Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, January 28, 2016

SEBAR VIRALKAN KENYATAAN DR. RIDHUAN TEE INI SUPAYA MEREKA YANG TERLAMPAU RASIS ITU SEDAR DIRI SIKIT

SEBAR VIRALKAN KENYATAAN DR. RIDHUAN TEE INI SUPAYA MEREKA YANG TERLAMPAU RASIS ITU SEDAR DIRI SIKIT.

Sekolah mana lebih rasis? (Sinar Harian, 25.1.16)

Insiden guru Melayu, Salina Daud, bertugas di SJKC Pai Chee, Mersing, yang ‘diserang’ oleh bapa murid ultra kiasu patut membuka mata semua. Walaupun insiden ini dikatakan ianya bukan isu perkauman, sorotan ceritanya tidak menampakkan sedemikian. Bolehkah bangkai gajah ditutup? Kasihan guru Melayu tersebut. Bayangkan jika guru Cina diperlakukan sedemikian di Sekolah Kebangsaan. Kiamat Malaysia!

Bila kena pada kita, cepat-cepat kata isu bukan isu perkauman, minta disenyapkan. Namun, bila kena pada ultra kiasu, kita rasis belaka kita, diulang-ulang sentiasa dalam akhbar mereka. Seolah-olah kitalah paling rasis, merekalah insan mulia. Contoh-contoh sebelum ini adalah bukti kukuh. Pengetua rasis, isu makan dalam bilik persalinan, yang dikatakan makan dalam tandas, dan banyak lagi. Politik apakah semua ini?

Apakah ianya tidak rasis, apabila guru besar ultra kiasu tersebut telah beberapa kali meminta guru tersebut meletakkan jawatan dan meminta Pejabat Pendidikan Daerah supaya memindahkan guru berbangsa Melayu daripada berada di sana. Alasannya, guru Melayu tidak layak mengajar di sekolah Cina. Tidak kompeten, malas dan tidak memberi kerjasama.

Saya tidak menuduh semua SJKC sebegitu, tetapi bagi sesiapa yang mengkaji dan mengikut perkembangan SJKC, persepsi sebegini memang suatu yang lumrah di kalangan mereka yang ultra kiasu.

Saya amat mengharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya bertegas. Jangan berpolitik lagi kerana laparkan undi. Pertama, guru besar tersebut tidak layak menjadi guru. Dia akan meracuni pemikiran murid menjadi rasis. Guru Melayu yang ditindas sepatutnya dikekalkan, bukan ditukar. Kehadiran mereka penting mengawasi ultra kiasu.

Kedua, kembalikan semula sekolah bantuan modal seperti dahulu. Setakat ini, kerajaan memberi layanan yang sama kepada semua sekolah walaupun tidak mendaulatkan agenda kebangsaan. Nasib Sekolah Agama Rakyat pula tidak menentu.

Ketiga, pengecualian GST terhadap 4 buah Sekolah Persendirian Cina baru-baru ini, hendaklah difikirkan semula. Percayalah. Berilah sebanyak manapun kemudahan, undi mereka tetap kepada ultra kiasu. Jangan haraplah mereka akan mengundi BN.

Keempat, kerajaan tidak boleh lagi tunjuk kepada tekanan parti politik dan NGO ultra kiasu. Sepatutnya, ultra kiasu yang tunduk kepada syarat kerajaan. Jangan biarkan mereka jadi kerajaan. Misalnya, guru bukan Cina yang mengajarkan di SJKC mesti boleh berbahasa Cina dan mendapat kredit dalam mata tersebut peringkat SPM.

Mata pelajaran sejarah yang pada awal arahan KPM diajar dalam Bahasa Melayu, akhirnya terpaksa tunduk diajar dalam Bahasa ibunda. Itupun mereka tidak puas hati. Mereka telah hantar memorandum supaya kerajaan mengubah silibus sejarah tersebut, kerana terlalu bersifat ‘kemelayuan’ apabila menceritakan tentang sejarah kemerdekaan. Hampir 100 ‘kesalahan’ dikenalpasti. Mereka juga mahukan pemimpin mereka turut diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. Siapakah yang paling ramai terkorban menentang British? Apakah komunis itu pejuang kemerdekaan?

Kelima, dalam memperkasakan agenda negara, pendidikan adalah asas. Kerajaan mesti bertegas, seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan Thailand dan Indonesia demi pembangunan negara bangsa. Hanya ada sekolah satu sistem.

SJKC yang dibina dan dibantu oleh kerajaan sepenuhnya hendaklah ditukar statusnya menjadi Sekolah Wawasan. Benar, buat masa ini Sekolah Wawasan yang menempatkan semua sekolah di bawah satu bumbung, tidak mendapat sambutan ultra kiasu. Atas alasan, jika banyak bercampur dengan Melayu, maka hilanglah penguasaan Bahasa Cina mereka. Mereka akan menjadi Cina pisang, bukan Cina tulen. Di manakah kita berada? Tongsan?

Keenam, pembinaan sekolah vernacular yang sentiasa bertambah dari setahun ke setahun perlu difikirkan semula. SJKC yang muridnya kurang daripada 100 hendaklah ditutup.

Ketujuh, kelas peralihan yang wujud sehingga ke hari ini hendaklah dihapuskan. Mereka yang gagal BM hendaklah dihantar ke kem pemulihan bahasa selama dua tahun. DBP boleh diamanahkan tugas tersebut.

Kelapan, sijil UEC tidak boleh diiktiraf selagi kurikulumnya tidak mematuhi kehendak KPM. Pembinaan peperiksaan dalam peperiksaan ke arah mewujudkan pembinaan negara dalam negara perlu dihapuskan segera. Ini adalah mentaliti komunis yang sangat bahaya.

Kesembilan, jangan biarkan Pakatan Harapan menang dalam PRU yang akan datang kerana lubuk ultra kiasu adalah di sana. Jika mereka menang, semua yang dibincangkan di atas akan terkubur.

Kesepuluh, siasatan juga hendaklah dibuat di SJKC yang lain, kerana saya pasti, sikap sebegini masih berleluasa dalam kalangan mereka. Tempatkan lebih ramai guru-guru Melayu di sana, supaya anak-anak mereka dapat dibimbing kepada lebih memahami siapakah yang dikatakan Melayu itu?

Kesebelas, jika Sekolah Kebangsaan boleh menerima Guru Besar (pengetua) bukan Melayu, kenapa SJKC tidak boleh menerima Guru Besar Melayu? Sekolah mana lebih rasis?

Akhirnya, sedarkah rakan sebangsa Cinaku, bahawa kerajaan (orang Melayu) sudah terlalu banyak bertoleransi kepada sekolah vernacular yang tidak pernah ada dalam dunia ini kecuali Malaysia. Masih tidak cukupkah lagi untuk menjadi orang Cina? Adakah kita mahu menjadi lebih Cina daripada Cina di negara China. Belajarlah bersyukur.

- Dr. Ridhuan Tee Abdullah

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej