Ciplak dari :
Blog ameno world
Kuantan, 4 Jan 2016 - Fenomena laut merah di di Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam, Kuantan akhirnya terjawab. Dengan beberapa bukti penemuan dari beberapa saksi yang ditemui oleh pasukan khas menyiasat punca kejadian telah dapat menyelongkar sebab sebenar kenapa beberapa perairan di sekitar Kuantan bertukar warna baru-baru ini.
Data Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan (FENOMENA) memperlihatkan nisbah tiga daripada 100 pekerja asing yang disaring di sekitar Kuantan telah (gemar) meludah sireh merata-merata di sekitar pelabuhan dan kawasan kediaman mereka sejak datang bekerja di Kuantan pada tahun lepas.
Ketua Penyiasat FENOMENA Datuk Seri Maha Sui menjelaskan pihaknya berjaya mengenal-pasti beberapa pekerja asing yang mempunyai tabiat buruk meludah sireh di kawasan pelabuhan.
"Ini cuma yang sah. Cuba bayangkan pekerja asing yang memang tidak ada permit, berapa ramai yang suka meludah sireh," katanya dengan kesal.
Maha Sui turut berkata tabiat suka meludah sireh merata-rata di kalangan warga asing sudah terlalu kronik sehingga menyebabkan pencemaran di sekitar Kuantan termasuklah di sekitar jalan raya dan pantai.
Maha Sui berharap dengan laporan siasatan tersebut, kerajaan dapatlah mengharamkan penjualan sireh dalam negara dan fatwakan kegiatan menyireh sebagai haram kerana mengundang pencemaran dan mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar di negeri berkenaan - BERNIPU.
TV3 turut melaporkan perkara yang sama tadi ;
Ini pula bukti bahawa pelabuhan Kuantan tidak tercemar dengan bauksit. Sebaliknya mat-mat warga asing p meludah sireh ramai-ramai dalam laut.
Bahkan kat kawasan yang berhampiran tempat kerja/tinggal warga asing neh pun penuh dengan sireh sehingga pernah berlaku banjir sireh suatu ketika dahulu.
Lihat bukti ;
Moga-moga siapa yang suka fitnah kegiatan perlombongan bauksit punca utama pencemaran di Kuantan akan bersegera insaf. Sireh buat hal, bauksit pula dapat nama.
Kesian bauksit.. sapa la yang dengki kat korang kan..
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej