JELIRO MOLEK TULISAN DIO NIH
SD JATUHKAN MB RANCANGAN HUSSAM MUSA?
Saya punyai saksi yg masih hidup bahawasanya gerakan menjatuhkan Ust Ahmad Yaakob sudah dilakukan semasa Ust Ahmad Yaakob menjadi TMB lagi.
Sesudah PRU-13, dikhabarkan Anuar Bakri banyak memainkan peranan didalam menyingkirkan Ust Ahmad Yaakob sebagai TMB. Diberitakan, selepas peranan ini dimainkan oleh Anuar Bakri selaku orang kanan Hussam Musa, Almarhum Tok Guru memanggil Ust Ahmad dan memberitahu bahawa akan berlaku pertukaran jawatan TMB kepada Speaker. Selepas itu Ustaz Ahmad tanya Tok Guru" siapa akan jadi TMB?" Jawab Tok Guru "Hussam Musa". Ust Ahmad akur diatas arahan terbabit.
Ketika Ust Ahmad sedang berkemas di bilik TMB, SUSK TMB ketika itu menjadi pelik dan terus pergi berjumpa SUSK MB dan menceritakan keadaan sebenar. SUSK masuk berjumpa dengan Tok Guru dan pohon tempoh agar tidak dilakukan lagi pertukaran jawatan MB. Sebulan tempoh yang diberikan. Selepas dibentangkan SWOT kepada Tok Guru, alhamdulillah pertukaran itu tidak jadi. Hampa dan kecewa musuh dalam lipatan mendengar khabar ini. Ini merupakan percubaan yang entah keberapa kali selepas perancangan jahat mengangkat nama ke Istana selepas PRU-13 dengan meletakkan nama Hussam Musa sebagai TMB gagal ? !
Alhamdulillah, Allah mengagalkan perancangan mereka yang jahat dan busuk hati. Hujah yang sering saya katakan, Hussam Musa tidak dapat jadi MB atau TMB atau EXCO adalah bukan kerana kerja manusia. Tetapi diatas kehendak Allah Taala. Allah lebih mengetahui siapa yang layak dan siapa yang hanya mengejar populariti.
Seorang yang suka ponteng mensyuarat dan ponteng persidangan DUN langsung tidak layak untuk menjadi ketua. Lihat sahaja, mereka jadi tidak ketahuan selepas melanggar baiah yang dilafazkan.
Hussam Musa jika seandainya menang sekalipun, beliau sukar untuk menjadi MB kerana pihak Istana juga mengetahui perangai sebenar Hussam Musa. Lihat sahajalah, 2 orang sahabat rapat Hussam Musa juga dikhabarkan telah ditarik darjah kebesaran oleh Istana Kelantan iaitu Wan Hassan Al-Barakah dan Rosli. Siapa yang memainkan peranan yang membolehkan Hassan mendapat tanah ratusan ekar di Lojing? Adakah Hussam Musa ?
Alhamdulillah Allah sekali lagi mengagalkan usaha pihak yang jahat ini.
Bagi saya, Hussam Mussa tidak perlu menyerang orang lain begitu. Rakyat salor juga sudah lama tidak bertemu mata dengan Hussam Mussa. Tidak cukupkah dengan hanya ponteng sidang DUN?
Inshaaallah banyak perkara lagi dalam poket saya dan dengan izin Allah Taala saya akan terus menulis. Kepada Allah saya berserah agar kebenaran sentiasa berada dihadapan. Berhati-hati dengan mereka yang pandai berkacap dihadapan sedangkan merekalah agen munafiq. Saya yakin, Allah bersama dengan orang yang benar. Ternyata pilihan Almarhum Tok Guru iaitu Ust Ahmad Yaakob dan Ust Mohd Amar merupakan satu pilihan yang tepat. Tertolaknya nama Hussam Musa oleh Istana juga merupakan satu kehendak Allah Taala Yang Maha Mengetahui setiap sikap dan perangai hambaNya.
Umar Faqih
Pengundi DUN SALOR
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej