Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, July 13, 2017

Timmy Say bagi pandangan terhadap TGHH

Empat ke lima tahun lepas, saya diberi kesempatan melawat rumah Tok Guru Nik Aziz di Pulau Melaka, di waktu subuh buat kali pertama. Seperti yang diperkatakan ramai, akhirnya saya dapat melihat sendiri bahawa rumah Tok Guru berada benar-benar di tepi masjid.

Rumah Tok Guru tidak kelihatan sebagai sebuah rumah Menteri Besar, jauh sekali rumah seorang berada mahupun kaya. Hanya ada satu perkataan yang sesuai diungkapkan iaitu, "Ia kelihatan simple." Dalam simple itulah menyinarnya keakjuban hidup Tok Guru. Saya cuma sempat berjumpa Tok Guru di dalam masjid dan tidak sempat memasuki rumahnya.

Semalam, saya diberi peluang ke rumah Tok Guru Haji Hadi di Rusila. Berbeza dengan lawatan ke Pulau Melaka, lawatan ini tidak dirancang sama sekali. Ini kali pertama saya ke Rusila sebagaimana kali pertama saya bersua dengan sahabat lama di Facebook, Tuan Wan Z, seorang peguam terkenal di Terengganu.

Melihat rumah Ayah Chik, perkataan "simple yang menakjubkan" yang terpintas di Pulau Melaka kembali di minda. Rumah Ayah Chik juga benar-benar berada di tepi masjid.

Ketika menaiki tangganya yang usang lalu menjejakkan kaki buat pertama kalinya di ruang tamu rumah Ayah Chik, dan terlihat kerusi-kerusi kusyen yang sederhana buat tetamunya, satu soalan terus tercetus di minda, boleh ke siapa-siapa dengan taraf yang ada seperti Ayah Chik boleh hidup sedemikian?

Rata-rata manusia apabila tiba ke suatu tahap akan mula mengejar kesenangan.  Rumah akan mula diubahsuai dan dihiasi dengan perabot yang sesuai dengan status dan egonya.

Tapi ini tidak kelihatan pada rumah manusia yang bergelar Presiden PAS, Ahli Parlimen dan Adun ini. Ruang tamunya cukup simple. Tanpa ego, tanpa status, cukup sederhana. Barangkali itulah yang paling menakjubkan pada seseorang yang bertaraf status Tok Guru. Dalam ke-simple-annya, terpancar cara hidupnya yang susah diikuti manusia biasa.

Ayah Chik tidak sihat ketika kami berjumpa. Tekanan darahnya amat rendah, katanya, menyebabkan beliau pening. Maklumlah, pagi tadi beliau baru menyelesaikan urusan rumah terbuka beliau. Meskipun begitu, Ayah Chik tetap melayan tetamunya yang kerdil ini.

Walaupun tidak sihat, namun minda Ayah Chik tetap tajam ketika menghuraikan masalah yang melanda di dunia.

Apa yang di sebalik persengketaan Sunni-Syiah dihuraikannya dengan deskripsi yang cukup mendalam dan berbeza dengan apa yang difahami di luar sana.

Siapakah di dunia Islam yang tidak membantu Palestin dan Hamas? Siapakah di dunia Islam yang mementingkan  ekonomi dan sains dan teknologi sehingga memintas Amerika Syarikat? Siapakah yang menculik saintis dan siapa yang menghargai saintis?

Siapa yang melanggar nasihat Amerika dan membina senjata sendiri? Siapa pula yang malas sekadar ingin membeli senjata yang dibekalkan Amerika? Siapakah di dunia Islam yang betul-betul melawan Israel dan siapa yang tidak? Bagaimana Amerika berperanan, melalui saraf dan demokrasinya, untuk menghuru-harakan negara lain? Apakah kesilapan Ikhwan Muslimin? Mengapa Turki mengambil pendekatan berbaik semula dengan Israel dan Russia?

Jawapan-jawapan kepada semua soalan di atas, bolehlah sahabat rujuk kepada Tuan Wan Z dan saudara Naraza Muda, atau berjumpa dengan Ayah Chik sendiri untuk mendengar sendiri daripada mulutnya. Yang pasti, jawapan Ayah Chik akan mengejutkan minda-minda yang terpengaruh dengan maklumat-maklumat di media sosial.

Mengenai tentangan terhadap Islam, Ayah Chik menghurai mengapa sesetengah golongan terus menolak walaupun mereka sudah tidak beralasan dan tidak berhujah dengan memberikan contoh di Acheh. Seorang bukan Islam diberi pilihan memilih antara dua hukuman. 40 sebatan yang tidak melukakan kulit tapi dibuat di khalayak ramai dan denda penjara 4 bulan atas satu kesalahan yang sama. Akhirnya, bukan Islam itu memilih 40 sebatan di khalayak ramai.

"Mereka menolak sebab mereka tahu apabila orang kenal apa itu Islam, mereka akan memilih Islam. Itu yang mereka takut sebenarnya," kata Ayah Chik. 

Mana-mana kerajaan yang zalim dan tidak melaksanakan amanah mudah diambil kesempatan oleh puak pengganas untuk melakukan huru-hara, kata Ayah Chik, seperti konflik Sunni-Syiah dan jarum saraf yang melagakan rakyat antara satu sama lain.

Di dalam konteks Malaysia, Ayah Chik mengeluh ketika memikirkan mengenai masa depan Malaysia.

"Negara dikurniakan dengan sumber yang terlalu banyak. Namun, semuanya habis dipulun. Ini pencuri berkuasa lawan pencuri tak berkuasa," kata beliau.

"Perjuangan kita melawan dasar bukan melawan individu. Ada yang hanya ingin menukar individu. Tapi kalau dasar tetap sama, tiada apa yang akan berubah. Jika mahu perubahan dasar perlu berubah," tambah Ayah Chik sambil menegaskan PAS tidak akan sesekali bersama Umno dan Barisan Nasional.

Teringat satu kata-kata Saidina Omar, kalau akhlak kita sama dengan musuh maka kemenangan akan tertangguh. Rasanya itulah yang Ayah Chik cuba nyatakan.

Mengenai keunikan PAS, Ayah Chik berkata PAS mempunyai Majlis Syura yang dipandu oleh al-Quran, Hadis, Qias dan Ijma'. Walaupun muktamar adalah kata pemutus tertinggi, Ayah Chik berkata keputusannya tetap perlu berlandaskan al-Quran, Hadis, Qias dan Ijma'.

Ayah Chik turut berbicara mengenai IS dan mengapa IS mudah menarik orang kepadanya. Berikut ialah jawapan Ayah Chik.

"Pengebom berani mati sengaja dipilih dari orang-orang yang bodoh dan tidak faham agama! Jihad apa lagu tu?" jawab Ayah Chik.

Setakat ini sahaja yang mampu tercatat oleh saya. Terlalu banyak yang dikongsikan oleh Ayah Chik dalam perbualan 2 jam tersebut. Lautan ilmu Ayah Chik terlalu luas untuk ditulis di dalam satu artikel. Malah kami yang mendengarnya lemas di dalamnya.

Ini sememangnya Hari Raya pertama yang cukup istimewa bagi saya. Terima kasih Tuan Wan Zainuddin Dsun Rjer serta Naraza Muda atas pengalaman yang berharga ini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154254797414286&id=761319285

Friday, July 7, 2017

Jadilah air yang menyiram api api. Air itu menyelesaikan

Alhamdulillah, dengan izin Allah, semalam diri yang faqir ini, dapat mendengar kata-kata hikmah dari ayahanda bersama Ustaz Azhar Idrus. Perbualan berkaitan masalah umat, yang semakin menjadi-jadi akibat kelalaian kita sendiri.

Antara kata-kata Ustaz Azhar Idrus yang saya masih ingat " Bila kita bawa Islam ini,  biasa pasti kita di halang. Di sekat sana sini. Jangan pelik, memang sudah sunnah dalam perjuangan. Kalau di halang oleh yang kafir itu biasa. Kalau di serang oleh sesama Islam, itu juga biasa, tak perlu kita pelik. Golongan ini, memang sentiasa ada setiap zaman. Mereka yang memerangi kebenaran ini, biasanya tidak akan bertahan lama. Kebenaran tetap akan tertegak. Tak lambat, kemudian bangun juga.

Kalau jenis belajar kitab tak habis tu, usah di layan. Baru tahu satu perkara, dah heboh dalam facebook. Seolah-olah dia sahaja yang tahu. Kita yang dah faham, teruskan sahaja dengan ilmu yang kita telah terima dari guru-guru yang alim dan soleh. Yang kurang cerdik tu, gi layan pula. Itulah punca mereka jadi popular. Mudah pula, dakyah mereka tersebar di fb, sehingga jadi viral. Akhirnya orang awam yang baca, keliru mana yang benar.

Sebab tu, nak berdakwah ni kena cerdik. Biarlah ahlinya yang selesaikan. Bila kita yang cetek ilmu ni, selesaikan. Sebab tu, rosak lagi keadaannya. "

Selesai perbualan bersama semua ustaz-ustaz yang hadir, dengan pelbagai ilmu dan pendapat, ayahanda memberikan beberapa kata hikmah buat semua " Benar, semua. Banyak lagi kerja kita untuk Islam ini. Kalau benar kita focus berdakwah, kita tidak akan sempat melayan karenah mereka. Umat sekarang perlukan kita, untuk di isi iman dan kefahaman Islam. Yang belum Islam, memerlukan kita, untuk membawa berita gembira ini. Khabar gembira, agama yang benar, menyelamatkan dari azab api neraka. Jika kita lalai dan terleka, akan semakin rosak umat hari ni. "

.................

Para asatizah, menjadi model buat umat hari ini. Jika kita sibuk bergaduh sesama kita, apalah beza kita dengan mereka.

" Jadilah air yang menyiram api. Bukan arang yang masuk ke dalam api. Air itu menyelesaikan, walaupun lambat. Arang itu, membarakan, lagi merosakkan. "

Menyelesaikan masalah umat bukan kerja yang mudah. Tapi boleh jadi mudah, bila ahlinya menyelesaikannya.

Bila, anjing yang menyalak tidak di gangu. Pandailah anjing itu senyap kembali. Bila di baling batu, makin kuat suaranya. Mampukah kita bertahan. Utamakan sabar. Tenang dalam dugaan.

- Kata hatiku -
( Safwatullah Bin Mohd Fadli )

.....................................................................
~ Catatan ilmu bersama para Murobbi ~
8 Julai 2017 / 11.26 am.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1612572908782579&id=100000896555307

org mukmin ni sifatnya, bila seorang mukmin lain sakit, terkena inaya atau musibah ...semua mukmin akan terasa sakit !

Lucu benor puak di seberang sana
Kita hentam dap... bukan dap yg terasa, tapi bekas kawan2 kita dulu yg sama sama sepentas bertakbir dan berjuang hukum hudud !

Apa hubungan depa ngan dap ?
Satu aqidah ka ?

org mukmin ni sifatnya, bila seorang mukmin lain sakit, terkena inaya atau musibah ...semua mukmin akan terasa sakit !
Apa maksudnya ?
Maksudnya para mukmin punyai ikatan kukuh berdasarkan satu aqidah, satu agama, satu Tuhan, satu ikutan (alquran )
Ia umpama satu lingkaran elektronik yg sangat sensitif.
Lingkaran ini disambung antara sama lain dengan wayar yg sangat sensitif yg berupaya mengesan pencerobohan, perlanggaran, dan sebarang unsur kianat.

Setiap mukmin punyai sifat ini. Mereka disambung antara satu sama lain dengan sifat kasih sayang, belas kasihan dan silaturraheem.  Sebab itu bila berlaku sebarang penginayaan, pembunuhan dan kezaliman, semua mukmin yg ada iman, yg ada ikatan aqidah ini akan berasa sedih, marah, terkejut dan bersimpati ... walaupun berada ribu ribu kilometer jauh nya.

Mereka yg tak punyai iman, rosak aqidah TAK PUNYAI SIFAT INI !

Ada satu puak , satu firqah yg dah terpisah dari jamaah islam, bila ulama yg saban minggu mengajar agama dihina, dihentam oleh org yg bukan satu aqidah...  firqah ini langsung tak sensitif, langsung tak marah, tak sedih, tak terkejut..... malah mereka tumpang satu kaki ambil bahagian menghentam alim ulama dan org mukmin tuuu !

ADALAH MUSTAHIL, SI MUKMIN TIDAK MERASA SEKELUMIT PUN RASA SEDIH, MARAH DAN SENSITIF KALAU MUKMIN LAIN DIHINA DAN DISERANG OLEH ORG LAIN !

Ambil iktibar dari kisah khalifah almuktasim billah dulu (kalau tak silap) ... walaupun dia seorang yg fasiq peminum arak... bila dia mendengar ada muslimah yg direntap tudungnya oleh org yahudi, dia mengarahkan agar org2 yahudi itu ditangkap dan meminta maaf kpd muslimah tersebut... kalau tidak khalifah akan menghantar bala tentera untuk menyerang org2 yahudi !

Walaupun dia fasiq... dia masih punyai iman..... masih ada ikatan aqidah, ikatan islam dan iman....
Dengan sebab ikatan inilah, khalifah ingin bertindak...
Tanpa ada ikatan aqidah, khalifah tidak akan bertindak !

Sekarang... nilai kembali di mana aqidah puak puak khawarij ini bilamana alim ulama, mufti dan para pejuang dihina, dinista, ditohmah dan difitnah ... mereka ini turut mengambil bahagian bersama si harbi ?!?

Ini bermaksud, sudah tidak ada ikatan silaturraheem, tiada ikatan aqidah antara mereka dan kita !
Mungkin mereka punyai aqidah yg sama dengan si harbi ...
Sebab itu mereka yg bermati matian mempertahankan si harbi
Tapi tidak mempertahankan si mukmin !

Fikir fikirkann !

*****
Sifirnya mudah !
Kenapa kita petik suiz di sini... lampu menyala di sana ?
Sebab wayar lampu bersambung dengan suiz di sini !

Mana mungkin lampu di sana akan menyala kalau wayar tidak bersambung ?

Begitu juga dlm kes ini !
Kenapa puak pan/ph marah bila kita hentam dap ?
Sebab maruah, aqidah dan "silaturraheem" antara mereka bersambung !?

Bukan Islam Boleh Jadi Presiden AMANAH (PAN) ?

ini -

Bukan Islam Boleh Jadi Presiden AMANAH (PAN)?
Posted on Thursday, July 06 @ 18:34:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR – Perlembagaan Parti Amanah Negara (PAN) yang diluluskan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini menimbulkan persoalan sama ada parti itu benar-benar parti Islam atau sebaliknya.

Ia berikutan Fasal 16.1(b) Perlembagaan PAN tidak menyatakan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden parti yang menganggotai Pakatan Harapan itu mesti dalam kalangan muslim negara ini.
Setiausaha Agung PAN, Suhaizan Kayat malah mengesahkan tentang Perlembagaan PAN tersebut sewaktu menjawab persoalan di media sosial adakah bukan Islam boleh menjadi PAN.
“Dalam fasal 16.1(b) dinyatakan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden adalah orang yang mempunyai pemahaman yang mendalam dan komitmen jitu terhadap Islam,” katanya di Facebook semalam.
Perkembangan semasa menyaksikan ramai bukan muslim turut mempunyai pemahaman yang mendalam tentang Islam termasuk golongan orientalis yang berpura-pura menyanjungi Islam.
Suhaizan dalam pada itu mendakwa PAN merupakan wadah politik Islam yang sederhana berasaskan konsep Rahmatalilalamin yang sesuai untuk Malaysia.
Kata beliau, kerana itu PAN diwujudkan bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.
Menurut beliau, Pakatan Harapan terdiri daripada PAN, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Beliau dalam pada itu mendakwa DAP sebuah parti yang sangat menghormati agama Islam dan jika benar ia sebuah parti anti-Islam sudah pasti diharamkan di Malaysia.
Selain itu, katanya, PAN tidak mempunyai Dewan Ulama seperti PAS kerana ia menjuzukan peranan sesuatu kumpulan dalam sesebuah parti politik.
“Jka ada dewan ulama sudah tentu ada dewan profesional, dewan peniaga atau dewan pendidik. Berapa banyak perlu ada dewan-dewan?” sindirnya. – MYNEWSHUB.CC

Kenapa kita petik suiz di sini... lampu menyala di sana ?

Lucu benor puak di seberang sana
Kita hentam dap... bukan dap yg terasa, tapi bekas kawan2 kita dulu yg sama sama sepentas bertakbir dan berjuang hukum hudud !

Apa hubungan depa ngan dap ?
Satu aqidah ka ?

org mukmin ni sifatnya, bila seorang mukmin lain sakit, terkena inaya atau musibah ...semua mukmin akan terasa sakit !
Apa maksudnya ?
Maksudnya para mukmin punyai ikatan kukuh berdasarkan satu aqidah, satu agama, satu Tuhan, satu ikutan (alquran )
Ia umpama satu lingkaran elektronik yg sangat sensitif.
Lingkaran ini disambung antara sama lain dengan wayar yg sangat sensitif yg berupaya mengesan pencerobohan, perlanggaran, dan sebarang unsur kianat.

Setiap mukmin punyai sifat ini. Mereka disambung antara satu sama lain dengan sifat kasih sayang, belas kasihan dan silaturraheem.  Sebab itu bila berlaku sebarang penginayaan, pembunuhan dan kezaliman, semua mukmin yg ada iman, yg ada ikatan aqidah ini akan berasa sedih, marah, terkejut dan bersimpati ... walaupun berada ribu ribu kilometer jauh nya.

Mereka yg tak punyai iman, rosak aqidah TAK PUNYAI SIFAT INI !

Ada satu puak , satu firqah yg dah terpisah dari jamaah islam, bila ulama yg saban minggu mengajar agama dihina, dihentam oleh org yg bukan satu aqidah...  firqah ini langsung tak sensitif, langsung tak marah, tak sedih, tak terkejut..... malah mereka tumpang satu kaki ambil bahagian menghentam alim ulama dan org mukmin tuuu !

ADALAH MUSTAHIL, SI MUKMIN TIDAK MERASA SEKELUMIT PUN RASA SEDIH, MARAH DAN SENSITIF KALAU MUKMIN LAIN DIHINA DAN DISERANG OLEH ORG LAIN !

Ambil iktibar dari kisah khalifah almuktasim billah dulu (kalau tak silap) ... walaupun dia seorang yg fasiq peminum arak... bila dia mendengar ada muslimah yg direntap tudungnya oleh org yahudi, dia mengarahkan agar org2 yahudi itu ditangkap dan meminta maaf kpd muslimah tersebut... kalau tidak khalifah akan menghantar bala tentera untuk menyerang org2 yahudi !

Walaupun dia fasiq... dia masih punyai iman..... masih ada ikatan aqidah, ikatan islam dan iman....
Dengan sebab ikatan inilah, khalifah ingin bertindak...
Tanpa ada ikatan aqidah, khalifah tidak akan bertindak !

Sekarang... nilai kembali di mana aqidah puak puak khawarij ini bilamana alim ulama, mufti dan para pejuang dihina, dinista, ditohmah dan difitnah ... mereka ini turut mengambil bahagian bersama si harbi ?!?

Ini bermaksud, sudah tidak ada ikatan silaturraheem, tiada ikatan aqidah antara mereka dan kita !
Mungkin mereka punyai aqidah yg sama dengan si harbi ...
Sebab itu mereka yg bermati matian mempertahankan si harbi
Tapi tidak mempertahankan si mukmin !

Fikir fikirkann !

*****
Sifirnya mudah !
Kenapa kita petik suiz di sini... lampu menyala di sana ?
Sebab wayar lampu bersambung dengan suiz di sini !

Mana mungkin lampu di sana akan menyala kalau wayar tidak bersambung ?

Begitu juga dlm kes ini !
Kenapa puak pan/ph marah bila kita hentam dap ?
Sebab maruah, aqidah dan "silaturraheem" antara mereka bersambung !?

Thursday, July 6, 2017

Pas tidak akan bersama ph atau BN - tghh

Pas tidak akan bersama ph atau BN - tghh

Selesaikan kemelut 1MDB berpandu al-Quran

Selesaikan kemelut 1MDB berpandu al-Quran
5/7/2017

ULASAN | Ramai yang tertanya-tanya seolah-olah saya tidak berminat untuk membuat perubahan kerana 1MDB ketika banyak pihak menjadikan isu ini senjata besar untuk melakukan perubahan kepada pucuk pimpinan negara.

Saya tidak termasuk dalam kalangan Melayu yang mudah lupa terhadap isu yang wajib berlaku pada setiap zaman perdana menteri bermula sejak 1980-an.

Semuanya ditinggalkan tanpa penyelesaian, bahkan dilupakan khususnya kepada Melayu yang mudah lupa.

Sekiranya kita kembali kepada al-Quran dengan kajian politik (kecuali mereka yang menolak adanya politik di dalam al-Quran), ia mengulang beberapa kali ayat yang menyebut perubahan terhadap sesuatu kaum dalam sesebuah negara. Antaranya, firman Allah bermaksud:

"(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-Anfal:53)

“Bagi setiap orang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawasi dan menjaganya (dalam segala tindakannya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (ar-Ra’d:11)

Al-Quran menegaskan kepada perubahan sikap, perangai atau akhlak, bukannya mengubah tokoh atau orang-orangnya sahaja.

Islam mengekalkan sesiapa yang bertaubat dan kembali kepada kebenaran. Kalau hanya sekadar mengubah orangnya sahaja sedangkan perangainya sama, maka perubahannya juga membawa rebah yang sama.

Al-Quran juga melaporkan, dakwah semua para rasul alaihissalam adalah seruan kepada perubahan akidah yang benar, hukum syariat yang adil dan akhlak yang mulia tanpa meminta-minta jawatan.

Akhirnya berlaku perubahan, sama ada bertaubat kembali kepada kebenaran atau dijatuhkan jahiliyah di dalam dirinya dan ditegakkan Islam, bukannya sekadar mengubah pemimpin yang sama juga sifatnya atau lebih buruk keadaannya.

Ada 1MDB ada banglo di PP

1MDB adalah mata rantai masalah yang belum diselesaikan secara adil dan menjadi salah satu daripada mata-mata rantai isu yang tiada penyelesaian.

Dahulu BMF, Perwaja, KWSP, PETRONAS, Tabung Haji, pertukaran mata wang asing, Skyhawk, Maika Holdings dan PKFZ.

Kini muncul 1MDB dan rumah banglo di Pulau Pinang dan mungkin lain-lain lagi. Semuanya dalam tuduhan tanpa tindakan yang seadil-adilnya.

Puncanya adalah ideologi bertuhankan kebendaan dalam segala urusan hidup yang mencipta banyak lagi penyakit yang wajib dihapuskan seperti salah laku, salah urus dan rasuah yang menjadi wabak di seluruh dunia sehingga mencetuskan peperangan sesama keluarga, bukan sahaja dalam satu bangsa, bahkan satu kemanusiaan dalam satu negara.

Kebendaan menjadi matlamat kehidupan di dunia tanpa wawasan akhirat. Hidupnya untuk makan, bukan makan untuk hidup dan menunaikan amanah Allah.

Saya tetap tidak bersetuju dijemput campur tangan asing bagi mencari penyelesaian dalaman kita kerana mengundang akibat yang lebih buruk dan tiada keikhlasan kuasa asing dalam dunia hari ini. Langkahnya laksana menebuk kapal untuk mendapatkan air secara mudah.

Saya tertarik dengan sekawan anjing dalam satu kampung yang berkelahi berebut tulang. Mereka tidak menjemput anjing luar datang bersama, sebaliknya bersatu mengejar anjing luar yang datang menyertainya.

Kita juga tidak boleh menunggu apa yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran tentang bagaimana semua penyangak di dunia ini akan mengutuk sesama sendiri di hari akhirat.

Firman Allah (bermaksud):

Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), antara mereka, kepada golongan yang akhir: (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan. (al-A’araf:38-39)

Ayat-ayat tadi menyatakan tentang peristiwa di hari akhirat sekiranya tidak diselesaikan atau tidak bertaubat di alam dunia ini.

Akhirat adalah kehakiman Allah, tidak ada lagi kehakiman dalam negara atau luar negara atau mahkamah antarabangsa seperti di alam dunia ini.

Harimau jadi kucing kurap

Namun, Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya sehingga nyawa sampai ke kerongkong dan matahari naik dari arah barat. Seterusnya menggalakkan taubat dan melakukan islah lebih baik daripada dibawa ke mahkamah.

PAS tidak boleh menjadi gerabak kereta api yang disangkut kepada kepala yang menuju ke arah yang salah. Sekadar membawa perubahan pemimpin yang berkonsep 2x2 atau 2+2, jawapannya sama.

PAS tidak boleh mengikut sunnah mereka yang melahirkan saudara-saudara 1MDB dan saudara-maranya yang akan lahir selepas ini kerana sunnah yang sama acuannya.

PAS tetap tegas dan teguh beristiqamah mengikut penyelesaian Islam daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW walaupun banyak liku dan jauh perjalanannya.

Ingatlah pesanan Rasulullah SAW (bermaksud):

Sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang baik nescaya dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengikut contoh baiknya tanpa dikurangkan pahalanya sedikit pun dan sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang jahat nescaya dia memikul dosanya dan dosa orang mengambil teladannya selepasnya tanpa dikurangkan dosanya sedikit pun (riwayat Muslim).

1MDB adalah ciptaan tema “Kepimpinan Melalui Teladan”. Apakah teladannya? Lakukan muhasabah politik dan ekonomi sebelum ini dan kembali ke pangkal jalan.

Saya tidak menafikan adanya perkembangan positif dalam negara di sepanjang perjalanannya sehingga diberi gelaran Harimau Asia, tetapi tiba-tiba bertukar menjadi kucing kurap yang dibejati penyakit-penyakit.

Khalifah Umar al-Khattab RA menegaskan: Sesungguhya kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan.

Ahli-ahli dan pemimpin PAS, jangan ikut menari bersama mereka yang memalu gendang dan meniup serunai lagu lama, yang hanya mengubah seni kata dan rentaknya sahaja, sehingga lalai dalam khayalan atau menerkam secara leka tanpa hidayah yang betul.

Tidakkah kita berpandukan al-Quran yang benar daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya?

Ingatlah firman Allah SWT yang menceritakan tentang ucapan Nabi Syuib AS yang menghadapi kaumnya yang rosak akidah dan secara khusus melaksanakan sistem ekonomi yang diharamkan oleh Allah:
"Aku hanya bertujuan hendak melakukan islah (memperbaiki) sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali” (Hud:88).

DATUK SERI ABDUL HADI AWANG ialah presiden PAS dan anggota parlimen Marang.