Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, June 30, 2017

KHUTBAH IMAM KATOLIK YANG MENGGEMPARKAN

KHUTBAH IMAM KATOLIK YANG MENGGEMPARKAN

Kultum minggu pagi

Seorang Imam Besar Katolik Ortodoks Rusia, Dmitri Smirnov, menyampaikan sebuah khutbah gereja yang menggemparkan di depan ratusan jemaatnya.

Dia mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik pemeluk Islam. Berikut ini ceramahnya kepada jemaatnya sebagaimana Muslimina beritakan:

"Kalian lihat, ketika umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tidak satu pun orang yang berani melewati mereka, karena di seluruh dunia di masjid-masjid dan jalan-jalan kota di padati ribuan juta umat Islam yang sedang bersujud kepada Tuhannya.

Saksikanlah, barisan jutaan umat manusia yang beribadah dengan sangat teratur dan mengikuti shaf mereka masing-masing, dan hal itu tidak perlu diajarkan. Mereka berbaris dengan tertib tanpa harus diperintah.

Lalu dimana kalian bisa melihat pemeluk Kristen seluruh dunia, bisa beribadah bersama? Dan hal itu tidak ada dalam Kristen, kalian tidak akan pernah melihatnya.

Lihatlah mereka, orang Muslim kerap membantu dengan sukarela tanpa berharap imbalan, tapi pemeluk Kristen malah sebaliknya.

Kalian tanyakan pada wanita tua itu (sambil menunjuk wanita yang lumpuh yang berada di gerejanya). Menurut wanita tua itu, seorang pengemudi Muslim sering menyediakan jasa transportasinya untuk mengantarkannya ke gereja di Moskow.

Dan setiap wanita tua itu ingin memberinya upah, tapi pengemudi Muslim selalu menolaknya dengan alasan bahwa Islam melarang mengambil upah pada wanita lansia, jompo, dhuafa dan anak-anak yatim di berbagai panti dan yayasan.

Dengarkanlah persaksiannya, padahal wanita tua itu bukan ibu atau kerabatnya, tapi pengemudi Muslim mengatakan dalam Islam wajib menghormati orang yang lebih tua, apalagi orang tua yang lemah dan tak berdaya tersebut.

Keikhlasan pribadi pengemudi Muslim tersebut tidak ada ditemukan dalam pemeluk Kristen yang mengajarkan kasih. Tapi justu sebaliknya, pengemudi Kristen bisa tanpa belas kasih meminta upah atas jasa transportasinya pada wanita tua itu. Dia katakan layak mendapat upah karena itu adalah profesinya sebagai jasa transportasinya.

Seorang Muslim malah lebih dekat dengan Sang Mesiah, tapi orang Kristen hanya ingin uang. Apakah kalian tidak merasakan?

Bagaimana dalam prosesi penebusan dosa, siapa saja harus membayar kepada pendetamu, entah itu miskin atau manula, wajib memaharkannya sebagai ritual pengampunan dosa.

Saksikan juga, seorang Muslim tidak tertarik untuk mengambil upah pada orang-orang lansia. Mereka begitu ikhlas dengan sukarela membawakan barang-barang serta belanjaan wanita tua itu. Sampai sang wanita tua itu hendak berdoa ke gereja, sang pengemudi Muslim setia antar jemput wanita tua itu.

Inilah kenapa saya mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik mayoritas pemeluk Islam dan negeri ini akan mnjadi milik Islam. Kalian lihat pribadi yang berbudi luhur dan santun, mampu membuat dunia tercengang, ternyata akhlak Muslim lebih mulia daripada jemaat Kristen.

Kalian mendengar bahwa Islam dituduhkan sebagai agama teroris, tapi itu hanya isu belaka yang pada kenyataannya umat Islam lebih mengedepankan tata krama serta kesopanan.

Walau mereka difitnah sebagai teroris, tapi populasi jumlah mualaf di Eropa dan Rusia makin ramai berdatangan ke tempat ibadah orang Muslim untuk memeluk Islam, karena para mualaf tahu betul bahwa Islam tidak sekejam yang dunia tuduhkan.

Sekarang dan selamanya, masa depan Rusia akan menjadi milik umat Islam. Di masa depan adalah kembalinya kejayaan Islam. Lihat populasi Muslim di Rusia, telah berjumlah 23 juta dan pemeluk Kristen mengalami penurunan menjadi 18 juta, lalu sisa yang lainnya masih tetap komunis.

Ini sebuah fakta bahwa Islam sekarang menjadi agama terbesar di Rusia. Di utara bekas pecahan negara Uni Soviet mayoritas Muslim yaitu Republik Chechnya, Tajikistan, Kazakhstan, Uzbeckistan dan Dagestan. Lalu umat Islam telah menjamah di kota-kota besar Rusia termasuk Moskow."

Imam Besar mengakhiri khutbahnya dan turun ke mimbarnya dengan mata yang berair, di mana para jemaatnya masih terpaku dan terharu, tidak menyangka seorang Imam Besar Katolik bisa mengagungkan orang Muslim.

Sebagian jemaat ada yang menangis melihat cara ajaran Islam, ternyata berbudi luhur dan tidak layak di sebut “teroris”.

SUMBER :
Berita = http://www.worldbulletin.net/m/news/144115/russian-archpriest-the-future-belongs-to-muslims
http://www.sujanews.com/2014/10/khutbah-gereja-menggemparkan-dari-imam.html?m=1

Video = https://youtu.be/E_1oRMeumP4
Kultum minggu pagi

AES : DIDIK ATAU JERAT

Kenyataan Media Penerangan. 138/9

*AES : DIDIK ATAU JERAT*
*PENGGUNA JALAN RAYA?*

_Oleh : Nasrudin bin Hassan_
_Ketua Penerangan PAS Pusat._

1.   Jumlah kemalangan jalan raya pada 2016 bertambah kepada 521,466 berbanding 489,606 pada 2015; iaitu meningkat sebanyak 6.5%. Kemalangan maut pula bertambah kepada 7,152 daripada 6,706; iaitu meningkat sebanyak 6.7%.

2.   Menerusi Ops Selamat 11 yang dijalankan selama 11 hari bermula 18 Jun lalu, dilaporkan bahawa jumlah kemalangan jalan raya bertambah kepada 17,147 berbanding pada tahun lalu sebanyak 15,527 bagi tempoh yang sama; iaitu meningkat sebanyak 10.4%.

3.   Sedangkan, sehingga sekarang sebanyak 21 unit kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikatakan sebagai sistem yang sangat berkesan untuk menurunkan kadar kemalangan jalan raya telah dipasang dan beroperasi di seluruh negara.

4.   Berdasarkan fakta semasa ini, sasaran untuk menurunkan kadar ini sebanyak 50% menjelang 2020 dilihat mustahil untuk dicapai dengan pelaksanaan AES.

5.   Justeru, keputusan Kementerian Pengangkutan untuk memasang 100 unit kamera AES lagi pada tahun hadapan adalah amat tidak wajar diteruskan.

6.   Bahkan, Kerajaan perlu menarik semula kelulusan yang telah diberikan sebelum ini bagi memasang 1,200 unit kamera AES di seluruh negara.

7.   Meneruskan pelaksanaan AES dengan menambah pemasangan jumlah kamera ini sedangkan ia tidak mencapai objektif penguatkuasaannya hanya akan menjadi jerat kepada pengguna jalan raya dengan saman; sebaliknya ia gagal mendidik para pengguna menjadi lebih berhemah agar kadar kemalangan dapat diturunkan.

8.   Kerajaan juga digesa agar membuat kajian keberkesanan pelaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan AES dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA). Kajian ini mestilah melibatkan semua pihak termasuk para pengguna dan dibentangkan kepada awam bagi mendapatkan maklum balas ke arah penambahbaikan.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.

AMANAH DAN DATUK FADZIL MOHD NOOR

Tulisan terkini Dr Kamarul Zaman Yusoff. Jangan berangan la Pan konon nak samakan perjuangan ATGFN dgn korg!

···········

AMANAH DAN DATUK FADZIL MOHD NOOR

Bersempena ulang tahun kematian Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor pada 23 Jun 2002, hari ini, 23 Jun 2017, beberapa pemimpin AMANAH kelihatan mencoretkan semula pengalaman peribadi mereka bersama Almarhum, sudah tentu bersama niat tersirat untuk menunjukkan bahawa perjuangan mereka adalah selari dengan perjuangan Almarhum.

Seperti yang pernah saya beberapa kali sebutkan sebelum ini, perjuangan Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sebenarnya adalah jauh berbeza dari perjuangan AMANAH sekarang, kerana Almarhum nyata mempunyai ketegasan mempertahankan prinsip perjuangan parti yang Almarhum ketuai, khususnya yang membabitkan agenda perlaksanaan syariat.

Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor-lah yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian PAS Pusat pada 7 Julai 2001 yang membuat satu keputusan penting yang mendorong DAP menarik diri dari Barisan Alternatif (BA), satu pakatan politik yang dianggotai oleh PAS, PKN, DAP dan PRM sejak tahun 1999, pada 22 September 2001.

Keputusan penting yang tercatat kemas dalam lipatan sejarah ini adalah berbunyi bahawa “PAS tidak akan mengorbankan prinsip perjuangan dan undur ke belakang semata-mata untuk melayan kehendak Parti DAP” dan bahawa “prinsip (menegakkan Negara Islam) ini akan dipertahankan walaupun terpaksa kehilangan Parti DAP di dalam pakatan BA”.

Ketegasan mempertahankan prinsip perjuangan parti ini dikekalkan oleh Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sehingga ke akhir hayat di mana sehingga Almarhum pergi mengadap Ilahi pada 23 Jun 2002 sekalipun DAP kekal berada di luar BA sehinggalah DAP dan PAS, juga PKR, kembali bekerjasama selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum 2008.

Ucapan dasar terakhir Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor pada Muktamar Tahunan PAS pada 31 Mei 2002 juga cukup tegas: “Agenda perlaksanaan syariat adalah agenda terpaling mulia dan maha besar yang perlu disegerakan oleh seluruh pimpinan negara ini. Ia adalah ibadah dan jihad yang paling awla (utama) yang perlu didepani oleh seluruh umat ini.”

Pada peringkat peribadi, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor pernah menulis kata-kata aluan di dalam salah sebuah buku saya kira-kira sebulan sebelum Almarhum pergi mengadap Ilahi, iaitu pada 20 Mei 2002, di mana kata-kata aluan Almarhum di dalam buku ini juga menjadi bukti jelas mengenai hala tuju terkini PAS jika Almarhum masih ada.

Tulis Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor di dalam buku saya ini: “PAS sebagai wadah politik Islam dan sentiasa ke hadapan dalam soal penegakan Negara Islam telah maju setapak lagi bagi merealisasikan negara ini sebenarnya menjadi Negara Islam dengan dua buah negeri yang dikuasainya diperkenalkan Enakmen Syariah yang di dalamnya terkandung Hudud dan Qisas untuk benar-benar menepati negeri-negeri berkenaan menegakkan daulah Islamiah.”

Jika benar perjuangan AMANAH diasaskan kepada perjuangan Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, saya cabar pemimpin AMANAH menyebut apa yang Almarhum sebut ini, iaitu bahawa, jika AMANAH berkuasa, AMANAH juga akan memperkenalkan Enakmen Syariah yang di dalamnya terkandung Hudud dan Qisas di negeri-negeri yang dikuasainya!

Pas tak kenang budi ?

Wokyek pan kata pas tak kenang budi cina dap yg telah mengundi pas .....pas di kata khianat sanggup putus hubungan dengan dap yg banyak bantu pas dlm pru lepas ......

>> tolong baca sejarah ......nabi musa di besar, di bela , di jaga oleh firaun dalam istana firaun tapi menjadi penentang firaun ......kerana apa ??...kerana firaun derhaka pada Allah , kerana firaun jahat dan zalim ....adakah berani wokyek pan berkata nabi musa tak kenang budi firaun ??

>> maka tak payah lah nak guna istilah tak kenang budi ...ada sebb nabi musa menentang firaun yg berbudi kepada nya begitu juga tentu ada sebb kenapa pas menentang dap harini ....

>> kenapa hanya budi dap kepada pas saja  yg di sebut ....budi pas terhadap dap masa pakatan dulu nak letak celah mana ???....

>> pan tu sendiri di tuboh atas dasar mengkhianati pas ada hati nak bercakap pasal kenang budi , sila cermin diri dulu ....

Situ dudok

Thursday, June 29, 2017

kenapa anda perlu takut dgn politik islam

kenapa anda perlu takut dgn politik islam, sekiranya anda berada dipihak yg benar , hanya orang2 kafir harbi & munafik shj yg takut dgn kehadiran islam dibumi ini
Allahuakbar ..!!!!!

kalau kapal terbang nak jatuh, nak minta tolong siapa?'

'Cikgu, kalau kapal terbang nak jatuh, nak minta tolong siapa?'

Nik Muhammad Nasri Nik Malek

Apabila kapten kapalterbang sebuah syarikat penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur meminta penumpang membaca doa agar kapalterbang yang mengalami masalah teknikal baru-baru ini selamat, saya teringat satu peristiwa 34 tahun yang lampau.

Ketika itu saya di Tingkatan 4, Sekolah Alam Shah, Ceras, Kuala Lumpur. Guru Matematik Moden seorang Tionghua tanpa agama. Ketika hampir selesai pengajaran Matematik Moden itu, dia menyebut kepada kelas yang kesemua pelajarnya ialah pelajar lelaki: 'I'm free. I've no rules to follow.'

Seorang kawan bernama Zainal Arifin (almarhum) menyampuk: 'Kalau cikgu naik kapalterbang, tiba-tiba kapalterbang nak jatuh, cikgu nak minta tolong siapa?'

Loceng berbunyi menandakan pertukaran subjek lain pula. Cikgu kecil molek yang tidak berkahwin itu diam, tidak respon apa-apa dan terus keluar.

Kenyataan seorang guru aties yang secara halusnya mengajak manusia engkar kepada Allah dan peraturanNya disanggah dengan soalan spontan dari mulut pelajar yang menggunakan logik akal mudah.

Manusia secara fitrah dan semulajadi percaya kepada satu superpower yang berbeza dengan dirinya dan makhluk lain. Ketika senang, ia mungkin tidak ketara. Tetapi ketika susah, ia akan berdoa kepadaNya memohon pertolongan membebaskannya dari dukalara.

Perkara ini dikuatkan oleh ayat Al-Quran yang menyebut tentang manusia yang berada di laut di saat gelombang kuat, dia akan berdoa kepada Allah agar diselamatkan, tetapi bila tenang berada di darat, dia mula lupa.

Si fulan komen isu di atas dengan berkata: Ia masalah teknikal sahaja, tiada kaitan dengan tuhan.

Nama si fulan sangat baik dari segi maknanya. Zaid nama popular dalam buku tatabahasa Arab. Ia digunakan untuk menunjukkan katanama Zaid itu sebagai isim marfu', mansub atau majrur. Ops, maaf, ramai yang tak faham. Nama Ibrahim pula sempena nama nabi yang membanteras syirik dan bentuk kepercayaan yang salah di zamannya. Sepatutnya orang bernama seperti ini mempunyai sifat macam Nabi Ibrahim yang membanteras kesesatan, tidak sebaliknya.

Kerosakan teknikal kapalterbang boleh berlaku kepada semua jenis kapalterbang, tambang murah atau tambang mahal. Langkah keselamatan tentu telah diambil. Namun bila berlaku perkara yang penuh risiko, adakah salah kapten kapal yang punya pengalaman dan prinsip meminta penumpang berdoa agar semua selamat?

Kalau yang komen itu seorang aties, ia memang tidak percaya kepada tuhan dan mungkin tidak berdoa. Namun, dia tidak dapat melawan fitrah semulajadi dirinya sendiri bahawa di sana ada kuasa yang mengatasi segalanya.

Kalau yang bernama Zaid itu muslim, dia tentu percaya kepada agamanya termasuk ayat Al-Quran dan isinya.

Lama dulu, dialah yang memfailkan kes di mahkamah menentang hudud di negerinya sendiri.

Kini, dalam kes kapalterbang pun, dia menunjukkan seolah-olah kuasa tuhan tidak tertakluk kepada perkara itu.

Takdirnya nanti (moga dijauhkan Allah), partinya mendapat kuasa, tentu syariat dan hukum agama terpinggir kerana tuhan tiada peranan di situ.

Kembalilah kepada fitrah. Kembali lah kepada agama Allah.

(Penulis adalah Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulamak PAS Terengganu)

Kerana meninggalkan amr makruuf

Abu-Dardaa r.a. berkata: "Kamu harus melakukan amar maruf nahi mungkar, kalau tidak Allah s.w.t. akan mengguasakan diatas kamu seorang yang zalim, yang tidak menghargai orang tua dan tidak kasih kepada anak-anak, kemudian pada saat itu orang-orang yang baik diantara kamu berdoa, maka tidak diterima doa mereka, minta pertolongan juga tidak ditolong minta ampun tidak diampun."

Penyakit bencana yg sedang menimpa kita bukan salah sesiapa, tapi diri kita sendiri !
Allah hantar kerajaan yg zalim, penipuan, inflasi dan segala bagai ... semuanya akibat kita tinggalkan amar makruuf nahi munkar.

Bencana ini hanya akan pulih dengan cara kita kembali kpd Allah dan Rasul !

Segala teori oleh aqal kita tak akan mampu melawan dan menghalang nya !

Kalau pun berjaya tukar kerajaan baru, tapi selepas itu kita masih tinggalkan kerja amaf makruuf, maka bala baru tetap akan datang. Segala usaha dan perjuangan tetap akan jadi sia sia !

Hanya satu jalan
Kembali kpd Allah dan Rasul dengan buat perintah Allah dan tinggal laranganNya !

Bagaimana nak kembali ?
Bertanyalah kpd Alim Ulama bagaimana cara caranya ... bukan meninggalkan mereka !

Dialog spontan PAN VS PAS selepas tengok keratan akhbar...!

Dialog spontan selepas tengok keratan akhbar...!

DIALOG 1
Tokwan : Awat hang ikut masuk pan.
Pan : sbb Hadi nak bawa PAS masuk umno.
Tokwan : PAS dah masuk umno dah ka?
Pan : belum lagi. Tak lama lagi masuk la tu.
Tokwan : kalau PAS tak masuk umno lagi, pasaipa hangpa dah keluar parti?
Pan :.........  ( nape aku tak blh pikir yee )

=================================

DIALOG 2
Tokwan : Awat hang ikut masuk pan.
Pan : sebab Hadi nak bawa PAS masuk umno.
Tokwan : PAS dah masuk umno dah ka?
Pan : Belum lagi.
Tak lama lagi masuk la tu.
Tokwan : Jadi hangpa keluar parti awal sangat pasaipa?
Pan : Sebab PAS putuskan tahaluf dengan dap.
Tokwan : Oo.. Jadi hangpa nak ikut sayang sangat depa tu yang menentang Islam dan tinggalkan ulama2 dalam PAS yang nak prinsip Islam tertegak hanya kerana syak PAS nak masuk umno.
Pan :......... (napelah aku nak lawan ulama)

DIALOG 3
Tokwan : Awat hang ikut masuk Pan.
Pan : sebab hadi UG dengan Umno.
Tokwan : Pas dah UG ke tau lawan Umno PRU ni?
Pan : memang Pas lawan umno tapi nanti UG lah.
Tokwan : Kalau dah tahu Pas lawan umno dari dulu yang hang nak bagi menang umno buat apa?
Pan : (iya gak aku kena tipu ke selama ni)

DIALOG 4
Tokwan : Awat hang ikut masuk Pan.
Pan : sebab hadi dapat 90juta.
Tokwan : dah dibuktikan bersalah ke fitnah?
Pan : semua pemimpin PH cakap camtu.
Tokwan : Dsai liwat tu fitnah ke betul?
Pan : rasanya fitnah tu sebab tu dulu saya bersama dengan Pas tolak Madey mahazalim mahafiraun dan sokong pembangkang.
Tokwan : Abistu kau bersama dengan orang2 fitnah ke apa?
Pan : (ya gak nape lah aku mcm tak boleh pikir terus aku hentam hina fitnah sana sini)

Wednesday, June 28, 2017

Melayu oh

Yang Dipertuan Agong Melayu...
Raja-Raja  Melayu...
Gabenor-Gabenor Melayu...
Gabenor Bank Negara Melayu...

Perdana Menteri Melayu...
Menteri Kewangan Melayu...
Menteri Pendidikan Melayu...
Menteri Pertahanan Melayu...

Menteri Dalam Negeri Melayu...
Menteri Komunikasi dan Multimedia Melayu...
Menteri Belia dan Sukan Melayu...
Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Melayu...
Menteri Kemajuan Luar Bandar Melayu...

Menteri Besar dan Ketua Menteri hanya seorang bukan Melayu...
Bak kata mudah...Menteri dan Timbalan Menteri majoritinya adalah  Melayu...

Ketua Hakim Negara Melayu...
Peguam Negara Melayu...
Ahli-Ahli Parlimen majoriti Melayu...
ADUN-ADUN majoriti Melayu...

Kabinet kerajaan Persekutuan 95% Melayu...
Exco-Exco Kerajaan Negeri juga  95% Melayu...

Ketua Polis Di Raja Malaysia Melayu...
Panglima Angkatan Tentera Melayu...
Ketua agensi-agensi kerajaan Melayu...
Ketua-ketua jabatan Melayu...
Pegwai-pegawai daerah Melayu...

Ulama dan mufti 100% Melayu...
Penghulu-penghulu 95% Melayu...
Ketua-ketua kampung 90% Melayu...
Pengerusi dan ahli JKKK 95% Melayu...

Profesor 90% Melayu...
Guru Besar 95% Melayu...
Guru kecil  90% Melayu...
Ustaz-ustaz 99% Melayu..
Ustazah-ustazah pun 99% Melayu...
Hampir 65 peratus penduduk Malaysia Melayu...

Agama rasmi persekutuan Islam dan majoriti penganutnya adalah Melayu...
Melayuu...ohh Melayu...

Yang bagi  Singapura kepada Lee Kuan Yew adalah Melayu...
Serah Pulau Batu Putih kepada Singapura Melayu...
Serahkn tanah KTM dari Bukit  Cagar mengunjur ke Woodland Melayu...

Serahkan tanah tinggi Genting kepada Cina pemimpin Melayu...
Tanah rezab Melayu daripada 3 juta ekar kini tinggal 1.5 juta ekar angkara pemimpin Melayu...
Jual air Johor murah kepada Singapura pemimpin Melayu...
Saham-saham Melayu daripada 52 bilion kini hanya tinggal 2 bilion  perbuatan pemimpin Melayu...
Melayu tipu Melayu...

Anwar Ibrahim Melayu...
Azizan Abu Bakar Melayu...
Saiful Bukhari Melayu...
Yang aibkan Melayu adalah juga Melayu...
Yang sibuk hal peribadi mereka 1Malaysia Melayu...
Yang bela Saiful peguamnya Melayu...

Yang tak dapat fikir perkara betul, Melayu...
Yang fikir sentiasa betul walau salah, Melayu...
Yang buat hutang negara mencanak lebih 700 bilion pemimpin Melayu...
Yang tak bayar royalti minyak kepada Kelantan pemimpin Melayu...
Walhal majoriti rakyat Kelantan Melayu...

Yang teraniaya Melayu...
Yang menganiaya pun Melayu...
Yang suka Melayu naif otaknya Melayu...

UMNO dulu, kini dan selamanya parti Melayu...
PAS parti Islam didokong oleh majoriti Melayu...
BN 13 gabungan parti hanya  UMNO yang Melayu...
PR sekadar tiga parti parti, tapi semuanya ada Melayu...
Parti Amanah  tubuh menambah lagi parti Melayu...
Bersatu lagilah Melayu

Malaysia adalah  tanah Melayu...
Melayu nomad di tanah Melayu...
Melayu terpinggir di bumi Melayu...

Melayu makin layu...tapi Cina juga yang dipersalahkan oleh Melayu..

Melayu...Melayu...

Dunia Islam ini lebih besar dari mulut celupar kamu Rozaimi

Dunia Islam ini lebih besar dari mulut celupar kamu Rozaimi

Lebih besar dari menghalang berselawat selepas solat terawih kononnya umat Islam Malaysia sahaja yang mengamalkan selawat seperti itu.

Lebih besar dari sikap sombong menghina ulamak yang diiktiraf oleh ulamak yang lain.

Lebih besar dari sikap ghulluw memalsukan hadith yang masih diperselisihkan darjatnya oleh para muhaddith.

Lebih besar dari suka mempopularkan diri dengan melawan arus kononnya agar dipandang manusia yang jahil kemudian taksub kepada kamu.

Lebih besar dari ajaran ganjil kamu menolak IJMAK dan jumhur ulamak.

Lebih besar dari suka mengajak gaduh orang lain dan berdebat.

Belajarlah tawadhuk dari tenggelam dalam sikap sombong kerana memegang sijil PhD yang ramai lagi menggenggamnya namun punya rasa rendah diri dan masih duduk berteleku di hadapan Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah sebagai murid dan belajar.

Suatu yg hangpa perlu hairan....

Suatu yg hangpa perlu hairan....

Mana2 yg berfikiran liberal atau berfahaman sekular (memisahkan urusan agama dan urusan manusia) ataupun sekurang2nya berkiblatkan sosialis....pasti tidak akan lama dalam PAS ataupun tidak akan singgah langsung dalam PAS....mengapa???...

Contoh
1. mat sabu - mantan naib presiden PAS
- mengaku menyertai PAS bukan kerana PAS memperjuangkan Islam
- penyertaannya ke dalam PAS hanya kerana ingin menyuburkan demokrasi di Malaysia
(sila rujuk wawancara pemberita malaysiakini dgn mat sabu pada tahun 2011)

2. muhammad bin muhammad taib - mantan MB Selangor
- menyertai PAS hanya 2 hari selepas PRU 13...kononnya demi utk melihat Islam tertegak di bumi Malaysia
- namun latar belakang dan sejarahnya sarat dgn penyalahgunaan kuasa dan pelbagai kerosakan yg ditaja spt contoh kes tangkapan dan dakwaan kerana bawak duit tunai berjuta RM ke Australia....akhirnya dilepaskan kerana konon dia tak faham bahasa inggeris dan tak tahu had jumlah duit yg perlu diisytihar....kesian, mahkamah Australia dibodohkan...

3. kamarudin jaafar - ahli Parlimen Tumpat
- bekas ahli umno..
- pengikut totok anwar ibrahim
- menyertai PAS pada 1999 dan boleh dianggap sebagai "ahli PAS berwajah pkr" dalam PAS

4. a samad said - sasterawan negara
- tidak mempunyai latar belakang politik samada di pihak parti pemerintah atau pembangkang
- karya2 nya banyak juga menyentuh mengenai politik, kemasyarakatan dan kisah berlatar belakang perang dunia kedua dan kehidupan masyarakat era penjajah
- namun semua tulisannya hanya mengarah kpd sudut sosial tanpa merungkai titik2 asas kaum Melayu dgn kekuatan agama Islam...
- justeru bagi aku penyertaannya ke dalam dap hanya seperti melunaskan hutang di pajak gadai yg kadangkala hutang yg dilunaskan lebih tinggi dari nilai barang yg digadai....(hangpa cari sendiri maksudnya)...

Ada lagi yg aku boleh petik nama....cukuplah sekadar bbrp nama di atas yg berasal dari latar belakang yg berbeza...apa yg aku nk tonjolkan iaitu jika agama itu hanya dipandang sebagai "batu loncatan" sementara mencari tempat berpaut yg lain, mmg lah tak boleh lama dalam PAS atau tidak terliur langsung utk bersama perjuangan PAS spt a samad said tsbt...

Yg membezakan antara manusia di sisi Allah bukan fizikal, bukan harta benda, bukan jawatan, bukan rupa paras, bukan warna kulit....tapi ia adalah soal batiniah yg merupakan soal hati yg bersangkutan dgn taqwa, ikhlas, iman dan ehsan....

Alfaqir Ilallah Ppk
#pikiaq_ambik
#PRU14undiPAS
#tanpaTARBIYAHgerentiREBAH
#dapatTARBIYAHjanganJUAH
#SEJAHTERAbersamaISLAM
#PakatanHarapanDap
#MAMPUCentre
4 Syawal 1438H
1:26 am

Kredit  - Syam Woo Sung

Tuesday, June 27, 2017

IKUTILAH PENDAPAT MAJORITI .

IKUTILAH PENDAPAT MAJORITI
.
Rasulullah s.a.w. menerima pandangan majoriti ketika berlaku perbezaan pendapat; Sabda Rasulullah s.a.w.
.
; إِنَّ أُمَّتِي لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ فَإِذَا رَأَيْتُمْ اخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ
.
Maksudnya; “Sesungguhnya Umatku tidak akan bersepakat atas kesesatan. Sekiranya kamu lihat perselisihan, maka hendaklah kamu ambil “As-Sawad Al-‘Azam”” [Ibnu Majah : 3940]
.
Dalam menafsirkan maksud “sawad a’zam”, Kitab As-Sindi menyatakan; أَيْ بِالْجَمَاعَةِ الْكَثِيرَة فَإِنَّ اِتِّفَاقهمْ أَقْرَب إِلَى الْإِجْمَاع
.
Maksudnya : “Jemaah yang ramai. Karena, kesepakatan mereka itu lebih mendekati kepada ijma'” [Hasyiah As Sindi :3942]
.
Imam As-Sayuti dalam menafsirkan “sawad A'zam”
.
; أَيْ جَمَاعَة النَّاس وَمُعْظَمهمْ الَّذِينَ يَجْتَمِعُونَ عَلَى سُلُوك الْمَنْهَج الْمُسْتَقِيم وَالْحَدِيث يَدُلّ عَلَى أَنَّهُ يَنْبَغِي الْعَمَل بِقَوْلِ الْجُمْهُور
.
Maksudnya; “Ia adalah himpunan manusia dan kebanyakkan yang mereka bersepakat atas melalui jalan yang betul.
.
Hadis itu menunjukkan bahawa selayaknya beramal dengan perkataan majoriti” [Hasyiah As-Sindi : 3940]
.
Al-Munawi pula berkata;
.
(فعليكم بالسواد الأعظم) من أهل الإسلام أي الزموا متابعة جماهير المسلمين فهو الحق الواجب والفرض الثابت الذي لا يجوز خلافه فمن خالف مات ميتة جاهلية
.
Maksudnya; “[hendaklah kamu ikut sawad a'zam dari ahli islam] yaitu, lazimnya mengikut pendapat mayoritas orang islam, karena ia adalah kebenaran yang wajib dan fardhu yang pasti, yang tidak boleh menyalahinya. Barangsiapa menyalahinya, lalu ia mati, maka ia mati dalam keadaan jahiliyyah” [Faidul Qadir : 2/547]
.
Pendapat ini, sesuai dengan sabda Nabi s.a.w.
.
; اثْنَانِ خَيْرٌ مِنْ وَاحِدٍ وَثَلَاثٌ خَيْرٌ مِنْ اثْنَيْنِ وَأَرْبَعَةٌ خَيْرٌ مِنْ ثَلَاثَةٍ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَنْ يَجْمَعَ أُمَّتِي إِلَّا عَلَى هُدًى
.
Maksudnya; “dua lebih baik dari satu. Tiga lebih baik dari dua. Empat lagi baik dari tiga. Hendaklah kamu dengan jemaah [mayoritas], kerana Allah SWT tidak akan menghimpunkan umatku kecuali atas petunjuk” [Musnad Ahmad : 20331]
.
Imam Al-Munawi menyebutkan tentang Jamaah: ((وعليكم بالجماعة)) أي أركان الدين والسواد الأعظم من أهل السنة أي الزموا هديهم فيجب اتباع ما هم عليه من العقائد والقواعد وأحكام الدين Maksudnya: “(Hendaklah kamu bersama dengan Al-Jamaah) iaitu berpegang dengan rukun-rukun agama dan As-Sawad Al-A’zam dari kalangan Ahlussunnah. Iaitu, kamu ikutilah petunjuk mereka. Maka hendaklah seseorang itu mengikut apa yang mereka berpegang dengannya daripada Aqidah (Mazhab Aqidah), Qawa’id (Usul Aqidah dan Usul Fiqh) dan Hukum Agama (Mazhab Fiqh). [Al-Faidh Al-Qadir 3/101]
.
Dalam terminologi syar’i, kita telah dapati bahawa as sawaadul a’zham itu semakna dengan Al Jama’ah. Sebagaimana penjelasan Ath Thabari : “…Dan makna Al Jama’ah adalah as sawadul a’zam. Kemudian Ath Thabari berdalil dengan riwayat Muhammad bin Sirin dari Abu Mas’ud bahwa beliau berwasiat kepada orang yang bertanya kepadanya ketika Utsman bin ‘Affan terbunuh, Abu Mas’ud menjawab: hendaknya engkau berpegang pada Al Jama’ah karena Allah tidak akan membiarkan umat Muhammad bersatu dalam kesesatan.. ” (Fathul Baari, 13/37)

Dalam Hadist lain Rasulullah s.a.w. bersabda :
.
“Diperlihatkan kepadaku umat manusia seluruhnya. Maka akupun melihat ada Nabi yang memiliki pengikut sekelompok kecil manusia. Dan ada Nabi yang memiliki pengikut dua orang. Ada Nabi yang tidak memiliki pengikut. Lalu diperlihatkan kepadaku sekelompok hitam yang sangat besar, aku mengira itu adalah umatku. Lalu dikatakan kepadaku, ‘itulah Nabi Musa 'a.s. dan kaumnya’. Dikatakan kepadaku, ‘Lihatlah ke arah ufuk’. Aku melihat sekelompok hitam yang sangat besar.
.
Dikatakan lagi, ‘Lihat juga ke arah ufuk yang lain’. Aku melihat sekelompok hitam yang sangat besar. Dikatakan kepadaku, ‘Inilah umatmu dan diantara mereka ada 70.000 orang yang masuk surga tanpa hisab dan tanpa adzab’.” (HR. Bukhari 5705, 5752)
.
Maka makna as sawaadul a’zam mencakup seluruh makna dari Al Jama’ah. Dipertegas lagi dengan beberapa penjelasan lain dari para sahabat dan para ulama mengenai makna as sawaadul a’zam berikut ini. Sahabat Nabi, Abu Umamah Al Bahili r.a. berkata : “Berpeganglah kepada as sawadul a’zam. Lalu ada yang bertanya, siapa as sawadul a’zham itu? Lalu Abu Umamah membaca ayat dalam surat An Nur: فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ (HR. Ahmad no.19351.
.
Sanadnya shahih sebagaimana dikatakan Al Haitsami dalam Majma’ Az Zawaid 5/220) Allah berfirman : “Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban Rasul itu adalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajiban kamu sekalian adalah semata-mata apa yang dibebankan kepadamu. Dan jika kamu taat kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk.

Dan tidak lain kewajiban Rasul itu melainkan menyampaikan (amanat Allah) dengan terang” (QS. An Nuur: 54) Dalam ayat lain saya tambahkan Allah Ta'ala berfirman :
.
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
.
Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.(An Nisa : 115)
.
Abu Umamah mengisyaratkan bahawa makna as sawadul a’zam adalah orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, atau dengan kata lain, pengikut kebenaran.
.
Sekian jauhilah kelompok minoriti umat seperti Wahabi Salafi, Syi'ah, Neo-Khawarij, Muktazilah, Jabariah, Qadariah, Liberalisma, Pluralisma, Sekular, dan bermacam-macam ism dengan versi tafsiran ulama idola mereka mengajak pada permulaannya BERLAPANG DADA dalam isu agama. Jangan termakan racunnya sukar diubati apabila sesat, macam-macam dalil dan hujjah dilontar ulama, pemimpinnya dalam melaksanakan visi kelompok majoriti dari 72 firqah sesat ini.
.
Yang BENAR hanyalah firqah ikutan MAJORITI adalah firqah Ahlussunnah Wal Jama'ah aliran Asya'irah dan Maturidiah bermazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi'i, Hanbali) firqah identik (dikenal) ikutan majoriti umat Islam dan pernah mencipta tamaddun pada umat Islam. Wassalam.

Ambil lah pengajaran beberapa kejadian Kerajaan dan tamaddun Islam dahulu.

Ambil lah pengajaran beberapa kejadian Kerajaan dan tamaddun Islam dahulu.

antara yg paling sedih ialah sejarah kejatuhan kerajaan abbasiah di baghdad dahulu  ditangan puak monggol.

kalau dibanding dengan kekuatan dan jumlah, puak monggol lebih kecil. Tapi akibat perbalahan dan perpecahan ummat islam, genghiz khan telah berjaya menakluki baghdad.

Tamaddun ilmu, ulama dan cerdik pandai habis dibunuh dan dibinasakan, hingga dikatakan tiada siapa yg tinggal ... semua dibunuh !

Puak monggol telah berjaya menipu dan mengambil kesempatan perpecahan ummat islam.

Memang pehak pemerintah Islam masa tu berlaku zolim terhadap rakyat, mengenakan cukai yang tinggi dan segala bagai..

Rakyat yg tidak berpuas hati terhadap kerajaan sangat kecewa sehingga sanggup memberi bantuan dan menyokong puak monggol sehingga jatuh kerajaan Islam.

Umat tidak sedar yg mereka nak elak dari mudorat pemimpin tapi sebenarnya mereka menempah mudorat yg lebih besar ! Umpama terlepas dari mulut singa tapi terjatuh ke dalam mulut buaya. Mereka tetap tidak selamat.

Akhirnya rakyat, gabenor, ahli politik yg tidak menyukai khalifah dan memberi sokongan terhadap puak monggol semuanya dibunuh !
Mulanya mereka dijanjikan dengan janji manis, sumbangan dan bantuan tapi akhirnya janji tidak ditunaikan bahkan nyawa mereka melayang.

Mereka lebih percaya kapada musuh Islam yg musyrik dari pemimpin Islam sendiri. Puak monggol berjaya memperdaya rakyat, ahli politik dan penentang khalifah. Puak monggol menggunakan Isu kezaliman khalifah agar rakyat bangun memberontak bersama mereka (puak monggol )

Walaupun pemimpin Islam zalim terhadap rakyat, tapi dia tidak membunuh rakyatnya, tidak menghancurkan tamaddun Islam, tidak membunuh Ulama dan tempat pengajian Islam.

Rakyat dan ahli politik yg membenci khalifah telah silap membuat telahan. Mereka ingat jatuhnya khalifah diganti dengan kerajaan baru akan menjadikan negara lebih baik, ekomomi lebih baik. Tapi akhirnya semua telahan dan anggapan menjadi sia sia dan semua mereka binasa.

Sebab itu kita yg nak terlibat dengan politik kena ambil tahu sejarah lepas lepas. Bukan setakat ambik tahu, tapi hendaklah ada sedikit kecerdikan membuat rumusan dan mengambil pengajaran.

Kita manusia biasa tidak dianugerahkan "Khasyaf". Kita tidak tahu apa akan terjadi di masa akan datang. Kita menganggap kita akan terlepas dari satu bala besar kalau kita buat perubahan tanpa memikirkan akibat akibat lain, sebab sebab lain, kesan kesan lain.

Kita nak lari dari jamaah yg kita kira ada masalah, nak tubuh jamaah baru kerana tak puas hati. Adakah kita terlalu yakin jamaah atau pertubuhan baru yg bakal kita bina tidak akan berlaku masalah ?
Siapa yg boleh bagi jaminan demikian ?

Atas sebab sebab ini, maka ada Ulama mengharamkan menentang kerajaan Islam walaupun dia zalim.... kerana dibimbangi "terlepas dari mudorat kecil, jatuh ke modorat lebih besar !"

Mudorat yg paling keji dan bahaya ialah mudorat kufur dan syirik !

PERBEDAAN SEORANG MUSLIM DAN SEORANG KAFIR

PERBEDAAN SEORANG MUSLIM DAN SEORANG KAFIR

KENAPA SEORANG MUSLIM BERBEDA DARI SEORANG KAFIR ?

Saudara-saudara sesama Muslim. Setiap Muslim percaya bahwa seorang Muslim lebih tinggi derajatnya daripada seorang kafir. Allah senang terhadap seorang Muslim dan benci kepada orang kafir.Seorang Muslim akan memperoleh keselamatan dari Allah, sedangkan seorang kafir tidak. Seorang Muslim akan, masuk ke Surga, dan seorang kafir akan masuk ke neraka.

Marilah kita fikirkan sedalam-dalamnya, mengapa ada perbedaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorang kafir. Padahal seorang kafir juga adalah dari keturunan Adam, seperti kita semua. la juga seorang manusia, seperti kita semua. la juga punya tangan,.kaki, mata dan tangan, seperti kita semua. Dan sebagaimana kita semua, ia pun bernafas dengan udara yang sama, minum air yang sama, dan hidup di bumi yang sama.

Allah yang menciptakan kita, adalah PenciptaNya juga. Maka, kenapakah derajatnya rendah dan derajat kita tinggi? Mengapa kita semua nanti akan masuk syurga dan dia masuk neraka ?

APAKAH PERBEDAANNYA HANYA SOAL NAMA SAJA ?

Ini adalah suatu masalah yang harus kita fikirkan secara mendalam. Perbedaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorang kafir, tidak mungkin disebabkan yang seorang benama Abdullah dan Abdurrahman, sedang yang lain bernama Joni dan Robertson; atau karena yang seorang dikhitan dan yang lain tidak. Allah Yang Maha Kuasa, yang telah menciptakan alam seluruh manusia dan memberinya rezeki, tidak mungkin bartindak sedemikian kejam, mendiskriminasikan antara makhlukNya, hanya karena soal-soal kecil seperti itu dan memasukkan hambaNya yang satu ke syurga sedang yang lain ke neraka.

PERBEDAAN ISLAM DAN KUFUR YANG SEBENARNYA Apabila, memang, perbedaan yang besar dalam kedudukan seorang Muslim dengan seorang kafir bukanlah karena soal nama, khitan. Kalau begitu, apakah perbedaan yang sebenarnya antara keduanya? Jawabannya hanyalah satu, yakni karena Islam dan kufur. Islam berarti kepatuhan kepada Allah sedangkan kufur berarti ketidakpatuhan kepada Allah. Orang Muslim dan orang kafir kedua-duanya adalah manusia., kedua-duanya adalah hamba Allah.

Tetapi yang satu, berkedudukan mulia karena ia mengakui Allah, dan mematuhi perintah-perintahNya. Yang satu takut akan hukuman yang akan diberikanNya bila ia tidak mematuhi perintah-perintahNya. Sedangkan yang satu lagi terperosok dari kedudukan yang tinggi itu karena ia tidak mengakui Allah dan tidak mahu melaksanakan perintahNya. Inilah sebabnya mengapa Allah senang kepada orang-orang Muslim dan benci kepada orang-orang kafir. Allah menjanjikan karunia syurga bagi orang-orang Muslim, dan memperingatkan orang-orang kafir bahwa mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

Peringatan terhadap org yg tolak hudud

Peringatan terhadap org yg tolak hudud

Ambil lah pengajaran beberapa kejadian Kerajaan dan tamaddun Islam dahulu.

Ambil lah pengajaran beberapa kejadian Kerajaan dan tamaddun Islam dahulu.
antara yg paling sedih ialah sejarah kejatuhan kerajaan abbasiah di baghdad dahulu ditangan puak monggol.
kalau dibanding dengan kekuatan dan jumlah, puak monggol lebih kecil. Tapi akibat perbalahan dan perpecahan ummat islam, genghiz khan telah berjaya menakluki baghdad.
Tamaddun ilmu, ulama dan cerdik pandai habis dibunuh dan dibinasakan, hingga dikatakan tiada siapa yg tinggal ... semua dibunuh !
Puak monggol telah berjaya menipu dan mengambil kesempatan perpecahan ummat islam.
Memang pehak pemerintah Islam masa tu berlaku zolim terhadap rakyat, mengenakan cukai yang tinggi dan segala bagai..
Rakyat yg tidak berpuas hati terhadap kerajaan sangat kecewa sehingga sanggup memberi bantuan dan menyokong puak monggol sehingga jatuh kerajaan Islam.
Umat tidak sedar yg mereka nak elak dari mudorat pemimpin tapi sebenarnya mereka menempah mudorat yg lebih besar ! Umpama terlepas dari mulut singa tapi terjatuh ke dalam mulut buaya. Mereka tetap tidak selamat.
Akhirnya rakyat, gabenor, ahli politik yg tidak menyukai khalifah dan memberi sokongan terhadap puak monggol semuanya dibunuh !
Mulanya mereka dijanjikan dengan janji manis, sumbangan dan bantuan tapi akhirnya janji tidak ditunaikan bahkan nyawa mereka melayang.
Mereka lebih percaya kapada musuh Islam yg musyrik dari pemimpin Islam sendiri. Puak monggol berjaya memperdaya rakyat, ahli politik dan penentang khalifah. Puak monggol menggunakan Isu kezaliman khalifah agar rakyat bangun memberontak bersama mereka (puak monggol )
Walaupun pemimpin Islam zalim terhadap rakyat, tapi dia tidak membunuh rakyatnya, tidak menghancurkan tamaddun Islam, tidak membunuh Ulama dan tempat pengajian Islam.
Rakyat dan ahli politik yg membenci khalifah telah silap membuat telahan. Mereka ingat jatuhnya khalifah diganti dengan kerajaan baru akan menjadikan negara lebih baik, ekomomi lebih baik. Tapi akhirnya semua telahan dan anggapan menjadi sia sia dan semua mereka binasa.
Sebab itu kita yg nak terlibat dengan politik kena ambil tahu sejarah lepas lepas. Bukan setakat ambik tahu, tapi hendaklah ada sedikit kecerdikan membuat rumusan dan mengambil pengajaran.
Kita manusia biasa tidak dianugerahkan "Khasyaf". Kita tidak tahu apa akan terjadi di masa akan datang. Kita menganggap kita akan terlepas dari satu bala besar kalau kita buat perubahan tanpa memikirkan akibat akibat lain, sebab sebab lain, kesan kesan lain.
Kita nak lari dari jamaah yg kita kira ada masalah, nak tubuh jamaah baru kerana tak puas hati. Adakah kita terlalu yakin jamaah atau pertubuhan baru yg bakal kita bina tidak akan berlaku masalah ?
Siapa yg boleh bagi jaminan demikian ?
Atas sebab sebab ini, maka ada Ulama mengharamkan menentang kerajaan Islam walaupun dia zalim.... kerana dibimbangi "terlepas dari mudorat kecil, jatuh ke modorat lebih besar !"
Mudorat yg paling keji dan bahaya ialah mudorat kufur dan syirik !

Monday, June 26, 2017

AHLI PAS TERUTAMANYA BOLEH INFAQ MELALUI ACC May Bank

Ust Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
2 Syawal 1438
26 Jun 2017.

Sarawak Report berjaya mengumpul GB£30,000 (RM160,000) bagi dana guamannya untuk menangkis saman fitnah yang dikemukakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.  Hanya dlm masa 3 hari sahaja berjaya dikutip. drp 615 penderma.

Mungkin akan dapat banyak lagi. Pakatan moden  peringkat antarabangsa akan melawan PAS. Mereka akan bersatu utk hdk memadam cahaya perjuangan PAS. Mereka cukup dendam dan benci pd PAS kerana PAS parti tegar dgn prinsip Islam. Tdk pernah tunduk kpd sesiapa. . PAS tdk tunduk kpd sesiapa. PAS tdk ada tuan yg memberi dedak samaada Tuan luar negara atau dlm negara. PAS adalah PAS.

Mereka yg berada di belakang SR akan berlumba2 utk  menderma krn anggap ini adalah sedekah jariah kot. InsyAllah PAS akan hadap semua cabaran ini dgn kekuatan ahli PAS dan memohon pertolongan Allah.

AHLI PAS TERUTAMANYA BOLEH INFAQ MELALUI ACC May Bank

PARTI ISLAM SEMALAYSIA 5640 7070 5537.

Ust Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
2 Syawal 1438
26 Jun 2017.

Bajingan ni telah membantu Bani Saud mengambil alih kuasa di Hijaz dari kabilah Ar-Rashid dan seterusnya merampas Makkah dan Madinah.

Lwrence of Arabia atau T.E.Lawrence.
Bajingan ni telah membantu Bani Saud mengambil alih kuasa di Hijaz dari kabilah Ar-Rashid dan seterusnya merampas Makkah dan Madinah.
Bajingan ini juga memimpin beberapa serangan ke atas konvoi bantuan makanan dan bekalan yg dihantar oleh pemerintah Uthmaniah Turki dari Istanbul. Puak2 Saud dgn bajingan ini telah beberapa kali menyerang keretapi Hijaz di kawasan Tabuk.
Bani Saud ini asalnya bersekutu dgn Bani Hashim di bawah pimpinan Sherif Hussein utk menewaskan Uthmaniah setelah termakan dgn dakyah Britain bahawa Arab sepatutnya diperintah oleh Arab, bukan bangsa Turki.

Bila dah berjaya tewaskan Turki akhirnya Bani Hashim tertipu dan hanya diberi kawasan kecil yg miskin yg kini dipanggil Jordan.

Akhirnya Uthmaniah pun tewas dan wilayah yg diperintahnya terlepas satu persatu. Disebabkan kelemahan dalaman, Sultan yg asyik mabuk dlm istana dan sibuk melayan gundik dlm Harem, serta peranan golongan Turki Muda pimpinan Mustafa Kamal akhirnya Sultan diguling dan tamatlah sistem khalifah Islam yg diasaskan sejak zaman khulafa Arrasyidin. Ini antara peranan Lawrence of Arabia dgn ketua Bani Saud pada awal abad ke20 dulu.

Kini 100 tahun kemudian dtg pula Trump of Arabia ke Saudi setelah dipelawa oleh ketua Bani Saud ni. Hasil lawatan ini Saudi dan sekutunya memboikot saudara mereka Qatar, sebuah negara proksi Amerika yg terkaya di dunia.

Hasil lawatan bajingan ini juga menyaksikan Muhammad bin Salman dilantik sbg putera mahkota Saudi yg bakal menggantikan Raja nanti. Muhammad inilah yg mengetuai tentera Saudi dan sekutunya dlm perang di Yemen, menyembelih saudara seIslam kita di sana dan membumi hanguskan Yemen yg sedia miskin.

Hasil lawatan bajingan ini juga dua hari lalu 16 jet pejuang Israel mendapat hak mendarat di Saudi, dan Mesir menyerahkan sebuah pulaunya berdekatan Suez kpd Saudi. Saudi akan gunakan pulau ini utk beri laluan laut sbg akses pelayaran kpd kapal2 Israel.

Ternyata tujuan hakiki adalah utk hapuskan Hamas hingga ke akar umbi. Sehari sebelum Idilfitri seorang suicide bomber meletupkan diri di luar Masjidil Haram.

Angkasa teroris mana ni? Saudi akan tuduh Qatar, Syria atau Hamas. Kenapa bukan IS? Sbb IS adalah gerobolan teroris bikinan dan belaan pakatan Saudi-Israel-US. Sbb itu IS tak pernah serang Israel dan saudaranya Saudi.

Kini keluarga istana Saud berpecah kerana isu lantikan putera mahkota. Mungkinkah tragedi di masjidil Haram kelmarin itu berpunca daripada ketidakpuasan hati ini? Arab Saudi ni memang bodoh. Janganlah nak membodohkan semua orang...

Saturday, June 24, 2017

AMANAH DAN DATUK FADZIL MOHD NOOR

AMANAH DAN DATUK FADZIL MOHD NOOR

Bersempena ulang tahun kematian Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor pada 23 Jun 2002, hari ini, 23 Jun 2017, beberapa pemimpin AMANAH kelihatan mencoretkan semula pengalaman peribadi mereka bersama Almarhum, sudah tentu bersama niat tersirat untuk menunjukkan bahawa perjuangan mereka adalah selari dengan perjuangan Almarhum.

Seperti yang pernah saya beberapa kali sebutkan sebelum ini, perjuangan Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sebenarnya adalah jauh berbeza dari perjuangan AMANAH sekarang, kerana Almarhum nyata mempunyai ketegasan mempertahankan prinsip perjuangan parti yang Almarhum ketuai, khususnya yang membabitkan agenda perlaksanaan syariat.

Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor-lah yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian PAS Pusat pada 7 Julai 2001 yang membuat satu keputusan penting yang mendorong DAP menarik diri dari Barisan Alternatif (BA), satu pakatan politik yang dianggotai oleh PAS, PKN, DAP dan PRM sejak tahun 1999, pada 22 September 2001.

Keputusan penting yang tercatat kemas dalam lipatan sejarah ini adalah berbunyi bahawa “PAS tidak akan mengorbankan prinsip perjuangan dan undur ke belakang semata-mata untuk melayan kehendak Parti DAP” dan bahawa “prinsip (menegakkan Negara Islam) ini akan dipertahankan walaupun terpaksa kehilangan Parti DAP di dalam pakatan BA”.

Ketegasan mempertahankan prinsip perjuangan parti ini dikekalkan oleh Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sehingga ke akhir hayat di mana sehingga Almarhum pergi mengadap Ilahi pada 23 Jun 2002 sekalipun DAP kekal berada di luar BA sehinggalah DAP dan PAS, juga PKR, kembali bekerjasama selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum 2008.

Ucapan dasar terakhir Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor pada Muktamar Tahunan PAS pada 31 Mei 2002 juga cukup tegas: “Agenda perlaksanaan syariat adalah agenda terpaling mulia dan maha besar yang perlu disegerakan oleh seluruh pimpinan negara ini. Ia adalah ibadah dan jihad yang paling awla (utama) yang perlu didepani oleh seluruh umat ini.”

Pada peringkat peribadi, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor pernah menulis kata-kata aluan di dalam salah sebuah buku saya kira-kira sebulan sebelum Almarhum pergi mengadap Ilahi, iaitu pada 20 Mei 2002, di mana kata-kata aluan Almarhum di dalam buku ini juga menjadi bukti jelas mengenai hala tuju terkini PAS jika Almarhum masih ada.

Tulis Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor di dalam buku saya ini: “PAS sebagai wadah politik Islam dan sentiasa ke hadapan dalam soal penegakan Negara Islam telah maju setapak lagi bagi merealisasikan negara ini sebenarnya menjadi Negara Islam dengan dua buah negeri yang dikuasainya diperkenalkan Enakmen Syariah yang di dalamnya terkandung Hudud dan Qisas untuk benar-benar menepati negeri-negeri berkenaan menegakkan daulah Islamiah.”

Jika benar perjuangan AMANAH diasaskan kepada perjuangan Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, saya cabar pemimpin AMANAH menyebut apa yang Almarhum sebut ini, iaitu bahawa, jika AMANAH berkuasa, AMANAH juga akan memperkenalkan Enakmen Syariah yang di dalamnya terkandung Hudud dan Qisas di negeri-negeri yang dikuasainya!

SURAT TERBUKA KEPADA PARTI POLITIK MALAYSIA

# surat yang mmbuatkan khadam panas>

SURAT TERBUKA KEPADA PARTI POLITIK MALAYSIA

“JANGAN MENGUNDANG CAMPUR TANGAN ASING”

Al-Quran yang menjadi petunjuk mempamerkan ayat-ayat yang banyak melarang umat Islam memberi kepercayaan kepada pihak lain dalam menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Sebarang permasalahan dalaman umat atau negara diselesaikan sendiri, sama ada betul atau salah atau adanya kelemahan dalaman walaupun zalim, maka dipikul sendiri dengan penuh kesabaran. Akhirnya selesai dengan selamat, kerana bencana menerima campur tangan asing lebih besar akibat dan buruknya pula berpanjangan.

Sebijak-sebijak akal tanpa petunjuk wahyu akhirnya tersesat juga.

Dalam lipatan sejarah Tamadun Islam, kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol tertangguh beberapa abad apabila salah seorang pemimpinnya, Ibnu Abbad yang menentang cadangan menjemput campur tangan asing, dengan tegas beliau menyatakan:

“Bahawa saya lebih rela menjadi gembala unta kepada yang zalim kalangan kita daripada menjadi gembala babi kepada pihak bukan kita”

Namun, Islam yang bertapak di Sepanyol selama lapan abad akhirnya kecundang apabila ada kalangan rajanya menjemput pihak asing supaya membantu memenangkannya dalam krisis dalaman. Akhirnya cahaya Islam dipadamkan di Sepanyol sehingga kini.

Dalam sejarah Alam Melayu pula, ada kalangan sejarawan kita melaporkan bahawa kejayaan penjajah menjatuhkan Kerajaan Melayu Islam Melaka apabila adanya sekelompok tertentu yang menjemput penjajah supaya menjatuhkan kerajaan atas sebab kemungkinan adanya kesalahan atau kezaliman, tetapi akibatnya selepas itu seluruh Rantau Nusantara dijajah dan dibahagikan buminya oleh penjajah selepas hilangnya kedaulatan Islam.

Begitulah juga, jangan kita mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman kita seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB yang bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaiannya oleh mahkamah di negara asing.

Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya.

Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf.

Adapun pihak lain atau kuasa asing selama-lamanya mencari peluang dan menjaga kepentingan mereka walaupun mengorbankan kita.

Cukuplah kita dijajah sehingga beberapa abad dengan kesannya masih belum sembuh. Tiba-tiba mahu menjemput sekali lagi bekas penjajah itu atau membuka pintu supaya datang menyelesaikan masalah kita.

Firman Allah SWT:
أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ يَزۡعُمُونَ أَنَّهُمۡ ءَامَنُواْ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُوٓاْ إِلَى ٱلطَّٰغُوتِ وَقَدۡ أُمِرُوٓاْ أَن يَكۡفُرُواْ بِهِۦۖ وَيُرِيدُ ٱلشَّيۡطَٰنُ أَن يُضِلَّهُمۡ ضَلَٰلَۢا بَعِيدٗا ٦٠ وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ رَأَيۡتَ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودٗا ٦١ فَكَيۡفَ إِذَآ أَصَٰبَتۡهُم مُّصِيبَةُۢ بِمَا قَدَّمَتۡ أَيۡدِيهِمۡ ثُمَّ جَآءُوكَ يَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ إِنۡ أَرَدۡنَآ إِلَّآ إِحۡسَٰنٗا وَتَوۡفِيقًا ٦٢ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُ ٱللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمۡ فَأَعۡرِضۡ عَنۡهُمۡ وَعِظۡهُمۡ وَقُل لَّهُمۡ فِيٓ أَنفُسِهِمۡ قَوۡلَۢا بَلِيغٗا ٦٣ النساء .

“Tidakkah Engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad S.A.W.) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu?

Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut (diluar daripada Madinah), padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. (60)

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (61)

Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah:

Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah). (62) Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka). (63) (Surah An-Nisa’: 60-63)

Sebab turunnya ayat ini kerana seorang yang mengaku Islam dikalangan Ansar bertelingkah dengan seorang Yahudi (bukan Islam) dan tidak berpuas hati dengan keputusan yang tidak memberi kemenangan kepadanya, lalu dia mengajak si Yahudi itu membawa perkara tersebut kepada pihak luar daripada Madinah.

Kesilapan kita kerana tidak menyelesaikan masalah dengan cara petunjuk Allah iaitu Islam. Bukan caranya menjemput pihak asing yang pasti tidak beriman dan budiman.

Saya yakin bahawa mereka yang mengundang pihak asing supaya mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihanraya, di mana moral mereka paling tidak beriman dan budiman, apabila kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman.

Firman Allah:
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ ثُمَّ ءَامَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ ثُمَّ ٱزۡدَادُواْ كُفۡرٗا لَّمۡ يَكُنِ ٱللَّهُ لِيَغۡفِرَ لَهُمۡ وَلَا لِيَهۡدِيَهُمۡ سَبِيلَۢا ١٣٧ بَشِّرِ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا ١٣٨ ٱلَّذِينَ يَتَّخِذُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۚ أَيَبۡتَغُونَ عِندَهُمُ ٱلۡعِزَّةَ فَإِنَّ ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعٗا ١٣٩ النساء

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kufur, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kufur sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar. (137) Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (138) (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya). (139) (Surah An-Nisa’: 137-139)

Kita adalah pendakwah mengajak manusia kepada Islam dan menyelamatkan seseorang Islam yang ada di dalam dirinya sifat munafiq dalam kawasan dan sempadan kita.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada seorang sahabatnya yang kuat beriman, tiba-tiba melakukan kesalahan yang besar kerana menghina rakannya:
يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ
سنن أبي داود للسجستاني (4 / 504)
“Wahai Abu Zar! Kamu ini seorang yang masih ada pada dirimu sifat jahiliyah”. Namun Abu Zar R.A. tetap dikira kalangan para sahabat yang terbilang.

Allah pernah menurunkan firman-Nya kepada seorang sahabat, Hatib bin Abi Baltaah R.A. yang bertaraf ahli Badar yang mulia kerana memberi maklumat kepada musuh dengan firman-Nya:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمۡ أَوۡلِيَآءَ تُلۡقُونَ إِلَيۡهِم بِٱلۡمَوَدَّةِ وَقَدۡ كَفَرُواْ بِمَا جَآءَكُم مِّنَ ٱلۡحَقِّ يُخۡرِجُونَ ٱلرَّسُولَ وَإِيَّاكُمۡ أَن تُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ رَبِّكُمۡ إِن كُنتُمۡ خَرَجۡتُمۡ جِهَٰدٗا فِي سَبِيلِي وَٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِيۚ تُسِرُّونَ إِلَيۡهِم بِٱلۡمَوَدَّةِ وَأَنَا۠ أَعۡلَمُ بِمَآ أَخۡفَيۡتُمۡ وَمَآ أَعۡلَنتُمۡۚ وَمَن يَفۡعَلۡهُ مِنكُمۡ فَقَدۡ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ ١ الممتحنة

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (S.A.W.) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalan-Ku dan untuk mencari keredaan-Ku. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul” (Surah Al-Mumtahanah: 1)

Umat Islam juga perlu memahami situasi hubungan antarabangsa terkini supaya dapat menilai sikap mereka terhadap mana-mana negara yang paling suka campur tangan dalam urusan negara lain dan negara yang paling dominan melebarkan Islamofobia. Selain itu juga, wajib memahami batas-batas sempadan hubungan dengan semua pihak dalam masyarakat majmuk disemua peringkat tanpa menghakiskan maruah umat dan menjatuhkan kedaulatan negara.

Sabda Rasulullah S.A.W. supaya mencegah kemungkaran secara bijaksana:
مَثَلُ القَائِمِ في حُدُودِ اللهِ وَالوَاقعِ فِيهَا ، كَمَثَلِ قَومٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ فَصَارَ بَعْضُهُمْ أعْلاها وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا ، وَكَانَ الَّذِينَ في أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوا مِنَ المَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقهُمْ ، فَقَالُوا : لَوْ أنَّا خَرَقْنَا في نَصِيبِنَا خَرْقاً وَلَمْ نُؤذِ مَنْ فَوقَنَا ، فَإِنْ تَرَكُوهُمْ وَمَا أرَادُوا هَلَكُوا جَميعاً ، وَإنْ أخَذُوا عَلَى أيدِيهِمْ نَجَوا وَنَجَوْا جَميعاً . رواه البخاري.

“Bandingan orang yang menjaga sempadan Allah (mencegah kemungkaran) dan mereka yang jatuh ke dalamnya (melakukan kemungkaran) laksana satu kaum yang berada di atas bahtera.

Maka sebahagian daripada mereka berada ditingkat atas dan sebahagian lagi berada dipetak bawah. Mereka yang berada dipetak bawah apabila mahukan air terpaksa melalui mereka yang berada di atasnya. Lalu mereka berkata: “Kalau kita tebukkan kapal ini untuk mendapatkan air tanpa mengacau mereka yang berada di atas”. Maka kalau dibiarkan kapal itu ditebuk mengikut kemahuannya nescaya semuanya mati tenggelam, kalau dihalang tindakan itu nescaya semuanya selamat”.

Kalaulah yang berlaku itu kerana satu kemungkaran yang nyata, beginilah akibatnya. Kalau yang berlaku itu adalah fitnah, maka celakanya lebih parah.

PAS terus bersabar walaupun sudah berlalu zaman setengah abad dan seterusnya, menukar pemimpin yang telah meninggal dunia dengan beristiqamah dan mereka yang tidak beristiqamah meninggalkan PAS juga tidak sampai ke matlamat dunia pun.

Kerana wawasan kita mencapai keredaan Allah sehingga ke liang lahad dan hari kebangkitan semula bertemakan firman Allah:
وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ١٠٥ التوبة.

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan” (Surah At-Taubah: 105)

Kita tidak ditanya mengapa belum menang, tetapi kita ditanya adakah sudah beramal dan berjuang atau tidak untuk meraih janji-janji kemenangan bersyarat yang mampu mengisi erti kemenangan sebenar bukannya kemenangan kosong, atau kita berjuang untuk menggantikan kemungkaran dengan menegakkan kemungkaran juga?

Tugas kita adalah mengajak manusia sebanyak-banyaknya kepada Islam, bukan sekadar menjatuhkan pemimpin dan berebut jawatan. Bahkan mengajak kepada islah pemimpin dengan melahirkan pemimpin yang tegak bersama hidayah, bukannya bergantung kepada jibayah.
Sabda Rasulullah S.A.W. kepada menantunya Ali bin Abi Talib K.W.H:
فَوَاللهِ لأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِداً خَيْرٌ لَكَ مِنْ أنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ. متفقٌ عَلَيْهِ

“Demi sesengguhnya kejayaanmu menjadikan seseorang itu mendapat hidayah Allah lebih baik daripada mendapat kenderaan paling mahal harganya”.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 29 Ramadan 1438H / 24 Jun 2017M

Friday, June 23, 2017

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar

Sebarkan...

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk spital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi aku nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
.
.
MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.
.
.
MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib carum ke dalam MIB.
.
.
Oo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?
.
Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri
.
.
Ok jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada)
4. Laporan perubatan
.
.
Hantar dokumen diatas ke:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma Piam
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910          

Peringatan-- kalau dah pandai jgn lupa ajar org lain..⛳....... ����‍♀

IKUTILAH PENDAPAT MAJORITI .

IKUTILAH PENDAPAT MAJORITI

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1906231976256958&id=100006105219280