Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, October 31, 2017

Bila pula PAS jadi parti perkauman Melayu ?

"Kalau PAS boleh pecahkan tembok perkauman sehingga menjadi parti yang tak berasaskan kaum seperti PKR dan DAP tentu PAS akan kelihatan lebih hebat. Ini tidak, duduk main sama Melayu saja. Tak ada pun orang bukan Melayu yang jadi pimpinan PAS."
Beginilah bunyi mesej seorang follower fb yang saya anggap dia baru nak belajar berpolitik. Tak apalah, belajar perlahan-lahan dan jangan gelojoh.
Bila pula PAS jadi parti perkauman Melayu? Syarat nak jadi ahli PAS ialah Islam. Yang belum Islam mereka bergabung di bawah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Mula-mula masuk DHPP, akhirnya kenal Islam dan ramai yang dah masuk Islam. Cuma polisi PAS kita tak hebohkan kerana beberapa sebab dan strategi. Dah masuk Islam, mereka diterima menjadi ahli PAS sepenuhnya.
PAS juga memberi peluang kepada orang bukan Melayu untuk menjadi pemimpin malah menjadi wakil rakyat. Antaranya, Datuk Anuar Tan Abdullah yang sehingga sekarang masih lagi menjawat jawatan EXCO Kerajaan Kelantan dan sahabat saya Dato’ Drs Khalil Idham Lim Abdullah yang pernah menjadi ADUN Titi Serong di Perak. Lama saya berkawan dengan Khalil Idham Lim. Sehingga sekarang dia masih lagi Cina dan saya kekal Melayu. Malah seorang wanita India non muslim, Cik Kumutha Rahman pernah bertanding sebagai calon PAS di Johor. Sahabat saya di Terengganu, Jefry Chua, bukan setakat pergi program-program di masjid, malah tolong bersih dan sapu masjid sekali.
Ketika ke Sabah suatu masa dulu, saya menziarahi satu PASTI di Putatan. Ada keluarga Cina yang belum Islam hantar anak dia belajar di PASTI sedangkan PASTI itu maknanya Pusat Asuhan Tunas Islam. Di PASTI ada diajar Quran, Hadis, doa-doa dan asas-asas aqidah Islam.
Biasa saja di mana-mana pilihanraya, orang Cina atau India pakai baju lambang PAS, atas belakang ada tulis, ‘Saya India tapi saya sokong Islam’. Nak tanya sikit, ada tak orang India atau Cina bawa bendera atau pakai baju Umno? Huh! Orang Melayu bandar pun malu nak pakai baju Umno, tinggal Melayu di kampung saja.
Parti yang berasaskan kaum adalah Umno, bukannya PAS! Nama pun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. PAS, Parti Islam SeMalaysia. Dengan makna sesiapa saja yang Islam dan warganegara serta menerima dasar Islam yang dibawa PAS, dia boleh jadi ahli serta pemimpin.
Melayu, Cina, India, Siam atau apa bangsa sekalipun, ini adalah bangsa yang telah ditentukan oleh Allah. Tak ada siapa yang mampu ubah dan tukar. Kita semua hamba Allah. Tapi aqidah boleh berubah. Sebab itu mana ada pernah dengar orang PAS laung hidup Melayu!! Kalau laung hidup Islam memang ada. Melayu, Cina, India, Siam serta apa bangsa sekalipun, PAS adalah bahtera bagi saudara semua. Belum Islam pun tak apa. Mari naik di serambi dulu. Lepas itu dah alang-alang duduk di serambi, marilah perlahan-lahan masuk dalam rumah.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
1 November 2017

Ulama tak perlu ujud kata DAP

Ulama tak perlu ujud kata DAP

gelagat bakal usahawan berjaya

Antara Ucapan Penghinaan Madey Pada Islam

Antara Ucapan Penghinaan Madey Pada Islam
1 (Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim)
"Hukum rejam kepada penzina adalah primitif"
2 (Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan)
"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja"
3 (Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor)
"Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti"
4 (Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah)
"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama"
5 (Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno)
"Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud"
6 (Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan)
"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam"
7 (Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
"Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?"
8 (Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik."
9 (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)
"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."
10 (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994)
"Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."
11 (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)
"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik"
12 (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)
"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."
13 (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994)
"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."
14 (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."
15 (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".
16 (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."
17 (Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992)
"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."
18 (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991)
"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."
19 (Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992)
"Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak"
20 (Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994)
"Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."
21 (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
"Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."
22 (Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 28/9/2001)
"Perhimpunan Agong Umno. Mahathir berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu"
23 (Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92)
"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dankaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama"
24 (Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian Mahathir berkata)
"Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini"
Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakimAllah swt." (al-An'am:57)
Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)Dah bila pula Madey nak bertaubat bawah ni? Penghinaan Madey pada islam

Monday, October 30, 2017

ERTI PERJUANGAN

Sekali Serban Dililit. Siri 83
10 Safar 1439 / 30 Oktober 2017

ERTI PERJUANGAN
Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. Perjuangan adalah satu perkataan yang sangat tinggi nilai dan punya makna yang sangat besar. *Perjuangan adalah satu usaha gigih yang berani dan sanggup berkorban* untuk capai matlamat, objektif dan hala tuju yang digariskan.
2. *Perjuangan tegak diatas dasar dan prinsip yang jitu*. Ia tidak sekadar semangat, tetapi bersendikan ilmu yang mantap, kefahaman yang jelas, keikhlasan yang tulus dan kesungguhan yang cekal.
3. Sekadar *tubuhkan parti untuk sertai dan menang pilihanraya belum menepati erti perjuangan*. Aktif di medan politik dengan tujuan mahu menjatuhkan individu tertentu atau hanya ingin berkuasa juga tidak menepati nilai sebuah perjuangan.
4. Kalaupun mereka dakwa bahawa itulah perjuangan mereka, maka ketahuilah bahawa ia adalah suatu pencabulan terhadap erti perjuangan yang sebenar. *Mereka rosakkan makna kata perjuangan*. Justeru itu bukan perjuangan tulen.
5. Sebaliknya ia adalah tindakan yang didorong oleh dendam kesumat. Langkah yang emosional, meruntun perasaan yang celaru. Tiada matlamat yang ingin dicapai melainkan sebuah kemahuan yang terbit dari nafsu rakus ingin berkuasa semata-mata.
6. Gerakan mereka tidak bermatlamat. Mereka halalkan semua cara untuk penuhi hasutan yang membisik ditelinga. Kebencian menjadikan mereka tergamak lakukan sesuatu, meskipun melanggar batas aturan Tuhan Yang Maha Mencipta.
7. Lantaran itu, *bahasa mereka sangat berlainan dengan bahasa orang yang berjuang*. Tingkah laku mereka juga ketara bezanya dengan akhlak seorang pejuang.
8. Tiada erti pengorbanan bagi mereka melainkan semuanya mesti berbayar. Tiada makna persahabatan melainkan ada kepentingan yang diperolehi daripadanya. Mereka tidak optimis terhadap masa depan melainkan kbergantung pada pihak lain.
9. Berbezalah dengan erti perjuangan. *Matlamat ditatah dengan jelas. Objektif ditanda dengan teratur. Dasar dan prinsip dipasak sedalam-dalamnya. Pengorbanan melangkaui kepentingan diri. Tempo perjuangan tidak hanya rancak dimusim pilihanraya. Persahabatannya berpaut dengan kasih. Maruahnya tidak boleh dilagang dengan matawang dunia*.
10. Perjuangan bukan mencari menang. Sebaliknya yang dicari ialah Redha Pencipta dalam kemenangan yang mahu diraih. *Kalah tidak mengalah, menang tidak angkuh. Bekerja tanpa syarat, diuji tidak menyesal*. Meski tidak dipilih sebagai pemimpin, ia terus istiqamah sebagai anggota yang taat dan setia. Ia bangga dengan perjuangannya biar 1001 fitnah melanda. *Itulah Erti Perjuangan*.
Sejahtera Bersama Islam
Sekian.

celoteh cikgu tat langkawi

Wan Ghazali
0:00

Sunday, October 29, 2017

KENAPA DAP ANTI ISLAM, TANYA DR MAZA

KENAPA DAP ANTI ISLAM, TANYA DR MAZA

Terkesan minda saya dengan rakaman ucapan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pada tahun 2013 yang mempersoalkan sikap DAP terhadap "benda-benda yang ada sifat Islam".

Tanya Datuk Dr Mohd Asri waktu itu: "Kenapa DAP sentiasa ada sikap macam anti benda-benda yang ada sifat Islam?"

Walaupun sudah empat tahun ucapan ini dibuat tetapi soalan yang dilontarkan oleh Datuk Dr Mohd Asri ini masih relevan hingga sekarang kerana ternyata sikap DAP tidak berubah sampai sekarang.

Kita tunggu jawapan para pemimpin DAP terhadap soalan yang dilontarkan oleh Datuk Dr Mohd Asri kepada mereka ini.

Video:sila lihat di comment pertama.

HYDROPONIC NUTRIENT FORMULAS

HYDROPONIC NUTRIENT FORMULAS

These are basic, general purpose nutes – so if your goal is to tweak them, you’re on your own. They give you a good starting point no matter why you want to know how to do this, and have proven successful with many different hydroponic crops. The amounts in these formulas are for 1-gallon of stock nutrient solution. If you want a bigger batch, you’ll need to multiply and/or divide the measurements per gallon appropriately.

VEGETATIVE NUTRIENT

(Analysis: 9.5-5.67-11.3)
  • 6.00 gr  Calcium Nitrate – Ca(NO3)2
  • 2.09 gr  Potassium Nitrate – KNO3
  • 0.46 gr  Sulfate of Potash – K2SO4
  • 1.39 gr  Monopotassium Phophate – KH2PO4
  • 2.42 gr  Magnesium Sulfate – MgSO4 * 7H2O
  • 0.40 gr  7% Fe Chelated Trace Elements – recipe below

FLOWERING NUTRIENT

(Analysis: 5.5-7.97-18.4)
  • 4.10 gr  Calcium Nitrate – Ca(NO3)2
  • 2.80 gr  Potassium Nitrate – KNO3
  • 0.46 gr  Sulfate of Potash – K2SO4
  • 1.39 gr  Monopotassium Phophate – KH2PO4
  • 2.40 gr  Magnesium Sulfate – MgSO4 * 7H2O
  • 0.40 gr  7% Fe Chelated Trace Elements – recipe below

FRUITING NUTRIENT

(Analysis: 8.2-5.9-13.6)
  • 8.00 gr  Calcium Nitrate – Ca(NO3)2
  • 2.80 gr  Potassium Nitrate – KNO3
  • 1.70 gr  Sulfate of Potash – K2SO4
  • 1.39 gr Monopotassium Phophate – KH2PO4
  • 2.40 gr  Magnesium Sulfate – MgSO4 * 7H2O
  • 0.40 gr  7% Fe Chelated Trace Elements – recipe below

CHELATED TRACE ELEMENT MIX

  • 7.00%  Iron – Fe
  • 2.00%  Manganese – Mn
  • 0.40%  Zinc – Zn
  • 0.10% Copper – Cu
  • 1.30% Boron – B
  • 0.06%  Molybdenum – Mo

MIXING YOUR NUTRIENT SOLUTION

Start with an clean, empty container large enough to hold your full batch. Fill it with warm water. Test the TDS/PPM and pH before proceeding. The pH will change after you’ve mixed in the elemental salts… so don’t adjust it just yet. Make a note of both meter readings. You have to take the dissolved solids content of your water into consideration, because you need to subtract it from the final reading to find the true concentration of nutrients in your solution.
Now add your precisely weighed out elemental salts ONE AT A TIME, and allow it to dissolve completely before moving on. This is not a concentrated formula. At this point you are diluting it to the strength needed to go into your nutrient reservoir. Do not add it to your system until it has totally cooled. Let it sit for an hour or two before taking the next meter readings.
You may need to adjust the nutrient concentration and/or the pH before it’s right for your plants. Hopefully, you already know the EC or TDS/PPM, and the pH level your crop requires. If not, stop and research that, because if the pH is off, the plants will have a hard time accessing what they need to thrive. Even a simple, inexpensive liquid pH test and control kit will allow you to easily measure and maintain the pH level of your nutrient solution.
https://www.gardenculturemagazine.com/garden-inputs/nutrients/make-your-own-hydroponic-nutrients/

COMMON NUTRIENT RANGES IN HYDROPONIC NUTRIENT SOLUTIONS

ElementIonic form absorbed by plantsCommon range (ppm=mg/l)
NitrogenNitrate (NO3-),
Ammonium (NH4+)
100-250 ppm elemental N
PhosphorusDihydrogen phosphate (H2PO4-)
Phosphate (PO43-)
Monohydrogen phosphate (HPO42-)
30-50 ppm elemental P
PotassiumPotassium (K+)100-300 ppm
CalciumCalcium (Ca2+)80-140 ppm
MagnesiumMagnesium (Mg2+)30-70 ppm
SulfurSulfate (SO42-)50-120 ppm elemental S
IronFerrous ion (Fe2+)
Ferric ion (Fe3+)
1-5 ppm
CopperCopper (Cu2+)0.04-0.2 ppm
ManganeseManganese (Mn2+)0.5-1.0 ppm
ZincZinc (Zn2+)0.3-0.6 ppm
MolybdenumMolybdate (MoO42-)0.04-0.08 ppm
BoronBoric acid (H3BO3)
Borate (H2BO3-)
0.2-0.5 ppm elemental B
ChlorideChloride (Cl-)<75 ppm
SodiumSodium (Na+)<50 ppm TOXIC to plants

Suggested Nutrient Solutions for Various Crops

Concentration in mg/l (ppm)
Tomato1904031015045
Cucumber2004028014040
Pepper1904528513040
Strawberry50251506520
Melon2004528511530
Roses1704528512040