Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, June 1, 2016

menang dalam kebatilan, kalah dalam kebenaran

menang dalam kebatilan,  kalah dalam kebenaran

Ku lebih suka memilih kalah semasa berjuang demi kebenaran di sisi Allah dan RasulNya.

Kita sedang hidup di zaman yg mana haq dan kebenaran sering "kalah" dengan kebatilan.
Kebatilan sering menang dengan sebab mereka merancang dan tersusun pergerakkan mereka.
Kebenaran sering kalah kerana tidak terurus dan tidak tersusun.

Kata pepatah "kebenaran baru nak pakai kasut,  padahal kebatilan sudah sempurna mengelilingi dunia"
Pepatah ini memang benar sekali .

Org yg berjuang di jalan Allah dan Rasul, tidak boleh berserah begitu saja tanpa membuat persiapan dan mengatur strategi.

Allah telah memberi peringatan .... "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri mengubahnya"

Sekiranya Allah nak bagi kemenangan 100% tanpa usaha dan susun-atur , sudah tentu Allah dah bagi kemenangan di zaman Nabi dan sahabat.  Tapi hakikatnya, Nabi dan sahabat lah yg banyak berkorban nyawa, harta dan masa untuk Islam.

DAP 'memberi arak' kepada sesetengah bekas ahli PAS sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (AMANAH)

DAP 'memberi arak' kepada sesetengah bekas ahli PAS sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (AMANAH).

-Us Nik Mohamad Abduh

Ana denga je ucapan us Nik melalui TV semalam tapi tak ada pulak faham kepada zahir ayat kerana yang ana faham maksud 'diberi arak' tu digula-gulakan atau dijanjikan dengan kedudukan yang lebih baik atau sesuatu habuan dalam politik etc bukan maksud arak real yang dituang ke dalam cawan dan diberi minum kepada professional PAS sehingga tertubuh Amanah.

Tapi ternyata maksud yang kedua (zahir ayat) itulah yang diguna pakai orang-orang Amanah dan dijadikan bahan membelasah Us Nik...

Adoi..ni lah bahana bila tidak menguasai ilmu-ilmu sastera ni. Punca tak belajar balaghah dan tak faham bahasa-bahasa majazi ni lah antara sebab golongan ni tergamak menghina para ulama dan ilmuan yang mempraktikkan bahasa-bahasa kiasan dalam pertuturan mereka.

Semoga Allah memberi mereka kefahaman.

PERBAHASAN UCAPTAMA KETUA DPPM OLEH WAKIL TERENGGANU - PELAKSANAAN SYARIAH BERPERLEMBAGAAN

*PERBAHASAN UCAPTAMA KETUA DPPM OLEH WAKIL TERENGGANU - PELAKSANAAN SYARIAH BERPERLEMBAGAAN*

Oleh : Ustaz Syeikh Muhammad Hanafi Abdul Aziz
Susunan : Zul Shawal

الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu".

*Mempertahankan dasar dan kepimpinan pas*

Memahami dasar PAS, dibina PAS diatasnya, digembeling seluruh daya dan upayanya untuk menjayakannya. Dicurahkan yang mahal dan yang murah demi kerananya. Dasar yang membentuk jati dirinya dan mewajahkan perwatakannya, ianya adalah Islam yang syumul, yang berpaksikan alQuran, asSunnah ijma' dan qias yang terang.

Islam yang merupakan satu-satunya cara hidup yang diredhai oleh Pemilik buana ini.
ان الدين عند الله الاسلام

ومن يبتغى غير الاسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الاخرة من الخاسرين
"Islam yang bukan sahaja berkait  dengan dunia bahkan akhirat, akarnya teguh berpasak ke bumi pucuknya tinggi menongkak akhirat".

Seperti ungkapan parajurit mulia Rub'ie bin Amir r.a:
نحن قوم ايتعثنا الله لنخرج من شاء من عبادة العباد الى عبادة رب العباد ومن جور الاديان الى عدل الاسلام ومن ضيق الدنيا الي سعة الاخرة
"Islam yang mencakupi politik, sosial, ekonomi bahkan seluruh aspek kehidupan, yang kita bukan sahaja diperintahkan hidup dengannya bahkan mati dengannya.

ولا تموتن الا وانتم مسلمون

Islam yang bukan bersifat eksperimental dan teori semata-mata bahkan telah terbukti adil dan benarnya secara praktikal, memenuhi 2/3 bumi dengan cahayanya. Mengubah bangsa Arab daripada hamba kepada raja, dari jiwa kebinatangan sehingga kepuncak kemanusiaan. Menganugerahkan kepada dunia tamadun ilmu, kemanusian dan kebendaan yang tidak ada tolak bandingnya.

Justeru Islam yang satu ini dikepung dan dihasadi sepanjang zaman.

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا مِّنَ الْمُجْرِمِينَ ۗ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ هَادِيًا وَنَصِيرًا
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka)".

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya".

Kendati pun begitu, Islam yang sebegitu syumul dan mulia ianya didokong oleh manusia, justeru ia mengalami pasang surut, dan sesekali dipuncak sesekali dibawah.

Sabda Nabi S.A.W :
الا ان رحى الاسلام دائرة فدوروا مع الاسلام
"Ia bersifat sedemikian kerana bukan kerana kekurangan dan kelemahannya tetapi kerana kekurangan dan kelemahan pendokongnya yg seterusnya menguatkan musuh-musuhnya".

Namun ia tidak akan sekali boleh dipadamkan cahayanya dan dihapuskan petunjuknya.

Masakan begitu, padahal ianya datang dari sisi yang empunya langit dan bumi;

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (32)هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
"Oleh kerana itulah kejatuhannya disusuli dengan kebangkitan, kehinaaanya diganti dengan kemuliaan, ianya adalah janji Rasulullah".

لا تزال طائفة من امتي ظاهرين علي الحق لا يضرهم من خالفهم حتى يأتي الله بامره

Di rantau ini PAS adalah gerakan yang dijanjikan itu insyaallah. Memaktubkan Islam yang syumul serta bertunjangkan alQuran, asSunnah, ijma' dan qias menjadikan ia layak untuk dianggap sebegitu.

Justeru ia menempuh jalan yang panjang dan sukar sebagaimana yang dinyatakan Allah.

كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ
"Jika sekiranya apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) berupa matabenda  yang dekat, dan satu perjalanan yang sederhana jauhnya, nescaya mereka akan mudah menurutimu; tetapi ianya adalah perjalanan yang jauh dan dipenuhi ranjau dan duri".

Justeru juga ia diserang musuh dari luar dan dalam. Yang diluar merobek usahanya manakala yang dalam cuba merobek dan merosak dasarnya..

Memahami betapa PAS adalah jamaah harapan ummah di rantau ini, dan ia akan terus kekal berstatus begitu. Selagi dasar Islamnya utuh mendasari pergerakannya, maka mempertahankan dasar Islamnya adalah sepenting-penting tugas buat pendokongnya khususnya pemuda.

Pelbagai cara untuk merobek dasarnya telah, sedang dan akan terus berlaku. Sebahagiannya telah berjaya dikesan dan dinyahkan namun percayalah musuh terus mengintai peluang-peluang baru. Pemimpin boleh datang dan pergi namun dasar ini harus tetap mendasari PAS selamanya.

Kesungguhan pendokong PAS mempertahankan dasar Islam ini, terakam jelas tatkala gagasan kepimpinan ulama mulai dipraktiskan. Sekalipun ada antara  golongan yang menjadi perintis kepada gagasan ini, kini memjadi musuh terhadap apa yg mereka perjuangkan dahulu.

Namun gagasan ini jelas menjamin dasar Islam terus terpelihara dan subur. Memandu parti yang tercinta ini. Pertahan kepimpinan ulama bukanlah retorik semata, namun ianya berasaskan kepada pengalaman gerakan Islam seluruh dunia, betapa ulama walau ada kelemahan disana sini, sempurna dan maksum jauh sekali, namun kalangan mereka paling sedikit dan jarang yang menjual perlawanan.

Lihatlah apa yang berlaku pada Parti Alistiqlal di Moroco, Muslim League di Pakistan dan lain-lain, apabila bukan ulama yang memimpin mereka mulai menjual perlawanan. Mengubah dasar dan matlamat perjuangan, mengkhianati jerit perih orang-orang yang terdahulu.

Apakah pengalaman ini tidak memadai untuk mengajar kita mempertahankan gagasan kepimpinan ulama?

Lebih-lebih lagi setelah kita melihat ditahun-tahun kebelakangan ini, dengan segala badai ujian, cercaan yang datang. Kepimpinan kita bukan sahaja tidak menjual perlawanan, bahkan tegap kuat dengan prinsip dan dasar perjuangan.
Membujur lalu melintang patah, menjunjung padu perintah Allah.

Maka Terengganu dengan ini menyeru kepada seluruh perwakilan untuk pertahankan dasar dan kepimpinan ini sekalipon darah yang jadi taruhannya.

Sidang muktamirin yg dirahmati Allah.

Dalam memperkatakan tentang usaha PAS memartabatkan pelaksanaan syariah dengan menyulusuri lunas-lunas perlembagaan pula.

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu memulakannya dengan memanjatkan syukur kehadrat Allah dan sekalung tahniah kepada seluruh kepimpinan dan pendokong pas di semua peringkat di atas kejayaan Tuan Guru Presiden membawa RUU bagi menambah bidang kuasa mahkamah syariah.

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
"Katakanlah (wahai Muhammad) , dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka  hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".

Semua yang berada di dewan yang mulia ini pastinya sedar dan ingat betapa kita semua membesar dalam suasana perundangan syariah asing di mata masyarakat.

Dihina dan dicaci oleh pemimpin negara yang kononnya kini dianggap negarawan. Ditakut-takutkan kepada yang bukan Islam dan pada si muslim diputar belit serta disembunyikan kebaikannya.

Namun dengan usaha yg berterusan, istiqamah dan sabar akhirnya membuahkan hasil.

Kini ianya mulai menggegarkan puncak tertinggi legaslatif negara, ianya benar-benar kejayaan dan sinar positif untuk perjuangan kita selama ini.

Salakan-salakan yang terus bersahutan dan berselang seli dengan suara katak dan buaya jangan dibiarkan terus

share

Puak ph kata Tghh cakap berbeli belit ?

Puak ph kata Tghh cakap berbeli belit ?

Orang Islam tidak boleh buat hukum @ undang2 khusus utk orang Islam sendiri, sebab apa???

Orang Islam tidak boleh buat hukum @ undang2 khusus utk orang Islam sendiri, sebab apa???....ni jawapannya

1. Sbb tokey2 judi, tokey rumah urut, tokey pub dan disco semuanya adalah penyokong mca, gerakan dan dap. Kalau buat undang2 khusus, orang Islam takut nk masuk....
2. Penjahat di kalangan orang beragama Islam makin berkurangan, maka susahlah para tokey2 tu nk cari makan yg menjadikan orang Islam sebagai kuli.
3. Bila org Islam di Malaysia makin baik, depa akan lebih maju dan bakal menguasai ekonomi. Ia bakal menggugat kepentingan tokey2 yg skrg ni menguasai ekonomi.
4. Kami (dap, mca, gerakan & mic) tak mahu orang Islam di Malaysia jadi baik.

PETANG KHAMIS DI PARLIMEN, SUBUH JUMAAT DI MASJID RUSILA

PETANG KHAMIS DI PARLIMEN, SUBUH JUMAAT DI MASJID RUSILA

Selepas pulang dari pembentangan usul pindaan di bangunan Parlimen khamis lepas, Ayah Chik terus bergegas pulang ke Terengganu. Itulah beliau. Akan cuba pastikan dirinya berada di Rusila pagi Jumaat. Walau sesibuk manapun jadualnya, selagi kudrat masih mampu bertahan dan jasad masih di bumi Malaysia, beliau akan tetap menyampaikan ilmu buat semua penuntutnya dari segenap Malaysia di meja kuliah masjid Rusila.

Subuh Jumaat Ayah Chik sudah berada di Rusila. Beliau memimpin solat jemaah kami warga qaryah. Saya menghayati setiap ayat yang dibaca Ayah Chik. Dengan bacaan dalam solatnya, saya boleh meneka apa yang sedang beliau fikirkan.

Sebenarnya tidak susah untuk ketahui moodnya. Kita boleh tahu samada dengan bersembang, atau mengamati kuliah dan solatnya. Tengok sahaja ayat apa yang dipetik, itulah yang sedang bermain dalam perasaannya. Hidupnya tidak pernah berenggang dari al-Quran.

Pagi itu Ayah Chik memilih surah Ali Imran bermula ayat 26. Permulaan ayat mengandungi unsur politik. Hakikat kekuasaan tuhan yang mampu memberikan kerajaan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Firman Allah:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ ۖ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ ۖ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
[Ali imran:26&27]

Sambungan ayat tersebut, adalah amaran tuhan dari menjadikan orang-orang kafir sebagai penasihat dan pembantu. Firman Allah:
"لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."
[Ali Imran:28]

Ayah Chik menyambung lagi ayat seterusnya. Kali ini Allah memperingatkan orang-orang munafik. Walaupun zahirnya mereka tidak menentang hukum Islam, tetapi Allah tahu apa sebenar tujuannya:
"قُلْ إِنْ تُخْفُوا مَا فِي صُدُورِكُمْ أَوْ تُبْدُوهُ يَعْلَمْهُ اللَّهُ ۗ وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

يَوْمَ تَجِدُ كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ مِنْ خَيْرٍ مُحْضَرًا وَمَا عَمِلَتْ مِنْ سُوءٍ تَوَدُّ لَوْ أَنَّ بَيْنَهَا وَبَيْنَهُ أَمَدًا بَعِيدًا ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ

(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya.

[Ali Imran:29&30]

Ayah Chik sambung lagi sehingga ayat ke 32. Pada bahagian akhir ini, Allah mengajak hamba-hambaNya untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. FirmanNya:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.
[Ali Imran:31&32]

Walaupun saya tidak berada dalam dewan rakyat, tapi melalui alunan kalam-kalam tuhan dari mulut beliau, saya dapat rasakan suasana ketika sedang berjuang memperkasa syariah Allah pada hari tersebut. Sungguh, kalam tuhan itu mukjizat yang ajaib! Bagi yang beriman..

(Alang Ibn Shukrimun)

KERANA ISLAM ATAU KERANA POLITIK

KERANA ISLAM ATAU KERANA POLITIK.

Isu Rang Undang-Undang Ahli Persendirian menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1), bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016), menjadi perbincangan hangat, kerana adanya kalangan yang menjadikannya pertikaian yang dihangatkan dan modal politik tanpa maruah.

Kepada penganut Islam, sila tepuk dada tanya  iman, bukan tepuk dada tanya  selera. Wajib berdalil bukannya berdalih dan berdolak dalik. Di mana kepentingan menegakkan Islam yang diimani mengatasi tujuan politik, walaupun poilitik itu sebenarnya tidak boleh dipisahkan daripada Islam, namun kemanisan iman yang disifatkan oleh Rasulullah SAW:

ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان , أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما , وأن يحب المرأ لايحبه إلا لله , وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النار (البخاري)

"Ada tiga perkara, sesiapa yang mempunyainya, menandakan masih adanya kemanisan iman didalam dirinya. (1) Allah dan Rasul dikasihinya lebih daripada yang lain. (2) Dia megasihi seseorang secara ikhlas kerana Allah dan (3) Dia benci kepada kekufuran laksana tidak mahu kalau dia dicampak ke dalam api neraka." (Al-Bukhari)

Kemanisan ini menjadikan semua pihak dalam kalangan penganut Islam tanpa mengira fahaman politik, termasuk yang tidak berpolitik, semuanya mendukung tujuan memartabatkan Syariat Allah secara umum, termasuk DYMM Raja-Raja melalui titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam perasmian Sidang Parlimen ini pada 7 Mac 2016. Tegas Baginda, mahukan taraf Mahkamah Syariah ditinggikan. Bukan undang-undang Hudud yang mengikut mereka yang berfahaman sempit terhadap Islam, yang meletakkan undang-undang Islam hanya jenayah Hudud. Maka dijadikan satu-satunya senjata paling kuat untuk menyerang Islam.

Usul seumpama ini telah diangkat beberapa kali, sejak Parliman Ke-9 (1995) dan persidangan akhir tahun 2015. Perubahan dibuat melalui rundingan di luar Parlimen, kerana medan politik bukan sahaja berbahas dalam Parlimen. Amalan demokrasi bukan sahaja dalam Parlimen, termasuk hubungan diantara kerajaan dan pembangkang secara perbincangan. Usul ini dibawa terlebih dahulu secara rundingan di luar Parlimen, mencari pendekatan damai, walaupun berbeza pendapat dan pendekatan.

PAS tidak perlu memikul kesalahan DAP yang mengumpul masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina dan lain-lain ke dalam bakul pembangkang DAP, sehingga memilih secara kasar dan hanya bersorak di dalam Parlimen dan demonstrasi di jalanan untuk paparan berita hangat media.

Sebenarnya, usul ini berkaitan dengan penganut Islam sahaja, bagi membetulkan asas perlembagaan Negara. Perkara 3, Islam adalah Agama Persekutuan dan agama-agama lain dibenarkan untuk diamalkan secara bebas. Masalahnya Islam yang menjadi Agama Persekutuan ini masih tidak bebas, khusus bagi penganut Islam yang sudah dihimpit dengan masalah yang wajib diselesaikan dengan Syariat Islam.

Inilah yang menyedarkan umat Islam sendiri, bukan sahaja PAS, termasuk juga Umno dan lain lain, sama ada dia berpolitik atau tidak, daripada rakyat biasa sehinggalah Raja-Raja dan para pemimpin, seorang Islam yang baik atau jahat, kerana kecintaan kepada Islam yang ada dalam hati-hati mereka. Maka campur tangan pihak lain terhadapnya boleh dianggap melanggar sempadan dan mahu memecah tembok perbezaan yang harmoni.

Usul ini telah dikemukakan mengikut tempoh masa yang diwajibkan oleh Peraturan Mesyuarat, terlebih dahulu sebelum daripada kemalangan helikopter yang mengorbankan dua Ahli Parlimen yang kami semua mendoakan rahmat Allah kepada mereka, sehingga terpaksa diadakan dua PRK. Kalau usul tidak dikemukakan cukup tempoh harinya maka usul hendaklah ditolak. Usul ini sekadar menaikkan taraf Mahkamah Syariah dan sebahagian daripada hukum syariat yang hukumannya dalam perkara umum, termasuk undang-undang keluarga, pusaka dan wakaf yang lebih rendah daripada mahkamah sivil paling rendah. Inikah kedudukan Islam yang menjadi agama negara dalam perlembagaan?

Jelasnya, bahawa Rang Undang-Undang ini lebih bersifat menyempurnakan prasarana Sistem Kehakiman Islam yang menunjukkan bahawa Undang-Undang Allah SWT lebih menjamin keadilan daripada undang-undang ciptaan manusia dan membetulkan perjalanan undang manusia yang diizin Allah, di mana Mahkamah Syariah dan hukumannya lebih berkonsep mendidik masyarakat, bukannya menghukum.

Adapun hukuman jenayah yang disebut di bawah pindaan ini, lebih banyak dalam perkara takzir yang terlalu ringan yang bersifat mendidik masyarakat Islam dan menjadi contoh kepada masyarakat bukan Islam tanpa paksaan. Ada pun hukuman jenayah berat dalam perkara Hudud dan Qisas seperti hukman bunuh, memotong tangan pencuri yang amat ditakuti oleh DAP dan sepertinya tidak terlibat. Sepatutnya mereka tidak perlu takut kalau tidak mencuri atau merompak, kerana pindaan undang-undang ini memerlukan majoriti 2/3, di mana mereka boleh menghalangnya, kerana  sudah pasti mereka tidak menyokong, bahkan menghalangnya, kerana perangai mereka begitu rupa, walaupun perkara urusan penganut Islam.

Diulang lagi, sepatutnya pihak bukan Islam tidak perlu takut kerana ini bukan urusan mereka, ini urusan penganut Islam sahaja.
Kami hanya membawa usul untuk dibaca kali yang pertama yang belum boleh dibahas sebelum diluluskan, mengikut Peraturan Mesyuarat  15(5), untuk memberi peluang kepada semua pihak mengkaji dan menyediakan hujah dan alasan sehingga Persidangan Parlimen yang akan datang, memakan masa menunggunya lebih daripada tiga bulan.

Kepada penganut Islam yang wajib menyokong usul ini, saya memberi peringatan dengan firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ

"Dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanMu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadaMu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik." (Surah Al-Maidah, ayat 49)

Adapun kepada parti yang dinamakan Parti Amanah yang pandai bersilat dengan kata-kata dan alasan berdalih, saya sebutkan firman Allah SWT:

إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآئِنِينَ خَصِيمٗا

"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad SAW) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadaMu (melalui wahyuNya) dan janganlah Engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat." (Surah An-Nisa', ayat 105)

Tegasnya, bahawa usul ini adalah membuka pintu ke arah mengisi kemerdekaan yang kita warisi bersama daripada generasi awal yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Kemerdekaan itu bukan sekadar menghalau penjajah asing keluar daripada tanah air kita, bahkan juga membuang segala peninggalan mereka, termasuklah aspek perundangan. Mereka yang menghalang usaha ini adalah saki baki penjajahan pemikiran  yang wajib membebaskan fikiran mereka daripadanya.

Kita wajib berterima kasih kepada semua pihak, kerajaan dan bukan kerajaan yang mendukung dan menyokong, serta memohon Allah supaya diberi pahala dan fadhilat manakala kepada pihak yang lain supaya bertaubat dan mendapat hidayat.

Kepada yang mahu bercakap atau menulis dalam tajuk ini, bacalah firman Allah SWT:

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (pada hari kiamat nanti) tentang apa yang dilakukannya." (Surah Al-Isra': ayat 36)

“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS