Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, March 11, 2020

Dr Muhammad Misyali dari Mesir dikenali sebagai doktor fakir miskin

Dr Muhammad Misyali dari Mesir dikenali sebagai doktor fakir miskin. Beliau ialah lepasan Fakulti Perubatan tahun 1967 yang mendapat pangkat pertama dengan markah 99.3%.
Sejak 50 tahun, Dr Muhammad Misyali memberi rawatan percuma kepada pesakit yang fakir miskin di klinik beliau yang terletak di Tanta. Malah, beliau turut memberi wang kepada mereka untuk membeli ubat-ubatan. Bagi pesakit yang berkemampuan, beliau hanya mengambil bayaran sebanyak £10.00 (10 junaih Mesir) daripada mereka.
Setiap hari, kelihatan puluhan pesakit berkumpul di klinik beliau yang agak sederhana. Dr Muhammad bekerja merawat ramai pesakit selama 10 jam sehari bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Beliau tidak mempunyai kenderaan apatah lagi telefon bimbit. Setiap hari beliau berjalan kaki dari rumah ke klinik walaupun ketika ini usia beliau sudah pun mencecah 80 tahun.
Pernah seorang hartawan dari Negara Teluk menyumbang sebanyak USD20,000.00 kepada Dr Muhammad setelah mendengar kisah beliau. Malah hartawan itu menghadiahkan sebuah kereta dek simpati dengan keadaan beliau. Namun, setahun kemudian, ketika hartawan itu melawat Mesir, beliau mendapat tahu yang Dr Muhammad menyumbangkan kesemua wang tersebut kepada pesakit-pesakit yang fakir miskin. Beliau juga menjual kereta yang dihadiahkan itu untuk membeli peralatan perubatan yang digunakan untuk merawat pesakit secara percuma.
Dr Muhammad Misyali berkata, “Selepas saya graduasi, saya mendapat tahu yang ayah saya mengorbankan semua duit kos rawatan beliau supaya saya dapat jadi doktor. Sejak itu, saya berjanji dengan Allah yang saya takkan ambil satu sen pun daripada pesakit yang fakir miskin.”

Tuesday, March 10, 2020

CS143 DIPLOMA IN MATHEMATICAL SCIENCES

https://fskm.uitm.edu.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=102&Itemid=137#plan-of-study

CS143 DIPLOMA IN MATHEMATICAL SCIENCES / DIPLOMA SAINS MATEMATIK



DIP. SAINS MATEMATIK UITM


Kod UPU                                    E2820
Fakulti                                        Fakulti Sains Komputer dan Matematik
Tempoh Pengajian                    5 Semester
Syarat Am                                  Lulus SPM dengan mendapat 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu                                                         dan lulus Sejarah
Syarat Khas Lepasan SPM      Min Kepujian - Matematik 
                                                                            - Matematik Tambahan
                                                                            - Fizik / Kimia / Bio / Sains Tambahan / Sains
                                                                            - Bahasa Inggeris



Kos ni bukan belajar matematik je. Tapi apa-apa yang berkaitan dengan math semua student belajar. Contohnya calculus, statistics, accounting, economic, finance, dan macam2 lagi. Subjek pasal komputer pun ade jugak.

Sedikit overview pasal subjek dalam kos ni,

Subjek

1) Calculus
Student akan belajar 4 level of calculus which are pre-calculus, calculus 1, calculus 2, and calculus 3. Pre-calculus tu macam belajar addmath. Lepas lulus precalculusstudent akan move to the next level- calculus 1 sampai calculus 3. Semuanya berkait. Satu pesanan untuk subjek yang berkait mcm ni,  jangan fail paper sebab kalau tak nanti kena repeat paper 2 dan tak boleh amik level yang berikutnya. So akan rugi masa di situ.

2) Statistics 
Subjek ni belajar pasal survey, macam mana nak kira survey, tabulate data, analysis dll. Subjek ni sangat penting kalau  nak buat estimation nanti. Katakan ada bisnes ataupun kerja dengan mana-mana company, subjek ni la yang membantu menentukan sama ada patut atau tidak sesuatu projek itu dibangunkan. Tu salah satu contoh,banyak lagi function subjek ni.

3) Accounting 

4) Management & Human Resource 

5) Programming C++ 
Macam yang korang guna web, system, application semua ni kan, di sebalik kewujudan benda-benda canggih ni ada programming dibelakangnya. Nak bangunkan benda2 ni semua guna programming la. Tapi bukan C++. C++ ni paling basic and student belajar perkara basic.

6) Finance 

7) Operation Research 

8) BEL 
Subjek English yang semua student diploma UiTM wajib ambil. Ada 3 level.

9) CTU 
Subjek Islam dan tamadun yang semua student UiTM beragama Islam wajib ambil. Ada 3 level.

Selain subjek ni ade korang ade jugak belajar subjek2 berkaitan komputer, beberapa subjek matematik yang lain seperti probability, mathematical logic, research dan sebagainya.


Kerjaya
Diploma holders in this course are able to fulfill the work force requirement in the financial institutions, manufacturing industries, banking industries, marketing, and business and management in public and private sectors as

  • Quantitative Research Assistance /
  • IT Support Executives /
  • Customer Service Executives /
  • Statistics Researchers /
  • Market Research Executives /
  • Quality Control Executives /
  • EDP Operations Support Analysts /
  • Assistance Business Analysts /
  • Programmers /
  • Production Supervision/Operators /
  • Training Executives /
  • Bank Executives 

GEREJA BERANG KABINET BARU MALAYSIA DI KUASAI MUSLIM

Kenapa kerajaan PH jatuh?

Kenapa kerajaan PH jatuh?
- Sebab PM letak jawatan dan semua jawatan Kabinet gugur secara automatik.
Kenapa PM letak jawatan?
- Sebab terima tekanan dari pimpinan PH yang mahu Anwar jadi PM
Kenapa Tun M tidak serah jawatan PM pada Anwar?
- Sebab tiada dlm perlembagaan dan jawatan PM bukan boleh diserah begitu je. Perlu akan cukup sokogan dari ahli parlimen baru boleh jadi PM
Kenapa YDPA lantik Muhyidin?
- Sebab YDPA dah interview setiap ahli parlimen dan tahu bahawa Tun M dan Anwar tidak cukup sokongan.
Benda mudah je.
Kerajaan PH dijatuhkan oleh PM ph sendiri.
Bukan salah PN.
Move on lah..
Atok buka pintu depan dan lari malam,anak2 ayam hilang bapa,marah org lain msuk rumah

Monday, March 9, 2020

Hadi Awang bukan Idola Bilakah saya mula mengenali Haji Hadi?

>>>>> Busseroa Abd Jalil :
Hadi Awang bukan Idola.
Bilakah saya mula mengenali Haji Hadi?
Entah.. terlalu lama. Ketika saya masih berhingus. Masih berseluar pendek mandi sungai dengan sekumpulan anak2 kampung yang lain rasanya. Haji Hadi tidak asing dalam kamus hidup sebahagian family saya. Ketika itu gelaran tuan guru belum begitu tersohor. Gelaran yang ada cuma Haji Hadi.
Ketika Haji Hadi datang ke Langkawi, ketika itu sekitar pertengahan 80an ibu bapa membawa saya mengikuti ceramah beliau pada hening malam di Padang matsirat. Saya masih ingat kami membentangkan tikar di atas pasir berbumbungkan langit malam semata2 untuk melihat sosok Haji Hadi secara dekat. Saya tidak tahu apa yang berlaku.. Cuma apa yang saya masih ingat soalan bapa saya ketika dalam perjalanan pulang,
Adik tengok Haji Hadi tadi?
Saya geleng.
Balas ibu saya, saya tidur dari awal sehingga ceramah selesai!
Lalu berkatalah bapa saya..
Rugi adik tak tengok. Haji Hadi segak orangnya. Alim..
Saya blur..
Dalam minda kecil seorang kanak2 saya tertanya2..
Apa yang hebat sangat Haji Hadi tu...??
Saya macam tak minat!
Maka membesarlah saya dalam environment mesra PAS tetapi tidak ada paksaan dalam membuat keputusan. Ahli keluarga saya terdiri daripada pelbagai warna parti politik. Saya ok dengan pas. Namun pemimpin pas yang melekat di hati saya hanyalah Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz. Manakala figura2 lain dalam pas yang saya minati mestilah figura debat tersohor seperti mat sabu, salahuddin ayob dan mahfuz omar.
Bagi saya figura debat itulah Pas. Tanpa mereka pas akan mati.
Haji Hadi???
Saya ulang berkali-kali saya tidak minat. Bagi saya Haji Hadi tidak sesuai berada di barisan depan pimpinan pas. Haji Hadi terlalu keras. Haji Haji tidak ada diplomasi. Haji Hadi tidak ada skill memerintah sebab itu Haji Hadi hilang Terengganu selepas sepenggal! Saya ulang.. saya tidak minat. Nak dengar ceramah haji hadi pun saya tidak minat. Saya lebih suka mendengar ceramah mat sabu! mesti tak kering gusi dibuatnya terutamanya ketika mat sabu menjerit perkataan maha firaun dan bapa perompak!
Sehinggalah berlaku satu "revolusi" parti dalam pas pada tahun 2015. sekumpulan idola hebat yang saya puja keluar meninggalkan pas setelah tewas dalam pemilihan parti ketika itu. Saya hanya memerhati, membaca dan menilai melalui info2 di media sosial. Rasa tidak best mula merajai hati sebab yang keluar itu semua golongan professional/hebat dalam pas. Jika mereka semua keluar siapa yang tinggal dalam pas? Hanya lebai yang bersisa?
Apa yang lebai boleh buat?
Haji hadi lagilah... Skill ke laut!
Ketika kemelut tersebut,
perbincangan di media sosial menjadi kian rancak. Sahabat2 saya terbahagi kepada beberapa kumpulan ketika itu. Ada yang pure biru tua.. ada biru muda. Ada hijau pekat dan ada hijau professional yang kemudian bertukar warna kepada oren.
Lalu seorang sahabat daripada warna oren berkata kepada saya,
kita sama2 akan support golongan professional. Mereka cerdik bukan dungu macam lebai. Lebai tak boleh harap.
Lebai hampehh.
Entah dari mana jawapan itu datang..
Tiba2 saya menjawab..
saya support Tuan Guru Haji Hadi!
Saya pun tidak tahu..
kenapa saya jawab begitu.
Tuan guru bukan idola saya.
Idola saya mat sabu!
Namun bertitik tolak dari situlah..
Saya mula berjinak dengan kuliah dan ceramah tuan guru.
Saya mahu mencari di mana titik kebencian kepada beliau selama ini.
Mengapa sosok ini dikeji pagi dan petang.
Difitnah secukup rasa.
Dipijak, dihenyak namun tetap tidak lunyai.
Namun...
Jujur saya tidak jumpa.
Yang saya jumpa hanyalah ilmu demi ilmu.
Bicara tuan guru adalah bicara ilmu.
Ceramah politik pun berasaskan ilmu.
Bicara beliau adalah keharmonian bersulam sedikit ketegasan.
Kadang2 nampak keras di situ.
Keras pada pendirian.
Maka ketika itu saya mula melihat..
berduyun2 golongan professional baru yang datang menggantikan seranting professional yang telah pergi.
Sehinggakan dalam PRU14 calon Pas yang paling ramai memiliki phd.
Saya mula memahami rentak bicara tuan guru. Nampak keras dan tegas namun penuh diplomasi dan toleransi.
Ada waktu tindakan tuan guru seperti mundur ke belakang.. Kita yang bodoh menjadi geram dan hilang sabar.
Namun rupa2nya mundur ke belakang itu sekadar mengambil lajak untuk menjunam jauh ke depan.
Yang punya mata hati akan terkedu di situ!
Saya cuba menyingkap bicara kesat dari bibir tuan guru. Susah benar tuan guru ingin memetik nama si fulan dan si fulan walaupun dirinya dilanyak cacian pagi petang. Bicara guru tua ini semuanya berlapik. Semuanya berkisar sejarah.. Semuanya berasaskan didikan dan ilmu.
Dan yakinlah saya, kebencian yang disemai pada sosok ini bukanlah berfakta sekadar mendengar cakap2 orang!
Sekadar datang dari hati yang semakin kelam!
Tuan guru dibenci kononnya beliau bapak segala rasis sedangkan sejak berlakunya kemelut politik sejak seminggu dua yang lalu berkali-kali dan kali saya dengar dalam hampir kesemua Interview dengan beliau, tuan guru menekankan kabinet yang bakal dibentuk mesti menjaga masyarakat majmuk!
Masyarakat majmuk yang amat takut kepada figura tua ini, namun di hati beliau tidak lekang memikirkan kalian.
Berbunga2 hati beliau untuk kalian.
Cuma kalian yang tidak mahu menghayati.
Ketika hentaman demi hentaman guru tua ini tamak kuasa, haloba, tunggang agama namun ternyata sebaris nama beliau pun tidak ada dalam barisan kabinet DS muhyiddin yang diumumkan hari ini. Itu doa saya. Saya tidak mahu guru ini berada di dalam kabinet kerana jiwa saya merasakan bukan di situ tempat selayaknya untuk beliau. Biarlah guru tua itu terbang bebas mengepak sayap ilmunya ke seluruh alam.
Wahai tuan guru,
Maafkan kami di atas kesombongan dan kebodohan kami.
Kami menghinamu kerana nafsu tanpa menyedari bahawa bicara dan pandangan ulama itu adalah bicara takwa.
Ilmu yang kamu ada akan terkubur bersama jasadmu jika tidak kami "curinya" dari sekarang.
Terima kasih tuan guru di atas ilmu mu.
Terima kasih di atas bimbinganmu.
Terima kasih juga atas gertakkanmu supaya kami tersedar dari mimpi bahawa akhirat itu negeri abadi.
Terima kasih kerana menjadi sekuat ini.
Buat sang pembenci..
Bencilah partinya.
Bencilah politiknya.
Bencilah kesilapannya kerana beliau bukan maksum.
Tapi hargailah ilmunya.
Tabayyunlah dalam menilai.
Adil lah dalam menghurai.
Jangan melampau dalam mengkeji dan mencela.
Kerana antara kita dan dia ternyata kita bukan siapa2..
Kita tidak perlu menjadi Pas untuk menghargai ilmu tuan guru Haji Hadi Awang.
Salam kasih buat tuan guru.
12.22 malam
10032020

Tuesday, March 3, 2020

KISAH SEBUAH PARTI POLITIK YANG TERLALU GOPOH MAHUKAN PERUBAHAN

KISAH SEBUAH PARTI POLITIK YANG TERLALU GOPOH MAHUKAN PERUBAHAN
ADA sebuah mesyuarat yang sering dijadikan bahan percakapan dalam kalangan penjawat awam di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kisah ini agak popular sehingga saya sendiri pernah diminta kepastian mengenai kesahihannya oleh beberapa teman.
Kisah ini berlaku di sebuah mesyuarat di Kementerian Kewangan (MOF) antara dua menteri iaitu menteri pendidikan dan menteri kewangan. Bersama-sama di dalam bilik mesyuarat adalah pegawai tertinggi kedua-dua kementerian termasuk ketua setiausaha (KSU) KPM dan KSU MOF.
Mesyuarat tersebut terpaksa dilakukan setelah pelbagai usaha KPM untuk meneruskan bajet Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) dan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan & Keselamatan (KBK) seperti tahun-tahun sebelumnya menemui jalan buntu.
MOF telah menetapkan mahu mengurangkan bajet PKK sebanyak RM50.7 juta dan bajet BKK sebanyak RM427.3 juta untuk 2019 berbanding bajet yang diterima secara normal pada 2018 sebelumnya atau pengurangan RM478 juta keseluruhannya.
Ini menyebabkan hampir 1,382 syarikat terjejas berbanding jumlah keseluruhan 1,953 kontrak yang dikeluarkan.
Lebih menyedihkan, keputusan ini akan menyebabkan seramai 10,406 pekerjaan dikurangkan dalam dua fasa.
Dalam dua mesyuarat bersama-sama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) pada 31 Januari 2019 dan 27 Mac 2019 yang dibawa oleh saudara Arul dari Parti Sosialis Malaysia (PSM),
Dr Maszlee Malik telah berjanji bahawa apa juga keputusan kerajaan tidak akan memberi kesan kepada pekerja kontrak di sekolah kerana mereka kebanyakannya adalah warga B40 yang bergantung hidup kepada gaji sekecil RM900 sehingga RM1500 sahaja.
Malangnya di dalam mesyuarat tersebut, permintaan KPM untuk mendapatkan jumlah bajet seperti yang diminta ditolak mentah- mentah. Diceritakan komen sinis salah seorang ahli mesyuarat:
“Jaga sekolah ni tak perlulah ramai-ramai. Sekolah-sekolah kampung carilah ‘volunteer’ (sukarelawan), mak bapa yang tak ada kerja tu boleh volunteer.”
Inilah sebab mengapa kisah mesyuarat ini menjadi bahan percakapan di kalangan warga KPM.
Apakah maknanya ‘volunteer’? Bagaimana dengan tanggungjawab untuk pastikan barangan dalam bangunan sekolah tidak dicerobohi? Adakah PIBG perlu cari ‘volunteer’ untuk jadi ‘guard’ (jaga) sekolah pula?
Salah seorang pegawai di KPM pernah menyatakan kepada saya dalam nada marah setelah mengetahui kisah ini:
“Kita tak boleh suka-suka ubah sistem yang dah ada. Apa maksud ‘volunteer’?
Di sekolah ada barang seperti laptop, LCD dan banyak fail Sulit, siapa akan bertanggungjawab jika dicerobohi?
Kalau ibu bapa yang ‘volunteer’ diserang pencuri, siapa akan bertanggungjawab terhadap mereka?
Kalau kena tembak atau ditikam, siapa akan bayar kos perubatan?”
Kisah di atas adalah cebisan dari ratusan kisah yang kita semua biasa dengar di KPM. MOF seperti biasa, mengambil pendirian pandang mudah dan meneruskan agenda penjimatan seperti yang mereka mahukan.
Pekerja kontrak keselamatan dan kebersihan yang terlibat dalam program penjimatan mereka terus ditamatkan dalam dua fasa seperti dirancang.
Kami di KPM setiap hari menerima panggilan, WhatsApp, mesej dan emel tentang perkara ini namun tidak mampu melakukan apa-apa kerana bajet yang diminta tidak diluluskan MOF.
Malah liputan turut disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Rakyat pada amnya melihat yang jahat adalah Dr Maszlee dan KPM, tanpa mengetahui punca sebenar mengapa sehingga 10,000 pekerja diberhentikan, atau seperti dilaporkan Utusan, 27,000 orang terjejas.
Banyak lagi kisah-kisah lain yang tidak perlu saya tuliskan secara terperinci butirannya. MOF membuat keputusan-keputusan mereka sendiri tanpa melakukan libat urus yang mendalam dengan pihak yang akan menerima kesannya.
Beberapa agensi di bawah KPM diarahkan tutup dalam sela masa yang kadangkala tidak masuk akal, ada di antaranya diarahkan tutup dalam masa 3 bulan.
Institut Terjemahan Buku Negara (ITMB) misalnya diarahkan tutup oleh Jawatankuasa Rasionalisasi kerana kononnya tidak penting. 96% pekerja ITBM adalah orang Melayu.
Hari ini ITBM masih beroperasi setelah Maszlee membawa isu ini masuk ke dalam Kabinet, dan MOF masih tidak mengeluarkan sebarang bajet untuk membantu.
PADU diarahkan tutup walaupun sedang melaksanakan agenda dalam rangka tindakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.
90% pekerja mereka hari ini saya difahamkan sudah keluar mencari kerja lain dan saya tidak pasti apa akan berlaku kepada agenda pelan itu yang masih mempunyai baki 5 tahun.
Dan yang paling tidak masuk akal, Institut Pendidikan Guru (IPG) juga termasuk dalam senarai rasionalisasi (tutup dan tamatkan) oleh MOF.
Menurut pandangan mereka, penjimatan sehingga RM213 juta boleh dilaksanakan kerana Kerajaan tidak lagi perlu membayar elaun pelatih guru.
Saya menentang keras kerana dalam banyak perkara, mengapa kerajaan (melalui MOF) tergamak memotong bajet pendidikan dan elaun pelatih guru?
Apakah sudah tidak ada cara lain sehingga bajet untuk pembinaan guru yang sangat penting ini perlu diusik juga?
Malah mereka secara sinis mencadangkan agar semua pelajar yang mahu masuk ke dalam sistem perguruan boleh membuat permohonan di Fakulti Pendidikan di mana-mana Universiti Awam yang ada dan perlu memohon tabung PTPTN.
Berita penutupan 27 IPG ini akhirnya meletup juga, disiarkan secara eksklusif oleh Berita Harian (BH).
Sekali lagi, Maszlee terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa berita tersebut tidak benar dan ketika dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, perdana menteri setuju IPG dikekalkan.
Pada hari yang sama keputusan Kabinet ini dibuat, saya terpaksa bertegang urat dengan ketua editor BH semata-mata kerana mahu menutup kejahatan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh MOF ini.
Saya percaya, rakyat tidak akan mudah melupakan ini. Pekerja paling bawah, warga B40 yang setelah bertahun-tahun bekerja kontrak dengan gaji tidak lebih RM 1500 diberhentikan setelah Pakatan Harapan (PH) naik.
Di sekolah pula, bajet ko-kurikulum tidak lagi turun. Sekolah tidak lagi mempunyai wang untuk membuat program keagamaan seperti Maulidur Rasul atau untuk membeli air mineral untuk murid yang akan mewakili sekolah ke kejohanan olahraga. Ribuan program badan beruniform seperti kawad kaki dan program sukan di sekolah dibatalkan.
Ini semua hanya berlaku setelah kerajaan PH naik.
Dalam masa yang sama, hanya pegawai kementerian sahaja yang tahu berapa banyak surat dari Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan yang sampai di Pejabat Menteri Kewangan tanpa melalui menteri pendidikan.
Berapakah peruntukan yang diberikan oleh menteri kewangan kepada timbalan menteri pendidikan sepanjang tempoh 22 bulan ini agaknya?
Rakyat juga tidak akan lupa peruntukan RM60 juta kepada Tunku Abdul Rahman Uni College, serta betapa megahnya parti DAP dan Lim Guan Eng ketika merasmikan kelulusan pentadbiran tunggal SMJK Heng Ee 2.
Sekolah jenis kebangsaan Cina boleh dibuka sesuka hati, tanpa memerlukan bacaan semula Perlembagaan.
Ini semua hanya berlaku setelah kerajaan PH naik.
Dan paling terbaru, ketika beribu alasan diberikan untuk mengurangkan bajet pendidikan sebanyak beratus-ratus juta, sebanyak RM 450 juta diberikan kepada teman-teman rapat mereka untuk membantu usahawan e-wallet. Apakah ini?
Ketika kita mula berkempen untuk memenangkan PH sebelum PRU14 yang lalu, kita hanya punya satu tujuan iaitu menewaskan koruptor.
Ketika itu kita semua bersatu padu dan belum belajar untuk menikmati kuasa dan kekuasaan. Namun seperti kata Lord Acton:
“Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely. Great men are almost always bad men...”
Namun hari-hari saya di KPM nampaknya dihabiskan untuk mengawal tindak tanduk ahli politik yang sudah mulai korup untuk memuaskan hati sebilangan pengundi mereka sahaja.
Bermula dengan isu matrikulasi, yang menurut mereka perlu diluaskan 100% mengikut meritokrasi, kemudiannya memburuk dengan isu kemasukan ke jurusan kritikal di IPTA yang juga menurut mereka, perlu dibuka seluas-luasnya.
Semua semakin memburuk dengan adanya pemimpin DAP yang semakin besar kepala dan menteri yang mengambil 99% staf di pejabat yang menjaga hal ehwal perpaduan dari satu kaum sahaja.
Isu seperti arwah Adib dan tulisan Jawi dicampur aduk sebagai perencah oleh golongan liberal seperti Siti Kasim untuk menekan kerajaan menjadi kerajaan yang pro-bukan Melayu.
Kemudian hadir isu komik pro negara China oleh Superman Hew.
Tidak cukup buruk, keputusan Peguam Negara Tommy Thomas dalam kes LTTE keluar pula.
Tidak dapat dielakkan persepsi kaum Melayu umum pada hari ini percaya kerajaan PH adalah kerajaan tunggangan DAP. Kerajaan PH pro Cina. Kerajaan PH anti Melayu- Muslim.
Polarisasi struktural-kultural.
PH masuk pada awalnya dengan imej sebagai kerajaan yang bersih.
Namun 22 bulan setelah gagal mengurus kemenangan, PH keluar sebagai kerajaan yang paling rasis, paling perkauman dan paling teruk, paling anti Melayu dan Muslim.
Rupa-rupanya, seperti kata Kuntowijoyo, koalisi PH yang terbentuk akibat integrasi vertikal Bersatu, Amanah dan DAP tidak membuktikan integrasi horizontol terwujud.
Gerakan sosial-politik kita terbahagi secara kaku mengikut acuan budaya yang diterjemah mengikut acuan bangsa.
Semuanya terbias melalui tindak tanduk satu parti yang terlalu gopoh mahukan perubahan, dalam masa yang singkat tanpa mempedulikan psiki warga majoriti di negara ini.
DAP, anda bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kejatuhan PH, namun kebangkitan semula para koruptor hari ini. – 3 Mac, 2020.
Artikel oleh: ZF Zamir

Monday, March 2, 2020

Kerajaan pintu belakang?

AyobHussin Pulau Keramat

3 hrs

Tun resign secara rasmi & minta cabinet dirombak, Agong dah terima, Agong lantik dia sbd PM interim, Agong temuduga semua MP, kmdian raja2 buat persidangan, agong buat pertemuan dengan pemimpin party, Agong batalkan persidangan dewan ( bersidang apa lagi, semua dah terlucut !), kemudia agong lantik PM baru ikut lunas2 undang...

KEMUDIAN KAMU NAK KATA ITU PINTU BELAKANG ??

HEYYYY ! TALK TO MY FEET LAAA !!!