Ambil lah pengajaran beberapa kejadian Kerajaan dan tamaddun Islam dahulu.
antara yg paling sedih ialah sejarah kejatuhan kerajaan abbasiah di baghdad dahulu ditangan puak monggol.
kalau dibanding dengan kekuatan dan jumlah, puak monggol lebih kecil. Tapi akibat perbalahan dan perpecahan ummat islam, genghiz khan telah berjaya menakluki baghdad.
Tamaddun ilmu, ulama dan cerdik pandai habis dibunuh dan dibinasakan, hingga dikatakan tiada siapa yg tinggal ... semua dibunuh !
Puak monggol telah berjaya menipu dan mengambil kesempatan perpecahan ummat islam.
Memang pehak pemerintah Islam masa tu berlaku zolim terhadap rakyat, mengenakan cukai yang tinggi dan segala bagai..
Rakyat yg tidak berpuas hati terhadap kerajaan sangat kecewa sehingga sanggup memberi bantuan dan menyokong puak monggol sehingga jatuh kerajaan Islam.
Umat tidak sedar yg mereka nak elak dari mudorat pemimpin tapi sebenarnya mereka menempah mudorat yg lebih besar ! Umpama terlepas dari mulut singa tapi terjatuh ke dalam mulut buaya. Mereka tetap tidak selamat.
Akhirnya rakyat, gabenor, ahli politik yg tidak menyukai khalifah dan memberi sokongan terhadap puak monggol semuanya dibunuh !
Mulanya mereka dijanjikan dengan janji manis, sumbangan dan bantuan tapi akhirnya janji tidak ditunaikan bahkan nyawa mereka melayang.
Mulanya mereka dijanjikan dengan janji manis, sumbangan dan bantuan tapi akhirnya janji tidak ditunaikan bahkan nyawa mereka melayang.
Mereka lebih percaya kapada musuh Islam yg musyrik dari pemimpin Islam sendiri. Puak monggol berjaya memperdaya rakyat, ahli politik dan penentang khalifah. Puak monggol menggunakan Isu kezaliman khalifah agar rakyat bangun memberontak bersama mereka (puak monggol )
Walaupun pemimpin Islam zalim terhadap rakyat, tapi dia tidak membunuh rakyatnya, tidak menghancurkan tamaddun Islam, tidak membunuh Ulama dan tempat pengajian Islam.
Rakyat dan ahli politik yg membenci khalifah telah silap membuat telahan. Mereka ingat jatuhnya khalifah diganti dengan kerajaan baru akan menjadikan negara lebih baik, ekomomi lebih baik. Tapi akhirnya semua telahan dan anggapan menjadi sia sia dan semua mereka binasa.
Sebab itu kita yg nak terlibat dengan politik kena ambil tahu sejarah lepas lepas. Bukan setakat ambik tahu, tapi hendaklah ada sedikit kecerdikan membuat rumusan dan mengambil pengajaran.
Kita manusia biasa tidak dianugerahkan "Khasyaf". Kita tidak tahu apa akan terjadi di masa akan datang. Kita menganggap kita akan terlepas dari satu bala besar kalau kita buat perubahan tanpa memikirkan akibat akibat lain, sebab sebab lain, kesan kesan lain.
Kita nak lari dari jamaah yg kita kira ada masalah, nak tubuh jamaah baru kerana tak puas hati. Adakah kita terlalu yakin jamaah atau pertubuhan baru yg bakal kita bina tidak akan berlaku masalah ?
Siapa yg boleh bagi jaminan demikian ?
Siapa yg boleh bagi jaminan demikian ?
Atas sebab sebab ini, maka ada Ulama mengharamkan menentang kerajaan Islam walaupun dia zalim.... kerana dibimbangi "terlepas dari mudorat kecil, jatuh ke modorat lebih besar !"
Mudorat yg paling keji dan bahaya ialah mudorat kufur dan syirik !
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej