Teman ....
1. Kenapa hina aku ? supaya aku malu dengan perjuangan ini ? Ketahuilah bahawa aku bangga menggalas tanggungjawab perjuangan suci ini.
2. Kenapa fitnah aku ? Supaya aku tertekan dengan perjuangan ini ? Ketahuilah bahawa aku bahagia menempuh ranjau perjuangan suci ini.
3. Kenapa persenda aku ? Supaya aku kecewa dengan perjuangan ini ? Ketahuilah bahawa aku optimis terhadap masa depan perjuangan suci ini.
4. Kenapa ugut aku ? Supaya aku takut meneruskan perjuangan ini ? Ketahuilah bahawa aku sedia berkorban demi perjuangan suci ini.
5. Kenapa benci aku ? Supaya aku resah mengurus perjuangan ini ? Ketahuilah bahawa aku gembira melunas jadual perjuangan suci ini.
6. Kenapa ganggu aku ? Supaya aku berpaling meninggalkan perjuangan ini ? Ketahuilah bahawa aku menikmati kesukaran perjuangan suci ini.
7. Kenapa maki aku ? Supaya aku bersikap kasar dalam perjuangan ini ? Ketahuilah bahawa aku ditarbiyah dengan akhlak Islami untuk mendokong perjuangan suci ini.
8. Kenapa singkir aku ? Supaya aku terbuang dari perjuangan ini ? Ketahuilah bahawa aku tetap thabat dan istiqamah dengan perjuangan suci ini.
9. Kenapa khianat aku ? Supaya aku gugur dari perjuangan ini ? Ketahuilah bahawa aku terus memberikan wala' kepada perjuangan suci ini.
10. Kenapa jauhkan diri dari aku ? Supaya aku keseorangan dalam perjuangan ini ? Ketahuilah bahawa aku hanya mengharapkan Redha Allah swt dalam memangku amanah perjuangan suci ini.
Teman .....
Kenapa ?
Oleh Nasrudin Hasan
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej