Malam tadi saya diajukan soalan maut oleh seorang peserta diskusi politik kampung.
Seorang cikgu bertanya dengan yakin dan agak emosi...
" Kenapa Haji Hadi berkeras nak bawa cadangan RUU 355 ke parlimen. Menyebabkan pakatan rakyat pecah. Adakah tidak cerdik presiden pas ini berkeras kerana tertipu dengan umno apabila ada menteri umno kata nak sokong. Pas ni selalu kena tipu oleh umno, tak serik ke? Atau memang betul nak bergabung? " aju soalannya dengan sedikit emosi dan mendapat tepukan semagat dari rakanya...
Saya agak gelabah dengan suasana dan gaya soalan ini..... saya diam seketika, mereka mula boo saya.
Saya mula dengan " Tuan-tuan.......
Bila kita ada peluang kita cuba. Jika tidak , sampai bila kita tidak akan capai. Macam masuk pilihanraya, kita sudah tahu kita tidak akan menang semasa itu, tapi akan datang kita punyai peluang. Jika kita tidak masuk piliharaya, macamana kita nak menang?Jangan hukum ini kerja bodoh. Ini proses peraturan, tanggungjawab dan dakwah.
Seorang bilal yg laung azan memang tahu laugan azannya macam biasa hanya hanya 3 orang sahaja biasanya yg hadir berjamaah. Tapi kenapa dia tetap laungankan azan?, sebab tangungjawab dan seruan dakwah yg berpanjangan. Lama kelamaan penuh masjid.
Kita seorang muslim yakin sungguh dengan janji Allah, walaupun banyak kali kita berdoa, tidak termakbul doa kita ketika itu, kenapa kita terus berdoa? Kenapa? Sebab kita beriman dan yakin dengan pertolongan Allah.
Adakah boleh kita kata berdoa ini kerja bodoh? Doa kamu sia-sia !.......
Saya berhenti di situ dan tiada lagi booo dari kumpulan mereka .
Alhamdulillah, mungkin mereka boleh menerimanya....
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=181595025529627&id=100010373916353
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej