1MDB JUAL NEGARA? OK, INI PENGALAMAN AKU JUAL NEGARA ORANG.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1126286524049726&id=100000051666675
(cerita ni panjang. Baca bila rajin)
Aku dulu 2010 pernah kerja skejap dgn company developer. Ofis kami Satu bangunan dengan ofis Arul Kanda 1MDB yg skarang tu. Kat bangunan Menara IMC sbelah Concorde hotel tu. Kami tkt 17. 1MDB tkt 8. Tapi masa tu 1MDB tak wujud lagi.
Kami jual tanah di UK. Lokasi tanah di Folkestone, Kent. Jarak tanah tu 2kilometer dari Folkestone Euro Tunnel Station.
Business mcm ni org panggil "Land Banking". Bagi aku masa tu bisnes model mcm ni sesuatu yg baru. Selama ni ingat orang beli tanah terus dapat geran tanah. Tapi bisnes model mcm ni lain sikit.
Stage 1
2-3 years of research on a particular potential land will be conducted. At the same time, analyses the demand of the land for residential or industrial needs for further development.
Stage 2
Upon confirming the potential of the land, the company will acquire the land. Bahagikan kepada plot-plot. So masa ni lah kerja aku cari investor masuk.
Stage 3
The company will convert the land title and develop a master development plan.
Stage 4
Actively look for potential developer / buyer and sell the land with development plan to yield return.
Ok. Harap korang faham la serba sikit.
Tanah yg kami jual di Folkestone masa tu hanya berstatus "greenland". Maksudnya tanah kosong yg belum ada ada2 pembangunan pelan atasnya lagi. Kalau tengok kat Google Earth pun tanah ni masih hijau. Ada rumput atas tu. Macam dalam iklan rokok Kent dulu tu.
Kami jual by plot. Satu plot 10kaki x 10kaki persegi. Besar meja makan mamak. Tapi harga dia RM15k satu plot!!
Apa kelebihan beli tanah ni?
Sebab nilai hartanah di UK amat tinggi. Britain size kecik sikit je dari Semenanjung Malaysia, tapi kepadatan penduduk dia 70juta org. Malaysia campur sabah sarawak baru 30juta.
RM15k utk 10kaki persegi sbenarnya murah. Sekiranya baru ada pelan pembangunan sahaja atas tanah tu, nilai dia akan naik 5 kali ganda. Bayangkan jika pembinaan dah start dari Fasa 1 - Fasa Terakhir? dari Rm15k silap2 boleh sampai Rm250k. Sebab our company estimate bila tempoh matang (5tahun) kenaikan insyallah mencecah 150% ke atas.
Tapi, nak jual kat orang Malaysia agak susah sebab:
1: client tak pernah pergi dan tengok tanah tu. Susah nak gain kepercayaan. Aku yg jual sendiri pun tak pernah jejak kaki kat sana lagi.
2: client tak dibenarkan buat apa2 atas tanah tu. Hanya developer sahaja yg boleh majukan tanah tu.
3: client nak pegi tengok tanah pun agak susah sebab kos tinggi. Kecuali kalau beli 5plot, company akan sponsor ticket utk ke sana.
4: lain lain lagi.
Cabaran yg paling susah adalah Trustee. Trustee utk tanah tersebut pada masa tu hanyalah sebuat company Guaman yg base dia dia Ireland.
Trustee ni guna dia untuk jaga kepentingan client. Maksudnya kalau apa2 terjadi pada tanah tu samada landslide or penipuan, trustee akan pulangkan duit pokok pada client. Kira macam insuran or pemegang amanah la.
Walaupun begitu, orang kita susah nak percaya dan yakin untuk beli. Ada yg cakap, dah tau akan untung kenapa Company tak beli saja plot tu semua? Kenapa nak jual pada orang? Dan macam macam lagi. Biasalah orang kita..
Tapi masa tu personaly aku dapat close deal 5 plot. Hanya bermodalkan air liur dan Google Earth saja.
2 plot reject, sebab client minta balik duit deposit sebab dia kurang percaya.
For your info, skarang tanah tersebut bernilai RM125k. kira ok la kan?
Ok stop.
Aku crita pasal ni sebab aku nak crita pasal tanah 1MDB. Konsep perniagaan 1MDB ni lebih kurang macam company yg aku kerja dulu buat. Jual tanah pada org luar dgn tujuan lain utk tarik wang luar masuk.
Bagi aku, budak2 marketing consultant 1MDB agak senang jual sebab TRUSTEE dia bukan syarikat guaman mana-mana. Tetapi adalah Perdana Menteri Malaysia (KERAJAAN MALAYSIA).!!!
Ramai yg tak tahu, antara senior advisor dalam 1MDB adalah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Bekas Menteri Kewangan ke2. Dia ni la dulu Dr Mahathir pi kejar sampai UK utk ambik idea camna nak atasi krisis kewangan 1998 dulu. Mungkin ramai ingat "tambatan ringgit" dulu ni idea Dr Maharhir. Anda salah. Ok cukup.
Kalau la tanah yg aku jual dulu trusteenya adalah PM Britain sendiri. Hari2 pulak isu pasal tanah di di war2 dalam media dalam dan luar UK. Comfirm senang gila aku close deal!! Mesti cina2 yg aku jumpa dulu berebut2 nak beli. Tapi aku yakin,masa tu rakyat Britain tak sebodoh kita untuk cakap Kerajaan Britain jual negara!
Sebenarnya media dalam dan luar negara juga membantu mempromosi 1MDB ni. Walaupun banyak cerita pasal benda buruk. Perdana Menteri tak halang dan sekat. Mungkin sebab dia tau tu semua promosi free.
Pada yg cakap 1MDB jual negara pada company Cina tu aku nak tanya.
Company cina or yg lain2 tu boleh ke buat apa2 atas tanah tu? Depa nak pacak kayu buat pondok pun tak boleh tau!!!
Nasihat aku satu ja, kalau benda ni bukan bidang korang. Kalau boleh jangan memandai2. Nanti takut orang luar kata orang Melayu ni jenis bangsa bodoh.
Akhir kata,
"Dont wait to buy land, Buy land and wait.."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej