LABIS, 24 Jan: Che Zuhar Che Haron, ahli PAS dari Pahang yang mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air Felda Tenang
Beliau telah ditarik tangan oleh penduduk tempatan dan makmum Masjid An-Nur Felda Tenang itu, setelah jenazah yang sampai sejak jam 10.30 pagi sehingga jam 2 petang tidak disempurnakan kerana imam masjid berkenaan pergi ke padang menyambut Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Apa yang saya lakukan hanyalah menyelesaikan hukum fardhu kifayah setelah sekian lama jenazah setiausaha Umno itu tidak disempurnakan, itupun setelah makmum dan bilal meminta saya berbuat demikian kerana imam sebenar masjid itu pergi ke padang,” jelasnya yang kini masih berada di Labis mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat.
“Pada hakikatnya Unit Amal PAS telah bertungkus-lumus membantu penduduk kampung menggali kubur. Kemudian jenazah Allahyarham telah dibawa ke masjid kira-kira jam 10 pagi. Makmum terus meninggu hingga ke waktu Solat Zohor, tetapi imam tidak ada kerana pergi ke padang menyambut Najib.
“Kemudian apabila sampai ke jam dua petang, seorang tua yang mewakili bilal masjid telah mengumumkan sesiapa yang layak diminta tampil mengimamkan solat jenazah kerana imam masjid pergi ke padang,” katanya.
Menurut Che Zuhar, ketika itu makmum mula berbaris dalam saf dan beberapa orang penduduk kampung menarik tangannya ke depan untuk mengimamkan solat jenazah itu.
Beliau yang berkempen dalam PRK Tenang mewakili Dewan Ulamak, telah menyempurnakan tugas berkenaan sehinggalah jenazah dibawa ke kereta dan tanah perkuburan.
Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020
- Jawatan Kosong Di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Sebagai Guru Tabika - 9/18/2024 - Nurfaizah
- Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kawasan - 9/17/2024 - Nurfaizah
- Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - 9/16/2024 - Nurfaizah
- Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - 9/15/2024 - Nurfaizah
- Jawatan Kosong Segera : Pos Malaysia Berhad - 9/13/2024 - Nurfaizah
koleksi kitab
- Kitab Ummul Barahin – Pelajaran Sifat 20 dan Tasauf - 6/25/2021 - admin
- Apakah kaedah terpantas untuk memuat turun video Youtube - 6/17/2021 - admin
- Apakah kaedah terpantas untuk memuat turun video Youtube - 6/17/2021 - admin
- Apakah kaedah terpantas untuk memuat turun video Youtube - 6/17/2021 - admin
- Kitab Kitab I’anah Thalibin - 6/14/2021 - admin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej