Siapakah Pemula Fitnah UG ?
Pada satu klimaks serangan DAP terhadap PAS, isu UG-lah dibangkitkan oleh Lim Guan Eng.Bila Lim Guan Eng bercakap tentang PAS nak ber-UG dengan UMNO, semua kenyataan disiarkan oleh akhbar-akhbar Cina. Masyarakat Cina percaya benar bahawa TGHH hendak bawa PAS ber-UG dengan UMNO. Dari manakah mulanya Lim Guan Eng dibekalkan peluru fitnah ini?
Sebelum DAP berkonfrantasi dengan PAS atas isu UG, PASMA terlebih dahulu menyebarkan fitnah dalam ceramah dan media mereka tentang isu ini. Sila rujuk kenyataan PASMA sebelum ini. Sebelum PASMA melalui Presidennya Pahrolrazi menjaja fitnah ini, blogger dan penulis Mohd Sayuti Omar, Aduka Taruna dan Tulang Besi dan cybertrooper anti-ulama PAS telah memainkan isu ini. Bencinya mereka terhadap TGHH hingga ada operasi dinamakan Langgar Hadi. Untuk memusnahkan karektor TGHH, UG-lah diangkat sebagai modal. UG yang telah diputarbelitkan daripada maksud asal. Sesiapa yang ingin tahu apa versi asal UG, buatlah sedikit rujukan.
UG yang diputarbelitkan sejak 2008 hingga kini tidak menjadi kenyataan. Kalaulah benar UG itu bermaksud PAS hendak bergabung dengan UMNO, sudah lama wujud gabungan itu. Tetapi tidak. Sebaliknya yang wujud ialah Pakatan Rakyat. Kepada golongan baru main politik pembangkang, sila rujuk Siasah bilangan 138. Besar tajuknya, Negara Tanpa Pembangkang. Itu tajuk besar intipati idea UG. Alih-alih golongan anti-ulama bermula 2008 lagi menabur racun fitnah dengan dakwaan TGHH nak gabungkan PAS dengan UMNO.
Asal mulanya mengapa geng Langgar Hadi menfitnah TGHH dengan isu UG ini. Kekalahan PAS di Terengganu pada PRU2004 menjadi bahan cercaan mereka. Mereka menyalahkan TGHH sedangkan telah dibentangkan satu post-mortem kekalahan PAS. Sekali lagi aku menyeru golongan penyebar fitnah UG membuat sedikit kajian. Malah Khalid Samad juga memperli kekalahan PAS di Terengganu tanpa menjadikan post-mortem yang rasmi sebagai sandarannya. Maknanya, puak-puak ini sudah benci akan TGHH sekian lama.
Apa hubungan Husam Musa dengan Mohd Sayuti Omar dan Kicikdefella, blogger yang cukup sensasi suatu waktu dahulu? Siapa yang mengadu domba TGHH dengan TGNA dengan meberi maklumat yang tidak tepat tentang UG? Mujur akhirnya TGNA faham duduk perkara sehinggalah akhit hayat TGNA menghormati dan bersama-sama TGHH dalam setiap keputusan.
Kenapa Mujahid Yusof Rawa tidak menceritakan hal sebenar idea UG sedangkan dia maksud sebenar UG berdasarkan Siasah 2009 itu? Kenapa Mujahid membiarkan fitnah ini bermaharajalela? Dari mulut siapa mula fitnah ini? Mohd Sayuti Omar? Husam Musa? Khalid Samad? Aduka Taruna? Tulang Besi? Kemudian fitnah itu disebarkan pula oleh beberapa kerat orang muda yang baru belajar politik melalui blog-blog, facebook dan media social yang lain. Hari ini mungkin sudah berjuta rakyat Malaysia yang mengikuti politik semasa termakan fitnah ini. Siapa yang nak menanggung timbunan dosa yang dikatakan lebih tajam daripada mata pedang ini? Yang difitnah bukan sembarangan orang; seorang ulama yang diiktiraf oleh dunia; sayangnya dihina oleh bangsanya sendiri.
Husam Musa, Pahrolrazi, Khalid Samad pukul TGHH dengan UG yang telah diputarbelitkan tadi. Disambung fitnah itu oleh penjaja-penjaja kecil facebooker. Soalan saya untuk semua yang memviralkan fitnah ini. Kenapa kalian tidak pernah menyerang dan mengutuk DS Anwar Ibrahim dengan Konsesus Nasional dan Lim Kit Siang dengan versi UG-nya sendiri? Kenapa tidak pernah menyeranah DS Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang? Kenapa semua terdiam apabila idea itu dilontarkan? Dan kenapa kini semua cuba menyembunyikan? Kamu berpolitik dengan hati busuk atau apa sebenarnya?
...............................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10205278509062883&id=1251877796
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej