Baca yang ini pulak. Dan, jangan lupa untuk komen..
____________________
KES LGE LAWAN UNH MENYERLAHKAN LAGI SIKAP HIPOKRIT LGE DAN DAP
OLEH: MAZLI NOOR
Timbalan Presiden
Ikatan Ilmuwan Nasional (Ilmuwan)
20 Januari 2016
Penyelesaian luar mahkamah kes saman Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng (LGE) terhadap Ketua Penerangan PAS YB Ustaz Nasrudin Hassan (UNH) pada Isnin 18 Januari 2016 lalu sebenarnya mendedahkan beberapa lagi fakta yang menarik bagi tatapan rakyat Malaysia. Sebagai ulangan, saman LGE itu adalah terhadap artikel FB UNH yang bertajuk “Apa beza KIDEX dan Penang Tunnel?”.
Dalam fakta kes disebut bahawa projek tersebut akan menelan belanja sebanyak RM4.6 billion untuk panjang terowong 6.3 kilometer. Ini manurut UNH terlalu mahal dengan tidak logik. Mengikut akhbar The Edge melaporkan pada 11 Januari 2016, kos sebenar projek tersebut adalah RM6.3 billion yang melibatkan pembinaan tiga jajaran lebuhraya dan juga terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer. Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan jumlah kos pembinaan projek tersebut. Apa yang lebih menarik bagi saya adalah fakta lain yang menyerlahkan lagi sifat hipokrit LGE dan DAP.
Menurut laporan The Edge pada 11 Januari 2016, consortium yang dikurniakan projek tersebut adalah Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG). Mengikut terma yang dilaporkan, CZBUGG akan dibayar dengan tanah yang, secara logiknya, mempunyai nilai komersial semasa atau masa hadapan yang sama atau lebih tinggi daripada RM6.3 billion. Namun untuk memaju tanah-tanah komersil tersebut CZBUGG menubuhkan dua usahasama dengan syarikat Ewein Berhad (EB). Usahasama ini adalah pada pegangan 40% oleh CZBUGG. Syarikat usahasama ini akan memajukan tanah-tanah ini dan pulangannya akan digunakan untuk membayar kontraktor utama projek iaitu China Railway Construction Corp Ltd (CRCC). Juga dilaporkan bagi memenuhi tuntutan aliran tunai, CZBUCG bercadang untuk mengurangkan lagi pegangan mereka dalam usahasama tersebut kepada 20% pada masa hadapan. (Lihat Rajah 1).
Berdasarkan analisa, didapati pengalaman EB dalam bidang hartanah adalah amat mencurigakan. Mengikut maklumat daripada laman sesawang EB, aktiviti utama EB adalah sebagai pengeluar dan pembuat fabrikasi kepingan besi, ajuan dan ajuan suntikan. Dengan tiada pengalaman langsung dalam bidang hartanah, apakah EB mampu untuk memajukan tanah-tanah komersil yang bernilai tinggi ini? Perlu diingat bahawa satu-satunya sumber dana CZBUCG untuk membayar kos pembinaan projek adalah hasil jualan komersil hartanah tersebut. Adakah EB mampu untuk memajukan hartanah tersebut ke tahap nilai sekurang-kurangnya RM6.3 billion? Sekiranya ianya gagal, bagaimanakah CZBUCG boleh melunaskan kos projek?
Bukan setakat itu, apa yang lebih membimbangkan ialah EB adalah pemegang saham majoriti didalam usahasama tersebut pada 60% dan akan bertambah kemudiannya kepada 80%. Oleh kerana pembiaya utama projek adalah syarikat usahasama CZBUCG dan EB, maka dengan kata lain keseluruhan projek ini akhirnya akan menjadi hak milik EB. Mampukah sebuah syarikat pembuatan besi dan tiada pengalaman langsung dalam pembinaan lebuhraya dan terowong dan bidang hartanah melaksanakan keseluruhan projek ini. Kalau sebelum ini DAP lantang mengkritik pihak lain kerana menganugerahkan projek-projek mega kepada syarikat-syarikat yang tiada pengalaman, mengapa sekarang LGE dan DAP dengan hipokrik mengamalkan perkara yang sama? Siapakah dibelakang CZBUCG dan EB sehingga mereka diberikan keistimewaan begini? Laporan Amresearch pada 9 September 2013 juga ada menyatakan bahawa antara syarikat lain yang turut bersama menyertai tender projek ini adalah IJM, WCT, Gamuda and MRCB. Ini merupakan nama yang sudah terkenal dalam bidang pembinaan, terutama Gamuda yang juga kontraktor yang menyiapkan terowong SMART. Mengapakah mereka ini tidak dipertimbangkan? Apakah kelebihan yang ada pada CZBUCG dan EB?
Sikap hipokrit LGE dan DAP juga terserlah dalam isu konsesi tol yang diberikan kepada CZBUCG selama 30 tahun. Mengapa LGE dan DAP bersikap “double standard” dengan menentang dengan lantang amalan tol di lebuhraya-lebuhraya Malaysia tetapi menerima kutipan tol untuk projek yang dimiliki sendiri kerajaan Pulau Pinang. Apa yang lebih pelik adalah mengikut laporan Amresearch, 9 September 2013, kos pembinaan terowong ini akan dibiayai dari dana pembangunan tanah-tanah komersil yang akan dibangunkan oleh usahasama CZBUCG dan EB. Jadi mengapa perlu ada lagi kutipan tol. Untuk apakah kutipan tol itu selain daripada hanya untuk membebankan rakyat.
Projek terowong Pulau Pinang adalah amat mencurigakan. LGE dan DAP sebenarnya berhutang banyak penjelasan-penjelasan kepada rakyat berkenaan kedudukan dan pelaksanaan projek ini. Dalam masa yang sama rakyat juga berhak dan sepatutnya menuntut lebih maklumat berkenaan projek ini yang mana perlaksanaannya dalam keadaan amat tergesa-gesa. Kebenaran harus dituntut daripada LGE dan DAP.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej