Zul Yahya dan garpu plastik
Mulanya malas nak ambil tahu pasal Zul Yahya ni. Tapi sebab dah petik nama PAS, kemudian PKR dan Pan yang beria-ria sebar video dia, jadi aku rasa ada sedikit kebetulan yang boleh kalau nak kita fikirkan.
Biasanya begitulah, bila nak masuk PAS, sopan jer, cakap pasal Islam, cakap pasal hijrah, cakap pasal insaf. Tidak pernah ataupun kalau ada, orang itu menghina atau memfitnah tempat asal dia datang, kecuali akan dilarang insyaAllah. Tapi kalau parodi lawak-lawak tu ada, bukanlah takde. Tapi fitnah, kena berhenti. Dosa pahala dikira.
Bukan itu sahaja, nak pakai pun kena pakai sopan, nak berhibur ada garis panduan dia, nak cakap pasal ilmu, kena masuk kelas pengajian atau usrah dulu, baru boleh cakap. Nanti melalut entah apa-apa, makin timbul masalah.
Dan begitulah jika mereka yang mahu keluar PAS kerana tidak puashati atau apa sahaja, maka fitnah pun mula ditabur, ungkit-mengungkit kisah jahat, caci maki kutuk mengutuk. Ironinya, parti atau jemaah yang menerima mereka tiada halangan atas dosa itu. Mereka semakin galak dan terasa semakin kuat lalu mereka fikir PAS semakin lemah dengan kutukan itu.
Analoginya ialah seperti orang masuk masjid. Kalau perempuan, nak juga dia melitup kepala dengan selendang walau yang jarang. Mahu pula dia berjilbab, walau herot kainnya. Tak naik dia kalau ada hadas besar. Sopan duduk bersimpuh. Tetapi bila keluar sahaja masjid, seluar ketatnya, kain jarangnya, minyak wanginya, serba serbi ada. Begitulah diibaratkan.
Untuk makluman Zul Yahya yang mungkin telah mendapat ilmu entah daripada siapa yang siap menolak ulamak itu, sebelum kewujudan anda dalam senarai nama ahli yang keluar PAS, telah ada ratusan nama-nama besar yang bukan calang-calang ilmu mereka. Hatta Yang Dipertua PAS pernah keluar parti.
Apabila melihat Pan galak menggunakan video Zul Yahya bagi menghentam PAS, ia membuktikan bahawa mereka sebenarnya sudah penat. Pan pernah bersama ketumbukan tentera PH menyerang PAS bertubi-tubi. Menggunakan jentera berat, 'budolzer' lori-lori dan banyak lagi. "Do or die battle". Namun, gunung batu PAS yang mahu mereka ratakan, kekal utuh berdiri. Sebaliknya mereka pula yang kehilangan tenaga.
Maka Zul Yahya hanyalah kami anggap sebagai sebatang garpu plastik yang cuba digunakan oleh Pan bagi meratakan gunung batu PAS. Ya, dengan izin Allah, tiada yang mustahil, namun dalam merancang, mesti sedar akan kekuatan diri. Setelah patah, Zul Yahya akan ditinggalkan. Percayalah.
PAS hanya boleh dikalahkan jika benar-benar telah lari dari jalan Allah. Sebagaimana kata Zul Yahya beliau pernah melakukan aktiviti kebaikan bersama Pemuda PAS, maka itulah kami. Adapun hal politik, ia sangat banyak cabangnya, sehinggakan beberapa kerat pimpinan sahaja yang tahu strategi itu. Jika dibocorkan, bukanlah namanya strategi lagi.
Nasihat kepada Zul Yahya, janganlah hanya keluar daripada jemaah tabligh ataupun PAS, tetapi lebih utama, keluarlah dari kejahilan. Takut menjadi ruwaibidhoh, sesat dan menyesatkan. Nauzubillah.
Mohd Nasir Abdullah
7 Mac 2021
https://web.facebook.com/aniza.abdulrani.3/posts/3806864376029766
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej