Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, October 3, 2014

Kerakyatan Malaysia sedang digadai

Dengan pemberian kerakyatan kepada warga asing ketika itu,  orang Melayu merasa amat tidak senang kerana untuk jangka panjang ia akan kedudukan orang Melayu dan institusi Raja Melayu, akibat daripada perkara tersebut telah menyebabkan orang Melayu bangun menentang gagasan tersebut.
Hari ini  kerajaan Barisan Nasional melalui Jabatan Pendaftaran Negara dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya dengan sewenang-wenangnya memberikan kerakyatan kepada warga asing khususnya dari Indonesia dan Kemboja. Inilah JUS SOLI MODEN dan ia tidak jauh beza denganJUS SOLI 1945
BN dan UMNO yang bimbang akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang, sanggup menjual negara dan sanggup menukar KAD PENGENALAN MERAH warga asing kepada kad pengenalan biru. Dengan KAD PENGENALAN BIRU itu, maka warga asing yang menjadi rakyat Malaysia itu berhak untuk mengundi. SUDAH PASTI WARGA MALAYSIA BARU BERSUMPAH AKAN MENGUNDI BARISAN NASIONAL sebelum mereka diberikan KAD PENGENALAN BIRU.


Proses untuk memberikan KAD PENGENALAN BIRU ini berlaku atas nama PROGRAM PEMUTIHAN warga asing yang kononnya untuk mendaftarkan semua warga asing dan warga asing yang gagal mendaftar akan ditangkap dan dihalau keluar dari Malaysia.  PROGRAM PEMUTIHANtelah dijalankan di seluruh negara sejak bulan September 2010 lagi. Walaupun banyak laporan polis telah dibuat, polis di bawah Barisan Nasional terus diam membisu kerana ‘makan gaji” dengan kerajaan Barisan Nasional bukannya kerana gaji mereka dibayar oleh cukai rakyat.
Orang Melayu dari Pakatan Rakyat  bangun menentang pengkhianatan kerajaan untuk menjual negara ini, tetapi Melayu UMNO diam seribu bahasa termasuklah PERKASA. Orang Melayu dari UMNO dan PERKASA tidak bimbang akan masa depan negara dengan sebab anugerah warganegara Malaysia percuma kepada warga asing.
Segelintir orang India dan  Cina dari Pakatan Rakyat bangun menentang Jus Soli moden ini, tetapi kebanyakan orang India dan Cina khususnya dari Barisan Nasional seolah-olah tidak peduli akan hal ini. Kita ingatkan orang Cina akan keadaan perniagaan kereta tolak di pasar Chow Kit yang dulunya dimonopoli oleh kaum Cina, kita warga asing sudah menerobos masuk dan memecahkan tembok didominasi perniaagaan kereta tolak di Chow Kit.
Kita juga ingin ingatkan orang Melayu Malaysia bagaimana peluang pekerjaan di pelbagai sektor khususnya perkilangan, pertanian, dan pembinaan yang memberi peluang pekerjaan kepada warga Malaysia satu masa dulu, kini sudah didominasi 90% oleh warga asing.
Apa maknanya jika warga asing sudah diterima menjadi warga Malaysia dalam masa yang singkat? Bukan sahaja mereka akan beri undi kepada Barisan Nasional, malah mereka akan mendominasi beberapa sektor dalam negara  sehingga menjejaskan penduduk di negara ini?

Apakah motif kerajaan Barisan Nasional memberi KAD PENGENALAN BIRU kepada warga asing?
A. untuk mendapat undi dari warga Malaysia baru ini dan menang pilihanraya umum yang ke 13?
B. untuk menghapuskan dominasi orang Cina dalam perniaagaan kecil-kecilan?
C. untuk menampung kekurangan tenaga buruh dalam negara?
D. untuk membalas jasa warga asing yang telah berkerja membangunkan Malaysia?
Maklumat baru 16 Ogos 2011. http://www.malaysiakini.com/news/173138
Semua PATI angkat sumpah Aku Janji utuk sokong BN

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej