Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, April 28, 2018

Namun dengan sombong mereka menolak peringatan itu serta mencela dan merendahkan orang-orang yang membawa peringatan


DI akhirat nanti, ada orang orang yang ingin dikembalikan lagi hidup di alam dunia dengan tujuan agar mereka dapat melaksanakan ketaatan kepada Allah dan mengerjakan amal sholeh yang sebanyak banyaknya.
“Wahai Rabbi kembalikanlah aku (ke dunia),agar aku berbuat amal yang sholih terhadap yang telah aku tinggalkan,” (QS : al-Mukminun ; 99-100).
Mereka adalah orang orang yang menyesali diri, karena telah menyia-nyiakan waktu, tidak menggunakan kesempatan yang telah Allah berikankepadanya. Selama hidup di dunia, mereka tidak mau taat kepada Allah,tidak mau mengerjakan amal sholih. Telah datang kepadanya orang orang yang membawa peringatan.
Namun dengan sombong mereka menolak peringatan itu serta mencela dan merendahkan orang-orang yang membawa peringatan.
Setelah memasuki alam akhirat dan menyaksikan azab yang begitu mengerikan, mereka menyesali diri dan ingin dikembalikan lagi tinggal di dunia agar bisa melaksanakan ketaatan dan beramal sholih.
Dan juga, sekiranya mereka memiliki apa-apa yang ada di bumi, mereka akan menebus dirinya dengan semua itu asalkan mereka bisa bebas dan terhindar dari pedihnya azab Allah.
“Dan jikalau setiap diri yang zalim itu mempunyai segala apa yang ada di bumi ini, tentu dia menebus dirinya dengan itu,dan mereka menyembunyikan penyesalanya ketika mereka telah menyaksikan azab itu,” (QS :Yunus : 54).

Kewajiban Mengundi Dan Larangan Memilih Pemimpin Yang Zalim


Kewajiban Mengundi Dan Larangan Memilih Pemimpin Yang Zalim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT :
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
Maksudnya : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan."(Surah Hud ayat 113)
Pada ayat ini Allah SWT memberi amaran bahawa orang-orang yang beriman kepada Nabi Muhammad SAW dan menganut agama yang dibawa baginda SAW supaya jangan sekali-kali cenderung kepada orang-orang zalim; iaitu bersahabat dan berbaik-baik dan mentaati musuh-musuh kaum muslimin yang selalu menyakiti mereka.
Selepas kewafatan Rasulullah SAW ummat Islam tidaklah boleh cenderung untuk melakukan sesuatu tindakan yang dilihat atau menjurus kepada menyokong golongan yang zalim dalam menentang perjuangan Islam yang dibawa oleh pewaris para anbiya yakni para ulama yang ikhlas dalam menyampaikan dakwah dan berusaha menegakkan agama Allah. Jika perbuatan sedemikian dilakukan ia bereti telah menempah azab seksa yakni dicampakkan ke dalam neraka serta tiadanya pertolongan Allah sedangkan Allah adalah satu-satunya tempat memohon pertolongan.
Berdasarkan kefahaman ayat di atas, jelas sekali cenderung (menyokong) kepada kezaliman adalah sesuatu perbuatan yang di larang oleh Islam apalagi mengambil seseorang yang zalim sebagai pemimpin kerana kezaliman seorang pemimpin lebih besar mudaratnya kepada orang ramai. Mereka yang memilih pemimpin yang zalim juga dikira sebagai orang yang zalim. Dalam erti kata yang lain segala sokongan terhadap dosa si pelaku kezaliman adalah satu pembabitan yang dihukumkan sama dosanya terhadap si penyokong.
Firman Allah SWT :
وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : "Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Surah al-Maa-idah ayat 51)
Untuk lebih memahamkan firman-firman Allah di atas, sayugilah kita memerhatikan dialog di antara si tukang jahit dengan seorang ulamak silam yang terkenal iaitu Sufyan at Thauri.
Suatu ketika datang seorang lelaki bertanya kepada Sufyan at Thauri , dia berkata :"Aku ini penjahit pakaian untuk seorang raja (pemerintah yang zalim); adakah aku tergolong dalam kalangan penyokongnya?
Sufyan at Thauri menjawab : "Engkau bukan daripada kalangan penyokong tetapi engkau adalah golongan penzalim itu sendiri. Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada engkau jarum dan benang (untuk menjahit)."(Kitab al Mu'jam al Kabir)
Dalam situasi hari ini, sistem pengundian adalah sejenis mengiktiraf seorang pemimpin dengan pengakuan taat setia yakni suatu jalan usaha untuk membentuk pengagihan kuasa yang benar dan adil. Oleh kerana kebenaran dan keadilan itu adalah dituntut oleh agama maka ia menjadi satu kewajiban yang mesti ditunaikan oleh setiap kaum muslimin. Jelasnya satu undi daripada setiap orang dikira sebagai satu usaha untuk untuk melantik pemimpin masyarakat dan negara yang dilihat memiliki ciri-ciri kepimpinan yang dikehendaki Islam (berdasarkan penyaksian atau maklumat yang diperolehi melalui sumber yang sah).
Bukankah Allah mengambil kira setiap perbuatan walaupun ianya sebesar zarah apakan lagi dalam hal sebesar ini.?
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Sesiapa yang mati tetapi tidak pernah membai'ah pemimpin maka matinya adalah kematian dalam jahiliyah. (Hadis Sahih Riwayat Muslim no. 3441)
Firman Allah SWT :
وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ذَلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
Maksudnya : "Dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar."(Surah at Thalaaq ayat 2)
Selanjutnya Allah SWT menyerukan supaya kesaksian itu supaya diberikan secara jujur, kerana Allah semata-mata tanpa mengharapkan bayaran, tanpa memihak, sebagaimana firman Allah SWT menjelaskan :
يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنْفُسِكُمْ
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri."(Surah An Nisa' ayat 135)
Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan kepada para hamba-Nya yang beriman agar menjadi orang-orang yang benar-benar menegakkan keadilan di tengah-tengah masyarakat. Maka kerananya Allah SWT memerintahkan kepada mereka untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang menyampaikan mereka kepada keadilan itu, seperti: keadilan dalam memilih pemimpin yang adil (yakni berkelayakan).
Maka mengundi dan melantik orang yang tidak wajar dilantik menurut syarak juga adalah suatu kezaliman (kejahatan) ini kerana ia dianggap seolah menyembunyikan kesaksian yang sebenar seperti yang dituntut oleh ayat di bawah, Allah SWT berfirman :
وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
Maksudnya : "Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Surah al Baqarah ayat 283)
Untuk menambah lagi kefahaman kita hendaklah kita memerhatikan firman Allah SWT:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : "Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya."(Surah al Maa-idah ayat 2)
Maka berikrarlah sebagaimana yang diajari Allah SWT kepada kita sepertimana dalam firmanNya :
وَلَا نَكْتُمُ شَهَادَةَ اللَّهِ إِنَّا إِذًا لَمِنَ الْآثِمِينَ
Maksudnya : "..dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian kerana Allah; sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa."(Surah al Maa-idah ayat 106)
Sahabat yang dimuliakan,
Seorang muslim-mukmin yang beriman dan bertakwa tidak akan membiarkan kepimpinan negara dikuasai oleh golongan sekular yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri, ahli keluarga dan kroni-kroni disekelilingnya.
Apabila kepimpinan terlalu lama dikuasai oleh mereka yang rasuah, mementingkan hiburan daripada pendidikan Islam , meminggirkan hukum hudud, qisas dan takzir (takzir mengikut nilai Islam) dan tidak ada usaha-usaha yang serius untuk memperkasakan hukum-hukum Allah SWT, merampaskan hak rakyat (mengswastakan air, letrik dan kenakan cukai-cukai yang tinggi), hak rakyat dinafikan untuk mendapatkan pendidikan percuma (pinjaman yang membebankan), membebankan rakyat dengan tol-tol yang dilebuh raya (sepatutnya rakyat mendapat lalun percuma), menghalang rakyat untuk menyuarakan pandangan dan mengadakan perhimpunan aman dan ketidak adailan dalam sistem kehakiman apabila melibatkan pemimpin negara atau kroni .
Akibat daripada tidak mengambil nilai-nilai akhlak Islam untuk diterapkan dalam pendidikan di sekolah dan universiti telah melahirkan gejala sosial yang parah dengan menghasilkan anak-anak tidak sah taraf ratusan ribu bilangannya hanya dalam masa beberapa tahun sahaja.
Sebagai seorang muslim-mukmin yang beriman dan bertakwa hendaklah kalian menghindari perbuatan mengundi bagi memenangkan mereka yang zalim. Dan perbuatan tidak mengundi juga adalah seolah-olah meredai mereka yang zalim untuk mendapat kuasa memerintah.
Kalian pasti akan ditanya di akhirat nanti kenapa kalian memberi saham dan sokongan kepada kezaliman?
Sahabat yang dikasihi,
Segala pertolongan daripada mereka yang zalim yang berbentuk duniawi janganlah dijadikan alasan untuk menyokong mereka yang zalim itu kerana ia tidak dapat digunakan untuk menebus azab seksa di akhirat. Sesungguhnya hanya Allah SWT adalah sebenar-benar penolong kepada kita. Oleh itu pilihlah pemimpin yang berazam untuk menegakkan Islam sebagai satu cara hidup dan mereka-meraka yang bersatu dibawah payong menentang kezaliman demi mencari keredaan Allah SWT.
Mengikut kaedah syarak : Jika kalian diberi peluang untuk memilih di antara mukmin yang bertakwa dengan musim yang zalim maka pilihlah mukmin yang bertakwa . Jika kalian terpaksa berhadapan di antara dua mudarat iaitu mudarat yang kecil dengan mudarat yang besar maka pilihlah yang mudarat yang kecil. Semuanya atas pilihan kalian "tepuk dada tanya iman dan mata hati kalian mana yang lebih baik dan mana satu yang akan mendapat keredaan Allah SWT"
Oleh Ustaz Abu Basyer

apa hukum kita terhadap pemimpin yang fasiq? Perlu taat ke? Atau boleh je kita jatuhkan dia?

Soalan: Ustaz, apa hukum kita terhadap pemimpin yang fasiq? Perlu taat ke? Atau boleh je kita jatuhkan dia?
Jawapan:
Secara umum, hukum asal hubungan dalam sebuah negara Islam antara rakyat (mereka yang dipimpin) dan juga ketua negara (pemimpin) adalah taat.
Ini berdasarkan banyak sumber nas dan antara yang masyhur adalah berdasarkan firman Allah swt:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ
“Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemimpin) di antara kamu.” (Surah An-Nisa’ : 59)
Jelas dalam ayat ini hubungan ketaatan itu secara asalnya itu wujud antara pemimpin dan rakyat.
Namun, dalam hal apabila pemimpin itu seorang yang fasiq atau zalim, kebanyakkan ulama telah membicarakan hal ini dalam tiga keadaan.
1) Hubungan antara rakyat dan pemimpin fasiq
Jumhur fuqaha’ berpandangan dalam situasi ini, ianya tetap tidak merubah hukum asal akan hubungan antara rakyat dan pemimpin iaitulah perlu ditaati walaupun pemimpin tersebut adalah seorang yang zalim atau fasiq. Antara dalil yang banyak disandarkan adalah hadis Rasulullah saw:
Seorang Sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:Ya Nabi Allah, bagaimana menurutmu jika para pemerintah yang memimpin kami yang selalu mengutamakan hak mereka tetapi mereka tidak bersedia memenuhi hak kami?
Nabi menjawab: “Tunduk dan patuhlah kamu, sesungguhnya mereka akan bertanggungjawab atas kepimpinanya,manakala kamu juga akan bertanggung jawab terhadap ketaatan kamu kepadanya”.(HR.Muslim no.1846)
“Sesiapa yang dipimpin oleh seseorang pemimpin lalu dia melihat pemimpinnya berbuat maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci perbuatannya, namun jangan dia melepaskan ketaatan daripadanya”.(HR.Muslim no.1855) 
Maka kefasikan dan kezaliman yang wujud pada pemimpin tersebut tidak pernah menghilangkan akan hak ditaati yang pada asalnya sememangnya wujud pada pemimpin tersebut.
2) Apabila disuruh melakukan kezaliman.
Tetapi ketaatan pemimpin tersebut bukanlah suatu yang mutlak seperti mana pada seorang pemimpin yang adil.
Ketaatan terhadap pemimpin yang fasiq adalah selagi mana ianya tidak berkait dengan arahan yang membabitkan maksiat atau melanggar arahan Allah swt.
Tidak ada ketaatan pada perkara maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam perbuatan yang baik”. (HR.Muslim:1840,Bukhari:7145)
“Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melampaui batas”.(Asy-Syu’ara:151)
Nas-nas ini memberi gambaran bagaimana ketaatan terhadap makhluk itu mempunyai pengecualian iaitu apabila membabitkan arahan terhadap perkara yang mungkar atau maksiat. Termasuk dalam isu ini hal berkenaan pemimpin yang fasiq.
3) Limitasi kefasiqan dan kezaliman pemimpin
Ulama juga menggariskan kefasikan dan juga kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin tersebut juga ada limitasinya, bukanlah walau sezalim dan sefasiq mana pun dia kita perlu taat.
Adanya keadaan atau situasi dimana akan terungkai ikatan ketaatan tersebut lalu menjadi kewajipan umat Islam untuk keluar dan menjatuhkan pemimpin tersebut. Keadaan ini ialah apa yang diistilahkan oleh Baginda saw sebagai “kafir buwah” (الكفرالبواح)
Ubadah Ibn Shamit r.a berkata: Kami membai’at Rasulullah s.a.w dengan janji akan mendengar perintahnya, mentaatinya baik dalam keadaan susah mahupun senang, baik sulit mahupun lapang dan dalam keadaan dia lebih mengutamakan orang lain daripada kami dan kami tidak melawan orang-orang yang memegang kekuasaan, kecuali (beliau menjelaskan) jika kamu melihat bukti “kafir buwah” terhadap mereka. Terhadap orang seperti itu disisi kamu ada keterangan yang cukup daripada Allah”. (HR.Mutaffaq ‘alaih,al-Muntaqa 2/739)
Ibnu Hajar menterjemahkan istilah “kafir buwah” sebagai suatu kekafiran yang ditunjukkan secara jelas seperti melarang manusia untuk beribadah, menolak sumber pensyaraiatan al-Quran dan as-Sunnah atau sehingga melakukan kezaliman besar terhadap umat Islam secara jelas seperti pembunuhan besar-besaran terhadap orang Islam.
Apabila situasi ini berlaku, jumhur fuqaha’ seperti Hasan al-Basri, Imam Ahmad bin Hanbal, al-Nawawi serta termasuk dikalangan sahabat-sahabat yang muktabar menetapkan pemimpin tersebut hendaklah dijatuhkan oleh umat Islam.
Apa yang boleh kita simpulkan dalam persoalan ini adalah:
1. Mentaati pemimpin itu adalah perkara yang jelas dalam Syariat Islam. Kefasikan dan kezaliman seorang pemimpin itu tidak menghilangkan akan hak ditaati oleh rakyatnya selagi mana ianya tidak berkait arahan yang bertentangan dengan suruhan agama dan kezaliman itu tidak sehingga mencapai tahap “kafir buwah”.
2. Taat kepada pemimpin fasiq bukanlah bermaksud tunduk dan senyap terhadap kezaliman yang dilakukan, teguran dan juga nasihat amar makruf nahi mungkar hendaklah berterusan cumanya tidaklah sehingga kepada menjatuhkan pemimpin dengan pemberontakan lalu memberi mudharat besar kepada umat Islam.
3. Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ menyebut bahawa larangan supaya tidak menjatuhkan pemimpin fasiq bukanlah bererti mengiktiraf kefasiqan mereka, tetapi ianya adalah untuk menolak fitnah yang lebih besar yang bakal terjadi terhadap umat Islam. Begitu juga kebolehan menjatuhkan pemimpin fasiq hingga kepada tahap “kafir bulwah” adalah kerana tindakan itu telah memberi fitnah tersangat besar kepada umat. Bermaksud apa yang menjadi nialaian utama oleh ulama dalam mana-mana isu adalah kepentingan umat.
لا يجوز إنكار المنكر بمنكر أكبر منه
Tidak boleh menolak sesuatu kemungkaran dengan melakukan kemungkaran yang leibh besar daripada itu (mungkar yang ingin dicegah)

Solahudin Ayub, PAS akan dijaga oleh Allah , yg khianat akan dibersihkan



Solahudin Ayub, PAS akan dijaga oleh Allah , yg khianat akan dibersihkan..

Friday, April 27, 2018

PAS tak bersama PH dikatanya menyokong BN, hujah simplistik tu pun boleh wujud ?

IR Izzat Rahman Semua tu bergerak pada andaian kamu semata-mata. PAS tak bersama PH dikatanya menyokong BN, hujah simplistik tu pun boleh wujud? Konon nak amal demokrasi dan jd negara maju, tgk kat Australia, tgk kat Indonesia, tgk kat Russia, berapa blok parti politik yg wujud? Bukan dwiparti tp banyak !!! 

Yg duk kata PAS terima duit jutaan ringgit tu bukan ada bukti pun, main tuduh kemudian lari. Padahal dlm Islam ni kamu kena bagi bukti, kalau tidak kamu dikira fasik. Dulu kata PAS terima 90juta, lepas tu 200juta, lepas tu 2.5juta, mana satu ni? Tidak konsisten !!! Tp yg konsisten adalah, semua tuduhan tu tidak berbukti !!!

Kalau kamu nak pertikai dana kewangan PAS yg boleh jadi disumbangkan oleh 1 juta ahli PAS, kenapa kamu taknak pertikai di mana kekuatan kewangan PAN sedangkan ahli x sampai 50k seluruh Malaysia? Before PRU start pun dah bertebaran bendera, duit dpt dari mana? Tokong bagi dedak barangkali.

debat abu syafiq vs salman ali



debat abu syafiq vs salman ali

Wednesday, April 25, 2018

Penghinaan Terkini Mahathir Terhadap Hudud Dan Jawapan Pemimpin Pas

Penghinaan Terkini Mahathir Terhadap Hudud Dan Jawapan Pemimpin Pas



Published on 18 Apr 2014
Kenyataan terbaru Mahathir berkaitan Hukum Hudud.Beliau terus mempertikai Hukum Hudud yang pada pandanganya tidak adil kerana hanya dikenakan kepada orang islam.
Di sertakan penjelasan menarik oleh Ust Nasuruddin Daud bersama nas2 Al Quran berkaitan kenyataan oleh