Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, July 30, 2015

Mengapa Ulamak sentiasa jadi Presiden PAS



Mengapa Ulamak sentiasa jadi Presiden PAS

(Memperbetulkan kenyataan TPJ Johor)

Menjelang Muktamar PAS ke 61 beberapa bulan lagi yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti, banyaklah sepkulasi, kempen dan promosi diadakan pelbagai pihak. Ada yang secara langsung ada yang tidak. Apa pun adab berkempen di dalam PAS lazimnya tidak mempromosi diri keterlaluan dan tidak sama-sekali mengkritik dan mencemuh saingan.

Hari ini dalam akhbar The Star Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor zulkefly Ahmad dilaporkan sebagai berkata bahawa

"…the party president need not necessarily be an ulama as those from the professional group could also vie for the top post."

"….Presiden parti tidak semestinya seorang ulamak malah mereka dari kumpoulan profesional pun boleh bertanding jawatan berkenaan."

Dalam hal ini saya bersetuju dengan TPJ Johor itu. Memang tidak terkandung pun dalam Perlembagaan PAS bahawa Presiden parti mesti seorang ulamak. Cuma ianya sesuatu yang lazim lantaran parti pun parti Islam.

Kalau MIC takkanlah orang Melayu mahu bertanding, begitu juga Umno takkanlah orang Cina mahu bertanding. Ianya tidak disebut dalam perlembagaan tetapi sesuatu yang memang diamalkan demi mengekalkan teras perjuangan dan ideologi parti.

Tidak salah seorang profesional mahu bertanding jawatan Presiden PAS. Tetapi PAS bukan umpama parti-parti siasah lain dimana latarbelakang seseorang bukannya sesuatu yang dititik beratkan.

PAS adalah sebuah parti siasah Islam, ia memartabat dan mendaulatkan Islam, lalu sejujur dan sewajarnya, mereka yang lebih kanan ilmu Islamnya dan lebih sempurna dan lengkap akhlak dan keperibadian Islamnya, yang itulah terlebih layak untuk bertanding dan memegang jawatan nombor satu.

Namun terbuka ia untuk sesiapa pun akan tetapi lazimnya, ahli-ahli yang mahu kekal duduk dan bernaung di bawah parti Islam, akan lebih mengutamakan seorang ulamak, sebagaimana mereka mengutamakan yang terbaik dari yang baik-baik apabila mereka memilih untuk naik ke hadapan memimpin solat mereka.

Kemudian bagi menegakkan hujahnya TPJ Johor telah memberi contoh beberapa tokoh bukan ulamak yang didakwa beliau pernah menjadi Presiden PAS:
"…..of the seven presidents, three –Datuk Dr Abbas Alias (1953-1956), Dr Burhanuddin Al-Helmy (1956-1969) and Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982) – were from the professional group."

",,,,,dari tujuh Presiden PAS, tiga iaitu Datuk Dr Abbas Alias Alias, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Datuk Mohd Asri adalah dari kumpulan profesional."
Maaf rasanya maklumat itu tidak tepat. Benar Dr Abbas seorang profesional, seorang doktor perubatan, pernah menjadi Presiden PAS akan tetapi Almarhum Dr Burhanuddin dan Datuk Asri bukannya profesional tetapi ulamak.

TPJ Johor itu boleh melayari internet dan melihat latarbelakang akademik dan pengajian kedua-dua mereka, yang masing-masnig bermula dari institusi pondok belaka.
Bagi Dr Abbas pula, beliau seakan memangku jawatan berkenaan “in transition” bagi menantikan seorang yang lebih layak, yakni ulamak untuk mengisi jawatan apabila pengasas PAS, Allahyarham Tuan Hj Ahmad Fuad keluar meninggalkan PAS.

Buktinya apabila beliau dengan rela hati berundur pada tahun 1956, apabila Dr Burhanuddin bersetuju menyertai PAS.
Kemudian TPJ Johor dalam usahanya mahu berhujah bahawa Ulamak tidak dibelakangkan apabila bukan ulamak menjadi Presiden, beliau berkata Majlis Syura sesungguhnya seakan Lembaga Pengarah dan CEO nya yakni Presiden melapor diri pada Lembaga Pengarah tadi.

Di sini pun saya merasakan ianya silap kerana Majlis Syura PAS bukan umpama Lembaga Pengarah syarikat tetapi lebih seakan Lembaga Penasihat atau Advisory Committee yang punya “terms of reference” nya yang tersendiri.
Presiden jika CEO dan perlu patuh pada Majlis Syura sebagai Lembaga Pengarah maka tidaklah jadi umpamanya nasihat dan pengarahan Majlis Syura dipandang remeh dan diperkecil oleh pimpinan lain.

Jawatankuasa Pusat itulah sesungguhnya Lembaga Pengarah dan ahli-ahli PAS sebagai pemegang saham. Presiden adalah Pengarah Urusan dan CEO yang sebagaimana pernah diungkapkan oleh Almarhum Tok Guru Nik Abd Aziz, nakhoda pada bahtera besar PAS.

Nakhodalah yang menetapkan arah dan haluan PAS, bila bergelora mahu bikin apa, bila tenang bagaimana.
Kesimpulannya bahtera besar ini mahu belayar menuju ke destinasi bukan hanya dunia tetapi sampai ke akhirat mengejar redha dan keampunan Allah swt, laluan yang tidak ditempuh oleh mana-mana pun parti politik di Negara ini kecuali PAS.

Lantas siapakah lagi yang terlebih layak duduk di kerusi CEO atau kerusi nakhodanya jika tidak seorang ulamak, sebagaimana Dr Burhanuddin, Datuk Asri, Tuan Guru Hj Yusof Rawa, Almarhum Ustaz Fadzil dahulu.
Dan bagi para profesional yang mahu bersama pelayaran ini, sesuai sangatlah mereka duduk di sayap kiri dan kanan dengan ikhlas dan redha membantu CEO atau nakhoda tadi berpandukan nasihat Majlis Syura.

Biar bahtera ini terus gagah menuju destinasi. Tidak sesat dan tidak karam tenggelam ia.

3 SOALAN MAUT



3 SOALAN MAUT

Zaman dulu ada seorang sultan yang telah mengambil seorang ilmuan agama menjadi menterinya. maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.

Satu hari sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya 3 soalan;

1. Apa itu Dunia
2. Apa itu Akhirat
3. Apa itu Iman.

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu, tak mahu syarahan yang panjang2. Menteri Agama (MA) terpinga2 untuk mencari jawapan yang memuaskan hati sultannya.

Sultan telah murka memberi tempoh seminggu supaya boleh mencari jawapan.

Kemudian sultan hantar wakilnya kpd MA dan bagi titah bahawa sultan akan merampas segala kemewahan MA jika gagal memberi jawapan yang di kehendaki seperti banglo, harta, kenderaan, gelaran, isteri dan anak2 . MA mengalami kerungsian yang amat sangat memikirkan dia akan kehilangan segala2nya. Tak dapat tidur, makan tak lagi berselera.

MA telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan. tetapi gagal. Akhirnya MA keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang di milikinya.

Saat apabila hampir tiba deadline, keserabutan MA makin bertambah memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum deadline MA termenung di bawah sebuah pohon besar mengenangkan nasibnya.
Di tepi MA termenung ada seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik dikepala, orang tua berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Maka diajak MA makan bersama. MA yang kerungsingan memikirkn jawatan istana dan lain2 yang dimiliki tak berselera nak makan.

Orang tua bertanya: Tuan, nampaknya ada masalah? Boleh hamba menolong tuan?
MA memberitahu kisahnya dan soalan2 sultan beserta syarat2 kepada orang tua tersebut.

Soalan 1. Apakah Dunia? maka jawab orang tua , Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di tinggalkan (hal ini diketahui oleh hati masing2)

2. Soalan 2, Apa itu akhirat? jawab orang tua tersebut, Akhirat ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di bawa ke alam akhirat tanpa ada apa2 maksud dunia di dalamnya (ini pun dkenali oleh hati masing2)

Soalan 3, Apa itu iman? Maka orang tua bagi tahu: Akan aku bagi tahu petang nanti selepas solat Asar.

Bila waktu Asar mereka solat Asar dan selepas solat MA terus bertanya Apa itu iman?

Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa2 makanan tengahari.

Orang tua memberi syarat utk memberi jawapan yang ketiga, MA mesti makan bersama anjing2 tersebut. MA berfikir berkali2, makan dengan anjing najis berat, tak makan jawatan & harta habis, hidup susah dan melarat. fikir2... fikir2.

Akhirnya MA buat keputusan untuk makan bersama anjing2 itu. Apabila MA duduk untuk makan bersama anjing2 itu, orang tua pegang kolar bajunya dan berkata:

Tuan, inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan langgar perintah Allah.

Tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup langgar perintah Allah untuk selamatkan dunianya.

**** INILAH PENDIRIAN PAS, TAK AKAN BERSAMA MEREKA YG TERANG TERANG MENOLAK PERINTAH ALLAH , YG MENOLAK SECARA TERANG TERANGAN ARAHAN ALLAH UNTUK MELAKSANAKAN HUKUM HAKAM DAN SEGALA SURUHAN DAN LARANGAN ALLAH...

SEMUGA PENENTANG FAHAM APA MAKNA IMAN !

Muhyiddin kata Najib akui RM2.6b dalam akaunnya


Video: Muhyiddin kata Najib akui RM2.6b dalam akaunnya
Published on 29 July 2015 19:28 0 views
Read LessSebuah video yang memaparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa wang jutaan ringgit disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini mula tersebar.
Video berkenaan dirakamkan ketika beberapa pengunjung menziarahi Muhyiddin di kediamannya di Bukut Damansara, Kuala Lumpur, malam semalam.
...See More
A video clip depicting Muhyiddin Yassin talking about allegations that millions were transferred into Prime Minister Najib Abdul Razak's private accounts is ...
YOUTUBE.COM

sejak zaman berzaman, sejak Nabi Adam lagi ... semua jama'ah yg bersandarkan Jama'ah Islam


sejak zaman berzaman, sejak Nabi Adam lagi ... semua jama'ah yg bersandarkan Jama'ah Islam , semuanya di ketuai oleh Para Rasul, Nabi, Ulama ..... begitulah seterusnya....
kerana hanya Ulama yg kenal undang undang Islam, suruhan dan tegahan Allah dan Rasul....
Manakala politik Islam adalah nak ajak dan bimbing manusia ke arah mentauhidkan Allah, ke arah aqidah yg betul...
kalau bukan Ulama ... ke longkang laaaa jawabnya !


23 hrs · 
Dr. Ahmad Karimah menyifatkan Sisi seperti Khalid Al Walid iaitu Pedang Allah Terhunus & Perwira Dalam Negara Afrika.
Sisi juga disifatkannya mempunyai maqam atau kedudukan seperti para Rasul,Siddiqin & Sahabat.
Doktor Fiqh Muqaran di Universiti Al Azhar, Dr. Ahmad Karimah dalam TV "Soda El Balad" dalam dialog yang bertajuk "Ramadhan Fi Bait Nubuwwah" berkata :
"Sisi tidak pernah tewas dalam peperangan menentang keganasan,dan dia(sisi) mengingatkan aku tentang bagaimana kegigihan,ketabahan dan konfrontasi dalam risiko yang dihadapi oleh penunggang kuda yang hebat iaitu Pedang Allah Yang Terhunus Khalid Al Walid."
Sebelum itu juga Dr Ali Jumaah menyatakan pendirian yang serupa apabila menyifatkan langit,para Nabi dan para wali berdiri menyokong Sisi.
Dr. Sa'adu Ad Din Al Hilali juga menyatakan bahawa Sisi seperti Nabi Allah Musa.
Kesemua sarjana agama & masyayikh ini adalah dikalangan mereka-mereka yang kuat menyokong rampasan kuasa di Mesir serta amat suka mengampu Sisi dalam ucapan-ucapan mereka.
Kita begitu sedih kerana ada sebilangan mahasiswa-mahasiwi Malaysia di Mesir yang fanatik membabi buta dengan mengikut rentak masyayikh tersebut tanpa ada sensitiviti & kesedaran.
Sumber : العربي الجديد
-01:45
2,054 Views
Siasah Mesir uploaded a new video.

Dia tak kisah .... dia dah ada tempat berpaut ..


Dia tak kisah .... dia dah ada tempat berpaut ..
Org lain lantak lahhhh !

Doa terakhir Syeikh Ramadhan Al-Bouti


Doa terakhir Syeikh Ramadhan Al-Bouti :
Kami memohon kepada-Mu ya Allah,
Dengan kasih-Mu kepada kami,
yang dibuktikan dengan keimanan kami kepada-Mu,
yang dibuktikan dengan penyerahan diri kami kepada-Mu, 
yang dibuktikan dengan pertemuan kami sebagai tetamu kepada-Mu, agar Engkau memperkenankan doa kami.
Kembalikanlah kepada kami keamanan dan kesejahteraan,
wahai Tuhan bagi negeri Syam,
Tuhan sekalian alam.. kembalikanlah ia ya Allah, sebagai kegembiraan yang mengisi hati-hati kanak-kanak yang diuji. Kembalikanlah ia ya Allah sebagai kegembiraan yang mengisi hati-hati wanita-wanita kami.
Kembalikanlah ia ya Allah sebagai kegembiraan yang mengisi hati-hati para tawanan yang dikeluarkan dari rumah-rumah mereka, yang dikeluarkan dari tempat tinggal mereka,wahai Tuhan sekalian alam.
Wahai Tuhan semulia-mulia yang tempat meminta,
wahai Tuhan semulia-mulia pemberi, sesiapa yang merancang kejahatan terhada kami maka kembalikanlah perancangan mereka itu kepada diri mereka sendiri,
dan sesiapa yang memusuhi kami,
Engkau musuhilah dia.
Wahai Tuhan kami yang Maha Menganugerahkan,
kami memohon kepada-Mu kasih sayang yang Engkau letakkan di hati-hati setiap ayah dan ibu terhadapa anak-anak mereka,
kami memohon kepada-Mu kasih sayang yang Engkau tinggalkan di hati-hati binatang buas terhadap anak-anaknya,
kami memohon kepada-Mu kasih sayang yang dengannya semua jin dan manusia merasai keamanan hidup didunia ini,
dan kami memohon kepada-Mu kasih sayang dihari akhirat yang Engkau sediakan untuk hamba-hamba-Mu yang beriman pada hari kebangkitan, pada hari semua manusia bangkit untuk menerima pembalasan,kami memohon kepada-Mu ya Allah dengan kasih sayang-Mu terhadap kami agar Engkau segerakan kemenangan buat kami, agar Engkau segerakan kesudahan bagi penderitaan yang kami alami ini.
-02:55
Doa terakhir Syeikh Ramadhan Al-Bouti :

19 Sunnah Yang Jarang Dikerjakan Kaum Muslimin


19 Sunnah Yang Jarang Dikerjakan Kaum Muslimin
Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam baik perkataan, perbuatan, ataupun persetujuan. Sunnah juga berarti sesuatu yang pelakunya mendapat pahala dan tidak ada dosa bagi yang meninggalkannya. Di antara perbuatan sunnah yang jarang dilakukan kaum muslimin adalah sebagai berikut:
1. Mendahulukan Kaki Kanan Saat Memakai Sandal Dan Kaki Kiri Saat Melepasnya
...Continue Readin