PENDEKATAN MENGHINA DAN MENGEJEK DALAM MENEGUR DAN MENASIHAT - IMAM GHAZALI
Cara menegur atau menasihat pada tahap yang ke 4 adalah 'menghina' dan 'mengejek' dengan kata-kata keras dan kasar. Cara ini digunakan ketika gagal menegur dan menasihat dengan cara lemah lembut dan lahir tanda-tanda awal bahawa pihak yang ditegur dan dinasihati akan berterusan melakukan perkara yang ditegah dan mempermainkan pengajaran dan nasihat. Sebagaimana ucapan Nabi Ibrahim (a.s):
أُفٍّ لَكُمْ وَلِمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ ۖ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
[Surat Al-Anbiya 67]
Seperti katanya (si tukang tegur atau pemberi nasihat): "Hai Dungu! Hai TOLOL! Hai Bodoh!Tidakkah engkau takut akan Allah?"
Namun cara ini perlulah dilakukan dengan 2 adab:-
1. Tidak menggunakan cara ini, kecuali setelah gagal dengan cara berlemah-lembut.
2. Hanya menyebut yang benar. Jangan berlebihan.
3. Singkatkan. Jangan diperpanjangkan.
(Imam al-Ghazali: Ehya Ulumiddin)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej