, demikian pula laki-laki dilahirkan oleh perempuan; dan segala sesuatu berasal dari Allah.
11:13 Pertimbangkanlah sendiri: PATUTKAH PEREMPUAN BERDOA KEPADA ALLAH DENGAN KEPALA TIDAK BERKERUDUNG?