Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, June 28, 2016

BOLEHKAH PAS MENANG BERSENDIRIAN ?

Soalan mereka

BOLEHKAH PAS MENANG BERSENDIRIAN ?

Kita jawab :  Kenapa tak bolehnya ?

وأنه لا تتحرك ذرة في السموات ولا في الأرض إلا بإذن الله ، وأنه لا فقر ولا غنى ولا موت ولا حياة إلا بإذن الله تعالى

Dan sesungguhnya tidak akan bergerak sesuatu zarahpun samada di langit dan di bumi melain dengan izin Allah... begitu juga kefaqiran, dan  kekayaan,  ajal maut... melainkan semuanya dengan izin Allah !

Kamu hidup pun atas ehsan Allah, bukan ehsan org lain

Adakah menjadi payah kpd Allah urusan urusan Itu ?
Kita bukan hanya nak jaga politik, aqidah tauhid pun jalan serentak !

Kalau  الله nak bagi kemenangan cukup mudah baginya !
Allah boleh taqdirkan perpecahan BN / UMNO. Allah boleh taqdirkan kemasukan beramai ramai org umno ke dlm pas.. atau Allah boleh taqdirkan non muslim sokong PAS !

Apa ... mu ingat mustahil ke ?

Masa kita bergabung hari tuuu pun , ada pr menang ?
Masa pru13 Hari tuuu ada org cakap 200% pr akan menang !
Org islam yg ada iman berpolitik kerana islam, bukan berpolitik kerana kejar dunia semata !
Kita kena berbeza perjuangan dengan mereka.
Mereka hanya fikir dunia, tapi kita kena fikir ke dua dua sekali !

Bukan kah Allah sebut

ﻗُﻞِ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻣَﺎﻟِﻚَ ﺍﻟْﻤُﻠْﻚِ ﺗُﺆْﺗِﻲ ﺍﻟْﻤُﻠْﻚَ ﻣَﻦْ ﺗَﺸَﺎءُ ﻭَﺗَﻨْﺰِﻉُ ﺍﻟْﻤُﻠْﻚَ ﻣِﻤَّﻦْ ﺗَﺸَﺎءُ ﻭَﺗُﻌِﺰُّ ﻣَﻦْ ﺗَﺸَﺎءُ ﻭَﺗُﺬِﻝُّ ﻣَﻦْ ﺗَﺸَﺎءُ ۖ ﺑِﻴَﺪِﻙَ ﺍﻟْﺨَﻴْﺮُ ۖ ﺇِﻧَّﻚَ ﻋَﻠَﻰٰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْءٍ ﻗَﺪِﻳﺮٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Kena ingat satu benda. Kita bukan hanya berpolitik, kita juga sedang berjuang pegangan dan aqidah !

KITA BUKAN HANYA NAK KE PUTRAJAYA, TAPI KITA JUGA NAK MENEMPUH JALAN KE NEGERI YG LEBIH JAUH !
Itu lah beza yg sangat ketara antara kami dan kamu !

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej