Di pagi jumaat ini, saya nak perbetulkan apa kata MCA yang kena diperbetulkan sedikit.. Orang-orang bukan Islam yang membayar cukai masuk kedalam 'wang yang disatukan' maknanya duit2 yang bercampur sebagai hasil kerajaan. Tetapi wang membina masjid adalah urusan negeri dan bukan persekutuan.. biasanya wang yang disatukan diperingkat negeri tidak digunakan untuk membuat masjid..kerana peruntukan membuat masjid dibawah urusan Jabatan Agama Islam negeri yang mendapat kewangan dari kutipan baitulmal. Maka setiap pembinaan masjid tidak dari wang terus dari yang disatukan itu sebaliknya dari wang baitulmal dan hasil percukaian bukan cukai kepala@income tax. Maka jika kata pembayar cukai bukan Islam juga dari cukai ahli MCA terlibat membiayai pembinaan masjid, kurang tepat. Begitu juga bantuan wang membina rumah ibadat bukan Islam. Tokong, Kuil dan sebagainya juga bukan dari wang yang disatukan hasil kerajaan sebaliknya dari wang cukai judi dan maksiat..saperti cukai rumah urut. yang mana pendapatan negara@kerajaan ada pengasingannya bila diterima.. sekian.
- Zaharin Mohd Yasin
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej