Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, April 26, 2016

PAN Parti berlandaskan dendam

Parti berlandaskan dendam
Perlembagaan pun belum ada ....

Apa perlembagaan yg paling best utk pan ?
"DITUBUHKAN CUMA NAK LAWAN PAS "

Falsafah mereka => kalau kita tak dapat, biar semua tak dapat, biar semua lingkup ... kalau padan muka kita, biar padan muka depa jugak

*** syiah berdendam dengan kita lebih dari 1000 tahun dah ****

Larangan Yang Dikenakan Kerajaan Komunis China Kepada Saudara Mara Kita Etnik Uyghur

"Dilarang Pakai Tudung... Dilarang Simpan Janggut. Patuhi Undang-undang China & Jauhi Aktiviti Islam"

Larangan Yang Dikenakan Kerajaan Komunis China Kepada Saudara Mara Kita Etnik Uyghur

China Celaka!

Tujuan Politik Dalam Islam

http://rakyatbijak.blogspot.my/2009/02/tujuan-sistem-politik-dalam-islam.html

Sistem Politik Islam mempunyai tujuan yang murni dan tinggi. Yang terpentingnya adalah seperti berikut:

1. Menegakkan agama dan merealisasikan perhambaan kepada Allah Tuhan semesta alam

Maksudnya: “Allah telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).”
(Surah al-Syura: 13)

Maksudnya: “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
(Surah al-Hajj: 41)

Sistem Politik Islam juga untuk menyebar risalah Islam di atas muka bumi ini dengan menggunakan pelbagai cara yang dibenarkan dan dengan kadar yang termampu. Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).”
(Surah Saba’: 28)

2. Menegakkan keadilan

Tujuan politik Islam adalah untuk merealisasikan keadilan dengan seluas-luasnya dan dalam berbagai lapangan sama ada kemasyarakatan , kehakiman, pentadbiran dan pengurusan, politik serta hubungan antarabangsa. Ini termasuklah perlindungan hak-hak, memelihara kebebasan dan persamaan.

Menegakkan Negara Islam ataupun masyarakat Islam itu bukan merupakan tujuan itu sendiri. Tujuannya adalah untuk mewujudkan satu umat yang berdiri di atas kebaikan dan keadilan, iaitu umat yang mampu membenarkan yang benar dan mampu membatil yang batil. Melindungi orang ramai daripada kezaliman serta menegakkan keadilan di atas muka bumi ini merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh risalah Islam dari segi kemasyarakatan. Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.”
(Surah Ali ‘Imran: 110)

Negara Islam merupakan satu mekanisme politik ke arah merealisasikan cita-cita yang tinggi ini. Negara Islam juga menjadikan Syariah Islam sebagai undang-undang yang memanyungi hal ehwal kehidupan rakyat, supaya kebenaran, kebaiakn dan keadilan terus dapat didaulatkan. Negara Islam juga mengatur segala hubungan kemasyarakatan dan ekonomi dengan satu cara yang membolehkan setiap individu memelihara kebebasan, keamanan serta kemuliannya.

3. Memperbaiki keadaan manusia

Hukum Islam tidak hanya terbatas kepada hudud sahaja atau semata-mata adanya kepimpinan yang membawa kepada penyatuan orang Islam sahaja, tetapi ia bertanggungjawab dalam memperbaiki keadaan manusia sama ada dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan, penerangan, pendidikan, pertahanan dan rekaan. Semua ini dilakukan seiring dengan reformasi politik. Inilah yang dimaksudkan dengan risalah reformasi Islam.

Tujuan tertinggi perundangan Islam adalah untuk mereformasikan perkara-perkara halal dan haram. Allah menurunkan syariah bukan dengan tujuan lain, melainkan kesemuanya bertujuan untuk memberi kebaikan, hidayah dan kesenangan kepada manusia dan membuang kesusahan daripada mereka.

Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: “Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.”
(Surah an-Nisa’: 26-28)

Negara Islam dengan sistem politiknya juga bertujuan untuk memakmurkan bumi ini serta memberikan cara hidup yang mulia kepada semua rakyatnya, di samping memberi peluang yang sama rata dan adil dalam membahagi-bahagikan kekayaan Negara. Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
(Surah al-Hasyr: 7 )

Jika benar-benar sistem politik Islam dan undang-undang ini diamalkan, maka akan dapati sistem politik ini mempunyai tiga tujuan iaitu: Menyekat kerosakan, menarik kebaikan dan bergerak di atas landasan “makrim al-akhlaq” iaitu budi pekerti yang mulia. Jadi dengan menegakkan sistem politik Islam dan syariah Allah, ketiga-tiga tujuan di atas akan dapat direalisasikan dan akan membawa kebaikan kepada seluruh manusia.

Oleh: Miey Aziz
Rujukan: Sistem Politik Islam (Siasah Syar’iyyah)

Saturday, April 23, 2016

Penyatuan Umno-PAS tidak mungkin berlaku : Pemerhati

As slm..

Penyatuan Umno-PAS tidak mungkin berlaku : Pemerhati

SHAH ALAM :

" Penyatuan di antara PAS dan Umno tidak akan wujud memandangkan kedua-dua Parti berkenaan merupakan Entiti yang berbeza," kata Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib.

Menurutnya, PAS dilihat masih bertegas dengan pendirian mereka walaupun mempunyai Pemimpin berkaliber seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Haron Din serta beberapa Pimpinan Kanan yang semakin Positif dengan penyatuan dua Parti tersebut.

“Namun, oleh disebabkan Ahli dan Pimpinan PAS di akar umbi yang masih berdegil dan menolak penyatuan ini khususnya dengan Umno, ia menjadikan proses perpaduan dan kerjasama murni dua Parti orang Islam ini tergendala,” katanya kepada Sinar Online hari ini.

Sebelum ini, Penceramah Antarabangsa, Dr Zakir Naik mencadangkan kerjasama di antara PAS dan Umno dalam memastikan kesepaduan umat Islam di Negara ini.

Mengulas mengenai cadangan itu, Md Shukri memaklumkan bahawa cadangan itu hanya akan tinggal kenangan memandangkan hakikatnya ia tidak memberi sebarang kesan.

“Disebabkan taksub hendak gantikan Umno, hendak musnahkan Umno, maka PAS bertukar jadi Parti Duniawi yang hilang jati diri dan penghayatan Islam yang mereka perjuangkan.

“Disebabkan isu perpaduan dengan Umno inilah juga berlakunya perpecahan dalaman PAS kerana ada segelintir Pemimpin Taksub pada kerjasama dengan DAP,” katanya.

Dalam pada itu, Md Shukri memaklumkan bahawa, pandangan Abdul Hadi sebagai Presiden Parti dalam isu perpaduan dan pengurusan PAS kelihatan seolah-olah seperti sudah tidak didengar oleh Ahli Parti Islam itu.

Tambahnya, Abdul Hadi seolah-olah dipilih sebagai Presiden Parti kerana bagi menghormati usia dan jasa beliau sebelum ini dan berkemungkinan sudah wujud kumpulan tertentu di dalam PAS yang lebih kepada Pro Pakatan Harapan.

“Benarkah Abdul Hadi kini seolah-olah seperti singa tua yang sedang sakit dan tiada siapa pedulikan pandangan dia dalam PAS ?

“Persoalan ini harus dijawab oleh PAS kerana jika mereka sayang kan Presiden mereka, sudah lama perpaduan dengan Umno ini akan dapat dilaksanakan,” katanya.

***** komen saya : Camna nak bersatu

Pas nak perintah cara islam
Umno nak perintah cara sekular
Satu kat timur  ... satu lagi kat barat

Camno ?

Hukum ciptaan manusia boleh pula dia ra'i dan sanjung !


Cakap pakai akai boleh laaaa !
Pakai sedap mulut jaaa !
Mu kena dengan ustaz nasarudin daud .... boleh cirit mu !
Bukan masalah masa sesuai dgn masa ke dak .....
Masalahnya UMNO tak mahu terus hukum islam ni .... sentuh pun depa tak mau !
Nak usul dlm parlimen pun ditolak !
Nak berbahas tentang hudud, tapi sentuh pun tak mau !
Apa cerita ?
Mu nak cakap tentang anak ... mu kena kawin dulu laaaaa baru boleh cakap !
Kawin pun tak mau.... nak cakap tentang anak pinak buat happa ?
Hukum ciptaan manusia boleh pula dia ra'i dan sanjung !
**** nikah rukun islam ke tak ?
Mu nikah buat happa
Makan rukun islam ke tak ?
Mu tibai makan 4 - 5 kali buat happa ?
*****
0:00
3,541 Views

Omak mau menjadi khadam kepada Allah SWT sampai mati bukannya khadam kepada DAP sampai tidak ingat mati

Ada yang bertanyakan Omak apa punca dan sebabnya Omak semakin kuat menyokong PAS walaupun Omak masih anggota PKR.
Pertama) Hala tuju dan dasar PAS amat jelas dan konsisten.
Kedua) Apabila para pemimpin bertaraf parasit sudah meninggalkan PAS dan tubuh PAN sebab malu besar tumpas teruk dalam Pemilihan di Muktamar ke-61 lalu.
Ketiga) Melihatkan ketegasan dan kesungguhan serta keberanian pemimpin-pemimpin utama PAS kini berdepan dengan DAP.
Keempat) Budaya kerja ahli-ahli PAS diperingkat akar umbi yang cukup berdisiplin .. ikhlas, jujur, bersungguh dan dedikasi.
Kelima) Omak mau menjadi khadam kepada Allah SWT sampai mati bukannya khadam kepada DAP sampai tidak ingat mati.
Keenam) Sokongan kuat dari para rakan media sosial.
TENKIU

Friday, April 22, 2016

Dr Zakir Naik cadang UMNO-PAS Berkerjasama: Apa Respon Tuan Guru Presiden PAS.?

Dr Zakir Naik cadang UMNO-PAS Berkerjasama: Apa Respon Tuan Guru Presiden PAS.?

MENGHAYATI POLITIK MATANG

Pepatah Arab ada mengatakan, "penduduk Mekah lebih tahu segala lorong dan lurahnya". Maka kenyatan Dr Zakir Naik secara ikhlas perlu dilihat mengikut pengamatan kita sendiri, di samping kita menghormati keilmuannya dalam bidang perbandingan agama, dalam masa yang sama menunjukkan betapa beliau juga menjadi pengamat politik yang peka terhadap ummatnya, menunjukkan beliau  seorang yang tidak memisahkan politik daripada agama dan dakwah.

Beliau bukan sahaja memahami perbandingan agama-agama dengan Islam, bahkan beliau memahami perbandingan Islam dengan Ideologi. Oleh kerana itu beliau mencadangkan kerjasama PAS dan Umno berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

PAS sudah lama meletakkan Al-Quran, As-Sunnah bersama Ijmak Ulamak dan Qias yang nyata menjadi rujukan tertinggi dalam Undang-Undang Tubuh (Perlembagaan) PAS (Fasal 5). Bagi merealisasikannya secara kenyataan PAS mewujudkan Majlis Syura Ulamak yang bukan hanya mengiyakan semua keputusan PAS Pusat, bahkan boleh membatalkannya sekiranya menyanggah hukum tertinggi.

PAS telah berjaya melaksanakan politik matang sejak dahulu sehingga sekarang, menjadikan PAS tidak mencetuskan ketegangan dalam satu Negara, satu Ummat, satu Bangsa dan satu Masyarakat Majmuk, menjadikan PAS tidak terikut-terikut dengan parti-parti lain, termasuk Parti Islam di luar negara.

Mereka yang mengikut PAS secara tumpangan tanpa membaca sejarah dan menghayati dasar dan konsepnya, pasti terpelanting atau dicampak keluar daripada PAS.
PAS berpengalaman melaksanakan kerjasama dengan semua pihak, kumpulan Islam dan bukan  Islam, bersama kerajaan dan pembangkang, diperingkat negeri dan pusat.

PAS pernah meyertai persidangan APRO ASIA bersama UMNO dan beberapa perbincangan  di zaman penjajahan dan PAS bersendirian selepas kemerdekaan, bersama kerajaan campuran pada tahun1973 dan bersama menubuhkan Barisan Nasional pada tahun 1974 dan menyertainya sehingga 1979.

Semua pelaksanaan pendekatan tersebut dengan muzakarah para ulamak dan pimpinan di peringkat tertinggi mengikut perhitungan Islam dan politik. Kebiasaannya, pendekatan dan strategi dahulu tidak diulangi dengan cara yang sama, kerana perlu dipelajari segala kesilapan dan kelemahannya.

Amat penting bagi perjuangan Islam seperti PAS ialah memandu ummat dan negara, bukannya menjulang tokoh dan kumpulan tertentu. Terkini PAS mengambil pendekatan kerjasama dan membangkang secara terpilih dengan konsep "Ta’awun Siyasi" berpandukan konsep umum yang ditegaskan di dalam Al-Quran :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

"Bertolong menolong dalam perkara kebajikan dan taqwa dan jangan sekali-kali bertolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan."

(Surah Al-Maidah, ayat 2)

Maka, PAS menyokong cadangan meninggikan martabat Mahkamah Syariah, memperkasakan bahasa kebangsaan dan tidak menyokong pelaksanaan GST dan TPPA. Sepatutnya difahami  pendekatan ini. Pandangan Dr Zakir Naik adalah pengamatan secara ilmu dan prihatin terhadap ummat yang wajib dihormati.

Adapun pelaksanaannya mengikut kewajipan, situasi dan realiti secara Fiqh Politik. Ini adalah sebahagian daripada cara poitik matang yang tidak jumud dan degil tanpa perhitungan. Politik mencari kawan sebanyak mungkin bukannya berlawan secara fanatik, walaupun politik  menjadikan alam ini harus berubah secara positif bukannya mustahil berubah. Politik mendahulukan perdamaian bukan suka berperang. Politik menerang lebih baik daripada menyerang.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
15 Rejab 1437H / 23 April 2016M