Mat Saman Kati
Tak lama lepas video Wanji tentang raja-raja yang akan pupus pada tahun 2030 tu tersebar, aku tanya kat dia, "hang dengaq Sheikh Imran Hossein ka?". Dia gelak saja.
Tentang sultan yang dipanggil setan tu, S.H. Alattas dah buat buku Setan, Sultan, Syaitan tahun 2009. Tak kena apa pun.
Mahathir yang lawan raja-raja pun tak kena apa.
Undang-undang hanya untuk rakyat bangsat saja.
Patutnya, aku pun kena sebab aku pernah tulis lebih teruk dari apa yang Wanji cakap dalam video tu sebab aku kata bukan sultan saja akan pupus, ulama pun akan pupus.
Tahun 2011, aku dihadiahkan satu buku yang bertajuk 'The Shift' yang ditulis oleh Sunny Sutil, seorang yogamaster dari India. Diantara sebab yang menyebabkan dia popular ialah dia dapat meramalkan kematianya dengan tepat.
Dalam buku tersebut, Sutil menulis tentang kiamat dan meramalkan kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Bezanya, definisi kiamat bagi Sutil bukanlah kehancuran dunia secara fizikal, tapi ia adalah berakhirnya satu zaman.
Perubahan zaman ini tidak berlaku secara tiba-tiba tetapi mengambil masa transisi selama 17 tahun. So, masa transisi akan berakhir pada 2029. Dan kita masuk kezaman baru tahun 2030.
Dalam masa transisi ini, macam-macam akan berlaku dan ia akan berlaku dengan pantas dibantu oleh teknologi Dan AI.
Wanji tak akan mampu menggulingkan raja-raja, sebaliknya mungkin Mahathir yang boleh. Mahathir dah buktikan dengan membuang kekebalan raja-raja...dan dia tak ditangkap sebaliknya disokong oleh macai-macainya.
Sistem pemerintahan akan berubah. Netizen tidak memerlukan kerajaan. Zakat Tak perlu dibayar kepada Majlis Agama Islam. Dasar-dasar negara tak perlu dibincangkan diparlimen sebab semuanya online.
Teknologi akan membawa satu revolusi yang akan membuatkan raja-raja jadi obselete. Bukan takat raja-raja di Malaysia saja malah seluruh dunia. Bintang-bintang kebesaran sudah tidak dihormati sebab terlalu ramai yang dapat dan dah tak ada nilai.
Masalah hukum hakam dalam ugama juga tidak memerlukan ulama untuk menyelesaikan. Google saja. Kalau tanya ulama pun bukan boleh menyelesaikan masalah, sebaliknya depa pulak bergaduh sesama sendiri pendapat siapa yang lebih betul.
Manusia akan menjadi lebih spiritual tanpa ugama. Orang akan takut mencuri bukan sebab takut dosa, tapi sebab takut CCTV.
Kredibiliti Wikipedia jauh lebih dipercayai berbanding fatwa Wanji.
But still, lebih ramai orang akan mempercayai Tuhan tapi tak percaya kepada ugama.Ikon-ikon spiritual akan lahir melalui sosmed macam Sadhguru, Jay Shetty, Prince Ea, Simon Sinek.
Tak kisah la nak bagi label apa kepada golongan ini yang semakin hari semakin meningkat dan akan menjadi majoriti besar menjelang 2029.
Selamat datang kedunia baru.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej