Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, September 16, 2017

Dari seorang netizen yang berang bila Mufti Cap Ayam ni bersuara!

Laksana bunga dedap, merah sungguh berbau tidak?

1)adakah selaku mufti, kewujudan maahad taafiz, sekolah agama persendirian yg di katakan "bercambah" menyebabkan mata tuan mufti menjadi senak dan menjadi tidak selesa?


2)kenapa tuan mufti suka gaul isu yg berbeza mcm nasi kerabu? kes penyeksaan, kematian di kerabukan bersama kes kebakaran.. tuan mufti tahu tak.. kes buli sehingga membunuh berlaku di institusi pendidikan milik kerajaan bukan sahaja berlaku di peringkat sekolah, bahkan di universiti pun ada.. kenapa mesti bias? 

3)adakah ustaz2 yg mengajar di pondok taafiz madrasah yg di katakan tak cukup sifat ini memaksa para ibu bapa hantar anak mereka belajar di situ? Adakah mata para ibu bapa tersebut buta bole tak menilai terlebih dahulu keaadaan pusat pendidikan tersebut sebelum start kereta n terus blahhh... dan lepas tanggungjawab anak tersebut pada bahu pihak taafiz? 

4)apa tujuan ko pertikaian keupayaan tenaga pengajar di madrasah pondok di bangkitkan seolah2 ko sorang reti bahasa arab n handal pula berbahasa inggeris?

5)saranan ke sekolah agama milik kerajaan??? wahhh sedar la sikit kalu budak tu lulus atas tong.. takkan di pandang di ambil si budak tersebut masuk yang kerajaan punya... pondok2 taafiz nie lah berusaha setengah mati keluar anak tekak ustaz nak bagi budak jadi cerdik supaya kelak blh bagi cerah pada masyarakat... nak harap lepasan kerajaan? Makan gaji duk membuncitkan perut ajer lol!

6)yang ko gebang ada pemilik taafiz hidup mewah dan seleweng hasil wang derma bagai tu, tolong buat report pada badan berkuasa untuk tangkap dan di hukum setimpalnya... kalu stakat sinikal, beriman pula dengan khabar angin.. baik toksah sembang... 

7)dah tahu serba dhaif, bantu la.... ko mufti ketua agama negeri takkan jadi tukang kondem ajer? Mana karisma ko? 

8) isu bantai sesama sendiri laju jer ko sental, kes LGBT berarak kat ibu kota mintak tuntutan depa di ruang.. awat ko senyap cam tikus.

Dari seorang netizen yang berang bila Mufti Cap Ayam ni bersuara!

semua ini dalam harapan ?


Inilah HARAPAN..kita...!!
Siti kasim- Nabi Ismail anak luar nikah.
Dr Asri: Bkn semua ustad Tahfiz itu bagus/maksom
Pemuda Pan: Tiada istilah tanah melayu
Politikus Dap: SK Agama punca perpecahan
Siti Kasim: Bimbang LGBT , gesa kerajaan bentetas ulamak.

Bacaan alquran oleh anak anak tahfeez


Bacaan alquran oleh anak anak tahfeez
-4:16
1K Views

Friday, September 15, 2017

dan sebenarnya Bumi ini ialah tandas !


DAP bertegas nak teruskan pesta arak.... PH sokong ....
semua tu ada hikmah ....
kita tak tahu perancangan Allah ...
serupa juga si Iblis yg jahat dan dengan sebab dia lah Nabi adam di lemparkan Ke bumi ...
Kalau bukan kerana angkara Iblis .... kita tak akan berada di Bumi ...dan kita tak akan ujud pun !
kerana apa ?
kerana kalau Nabi adam dan hawa masih di syurga, baginda berdua tak akan melahirkan zuriat !
di syurga bukan tempat lahirkan manusia ... di bumi lah tempat yg sesuai untuk melahirkan zuriat ...
Bila Nabi Adam memakan buah khuldi, dia berasa nak buang air besar ...
lalu dilempar ke Bumi ... syurga adalah tempat suci !
dan sebenarnya Bumi ini ialah tandas !

MENJAWAB SARANAN ZAINUDDIN MAIDIN DAN SEKUTUNYA BERKAITAN SEKOLAH-SEKOLAH TAHFIZ


MENJAWAB SARANAN ZAINUDDIN MAIDIN DAN SEKUTUNYA BERKAITAN SEKOLAH-SEKOLAH TAHFIZ.
Kebakaran yang meragut nyawa pelajar Maahad Ittifaqiah Keramat seolah menjadi ruang pembelasahan tanpa belas kasihan oleh kelompok sekular liberal dan agamawan peseudo liberal negara ini. Mereka menerjang dan menghujam seolah semua sekolah agama rakyat sangat naif dan cuai dalam aspek pengurusan keselamatan dan tidak mematuhi SOP pihak berwajib. Kemuncak generalisasi ini ialah saranan supaya sekolah tahfiz ditutup!.
Saya membaca ratusan komen negatif terhadap institusi pengajian tahfiz dan Saranan bekas Menteri dizaman Dr Mahathir, Zainuddin Maidin sangat menunjal akal saya. Zam bekas wartawan yang sangat tegar menentang PAS dan apa sahaja berlatarbelakangkan gerakan Islam. Di zaman beliau mengepalai akhbar Utusan Malaysia, beliau mengunakan nama samaran Awang Selamat dan tak jemu menggodam apa sahaja yang ada kaitan dengan dakwah dan gerakan Islam. Pernah melabelkan kebangkitan pelajar Islam dikampus sebagai "fenomena pondok dikampus", bahkan akhbar Utisan Malaysia biasa disaman kerana penghinaan pada tokoh agama.
Zam perlu tahu mengapa sekolah tahfiz menjadi tarikan pesona kepada ibubapa untuk menghantar anak-anak belajar agama. Menarik juga kerana sebahagian besar yang menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz mahu pun sekolah agama rakyat ialah kelompok kelas menengah Melayu yang berpendidikan. Mereka tidak naif sebagaimana sangkaan Zam dan yang seangkatan dengannya.
Euforia Islami dengan pengamalan agama di maahad tahfiz akan mengacuankan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan inilah yang dikehendaki oleh ibubapa dan penjaga. Kita seharusnya jujur melihat kegagalan pendidikan arus perdana negara ini. Kadar kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 10 tahun terakhir ini melebihi 503 000 orang, kadar penagihan dadah yang mencanak, gejala buta al Quran dan seribu satu fenomena kebejatan akhlak yang merupakan produk pendidikan arus perdana hari ini.
Impak daripada kebejatan sosial dan fenomena buta al Quran itulah maka ibubapa melihat kearah pendidikan alternatif, iaitu sekolah tahfiz. Sekolah tahfiz menjadi tarikan masyarakat dalam dua dekad terakhir ini , terutama usaha gigih para asatizah muda yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan Sub Continent. Kerajaan Kelantan sebagai contoh antara pemicu utama menggalakkan sekolah tahfiz integrasi sehingga melahirkan pendidikan gabungjalin antara sains dan al Quran. Idea Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini akhirnya meletus fenomena tahfiz sains di seluruh negara termasuk usaha ini diterjemahkan di Selangor dibawah kerajaan Pakatan Rakyat.
Masyarakat harus memahami betapa sukarnya untuk mengeoperasikan sekolah-sekolah tahfiz yang termasuk dalam kategori Sekolah agama rakyat. Zam jangan pernah lupa apa yang berlaku dizaman regim Mahathir dengan sekatan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat. Para penggerak SAR termasuk maahad tahfiz berkeringat dan menebalkan muka untuk mencari dana untuk menggerakkan pendidikan Islam ini. Tidak kecil hujaman dan ujian bertindan tindih kepada sekolah tahfiz, bahkan termasuk Mufti populis yang menghujat sekolah tahfiz dan penggeraknya.
Jika ada kes kesalahan moral,maka sekolah tahfiz akan menjadi penghias muka depan akhbar. Dalam isu kebakaran di Maahad Ittifaqiah Keramat ini, seolah menjadi peluru dan "punching bag" kepada seluruh sekolah dan institusi tahfiz negara ini. Diungkit tentang tak patuh SOP keselamatan kebakaran dan piawaian bangunan. Semua kita ingin berlindung daripada bencana, tiada yang ingin menjemputnya bertandang. Sebagainya contoh tempat paling gah dengan keselamatan negara ini, iaitu ibu pejabat Polis Bukit Aman pernah terbakar!,bahkan 19 buah hospital di negara kita pernah terbakar dan mengorbankan nyawa pesakit diantara tahun 1990 sehingga tahun 2016.
Jangan lupa kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu yang mengorbankan enam jiwa. Tak kurang premis awam, juga kampus serta sekolah-sekolah kerajaan yang mengalami kebakaran. Adakah Tan Sri Zainuddin tergamak mengutarakan saranan supaya dihentikan operasi?
Berpada-padalah dalam menghujam sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz. Kewujudan institusi ini sedikit sebanyak meringankan beban kerajaan dalam sektor pendidikan.
Seharusnya polemik tentang sekolah tahfiz ini meruak aura positif kita tentang keperluan untuk memberdayakan pendidikan Islam. Dalam peruntukan bajet tahunan, pemerintah wajib memberikan peruntukan pembangunan prasarana, pengupayaan kepada sekolah tahfiz. Sudah lama sekolah agama rakyat dianaktirikan pemerintah bahkan masyarakat kita sendiri yang hanya pandai berkomentar. Bercerminlah!, jangan santri dan asatizah sekolah tahfiz hanya dicari ketika kematian dan doa selamat. Kita boleh belajar daripada negara Turki yang mampu membangunkan institusi sekolah tahfiz mereka sehingga berjaya memupuk kefahaman Islam yang semakin baik kepada generasi muda. Al Quran adalah mukjizat dan percayalah ianya ubat mujarab untuk menyembuhkan negara kita daripada kebobrokan dan kebejatan sosial.
Oleh : Dr Ustaz Riduan Mohd Nor

Bumi Makkah dah di jajah ???


Bumi Makkah dah di jajah ???
-10:19
729 Views

Thursday, September 14, 2017

Malaysia nak tolong US ??

This is how Malaysia and the U.S. economies stack up against each other. And our callous PM bodek Trump by pledging to help the U.S. build their economy and infrastructure, using our Rakyat's money..
PM yang bodoh atay rakyat yang bahlul ?