PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
PEMBOHONGAN KE SELURUH UFUK DUNIA
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَىٰ وَقَدْ كُنْتُ بَصِيرًا
قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَىٰ
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?"
Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".
[Ta-Ha:124-126]
Mereka yang dibutakan ini adalah mereka yang melupakan ayat-ayat Allah. Ayat-ayatNya adalah kitab al-Quranul karim. Penjelasannya pula berupa hadis-hadis Nabi SAW.
Hari ini terlalu banyak kitab. Kitab suratkhabar, kitab majalah, kitab facebook, kitab macam-macam. Terlalu banyak kitab di langit terbuka ini.
Allah taala suruh kita rujuk kepada al-Quran dan Hadith. Ini yang penting. Tapi kita tidak. Suratkhabar dulu. Majalah dulu facebook dulu. Al-Quran letak belakang.
Jaga! Buta mata pada hari kiamat nanti. Buta!
Bukan tak boleh baca suratkhabar facebook.. Boleh baca. Tapi yang menentukan benar atau salah sesuatu adalah al-Quran dan Hadith. Jangan sampai benda-benda liar ini yang menentukan benar atau salah.
Tahap hadith-hadith Nabi pun orang berani reka lagi. Bercampur aduk antara sahih, daif, palsu dan israiliyyat. Dalam sesetengah kitab tafsir juga ada Israiliyat. Begitu juga kitab akidah, kitab feqah, kitab hadis, kitab tasauf.
Sebab itu kita tak boleh baca sendirian. Kena mengaji dengan guru yang mursyid, yang muhaqqiq. Yang boleh menerangkan riwayat yang diterima dan ditolak. Bukan mengaji dengan orang yang macam burung kakak tua, yang baca sahaja tak tahu apa-apa.
Itu hadith Nabi. Kalau jenis facebook suratkhabar ni tak tahulah. Langsung tidak bertapis. Apa yang berlaku, manusia pada hari ini terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang bercampur antara benar dan bohong.
Nabi sebut di akhir zaman, akan tersebar pembohongan hingga ke seluruh ufuk dunia. Kita menyaksikan sekarang, pagi-pagi lagi sudah ada yang buat kerja buka internet sebar berita ke seluruh dunia. Yang disebarkan itu yang benar, dan ada yang bohong. Yang benar akan dapat pahala. Tetapi yang bohong akan menanggung dosa dari seluruh ufuk dunia! Besarnya dosa menyebar pembohongan.
Inilah lajunya penyebaran maklumat, yang boleh membawa manusia ke syurga, dan boleh juga membawa manusia ke neraka. Ini kena jaga-jaga. Kita pada hari berada zaman fitnah, zaman bencana yang sangat besar.
Kalau tidak, kita akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan buta.. (Waliyazubillah..)
14 Safar 1439
3 November 2017
#Alang_Ibn_Shukrimun
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej