*PERBAHASAN UCAPTAMA KETUA DPPM OLEH WAKIL TERENGGANU - PELAKSANAAN SYARIAH BERPERLEMBAGAAN*
Oleh : Ustaz Syeikh Muhammad Hanafi Abdul Aziz
Susunan : Zul Shawal
الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu".
*Mempertahankan dasar dan kepimpinan pas*
Memahami dasar PAS, dibina PAS diatasnya, digembeling seluruh daya dan upayanya untuk menjayakannya. Dicurahkan yang mahal dan yang murah demi kerananya. Dasar yang membentuk jati dirinya dan mewajahkan perwatakannya, ianya adalah Islam yang syumul, yang berpaksikan alQuran, asSunnah ijma' dan qias yang terang.
Islam yang merupakan satu-satunya cara hidup yang diredhai oleh Pemilik buana ini.
ان الدين عند الله الاسلام
ومن يبتغى غير الاسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الاخرة من الخاسرين
"Islam yang bukan sahaja berkait dengan dunia bahkan akhirat, akarnya teguh berpasak ke bumi pucuknya tinggi menongkak akhirat".
Seperti ungkapan parajurit mulia Rub'ie bin Amir r.a:
نحن قوم ايتعثنا الله لنخرج من شاء من عبادة العباد الى عبادة رب العباد ومن جور الاديان الى عدل الاسلام ومن ضيق الدنيا الي سعة الاخرة
"Islam yang mencakupi politik, sosial, ekonomi bahkan seluruh aspek kehidupan, yang kita bukan sahaja diperintahkan hidup dengannya bahkan mati dengannya.
ولا تموتن الا وانتم مسلمون
Islam yang bukan bersifat eksperimental dan teori semata-mata bahkan telah terbukti adil dan benarnya secara praktikal, memenuhi 2/3 bumi dengan cahayanya. Mengubah bangsa Arab daripada hamba kepada raja, dari jiwa kebinatangan sehingga kepuncak kemanusiaan. Menganugerahkan kepada dunia tamadun ilmu, kemanusian dan kebendaan yang tidak ada tolak bandingnya.
Justeru Islam yang satu ini dikepung dan dihasadi sepanjang zaman.
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا مِّنَ الْمُجْرِمِينَ ۗ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ هَادِيًا وَنَصِيرًا
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka)".
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya".
Kendati pun begitu, Islam yang sebegitu syumul dan mulia ianya didokong oleh manusia, justeru ia mengalami pasang surut, dan sesekali dipuncak sesekali dibawah.
Sabda Nabi S.A.W :
الا ان رحى الاسلام دائرة فدوروا مع الاسلام
"Ia bersifat sedemikian kerana bukan kerana kekurangan dan kelemahannya tetapi kerana kekurangan dan kelemahan pendokongnya yg seterusnya menguatkan musuh-musuhnya".
Namun ia tidak akan sekali boleh dipadamkan cahayanya dan dihapuskan petunjuknya.
Masakan begitu, padahal ianya datang dari sisi yang empunya langit dan bumi;
يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (32)هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
"Oleh kerana itulah kejatuhannya disusuli dengan kebangkitan, kehinaaanya diganti dengan kemuliaan, ianya adalah janji Rasulullah".
لا تزال طائفة من امتي ظاهرين علي الحق لا يضرهم من خالفهم حتى يأتي الله بامره
Di rantau ini PAS adalah gerakan yang dijanjikan itu insyaallah. Memaktubkan Islam yang syumul serta bertunjangkan alQuran, asSunnah, ijma' dan qias menjadikan ia layak untuk dianggap sebegitu.
Justeru ia menempuh jalan yang panjang dan sukar sebagaimana yang dinyatakan Allah.
كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ
"Jika sekiranya apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) berupa matabenda yang dekat, dan satu perjalanan yang sederhana jauhnya, nescaya mereka akan mudah menurutimu; tetapi ianya adalah perjalanan yang jauh dan dipenuhi ranjau dan duri".
Justeru juga ia diserang musuh dari luar dan dalam. Yang diluar merobek usahanya manakala yang dalam cuba merobek dan merosak dasarnya..
Memahami betapa PAS adalah jamaah harapan ummah di rantau ini, dan ia akan terus kekal berstatus begitu. Selagi dasar Islamnya utuh mendasari pergerakannya, maka mempertahankan dasar Islamnya adalah sepenting-penting tugas buat pendokongnya khususnya pemuda.
Pelbagai cara untuk merobek dasarnya telah, sedang dan akan terus berlaku. Sebahagiannya telah berjaya dikesan dan dinyahkan namun percayalah musuh terus mengintai peluang-peluang baru. Pemimpin boleh datang dan pergi namun dasar ini harus tetap mendasari PAS selamanya.
Kesungguhan pendokong PAS mempertahankan dasar Islam ini, terakam jelas tatkala gagasan kepimpinan ulama mulai dipraktiskan. Sekalipun ada antara golongan yang menjadi perintis kepada gagasan ini, kini memjadi musuh terhadap apa yg mereka perjuangkan dahulu.
Namun gagasan ini jelas menjamin dasar Islam terus terpelihara dan subur. Memandu parti yang tercinta ini. Pertahan kepimpinan ulama bukanlah retorik semata, namun ianya berasaskan kepada pengalaman gerakan Islam seluruh dunia, betapa ulama walau ada kelemahan disana sini, sempurna dan maksum jauh sekali, namun kalangan mereka paling sedikit dan jarang yang menjual perlawanan.
Lihatlah apa yang berlaku pada Parti Alistiqlal di Moroco, Muslim League di Pakistan dan lain-lain, apabila bukan ulama yang memimpin mereka mulai menjual perlawanan. Mengubah dasar dan matlamat perjuangan, mengkhianati jerit perih orang-orang yang terdahulu.
Apakah pengalaman ini tidak memadai untuk mengajar kita mempertahankan gagasan kepimpinan ulama?
Lebih-lebih lagi setelah kita melihat ditahun-tahun kebelakangan ini, dengan segala badai ujian, cercaan yang datang. Kepimpinan kita bukan sahaja tidak menjual perlawanan, bahkan tegap kuat dengan prinsip dan dasar perjuangan.
Membujur lalu melintang patah, menjunjung padu perintah Allah.
Maka Terengganu dengan ini menyeru kepada seluruh perwakilan untuk pertahankan dasar dan kepimpinan ini sekalipon darah yang jadi taruhannya.
Sidang muktamirin yg dirahmati Allah.
Dalam memperkatakan tentang usaha PAS memartabatkan pelaksanaan syariah dengan menyulusuri lunas-lunas perlembagaan pula.
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu memulakannya dengan memanjatkan syukur kehadrat Allah dan sekalung tahniah kepada seluruh kepimpinan dan pendokong pas di semua peringkat di atas kejayaan Tuan Guru Presiden membawa RUU bagi menambah bidang kuasa mahkamah syariah.
قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
"Katakanlah (wahai Muhammad) , dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".
Semua yang berada di dewan yang mulia ini pastinya sedar dan ingat betapa kita semua membesar dalam suasana perundangan syariah asing di mata masyarakat.
Dihina dan dicaci oleh pemimpin negara yang kononnya kini dianggap negarawan. Ditakut-takutkan kepada yang bukan Islam dan pada si muslim diputar belit serta disembunyikan kebaikannya.
Namun dengan usaha yg berterusan, istiqamah dan sabar akhirnya membuahkan hasil.
Kini ianya mulai menggegarkan puncak tertinggi legaslatif negara, ianya benar-benar kejayaan dan sinar positif untuk perjuangan kita selama ini.
Salakan-salakan yang terus bersahutan dan berselang seli dengan suara katak dan buaya jangan dibiarkan terus
share
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej