Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, October 2, 2014

Sementara menunggu sistem khalifah tertegak

Arie Dwen >>>
Setuju.... 100% sementara menunggu sistem khalifah tertegak... jangan boikot demokrasi.. jangan menkafirkan sesama kita... jgn kafirkan pengundi demokrasi. Memboikot pilihan raya bukanlah satu langkah bijak, malah ia sangat merugikan. Apabila orang Islam yang ‘pro-kekhalifahan’ bertindak memboikot pilihan raya (secara tidak memahami dengan terperinci), ia sebenarnya membuka peluang kepada orang bukan Islam yang keluar mengundi untuk menentukan keputusan pilihan raya.
Akibatnya, majoriti keputusan pilihan raya memihak kepada orang bukan Islam yang sudah lama teringin untuk menghancurkan Islam di negara ini. Biarpun mereka menang dengan majoriti yang sedikit (akibat orang Islam memboikot pilihan raya), mereka tetap mempunyai hak untuk membentuk kerajaan.
Akibatnya juga, majoriti undi orang Islam berkurangan dan menjadi minoriti. Sebaliknya, undi orang bukan Islam akan mendominasi keputusan pilihan raya sehingga membolehkan mereka berbuat sesuka hati terhadap agama Islam apabila mereka berkuasa membentuk kerajaan.
Memang demokrasi bukan jalan terbaik, tetapi kamu semua sedang hidup di dalam kepompong demokrasi. Tidak dapat tidak, kamu perlu terlibat dalam kepompong ini untuk memastikan kuasa secara demokrasi ini masih mampu menjamin kekuasaan orang Islam secara sah berdemokrasi di negara ini.
Apabila Allah berkehendak menghancurkan demokrasi, maka Dia akan menghancurkan ia dengan sendiri tanpa menunggu manusia bersedia untuk kemusnahan demokrasi itu sehingga tertegaknya kekhalifahan. Buat masa ini, kamu perlu menentukan nasib agama kamu dengan jalan demokrasi.
Katakan, kamu tersesat di tengah hutan dan tiada makanan. Tiba-tiba datang seekor babi dan hanya itu sahaja makanan yang ada. Maka pada waktu itu (darurat), babi dihalalkan dalam keadaan darurat bagi meneruskan hidup, ia bagaimanapun bersyarat, asalkan kamu memakannya sehingga hilang lapar sahaja bagi meneruskan hidup, iaitu bukan sehingga kenyang. Kamu perlu makan babi itu untuk terus hidup, jika tidak makan, kamu akan memudaratkan diri kamu yang tidak ubah seperti mahu membunuh diri dan memudaratkan diri itu pula tidak diajar oleh Islam. Kamu boleh menyamakan situasi ini dengan pilihan kamu terhadap demokrasi pada masa ini, kamu terpaksa memilih demokrasi pada waktu ini untuk menyelamatkan agama kamu. Kamu diuji dengan babi, pada waktu itu hanya babi menjadi pilihan kamu, tiada pilihan lain.
Kamu kemudian menangkap babi itu, menyembelih, melapah dan memanggang. Tiba saat hendak makan bagi menghilangkan kelaparan, ketika kamu membaca Bismillah dan dengan rasa berat hati untuk makan, tiba-tiba datang seekor kambing yang halal lagi baik untuk dimakan. Maka, pada waktu itu kamu harus meninggalkan babi yang sudah siap dipanggang itu dan perlu menangkap kambing itu untuk dijadikan makanan kerana ia lebih suci dan lebih baik. Pada ketika itu, kamu harus segera meninggalkan babi yang sudah sedia dijamah itu. Kali ini, kamu diuji dengan 'keperluan membuat pilihan' setelah yang baik lagi suci didatangkan kepada kamu.
Begitulah juga kalau apabila nanti Allah menghancurkan demokrasi dan mendatangkan sistem khalifah, maka pada waktu itu kamu perlu segera meninggalkan demokrasi. Buat masa ini, hanya demokrasi yang ada untuk kamu manfaatkannya, sedarlah bahawa kamu sedang diuji oleh Allah dengan jalan demokrasi. Maka jalanilah ujian ini dengan bijaksana, melakukan sesuatu kerana Allah adalah jalan paling selamat. Lari daripada ujian (memboikot pilihan raya demokrasi) pula adalah menempah kecelakaan dan kegagalan.
Memang benar, tidak ada parti politik yang benar-benar bersih, semuanya buruk. Tetapi, gunakanlah peluang ini untuk sekurang-kurangnya memilih yang paling bersih dalam kalangan yang kotor-kotor sementara menunggu kekhalifahan suci murni yang dinanti-nantikan.
Untuk kali ini, buatlah kerana Allah.
Bukan kerana mana-mana parti politik
Hanya kerana Allah
Allah Maha Besar
Allah Maha Kuasa

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej