Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, October 16, 2019

Tuesday, October 15, 2019

Perang Dunia 3 Erdogan Turki menyeru 'Tentera Islam' menyerang Israel di semua pihak

Perang Dunia 3: Erdogan Turki menyeru 'Tentera Islam' menyerang Israel di semua pihak
Presiden TURKI Recep Tayyip Erdogan dan Partai Keadilan dan Pembangunannya (AKP) telah mengumumkan bahawa mereka mahu mewujudkan "tentera Islam" untuk berperang melawan Israel, telah diturunkan.
Kurang dari sebulan yang lalu, bercakap di negara Turki itu, Yeni Şafak, melancarkan satu artikel untuk Erdogan bertajuk "Panggilan untuk tindakan segera" dan di laman web akhbar itu yang bertajuk "Bagaimana jika tentera Islam terbentuk terhadap Israel?"
Ia menyeru 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membentuk tentera bersama serentak menyerang Israel dari semua pihak.
Artikel itu berkata: "Jika negara anggota OIC bersatu secara tentera, mereka akan membentuk tentera terbesar dan paling komprehensif di dunia.
"Jumlah askar aktif sekurang-kurangnya 5,206,100, manakala anggaran pertahanan akan mencapai kira-kira $ 175billion (£ 124billion)
Ini disertai oleh peta interaktif yang menyediakan pembentukan angkatan tentera untuk serangan Islam bersama ke atas Israel.
Artikel itu memberikan perincian tambahan rencana itu, dengan mengatakan: "Diperkirakan 250,000 tentera akan mengambil bahagian dalam operasi pertama yang mungkin.
"Pangkalan darat, udara dan pangkalan tentera negara anggota yang terletak di kawasan paling kritikal akan digunakan.
"Pangkalan bersama akan dibina dalam tempoh yang singkat ... Ada 500 tangki dan kenderaan berperisai, 100 pesawat dan 500 helikopter serangan dan 50 kapal untuk menggerakkan dengan cepat."
Erdogan tidak menafikan sokongannya terhadap laporan itu dan telah beberapa kali mengatakan bahawa dia ingin membangkitkan Empayar Uthmaniyyah.

Sunday, October 13, 2019

kafir tidak pernah tepati janji

Belajar dari sejarah... kafir tidak pernah tepati janji...
KISAH KHIANAT
Terbaca laporan Malaysiakini berkenaan kenyataan Presiden PAS bahawa haram menyerah kuasa (kepala negara) kepada bukan Islam [1]. Dan berita ini kemudiannya dijadikan modal menuduh TGHH sebagai rasis
Saya tidak mahu membicarakan soal hukum. Kita ada ramai mufti untuk perkara itu. Tetapi saya nak bercerita satu kisah tentang Perang Granada. Kisah ini saya ambil daripada sejarawan Amerika, Dr Pamela D. Toler.
Pada tahun 1482, berlaku satu perang antara Kerajaan Islam Sepanyol dan Ratu Isabella yang mengetuai pasukan tentera Perancis, England dan Ireland. Perang 10 tahun ini berakhir selepas Granada yang menjadi tanah terakhir umat Islam di Eropah dikepung selama 9 bulan.
Bagi menyelamatkan umat Islam di Granada, Sultan Abu Abdullah Muhammad XII membuat satu perjanjian bersama Ratu Isabella dan Raja Ferdinand. Granada akan diserahkan kepada kerajaan Katolik Sepanyol, tetapi umat Islam yang masih tinggal di sana akan dibenarkan untuk terus bebas mengamalkan agama mereka
Perjanjian ini ditandatangani dan dinamakan "Capitulation of Granada".
Tetapi menurut Dr Pamela, tidak seperti pemerintah Muslim yang meraikan hak beribadat non muslim sebelum ini, kedua dua Isabella dan Ferdinand tidak menghormati perjanjian yang mereka berdua sendiri tandatangani. Malahan mereka berusaha memurtadkan umat Islam dalam tempoh 10 tahun pertama selepas penaklukan Granada. Tindakan ini menyebabkan umat Islam memberontak.
Apabila gerakan pemberontak ditumpaskan, Isabella memberi dua pilihan kepada umat Islam. Murtad atau keluar sehelai sepinggang. Majoriti memilih untuk menyelamatkan akidah walaupun kehilangan harta benda. Sebahagian lagi memilih untuk dibaptiskan dan kekal di Sepanyol.
Muslim yang murtad ini kemudiannya dikenali sebagai Moriscos atau Little Moors. Tetapi walaupun sudah murtad, kelompok ini masih dilayan seperti kelas ke dua. Bermula tahun 1530, kerajaan Sepanyol telah menangkap ribuan Moriscos dan menyita harta benda mereka. Mereka terdedah kepada penderaan awam, seksaan, sebatan dan hukuman bunuh
Pada 1609, Philip II yang memerintah Sepanyol ketika itu mengarahkan agar semua Moriscos ini dihalau keluar daripada seluruh tanah Andalusia. Sekurang-kurangnya 300 ribu Moriscos menjadi pelarian dalam tempoh 5 tahun.
Bagi pelarian yang memilih untuk meminta perlindungan di Empayar Islam, mereka dipaksa meninggalkan zuriat mereka yang berusia kurang 7 tahun supaya kanak-kanak ini dapat dibesarkan di Sepanyol sebagai Kristian dan seterusnya 'diselamatkan' [2]
Ini adalah tulisan sejarawan Barat tentang isu kemanusiaan Granada selepas nasib umat Islam diserahkan secara mutlak kepada pemerintah bukan Islam. Saya tidak menambah apa-apa.
Kerana jika saya mengambil kisah ini daripada sumber sejarawan Islam, maka setiap dari kita akan mempersoalkan tahap iman dirinya sendiri.
----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu
Rujukan:
[2] The History Of All Of Us Mankind, Dr Pamela D. Toler, Running Press Book Publishers, 2012, ms 201 - 204

Saturday, October 12, 2019

HUJAN METEOR 2019 termasuk indonesia,TANDA AKHIR ZAMAN ada di ZAMAN kita

Menteri dari Dap yg terlibat dgn kumpulan Pengganas LTTE



PERJUANGAN DI ANTARA TAMIL EELAM DAN PALESTIN

Minda Presiden PAS
PERJUANGAN DI ANTARA TAMIL EELAM DAN PALESTIN
Marilah berfikir dengan matang dan sejahtera terhadap kalangan yang menyamakan perjuangan Palestin dengan Tamil Eelam dengan memanfaatkan sumber maklumat terkini dan menyaksikan di lapangan yang penuh dengan sumber ilmu terkini yang boleh dibaca dan dilihat dengan mudah.
Kenalilah kedua-duanya terlebih dahulu supaya dapat menilai secara benar atau bohongnya dan jangan tertipu pada zaman yang digoda oleh banyak pembohongan yang dikawal oleh undang-undang yang rapuh dan nilai kemanusiaan yang dihilangkan.
Tamil Eelam ialah nama yang diberikan kepada golongan kaum Tamil di Sri Lanka yang mahu mewujudkan negaranya sendiri di kawasan utara dan timur negara tersebut. Nama kumpulan tersebut berasal dari nama Tamil kuno bagi Pulau Sri Lanka.
Perkataan Eelam ialah kumpulan militan Tamil bernama Harimau Pembebasan Tamil Eelam (Liberation Tigers of Tamil Eelam, LTTE), yang digolongkan sebagai pertubuhan pengganas yang diharamkan di 31 buah negara termasuk Amerika Syarikat, India, United Kingdom, Kesatuan Eropah, Kanada dan Australia, mentadbir sebuah negeri de facto di kebanyakan kawasan Utara dan Timur Sri Lanka.
Pada awal tahun 2009, tentera Sri Lanka melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap Tamil Eelam yang berkesudahan kejatuhan angkatan darat biasa LTTE. Saki-baki wilayah Sri Lanka yang dikuasai LTTE, iaitu sebuah pesisir pantai kecil di utara Mullaithivu berhampiran lagun Nathikandal, akhirnya ditawan pada 18 Mei 2009.
Kebanyakan barisan kepimpinan awam dan tentera tertinggi Tamil Eelam, termasuklah ketua mereka iaitu Velupillai Prabhakaran, dilaporkan terkorban dalam pertempuran terakhir. Mayat Velupillai Prabhakaran pun telah ditemui. Semenjak itu, negeri Tamil Eelam bukan lagi sebuah entiti wujud.
Adapun kaum Tamil pula adalah sebuah kumpulan etnik yang berasal dari Tamil Nadu, yang menjadi sebahagian daripada negara India yang sudah wujud dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Maka negara Sri Lanka juga begitu dan menjadi negara jiran India. Oleh yang demikian, perjuangan penubuhan negara oleh kumpulan Tamil Eelam adalah tidak lagi relevan dan menjadi masalah dalam negara yang sudah pun diharamkan oleh negaranya dan masyarakat antarabangsa.
Manakala perjuangan Palestin ialah menegakkan sebuah negara di Timur Tengah di antara Laut Tengah dan Sungai Jordan. Status politiknya masih dalam perdebatan. Sebahagian besar negara di dunia termasuk negara-negara anggota OIC, Liga Arab, NAM, dan ASEAN telah mengakui kewujudan negara Palestin.
Wilayah Palestin saat ini terbahagi kepada dua entiti politik, iaitu wilayah pendudukan Israel dan pihak berkuasa Palestin. Seterusnya ditubuhkan negara yang dinamakan Israel di atas bumi Palestin, dan kerajaan Palestin yang dirampas tanah airnya.
Israel yang diasaskan pada tahun 1948 di atas tanah yang pada masa itu diduduki orang Arab merupakan negara perkauman Yahudi yang tunggal di dunia, kemudiannya menceroboh bahagian Arab, sehingga rakyat Palestin bernegara tanpa tanah air.
Puncanya daripada penjajah yang mencipta Perisytiharan Balfour 1917 yang merupakan kenyataan rasmi dasar kerajaan British yang menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin bagi bangsa Yahudi di negara lain.
Penubuhannya adalah perjuangan organisasi Zionis, kumpulan fanatik Yahudi yang menganggap mereka sahaja bangsa yang mulia dan boleh melakukan apa sahaja terhadap bangsa bukan Yahudi.
Deklarasi Balfour adalah merampas tanah air daripada penduduknya yang telah ada oleh kuasa penjajah yang tidak berhak terhadap negara tersebut.
Maka perjuangan Palestin adalah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa, berkonsep mempertahan dan menuntut hak yang sah mengikut konsep politik dan hak asasi manusia yang konsisten.
Sudah jelas dan nyata perbezaan yang tidak boleh dibandingkan dengan Tamil Eelam, jauh jaraknya laksana langit dan bumi, Timur dan Barat.
Maka wajib bagi Malaysia menyokong perjuangan Palestin dan haram bersimpati dengan kumpulan Tamil Eelam. Wajib mengawal rakyatnya supaya tiada sebarang hubungan dan simpati dengan kumpulan haram itu.
Kalangan rakyat yang ada hubungan dengan kumpulan itu sangat memalukan, tidak menghormati dan tidak setia kepada negara sendiri, yang dia berpijak di atas buminya dan bernaung di bawah langitnya.
Sikap bersimpati dengan Tamil Eelam yang diharamkan oleh masyarakat antarabangsa, termasuk negara India sendiri dan dihapuskan di Sri Lanka adalah memalukan negara Malaysia dan rakyatnya. Maka langkah yang segera dan berani sangat wajar dilakukan oleh kerajaan.
“Islam Memimpin Perpaduan”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 12 Safar 1441 / 12 Oktober 2019

Astaghfirullah! Istana Dajjal Telah Berdiri Megah di Bukit Madinah