Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, June 18, 2019

TEGURAN SUCI IKHLAS BUAT MUFTI PERLIS

TEGURAN SUCI IKHLAS BUAT MUFTI PERLIS
Qaul Muktamad
2 hrs
TEGURAN SUCI IKHLAS BUAT MUFTI PERLIS
Setiap tahun pelajar baru akan mengajukan soalan yang sama kepada pelajar senior berkenaan khutbah Syeikh Dr. Ali Jumaah kononya menghalalkan darah rakyat mesir yang berhimpun di rabaah. Seperti ada kelompok atau kumpulan yang giat menyebarkan dakyah atau fitnah memburukkan sekaligus membenci Syeikh Ali khususnya dan umumnya para masyaeikh al Azhar. Disini ada beberapa isi penting yang saya rasa perlu diketahui :
- Khutbah Syeikh Ali dihadapan para tentera sebenarnya ditujukan kepada para irhabiyyin (pengganas) yang berpusat di sinai yang merupakan kubu kuat mereka.
- Dalam khutbah berkenaan Syeikh berpesan kepada angkatan tentera untuk siap siaga tanpa perlu melepaskan tembakan kepada mereka kecuali selepas pihak mereka yang melepaskan tembakan walau dengan sebutir peluru. Maka ketika itu syeikh berkata balaslah tembakan mereka dengan mengatakan "اضرب في المليان ".
- Khutbah ini disampaikan setelah para pengganas bertindak memerangi tentera di sinai semasa tempoh berlakunya perhimpunan di rabaah. Maka para pembenci ulama mengaitkan khutbah syeikh itu dengan menghalalkan darah rakyat mesir di rabaah dengan hanya berdalilkan kalam syeikh " اضرب في المليان ". Padahal syeikh menujukan kalam tersebut kepada para pengganas di sinai.
- Adapon yang berlaku di rabaah adalah selepas berlaku pembunuhan seorang anggota polis yang ditugaskan hanya untuk memerhati dan mengawal keadaan (macam polis dan fru kita) begitu juga para tentera yang ditugaskan hanya untuk mengawal keadaan. Tetapi ada golongan yang hadir ke perhimpunan tersebut dengan membawa senjata seperti pistol dsb.
- Ada juga dakwaan liar yang mengatakan Syeikh Ali bersama para tentera dalam penggulingan presiden. Ini sama sekali tidak benar.
- Syeikh Ali berkata dalam pengajian bersamanya di masjid beliau bahawa para ulama al Azhar sebenarnya ingin menjaga dari berlaku pertumpahan darah yang dahsyat sepertimana yang berlaku di negara arab yang lain seperti Iraq, Libya, Syria dll. Dengan sebab itu mereka menyeru rakyat mesir untuk tidak turun ke demonstrasi jalanan. Dan menggunakan kaedah mengambil mudarat yang lebih ringan. Ini untuk mengelakkan negara Mesir hancur seperti Syria dll.
- Fitnah demi fitnah dimainkan untuk memenangkan kelompok mereka. Seperti yang berlaku kepada as syahid Mihrab Imam Dr. Ramadhan al Bouti di syria, mereka mengatakan bahawa beliau adalah ulamak kerajaan hanya kerana beliau menasihatkan rakyat syria untuk tidak bangun melawan pemerintah sehinggalah berlaku pembunuhan beliau. Dan lihatlah sehingga kini Syria masih diambang kehancuran. Syria yang dahulunya subur dengan majlis2 ilmu seperti mesir, kini hanya tinggal runtuhan2 bangunan dan mayat2 yang bergelimpangan. Inilah yang Syeikh Ali dan para ulama al Azhar mahu elakkan.
"Penulisan ini boleh dirujuk kembali isi pentingnya di YouTube melalui 2 video. Satu yang menceritakan kronologi kejadian sehingga tersebar khutbah Syeikh, satu lagi penjelasan dari Syeikh Ali sendiri di masjid beliau. Saya bukanlah menyokong mana2 parti dan saya langsung tidak berminat tentang politik. Saya hanya berminat perkara yang berkaitan manhaj azhar yang wasati. Nasihat saya kepada diri sendiri dan kita semua,rebutlah peluang untuk mengenali manhaj azhar dalam penyatuan ummah yang di akhir2 ini banyak menunjukkan kepada perpecahan dan perbalahan"
~ Sehingga sekarang saya masih hairan mengapa ada pelajar yang begitu membenci Syeikh Ali dan para ulama al Azhar tetapi masih datang ke Mesir. Adakah mereka datang hanya untuk mencari kesalahan dan dalam masa yang sama mereka berdaftar dengan Universiti al Azhar. Ajaib bukan? Tetapi ada yang lagi ajaib iaitu kita sebagai rakyat malaysia (khususnya pelajar) pula kalut dan terlebih "faham" dengan politik negara orang ~

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej