Ambil lah pengajaran beberapa kejadian Kerajaan dan
tamaddun Islam dahulu. antara yg paling sedih ialah sejarah kejatuhan kerajaan
abbasiah di baghdad dahulu ditangan puak monggol. kalau dibanding dengan
kekuatan dan jumlah, puak monggol lebih kecil. Tapi akibat perbalahan dan
perpecahan ummat islam, genghiz khan telah berjaya menakluki baghdad. Tamaddun
ilmu, ulama dan cerdik pandai habis dibunuh dan dibinasakan, hingga dikatakan
tiada siapa yg tinggal ... semua dibunuh !
Puak monggol telah berjaya menipu dan mengambil
kesempatan perpecahan ummat islam. Memang pehak pemerintah Islam masa tu berlaku
zolim terhadap rakyat, mengenakan cukai yang tinggi dan segala bagai.. Rakyat yg
tidak berpuas hati terhadap kerajaan sangat kecewa sehingga sanggup memberi
bantuan dan menyokong puak monggol sehingga jatuh kerajaan Islam.
Umat tidak sedar yg mereka nak elak dari mudorat
pemimpin tapi sebenarnya mereka menempah mudorat yg lebih besar ! Umpama
terlepas dari mulut singa tapi terjatuh ke dalam mulut buaya. Mereka tetap tidak
selamat. Akhirnya rakyat, gabenor, ahli politik yg tidak menyukai khalifah dan
memberi sokongan terhadap puak monggol semuanya dibunuh !
Mulanya mereka dijanjikan dengan janji manis,
sumbangan dan bantuan tapi akhirnya janji tidak ditunaikan bahkan nyawa mereka
melayang. Mereka lebih percaya kapada musuh Islam yg musyrik dari pemimpin Islam
sendiri. Puak monggol berjaya memperdaya rakyat, ahli politik dan penentang
khalifah. Puak monggol menggunakan Isu kezaliman khalifah agar rakyat bangun
memberontak bersama mereka (puak monggol )
Walaupun pemimpin Islam zalim
terhadap rakyat, tapi dia tidak membunuh rakyatnya, tidak menghancurkan tamaddun
Islam, tidak membunuh Ulama dan tempat pengajian Islam.
Rakyat dan ahli politik yg membenci khalifah
telah silap membuat telahan. Mereka ingat jatuhnya khalifah diganti dengan
kerajaan baru akan menjadikan negara lebih baik, ekomomi lebih baik. Tapi
akhirnya semua telahan dan anggapan menjadi sia sia dan semua mereka binasa.
Sebab itu kita yg nak terlibat dengan politik kena ambil tahu sejarah lepas
lepas. Bukan setakat ambik tahu, tapi hendaklah ada sedikit kecerdikan membuat
rumusan dan mengambil pengajaran.
Kita manusia biasa tidak dianugerahkan "Khasyaf". Kita
tidak tahu apa akan terjadi di masa akan datang. Kita menganggap kita akan
terlepas dari satu bala besar kalau kita buat perubahan tanpa memikirkan akibat
akibat lain, sebab sebab lain, kesan kesan lain. Kita nak lari dari jamaah yg
kita kira ada masalah, nak tubuh jamaah baru kerana tak puas hati. Adakah kita
terlalu yakin jamaah atau pertubuhan baru yg bakal kita bina tidak akan berlaku
masalah ?
Siapa yg boleh bagi jaminan demikian ?
Atas sebab sebab ini, maka ada Ulama mengharamkan
menentang kerajaan Islam walaupun dia zalim.... kerana dibimbangi "terlepas dari
mudorat kecil, jatuh ke modorat lebih besar !"
Mudorat yg paling keji dan bahaya ialah mudorat kufur
dan syirik !
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej