Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, January 27, 2016

“How will this TPPA affects farmers? Do you have any case studies to back up your claims?”

Oleh : Mat Saman Kati

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1017413868305723&id=100001113585032

Hari ni hari jadi Chantal. Jenuh aku memikirkan apa yang special untuk sambut harijadi dia. Akhirnya aku bawa dia jalan-jalan cari makan.

Tengahari kami makan kat Restoran Ikan Bakar Tasik Raban. Lepas tu ronda-ronda kat Kuala Kangsar. Petang minum kopi O dan roti stim kat Double Lion.

Masa kat Double Lion, Chantal tanya aku. “How will this TPPA affects farmers? Do you have any case studies to back up your claims?”

“Damn good question.” Aku jawab. “Balik kepada paten dan hakmilik intelektual, petani terutamanya akan kehilangan hampir semua haknya. Katakanlah syarikat MSK International menghasilkan petai melalui genetic engineering dimana pokok petai tersebut boleh ditanam dalam pasu. Dalam masa enam bulan, dia dah mula berbuah dan menghasilkan buah yang sama panjang. Mata petai pun semua seragam.setiap papan ada 21 mata. Rasa dan baunya pun semua sama. Rasa ada unitnya sendiri dan bau pun boleh disukat dengan menggunakan peralatan tertentu. Kemudian aku patenkan petai tersebut.

Siapa saja yang menghasilkan petai seperti diatas, aku boleh saman..sebab sifat petai tersebut sudah jadi milik aku.

“That’ ridiculous.!”

“No, it is not. Dalam tahun 1985, satu paten telah dianugerahkan kepada Sungene, sebuah syarikat di India yang mengeluarkan biji bunga matahari yang mengandungi oleic acid yang tinggi.

Sungene memfailkan tuntutan baja bunga matahari yang mempunyai oleic acid yang tinggi adalah hakmilik intelektualnya.

Tuntutan tersebut terlalu am tapi dibenarkan. Sungene kemudian memberi notis kepada semua penanam bunga matahari, siapa yang menanam bunga matahari yang mempunyai oleic acid yang tinggi adalah melakukan kesalahan menciplak.”

“That’s crazy.!”

“Of course it is crazy. But those who agree with TPPA are much crazier.” Aku jawab. “Dalam memfailkan sesebuah paten, sesebuah syarikat itu boleh memohon perlindungan hakcipta terhadap sesuatu tumbuhan itu. Termasuk bahagian makro seperti .bunga, buah, daun dan biji. Termasuk juga bahagian mikro seperti sel, baka dan plasmids.”

“Oh my God. But that’s in India. You know la..Indian judiciary is very elastic.”

“Itu la yang aku takut. Kat Malaysia ni..sapa yang lawan kena tangkap. Sapa yang repot kena cekup. Sapa yang mendakwa kena simen. Sapa yang jadi saksi, hilang. I bet you, bila TPPA ini ditandatangani, sapa pun tak berani lawan. Takat demo selfie boleh la.”

“So how? We need science and technology to move forward, right?

Aku order lagi satu kopi O extra kaw. Aku perlukan sesuatu untuk berfikir. Kalau kat kandang..boleh balun jus pisang. Nak bangkang dan cari salah orang..senang. Nak cari idea alternatif...mampuih.

“Kita perlu mendefinisisemulakan banyak perkataan. Sains dan teknologi selalunya dikaitkan dengan apa yang dihasilkan oleh saintis dan teknologis. Dan pembangunan atau kemajuan dilihat menerusi apa yang sains dan teknologi hasilkan.

Saintis dan teknologis selalunya adalah mereka yang dilatih di Barat. Kalau dia dapat mengkaji dan mengenalpasti lima jenis pokok hutan dalam tesis PhDnya,  dia dah boleh dipanggil Dr. atau saintis. Tapi orang Asli yang mengenali lebih seratus jenis pokok dan kegunaanya, sampai bila-bila pun dianggap tak sekolah.

Beratus tahun, Orang Asli jaga hutan dengan baik walaupun tak kesekolah. Tapi bila hutan diurus oleh mereka yang ‘pandai’, hancur.

Siapa saintis dan teknologis sebenarnya? Kemajuan sepatutnya membawa kesenangan dan kebahagiaan kepada rakyat. Tapi bila rakyat makin susah, jurang miskin kaya semakin melebar, itu bukan kemajuan.

“Whoa.. It’s getting complicated. What shall we do?” tanya Chantal.

“Deconstruct and reconstruct. Unlearn and relearn.
Be a butterfly..not just caterpillar.”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej