Pegawai tentera : Adakah kamu memerangi negara Italy?Umar Mukhtar : Ya
Pegawai tentera : Adakah kamu memberi semangat pd masyarakat supaya bangkit menentang?
Umar Mukhtar : Ya
Pegawai tentera : Adakah kamu sedar akan hukuman atas apa yg telah kamu lakukan?
Umar Mukhtar : Ya
Pegawai tentera : Adakah kamu mengakui apa yg telah kamu sebutkan?
Umar Mukhtar : Ya
Pegawai tentera : Sejak bila kamu memerangi pemerintahan Italy?
Umar Mukhtar : Sejak 20 thn.
Pegawai tentera : Adakah kamu mnyesal atas apa yg kamu telah lakukan?
Umar Mukhtar : Tidak
Pegawai tentera : Adakah kamu sedar bahawa kamu akan digantung?
Umar Mukhtar : Ya
Hakim mahkamah : Aku berasa sedih pada kesudahan kamu yg sebegini.
Lalu dijawab oleh Umar Mukhtar
"Malah bagiku inilah jalan yg paling afdhal utk aku akhiri hayatku"..
Kemudian pihak hakim cuba menukar keputusannya untuk memberi pengampunan am dengan syarat Umar Mukhtar perlu menulis risalah kepada para mujahidin supaya menghentikan jihad ke atas orang2 Italy.
Lalu Umar Mukhtar merenung kepada hakim, kemudian berkata padanya dgn perkataannya yang cukup mahsyur yang layak ditulis dengan tinta emas :
"Sesungguhnya jari telunjuk ini yang diangkat pada setiap kali solat
bagi menyaksikan bahawa
tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah,
mana mungkin sekali2 akan menulis satu kalimah yg batil !! " ..
Akhirnya Umar Mukhtar dihukum bunuh.. akan tetapi beliau tetap hidup di hati orang2 yang tahu menilai apa itu makna hak, kebebasan dan kemuliaan..
Sebaliknya pada hari ini berapa banyak jari2 telunjuk yang sanggup pula menulis kalimah2 yg batil ??!
Umar Mukhtar -- memang sangat layak dengan gelaran yang diberi
"Singa Padang Pasir" ..
Moral of the story, kehidupan di dalam menegakkan agama Tuhan ini
hanya mempunyai dua hal.
Kemenangan atau mati syahid.
Selagi negara kita diperintah oleh hukum hakam dari penjajah,
selagi itu negara kita tidak akan diberkati.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej