Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, January 5, 2016

Kuantan, 4 Jan 2016 - Fenomena laut merah di di Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam, Kuantan akhirnya terjawab

Ciplak dari :

Blog ameno world

Kuantan, 4 Jan 2016 - Fenomena laut merah di di Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam, Kuantan akhirnya terjawab. Dengan beberapa bukti penemuan dari beberapa saksi yang ditemui oleh pasukan khas menyiasat punca kejadian telah dapat menyelongkar sebab sebenar kenapa beberapa perairan di sekitar Kuantan bertukar warna baru-baru ini.

Data Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan (FENOMENA) memperlihatkan nisbah tiga daripada 100 pekerja asing yang disaring di sekitar Kuantan telah (gemar) meludah sireh merata-merata di sekitar pelabuhan dan kawasan kediaman mereka sejak datang bekerja di Kuantan pada tahun lepas.

Ketua Penyiasat FENOMENA Datuk Seri Maha Sui menjelaskan pihaknya berjaya mengenal-pasti beberapa pekerja asing yang mempunyai tabiat buruk meludah sireh di kawasan pelabuhan.

"Ini cuma yang sah. Cuba bayangkan pekerja asing yang memang tidak ada permit, berapa ramai yang suka meludah sireh," katanya dengan kesal.

Maha Sui turut berkata tabiat suka meludah sireh merata-rata di kalangan warga asing sudah terlalu kronik sehingga menyebabkan pencemaran di sekitar Kuantan termasuklah di sekitar jalan raya dan pantai.

Maha Sui berharap dengan laporan siasatan tersebut, kerajaan dapatlah mengharamkan penjualan sireh dalam negara dan fatwakan kegiatan menyireh sebagai haram kerana mengundang pencemaran dan mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar di negeri berkenaan - BERNIPU.

TV3 turut melaporkan perkara yang sama tadi ;

Ini pula bukti bahawa pelabuhan Kuantan tidak tercemar dengan bauksit. Sebaliknya mat-mat warga asing p meludah sireh ramai-ramai dalam laut.

Bahkan kat kawasan yang berhampiran tempat kerja/tinggal warga asing neh pun penuh dengan sireh sehingga pernah berlaku banjir sireh suatu ketika dahulu.
Lihat bukti ;

Moga-moga siapa yang suka fitnah kegiatan perlombongan bauksit punca utama pencemaran di Kuantan akan bersegera insaf. Sireh buat hal, bauksit pula dapat nama.
Kesian bauksit.. sapa la yang dengki kat korang kan..
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Pandangan Adun Pas Selangor - Kouta kerusi PBT

Pandangan Adun Pas Selangor - Kouta kerusi PBT .

1) Adun Meru, Dr Abd Rani Osman berkata, DAP perlu memberikan kuota kepada Amanah kerana mereka mempunyai kerjasama di dalam politik.
“Kalau ikutkan pada kerjasama, DAP sepatutnya memberikan kuota mereka dan bukan Pas yang tak ada kena mengena dengan Amanah.

2) Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali pula berkata, dia menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang enggan memberi laluan kuota kepada Amanah.

Katanya, perkiraan kerajaan negeri Selangor hanya melibatkan tiga parti  yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

“Yang relevan dalam pembentukan kerajaan negeri adalah parti-parti yang bertanding di dalam pilihan raya lalu sahaja."

Sunday, January 3, 2016

Ada org tanya, pakyob nak masuk pan tak kalau tghh atau ust tuan man masuk pan ?

Ada org tanya, pakyob nak masuk pan tak kalau tghh atau ust tuan man masuk pan ?

Saya jawab, saya akan ikut kaedah islam dan kaedah yg diajar oleh imam alghazali .

Kalau setakat tghh atau ust tuan man saja yg masuk, tapi majoriti ulama tak masuk, maka saya tak akan ikut masuk.
Mengikut imam alghazali, kita kena tetap berdiri di belakang majoriti alim ulama. MAJORITI ULAMA, BUKAN MINORITI ULAMA !

Sekiranya majoriti ulama masuk, maka saya akan masuk , itu muktamad !
Kalau majoriti ulama masuk umno pun, saya akan ikut masuk !

Buat masa sekarang, majoriti ulama masih bersama pas dan masih dibelakang tghh. Maka saya pun begitu.

Siapa kita nak buat keputusan sendiri tanpa panduan ulama ?

Ada yang hina Tuan guru Haji Abdul Hadi atas gagal mengekalkan kerajaan Negeri Terengganu hingga ada yang menyindir

Ada yang hina Tuan guru Haji Abdul Hadi atas gagal mengekalkan kerajaan Negeri Terengganu hingga ada yang menyindir
"walaupun dia ulama yang berpengaruh,tapi kerajaan Terengganu pun gagal dia kekalkan".
Walaupun hanya sepenggal memerintah Terengganu dibawah naungan Tuan Guru,tetapi banyak kejayaan yang dicapai jika mahu dibandingkan dengan mana-mana kerajaan dibawah Umno mahupun PH.

KERAJAAN PAS DI TERENGGANU
PAS berjaya memerintah Terengganu pada 1999-2004 hasil kemenangan pada PRU ke-10. Menteri Besar yang dilantik ialah Presiden PAS sendiri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Kejayaan Kerajaan PAS di Terengganu
Kerajaan PAS di Terengganu telah berusaha merealisasikan matlamat perjuangan Islam yang dicitrakan PAS. Tuan Guru Haji Abdul Hadi sendiri yang ketika itu menjawat jawatan Presiden PAS, telah ditaklifkan memegang jawatan Menteri Besar. Kerajaan negeri telah berjaya meletakkan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’, dan Qias menjadi sumber hukum yang tertinggi begi negeriTerengganu Darul Iman.
Agenda pendidikan menjadi fokus utama beliau. Pelbagai pembaharuan telah dilaksanakan antaranya :

1.Reformasi tanah
2.Pengharaman premis judi
3.Pewartaan Enakmen Undang-undang Islam Terengganu
4.Penyuburan budaya ilmu
5.Memasukkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran, dan pelbagai lagi.

Dalam aspek pendidikan, kerajaan negeri Terengganu ketika itu telah menubuhkan banyak institusi pendidikan, antaranya:

1.Kolej Islam Sains Terengganu (KIST)
2.Kolej Sains dan Teknologi Al-Quran (KOSTAQ)
3.Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB).

Kolej ini melunaskan keperluan umat Islam ketika itu yang dahagakan institusi pendidikan yang menggabungkan mata pelajaran akademik dan agama, dan bukannya berkonsepkan sekular semata-mata. KIST dan KOSTAQ diletakkan di bawah pengurusan Yayasan
Terengganu (YT), sebuah yayasan yang diwujudkan untuk memperkasa pendidikan di negeri itu. Selain itu, KUSZA telah berjaya diperkasakan sehingga setanding dengan kolej universiti lain di negara ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terenganu pada 24 April 2003 telah meluluskan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) (Pindaan) 2003 yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, al Marhum TG Dato’ Harun Taib.
Kerajaan PAS Terengganu juga melakukan ‘Reformasi Pentadbiran Tanah’ seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya 1999 dengan menyusun semula sistem pentadbiran tanah. Kerajaan PAS berjaya membuka semula permohonan tanah rakyat yang ditutup secara rasmi oleh kerajaan BN terdahulu sejak tahun 1975. PAS juga berjaya menurunkan kadar premium tanah dari 20 peratus kepada 10 peratus harga pasaran tanah. Bahkan, kelonggaran
cara bayaran juga diperkenalkan bagi yang benar-benar tidak mampu.
PAS berjaya menyelesaikan pemberian geran dan hak milik tanah kepada peserta-peserta rancangan tanah Felda dan Felcra. Kerajaan PAS Terengganu berjaya melepasi sasaran 50,000 permohonan tanah rakyat setahun. Contohnya, bagi tempoh April 2002 hingga April 2003 sebanyak 50,731 permohonan tanah rakyat diselesaikan oleh kerajaan negeri.
PAS juga berjaya menambahkan hasil pendapatan negeri melalui peningkatan hasil tanah. Pada tahun 2001, kerajaan memungut RM51,831,000 (RM51.8 juta) dan meningkat kepada RM78,733,000 (RM78.7 juta) pada tahun 2002.
Selain itu, pengurusan kewangan negeri lebih cekap di bawah kepimpinan ulama’ yang selama ini dicanang oleh UMNO-BN kononnya ulama’ tidak pandai memerintah negeri.
Hakikatnya, ‘Akaun Bebas Riba’ berjaya direalisasikan apabila kerajaan pimpinan PAS segera memindahkan simpanan aset tetap (fixed deposit) dari bank-bank konvensional kepada bank yang mengamalkan sistem perbankan Islam. Pihak Jabatan Audit Negara telah memperakui ketelusan kerajaan PAS Terengganu terhadap setiap sen yang dibelanjakan. Audit menyifatkan sebagai pengurusan yang kemas dan tidak wujud sebarang penyelewengan kewangan. Kerajaan PAS ketika itu berjaya mengurangkan perbelanjaan mengurus kira-kira RM82,939.00 sebulan tanpa menjejaskan produktiviti perkhidmatan di pejabat-pejabat kerajaan seluruh negeri.
Rakyat perlu diingatkan, kerajaan BN Terengganu telah menerima bayaran hasil royalti petroleum daripada Petronas sebanyak lima peratus sejak tahun 1978. Bayangkan, sehingga Ogos 1999 jumlah hasil terimaan royalti tersebut sebanyak RM6,694,584,608.00. Malangnya, BN mewariskan hutang pula kepada kerajaan PAS Terengganu berjumlah RM731,334,342.85.
Jumlah kutipan zakat selama tiga tahun di bawah kerajaan PAS hampir menyamai jumlah pungutan zakat selama 10 tahun di bawah kerajaan BN terdahulu. Bagi tahun 1990 hingga 1999, pungutan kerajaan BN ialah sebanyak RM85 juta sahaja.
Manakala, dalam tempoh tiga tahun pertama pemerintahan PAS Terengganu jumlah pungutan zakat adalah sebanyak RM82.4 juta dan jumlah pungutan tahunan bermula tahun 2000 ialah seperti berikut:
2000-RM 20.8 juta
2001-RM 28.7 juta
2002-RM 32.9 juta
2003-RM 40.05 juta
Di antara peningkatan ketara kepada hasil negeri ialah melalui cukai hasil hutannya mengikut tahun adalah seperti berikut:
1999-RM 13 434 571.17
2000-RM 29 086 863.71
2001-RM 34 256 921.01
2002-RM 53 065 165.62
2003-RM 63 486 530.36
Malah, pemerintahan kerajaan PAS Terengganu juga berjaya meningkatkan jumlah kutipan premium pembalakan berbanding di zaman kerajaan BN sebelumnya. Zaman kerajaan BN juga terkenal dengan kewujudan terlalu banyak anak-anak syarikat milik kerajaan negeri tetapi malangnya terpaksa menanggung kerugian setiap tahun. Tetapi, kerajaan PAS Terengganu telah menyusun
semula pengurusan anak-anak syarikat serta mengkaji semula pelaburannya.
Antara kejayaan lain, Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang berupaya menyediakan kemudahan penginapan hotel di Makkah al-Mukarramah untuk rakyat Terengganu dan Malaysia amnya.
Bahkan, Tuanku al-Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sendiri berkenan merasmikan hotel Darul Iman Palace milik TDM Berhad, sebuah anak syarikat kerajaan Terengganu di Makkah pada November 2003. Hotel berkenaan dipajakkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada TDM selama lima tahun dengan perjanjian bayaran RM5 juta.
Pada tahun 1999, negeri Terengganu ketika itu menduduki tempat kedua tertinggi kadar kemiskinan rakyatnya di bawah kerajaan BN. Sejumlah 17.3 peratus atau 173 bagi setiap 1000 orang rakyat Terengganu adalah miskin.
Maknanya, pendapatan royalti petroleum yang hampir RM7 bilion yang pernah diterima oleh kerajaan BN Terengganu telah gagal diurus untuk mengatasi masalah kemiskinan rakyat.
Namun begitu, selepas dua tahun PAS memerintah Terengganu iaitu pada tahun 2001 kerajaan negeri PAS telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan rakyatnya kepada 14 peratus dan berubah dari tempat kedua negeri termiskin menjadi tempat ketiga dan keempat seterusnya.
Keharmonian hidup di kalangan orang bukan Islam terjamin di bawah
pemerintahan PAS Terengganu. Ini kerana, janji manifesto pilihan raya PAS 1999 menggariskan tiga perkara utama bagi masyarakat bukan Islam:
-Pertama, jaminan kebebasan mereka mengamalkan agama dan budaya masing-masing.
-Kedua, menggalakkan interaksi, persefahaman dan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam.
-Ketiga, menjamin bukan Islam menikmati hak dan keadilan yang saksama.
Bukti komitmen kerajaan PAS tidak boleh disangkal lagi. Apabila, Sidang DUN Terengganu pada 24 April 2003 telah meluluskan Enakmen Bagi Meminda Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) 2003.
Enakmen tersebut membolehkan DUN Terengganu melantik Adun dari kalangan wanita dan bukan Islam, apabila tiada antara mereka yang terpilih melalui pilihan raya. Syarat lantikan tersebut dengan mendapat sokongan sekurang-kurangnya tujuh ahli dewan (DUN) Terengganu.
Langkah itu membuktikan kerajaan negeri pimpinan PAS sentiasa prihatin mengenai perjuangan nasib kedua-dua sektor masyarakat tersebut (wanita dan bukan Islam) dan mahu suara mereka diwakili sebaik-baiknya di peringkat tertinggi dalam negeri.
Selama ini, pihak lawan PAS sering kali mewar-warkan kononnya PAS sebuah parti ‘Taliban’ yang selalu mendiskriminasikan kaum hawa. Sedangkan, UMNO-BN mengeksploitasikan kaum wanita tidak pula menjadi kesalahan. Kaum wanita di negara ini dijadikan ‘objek’ untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu melalui hiburan, modeling, pengiklanan dan lain-lain. PAS berjaya merubah ini melalui pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.
Kerajaan PAS Terengganu ditolak oleh rakyat?
Timbul persoalan, selepas kejayaan kerajaan PAS mentadbir Terengganu dengan baik, mengapakah PAS kalah dalam PRU Ke-11 pada tahun 2004? Jawapannya ialah seperti yang diutarakan oleh TG Hadi Awang sendiri iaitu ia melibatkan penipuan terancang yang dilakukan oleh UMNO-BN.
1-Pengundi Hantu
Dianggarkan pertambahan pengundi di Kemaman adalah 17000 pengundi baru berbanding PRU 1999. Kawasan lain ada fenomena yang sama berlaku. Apa yang peliknya ialah post-mortem PAS mendapati bilangan undi menyokong PAS meningkat, tetapi peningkatan ini tidak dapat mengatasi penipuan yang dijalankan oleh UMNO-BN.
2-Tumpuan Jentera Kerajaan Pusat di Terengganu
Menyedari betapa bahayanya Terengganu terus kekal di bawah PAS, kerajaan pusat UMNO-BN telah menumpukan dan menggandakan usaha mereka untuk menawan semula Terengganu. Jentera kerajaan disalahgunakan oleh BN untuk kepentingan politik mereka.
3-Akses Media Tidak Adil
PAS tidak pernah mendapat akses media secara adil. Dalam keadaan di mana semua jentera kerajaan dan media digunakan untuk memburukkan PAS, ia dianggap sebagai satu pertarungan “uphill”.
Kesimpulan
PAS menghadapi pihak lawan UMNO-BN dalam satu pertarungan “uphill” danpadang yang tidak rata. Pun begitu, PAS telah berjaya menawan negeri Terengganu pada 1999. Rentetan itu, UMNO-BN menggunakan segala sumber dan taktik kotor untuk menawan kembali kerajaan PAS di Terengganu.
PAS kalah PRU-2004 bukan kerana PAS lemah, tetapi kerana main kotor pihak musuh.

Sebaliknya semua hadis di atas terdapat ancaman bagi siapa yang mencintai orang-orang non-muslim

Mu selesa bersama mat sabu dan barisan dan kumpulan mu
Kami selesa bersama tghh dan barisan ulama
Mu dibangkitkan bersama pemimpin kamu...
Kami dibangkitkan bersama pemimpin kami dan ulama ikutan kami.....

Dari Anas bin Malik radhiallahu anhu dia berkata:

أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَتَى السَّاعَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ مَا أَعْدَدْتُ لَهَا مِنْ كَثِيرِ صَلَاةٍ وَلَا صَوْمٍ وَلَا صَدَقَةٍ وَلَكِنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ قَالَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ
“Ada seorang laki-laki bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, "Bilakah hari kiamat terjadi wahai Rasulullah?” beliau menjawab, “Apa yang telah kau persiapkan untuknya?” Laki-laki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa, ataupun sedekah, namun aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.” Maka beliau bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.” (HR. Al-Bukhari no. 5705 dan Muslim no. 2639)

Dari Abdullah bin Mas’ud radhiallahu anhu dia berkata:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَرَى فِي رَجُلٍ أَحَبَّ قَوْمًا وَلَمَّا يَلْحَقْ بِهِمْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ
“Seorang lelaki datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana menurut anda tentang seseorang yang mencintai suatu kaum namun dia tidak bolehmenjangkau (amalan saleh) mereka?” Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia cintai.” (HR. Al-Bukhari no. 5703 dan Muslim no. 2640)

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
اَلْأَرْوَاحُ جُنُوْدٌ مُجَنَّدَةٌ, فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا ائْتَلَفَ، وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اخْتَلَفَ
“Roh-roh itu merupakan pasukan yang teratur, roh-roh yang saling mengenal maka dia akan bersatu dengannya dan jika tidak saling mengenal maka akan saling mengingkari.” (HR. Muslim no. 2638)

Penjelasan ringkas:
Cinta dan benci karena Allah termasuk dari tali keimanan yang sangat kuat, karenanya seorang muslim diperintahkan untuk mencintai dan berloyal kepada kaum muslimin dan diperintahkan untuk membenci orang-orang kafir ( yg membenci islam) Karenanya cinta dan benci karena Allah merupakan bagian dari agama yang seorang muslim beribadah kepada Allah dengannya, dan karenanya pada hari kiamat setiap orang akan digolongkan bersama siapa yang dia cintai di dunia.

Jika tasyabbuh kepada orang kafir boleh menyeret kita menjadi bagian dari mereka di akhirat kelak, maka demikian halnya tasyabbuh kepada orang-orang saleh juga boleh mengantarkan kita untuk bersama mereka di akhirat kelak walaupun amalan saleh kita tidak sebanyak amalan saleh mereka. Maka hadis hadis di atas merupakan kabar yang sangat menggembirakan bagi kaum muslimin yang datang belakangan yang keimanan, keilmuan, dan amalan saleh mereka sangat minim jika dibandingkan dengan pendahulu mereka. Karena mereka tetap boleh menjangkau pahala orang-orang sebelum mereka dengan cara mencintai para pendahulu yang saleh tersebut.

Sebaliknya semua hadis di atas terdapat ancaman bagi siapa yang mencintai orang-orang non-muslim (yg bermusuh dgn islam ),  si fasiq, karena sebanyak apapun amalan salehnya maka besar kemungkinan dia akan bersama dengan orang-orang kafir itu pada hari kiamat.

Saturday, January 2, 2016

Husam kata dia pegi majlis mkn mlm PAN sebab nak ikut cara Hj. Hadi jumpa Najib

Husam kata dia pegi majlis mkn mlm PAN sebab nak ikut cara Hj. Hadi jumpa Najib.. koh..koh..koh..koho bekecek koho bodo mu Huse...Mu ado napok ko Hj. Hadi gi majelih make male puok UMNO? Hj. Hadi jupo Najib atah pentas rasmi..Hj. Hadi bacoke ayat quran nasihat Najib atas pentas supayo perintah ikut isle..mu pulok nasihat gapo ko ahli PAN dale majelih tu? mu ado peringat ko ahli PAN jange amik mula bendo doh wakaf maso dale PAS? mu ado nasihat ADUN/MP yg bawok lari kerusi yg mene atah watikah PAS supayo bui mula mandat ko rakyat? Mu ado nasihat ko ahli PAN..udkhulu fi silmi kaaafah..buke amik hok yg DAP setuju jah? Bo la Huse..gi mapuh la mu nge sek2 bengong mu..

aku tak percaya albani

aku tak percaya albani
Dialog Sunni vs Wahabi tentang tabaruk dengan makam Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan orang-orang shaleh.
WAHABI: “Mengapa mayoritas umat Islam banyak yang berziarah ke makam para wali dengan tujuan tabaruk? Padahal demikian itu termasuk kesyirikan menurut kami, kaum minoritas, yang kalian cap sebagai Salafi-Wahabi?”
SUNNI: “Tabaruk dengan makam Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan orang-orang shaleh termasuk bagian dari ajaran Islam yang berlangsung sejak masa sahabat radhiyallahu ‘anhum.”
WAHABI: “Adakah riwayat yang shahih bahwa para sahabat bertabaruk dengan makam Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam?”
SUNNI: “Banyak sekali riwayat yang shahih mengenai hal ini, dan disebutkan dalam sekian banyak kitab-kitab hadits dan sejarah. Antara lain riwayat dari Sayyidah Aisyah radhiyallahu ‘anha, dalam Sunan al-Darimi sebagai berikut:
حدثنا أبو النعمان ثنا سعيد بن زيد ثنا عمرو بن مالك النكري حدثنا أبو الجوزاء أوس بن عبد الله قال : قحط أهل المدينة قحطا شديدا فشكوا إلى عائشة فقالت انظروا قبر النبي صلى الله عليه و سلم فاجعلوا منه كووا إلى السماء حتى لا يكون بينه وبين السماء سقف قال ففعلوا فمطرنا مطرا حتى نبت العشب وسمنت الإبل حتى تفتقت من الشحم فسمي عام الفتق. قال حسين سليم أسد : رجاله ثقات وهو موقوف على عائشة
“Telah bercerita kepada kami Abu al-Nu’man, telah bercerita kepada kami Sa’id bin Zaid, telah bercerita kepada kami Amr bin Malik al-Nukri, telah bercerita kepada kami Abul-Jauza’ Aus bin Abdullah, berkata: “Suatu ketika penduduk Madinah mengalami musim paceklik yang sangat parah. Mereka mengadu kepada Aisyah. Lalu Aisyah berkata: “Kalian lihat makam Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, buatkan lubang dari makam itu ke langit, sehingga antara makam dan langit tidak ada atap yang menghalanginya.” Mereka melakukannya. Setelah itu, hujan pun turun dengan lebat sekali, sehingga rerumputan tumbuh dengan subur dan unta-unta menjadi sangat gemuk.” (HR. al-Darimi [98]. Husain Salim Asad berkata: “Para perawinya dipercaya, dan hadits ini mauquf kepada Aisyah”).
Dalam hadits di atas jelas sekali, para sahabat dan kaum Salaf bertabaruk dengan makam Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam menghadapi musim paceklik.”
WAHABI: “Maaf, hadits tersebut meskipun shahih atau hasan menurut Syaikh Husain Salim Asad, menurut ulama yang paling kami kagumi, yaitu Syaikh al-Albani, hadits tersebut termasuk hadits dha’if. Jadi kami tidak dapat menerima dalil tersebut.”
SUNNI: “Apa alasan Syaikh al-Albani mendha’ifkan hadits mauquf tersebut?”
WAHABI: “Pertama, hadits tersebut diriwayatkan oleh al-Darimi melalui Abu al-Nu’man, seorang perawi yang mengalami ikhtilath pada masa akhir hayatnya, dan kita tidak tahu, apakah al-Darimi mendengar hadits darinya sebelum terjadi ikhtilath atau sesudahnya. Oleh karena itu Syaikh al-Albani menjadikan Abu al-Nu’man ini sebagai salah satu alasan kelemahannya”
SUNNI: “Maaf, melemahkan hadits di atas dengan alasan Abu al-Nu’man tidak dapat diterima, dan bukti kecerobohan al-Albani.  Mengapa demikian? Abu al-Nu’man seorang perawi tsiqah (dipercaya) yang populer. Meskipun pada masa akhir hayatnya mengalami ikhtilath, haditsnya tetap diterima karena dua alasan. 1) Al-Imam Ibnu al-Shalah berkata:
عارم محمد  ابن الفضل اختلط بأخرةٍ، فما رواه عنه البخاري ، ومحمد بن يحيى  الذهلي، وغيرهما من الحفاظ ينبغي أن يكون مأخواً عنه قبل اختلاطه . اهـ .
“Arim Muhammad bin al-Fadhal (Abu al-Nu’man), mengalami ikhtilath pada masa akhir hayatnya. Sedangkan hadits yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muhammad bin Yahya al-Dzuhli dan para huffazh, hendaknya diambil darinya sebelum ikhtilath.” (Muqaddimah Ibn al-Shalah, hal. 426).
Bahkan al-Hafizh al-‘Iraqi berkata:
وكذلك ينبغي أن يكون من حدث عنه من شيوخ البخاري ومسلم.اهـ.
“Demikian pula orang yang menerima hadits dari Abu al-Nu’man dari guru-guru al-Bukhari dan Muslim (hendaknya dianggap menerima sebelum ikhtilath).” (al-Taqyid wa al-Idhah, hal. 462).
Sementara al-Darimi, perawi hadits di atas, termasuk guru-guru al-Bukhari dan Muslim. Berarti al-Darimi menerima hadits tersebut sebelum Abu al-Nu’man ikhtilath. Kalau al-Albani mendha’ifkan riwayat di atas, karena alasan Abu al-Nu’man, berarti al-Albani harus mendha’ifkan pula hadits-hadits Shahih al-Bukhari yang melalui jalur Abu al-Nu’man. Bukankah Abu al-Nu’man trmasuk perawi Shahih al-Bukhari?
2) Terkait ikhtlathnya Abu al-Nu’man, al-Dzahabi telah mengutip pembelaan al-Daraquthni yang menegaskan dalam Mizan al-I’tidal (4/8), bahwa setelah Abu al-Nu’man mengalami ikhtilath, tidak nampak hadits-haditsnya yang munkar. Karena itu, ia harus tetap dikatakan tsiqah. Oleh karena itu, mendhaifkan hadits di atas dengan alasan Abu al-Nu’man harus ditolak. Yang lucu, al-Albani dalam bukunya al-Tawassul (hal. 128) mengutip pernyataan Ibnu al-Shalah bahwa Abu al-Nu’man termasuk perawi yang ikhtilath. Tetapi al-Albani, tidak mengutip pernyataan Ibnu al-Shalah yang menjelentrehkan persoalan bahwa ikhtilathnya Abu al-Nu’man tidak berpengaruh terhadap hadits-hadits al-Bukhari, al-Dzuhli dan para huffazh kibar. Jadi al-Albani, panutan Anda, memang lucu.”
WAHABI: “Maaf, seandainya Abu al-Nu’man memang tetap tsiqah, dan ikhtilathnya tidak melemahkan terhadap hadits di atas, dalam hadits di atas terdapat illat lain, yaitu Sa’id bin Zaid, yang menjadi perbincangan para ulama. Karena itu, Syakh al-Albani, panutan kami, melemahkan hadits di atas karena alasan Sa’id bin Zaid tersebut.”
SUNNI: “Maaf ya, panutan Anda, Syaikh al-Albani tidak jujur mengenai Sa’id bin Zaid. Ketika Sa’id bin Zaid meriwayatkan hadits mengenai tawasul dan tabaruk, sebelum dalam hadits di atas, al-Albani mendha’ifkannya. Tetapi ketika Sa’id bin Zaid meriwayatkan hadits yang tidak menyangkut tawasul dan tabaruk, al-Albani menilainya perawi yang haditsnya hasan. Kalau tidak percaya, coba Anda cek dalam kitab al-Albani, Irwa’ al-Ghalil juz 5 hal. 338. Jadi, dalam beragama, Anda jangan mengikuti orang yang tidak jujur seperti al-Albani. Ikuti saja Ahlussunnah Wal-Jama’ah dan ahli hadits. Jangan ikut wahabi.”
WAHABI: “Maaf, Syaikh al-Albani mendhaifkan hadits di atas, juga karena ada perawi yang bernama Amr bin Malik al-Nukri. Jadi masih ada alasan lagi, selain dua alasan bohong tadi. Kalau yang ini, Syaikh al-Albani pasti benar.”
SUNNI: “Saya sudah bilang, al-Albani tidak dapat dipercaya. Dalam kitab al-Tawassul, al-Albani melemahkan hadits di atas, juga karena alasan Amr bin Malik al-Nukri. Tapi dalam kitab yang lain, al-Albani justru menilai Amr bin Malik al-Nukri seorang perawi yang tsiqah. Kalau tidak percaya, Anda cek kitab Silsilah al-Ahadits al-Shahih juz 5 hal. 608. Di situ al-Albani menganggap Amr bin Malik al-Nukri sebagai perawi tsiqah. Bahkan dalam ta’liq kitab Fadhl al-Shalah ‘ala al-Nabi shallallahu ‘alayhi wasallam, hal. 88, al-Albani menilainya tsiqah juga. Karenanya, jangan coba-coba kamu percaya sama al-Albani, pasti kamu diakali. Apalagi para pengikut al-Albani yang di Indonesia, hati-hati dengan mereka.”
Setelah si Wahabi tadi membuka kitab-kitab al-Albani yang ditunjukkan tadi, ia terbelalak. Betapa selama ini al-Albani telah banyak membohonginya. Akhirnya ia bertanya, “Menurutmu, hadits di atas bagaimana?”
SUNNI: “Hadits di atas nilainya hasan atau shahih.”
WAHABI: (semakin ragu-ragu dengan al-Albani dan murid-muridnya).
Wassalam
Muhammad Idrus Ramli
Simak Juga
NU-Wahabi Bersatu, Mungkinkah?
Wahabi Haramkan Maulid, Tapi Wajibkan Peringati Kelahiran Pendirinya
Islam Tradisi vs Wahabi Anti Tradisi
Dalil Do’a Bersama dan Ucapan Amiin Setelah Pengajian
Rutinan Dzikir Bersama dan Tahlilan Dengan Satu Suara
Kecerobahan Wahabi yang Membid’ahkan Do’a rutin setelah Shalat
Jawaban Terhadap Wahabi yang Anti Tahlilan