Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, June 17, 2016

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK MENANG KALAH ADALAH TAPISAN

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
MENANG KALAH ADALAH TAPISAN

Firman Allah SWT:
لِيَمِيزَ اللَّهُ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَيَجْعَلَ الْخَبِيثَ بَعْضَهُ عَلَىٰ بَعْضٍ فَيَرْكُمَهُ جَمِيعًا فَيَجْعَلَهُ فِي جَهَنَّمَ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik (golongan yang beriman), dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya, serta dimasukkannya ke dalam neraka Jahanam. Mereka itulah orang-orang yang rugi.
[Al-Anfal:37]

Ayat ini turun berkenaan Perang Uhud. Selepas dijadikan menang dalam perang Badar, Allah uji dengan kekalahan pula dalam perang Uhud. Sengaja tuhan jadikan begitu, supaya ditapis orang-orang yang pura-pura dalam perjuangan Islam.

Kalau tuhan jadikan sentiasa menang, tentu ramai yang akan menonjolkan diri mengaku beriman. Lalu tuhan jadikan kalah supaya yang berpura-pura ini disingkir dari perjuangan.

Memang Allah jadikan Islam perjuangan yang sukar. Kadang-kadang berpuluh tahun tak menang. Kadang-kadang hingga ratus tahun. Menang sekejap, kalah kembali. Menang kemudian kalah kemudian menang dan kalah kembali. Allah jadikan begitu sehingga hari kiamat supaya terserlah perbezaan antara orang beriman dan kufur, samada kufur yang jelas atau kufur tersembunyi dalam hati.

Firman Allah SWT:
"وَلِيُمَحِّصَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَمْحَقَ الْكَافِرِينَ
Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman dan membinasakan orang-orang yang kafir."
[Ali Imran:141]

Masjid Rusila
12 Ramadhan 1437
17 Jun 2016

(Alang Ibn Shukrimun)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej