Tazkirah Ramadhan (21)
Jika anda mahu makan rasuah, besar atau kecil atau mega, berbentenglah dalam kubu UMNO. Anda akan selamat. Sejak regim Tun Mahathir lagi, kubu itu dibina kukuh dan kini ia bagai sebuah kota yang ampuh. Tiada siapa boleh meruntuhkannya lagi.
Tetapi jika anda mahu lebih selamat, berbentenglah dalam kubu taqwa. Daripada makan rasuah, anda sebaliknya selamat daripada dimakan rasuah. Sejak zaman nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم lagi, taqwa adalah sebuah kota yang tersergam megah bagi membentengi para penguasa dan rakyat daripada dimakan barah rasuah.
Semoga berbahagialah Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Tan Sri Ustaz Hj Azizan bin Abdul Razak yang telah kembali kepada Penciptanya dengan puji-pujian tanpa dipalit dosa rasuah.
Semoga istiqamahlah Dato Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang yang telah berjaya memimpin negeri Terengganu tanpa palitan dosa rasuah untuk terus memimpin PAS dan mengajak ummah untuk berbenteng dengan kota Islam yang kukuh.
Yang paling mulia daripada kalangan manusia adalah yang paling bertaqwa kepada ALLAH. Taqwa adalah impian tertinggi bulan Ramadhan al mubarak. Marilah bersama kita berikrar menolak dan memerangi rasuah. Rasuah adalah musuh utama negara. Ia ketagihan para penguasa tanpa taqwa.
Nik Mohd Abduh
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej