Khen HM, kacukan Cina-Siam, lafaz syahadah di gelanggang silat – “Aku takkan MAT1 sebagai Melayu”
Aku pesilat. Aku bukan Melayu dan aku seorang Muslim. Aku lahir daripada kacukan Cina-Siam dan takkan mat1 sebagai seorang Melayu! Maaf, adat dan budaya orang Melayu bukan ras1s. Pergi ke mana2 sahaja rumah orang Melayu, kita akan sentiasa dilayan seperti seorang ahli keluarga walaupun berbeza kaum dan agama.
Wallahi… kalau Melayu ras1s, aku takkan jadi anak gelanggang selama 17 tahun ini dan mengucapkan 2 kalimah syahadah di gelanggang silat! Ramai orang mungkin tak tahu atau buat2 tak tahu, gelanggang silat merupakan medan dakwah yang agak penting selama ini.
Cuma mungkin dari segi kaedah, keperibadian dan pendekatan ‘pendekar’ itu agak jauh berbeza dengan apa yang dibawa oleh ‘budaya popular’ sesetengah pihak seperti sekarang.
Tiada siapa yang betul atau salah dalam hal ini. Cara pembawaan citarasa dan pilihan masing2. Islam tidak memaksa dan tidak sama sekali silat itu dikira sebagai satu jalan ‘Islamisasi’ (guru, abang dan adik segelanggang aku tidak pernah ‘mengajak’ aku masuk Islam — baca dan faham ini betul2 dulu, jangan cepat menghukom). Nak belajar, belajar. Tak nak, SUDAH!
Sebaliknya, kita perlu raihkan perbezaan. Jemput2lah sahabat yang bukan Muslim ke gelanggang untuk berkongsi ilmu, pendapat, adat dan budaya. Jangan pandang rendah atau ada sifat mengh1na. Jangan riak. Cina, India, Melayu dan lain2 semua sama sahaja bila sudah masuk saf.
Yang penting, kita jadikan diri kita sebagai contoh melalui akhlaq dan teladan. Ini pendekatan guru dan anak gelanggang kami selama ini. Simple, kan?
Tolak tepi istilah pelik2 entah apa2 itu semua (orang bukan faham atau ambil kisah pun). Kalau bunga kita panggil tah1, tetap berbau wangi juga macam mana sekalipun. Tak payah berdebat panjang lebar. Bila kentut, semua pun busuk. Yang kata wangi tu dia yang punya.
Tak perlu stress benda bukan2. Hidup kena happy. Bagi aku, seorang pesilat diibaratkan singa atau harimau yang sedang senyum. Ok lah, badak pun ok… Dalam sejuk ada panas, dalam lembut ada keras. Balance. Silat mengajar kita ke arah kebaikan dan melawan kezaliman. Silat adalah satu perjuangan demi menuntut dan membela kebenaran.
Tak perlu gusar, tak perlu risau. YAKIN. Hidayah kan milik Allah
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej