"Bila Malaysia hukum gantung pengedar dadah warga asing, nasib baik kita tak dituduh campur tangan hal urusan negara lain."
Orang buat analogi, kita pun kononnya nak buat analogi. Tapi analogi kita ke laut!
Pendirian PAS dalam isu 1MDB ialah penyelesaian sampai ke akar umbi yang mengheret semua yang terlibat ke muka pengadilan seterusnya membersihkan negara dari skandal kewangan terbesar ini.
Dalam hal inilah PAS menekankan semua pihak yang terlibat dalam siasatan dan penguatkuasaan perlu berperanan dengan bebas dan telus serta adil dan tangan-tangan ghaib yang menjadi penghalang tegaknya undang-undang mesti dibuang.
Kita dah ada SPRM, BNM, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan Institusi Kehakiman yang wajib mendaulatkan undang-undang dan keadilan. Kita tak memerlukan campur tangan asing yang mengambarkan lemahnya agensi penguatkuasaan kita sehingga perlu minta bantuan luar.
Kita bercakap tentang satu skandal kewangan negara yang sangat rumit dan bersimpang siur asas serta puncanya dan melibatkan pihak berkepentingan yang ramai.
Dia buat analogi bodoh dengan kes pengedaran dadah. Walaupun pesalah dadah tersebut dihukum gantung di Malaysia tapi Malaysia tak akan hantar polis pergi masuk negara berkenaan untuk siasat lebih lanjut di mana dadah tersebut diperolehi dan tangkap pihak asing yang berkaitan dan rangkaiannya. Tapi terserahlah kepada polis negara berkenaan. Mudah saja nak faham kan?
"DOJ Amerika akan merampas kembali harta-harta yang dibeli dengan wang hasil rompakan 1MDB dan suatu hari nanti akan dipulangkan balik hasil rompakan ini kepada rakyat Malaysia. Ini satu tindakan yang wajib disokong. PAS boleh pergi mampus dengan perompak Umno!"
Huhu... baik sungguh Amerika di mata dia. Bukan setakat duit yang kita simpan dalam rumah, khazanah dalam perut bumi negara kita pun Amerika akan ikhtiar untuk samun bila ada peluang. Tunggulah dan berkhayallah kamu untuk dapat rasa duit yang Amerika hantar balik.
Rasanya awok-awok ni banyak baca buku cerita Robin Hood.
Dr Azman Ibrahim
3 Julai 2017
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej