Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, October 28, 2020

Hati hati dengan duri dalam kasut

Hati hati dengan duri dalam kasut!

Berkawan biar seribu.
Musuh jangan dicari.

Tak kisah dengan siapa kita berkawan, namun jangan putus silaturahim.  Dalam masa yang sama berhati hati bila bertemu dengan 7 jenis manusia sedang berkawan dengan mu!

1 SATU
Orang yang hanya berkawan dengan kita  kerana kepentingan pribadi (hipokrit). Jangan buang masa dengan orang yang hanya mendekati anda bila mereka memerlukan. Mereka sebenarnya hanya mahu memudahkan apa yang mereka mahu, bukan ikhlas dalam persahabatan.

2 DUA
Orang masih membangkitkan masa silam KITA. Setiap dari kita ada aib yang perlu dilupakan. Ada orang tak mampu menerima hikikat bahawa kita telah semakin matang dan banyak belajar dari kehidupan. Begitu dengan saya, umur 40 tahun yang Allah pinjamkan ini perlu diperbaiki dengan perkara yang lebih baik!

3 TIGA
Orang yang membuatkan kita rasa terancam dan terperangkap. Sesetengah orang akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan peribadi  dengan menggunakan kita dan diakhirnya kita yang menjadi mangsa keadaan. Berhati hatilah!

4 EMPAT
Orang yang menipu kita lebih daripada sekali. Kejujuran ditunjuk melalui perbuatan, bukan melalui perkataan. Jika  seseorang menipu anda berulang ulang, mereka  sebenarnya tidak menghormati anda dan persahabatan yang telah dibina.

5 LIMA
Orang yang merencatkan impian dan kebolehan anda. Apa yang orang lain fikir mustahil untuk capai, bukanlah bermakna anda juga tidak mampu melakukannya. So don’t worry about what everyone else thinks.  Keep living your truth.. move on!

6 ENAM
Kawan yang menggalakkan anda untuk membenci orang lain kerana mereka bermusuh dengan orang tersebut. Orang yang menggalakkan anda untuk menilai atau membenci orang lain adalah seburuk-buruk kawan. Elakkan mereka dengan apa jua cara, Insyallah.

7 TUJUH
Teman yang bermulut ‘puaka’. Yang ni ramai. Walaupun anda yakin anda adalah jenis yang ada kesabaran tinggi, namun percayalah.. lambat laun pasti anda hilang pertimbangan juga. Ini bukan bermakna kita sombong, tetapi kita hanya menghormati diri kita sendiri.

Hati-hati dengan duri di dalam kasut!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej