Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, June 15, 2016

Cerita makmum yang sombong

Cerita makmum yang sombong:

Kejadian ketika solat, oleh kerana seorang makmum merasakan suaranya lebih sedap dan merdu dari suara imam, lalu dia membaca dengan jahar, malahan lebih kuat dari Imam.

Usai solat, imam dan makmum menegurnya, kenapa kuatkan suara melebihi imam. Awalnya dia hanya diam bila ditegur, namun ketidakpuasan hatinya berpanjangan,tiap kali dia solat berjamaah, dia tetap baca dengan kuat.

Akhirnya imam dan makmur yang lain sudah tidak dapat menahan sabar kerana sikapnya yang menganggu solat jamaah, keputusan dibuat, dia tidak dibenarkan lagi solat berjamaah disitu.

Dia begitu marah dan menjaja cerita bahawa imam dan makmum dikampungnya jahil, tak boleh nak menilai mana yang lebih baik, lebih suka memilih orang yang lemah dan tak nak menerima orang yang lebih baik.

DiKampungnya pula, imam dan orang kampung kini rasa aman waktu bersolat, tiada lagi diganggu suara yg lebih kuat dari imam. Kalau tidak huru hara sokmo, nak solat pun sentiasa terganggu.

Akhirnya dia buat masjid baru dan dia menjadi imam, kini dia boleh bersuara kuat sebab dah jadi imam. Namun dimasjid barunya kini telah mula tidak aman sebab ada makmum yang telah mula membaca lebih kuat darinya.

Aduh..mapehhhhhh

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej