Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, June 23, 2016

DR MAZA BUKAN ISLAM

DR MAZA BUKAN ISLAM

Saat terbaca sahaja kenyataan Dr Maza bertajuk "parti bukan agama", saya sudah mula ketawa. Gelihati bila teringat kisah yang Ayah Chik pernah cerita sebelum ini berkenaan rakan karibnya al-Marhum Tok Guru Ust Haron Taib. Ceritanya berkaitan kehebatan Ustaz Harun yang mampu berbahas dengan guru-gurunya sejak di bangku sekolah lagi.

Nak dijadikan cerita, guru yang mengajar ilmu mantiq kepada Ust Haron masuk Umno. Ketika bertemu dengan Ust Harun, gurunya menggunakan hujah Mantiq untuk mempertikaikan perjuangan beliau dalam PAS. Beliau mengguna kaedah mukaddimah sughro, mukaddimah kubro dan natijah. Kaedah ini banyak diajar dalam ilmu kalam, ilmu akidah aliran khalaf. Ilmu ini juga adalah asas dalam pengajian falsafah moden hari ini.

Mukaddimah sughro contohnya ayat "alam semesta itu berubah". Mukaddimah kubro pula adalah ayat "tiap-tiap yang berubah itu adalah baharu." Maka natijah pula adalah dengan mengambil perkataan pertama dari mukaddimah sughro digabungkan dengan perkataan terakhir dalam mukaddimah kubro. Maka jadilah natijahnya "alam itu adalah baharu".

Lalu Guru kepada Ust Harun mengatakan: "PAS bukan agama. Tiap-tiap yang bukan agama adalah bukan Islam. Maka PAS bukan Islam."

Ust Haron Taib membalas: "Wahai tok guru, bukan semua perkara boleh pakai kaedah Mantiq. Ada juga yang tidak sesuai."

"Macamana kalau saya kata, tok guru bukan agama, tiap-tiap bukan agama itu bukan Islam. Maka adakah tok guru bukan Islam?"

Terus tok gurunya melarikan diri daripada Ust Harun Taib tanpa sebarang kata.

Hakikatnya benar sekali PAS bukan agama dan agama bukan PAS. Tetapi bak kata Ust Khalil Abdul Hadi, walaupun PAS bukan agama tapi PAS adalah parti yang membawa agama. Peranannya umpama masjid. Walaupun masjid bukan agama, tapi masjid adalah bangunan yang melambangkan Islam, yang didirikan syiar Islam di dalamnya.

Kata ayahandanya pula, Tuan Guru Ayah Chik, PAS bukan agama, manusia bukan agama, masjid juga bukan agama. Tetapi masjid didirikan atas tuntutan agama. Maka PAS juga didirikan atas tuntutan agama Islam.

Sebenarnya isu ini sudah lapuk. Dimainkan oleh ustaz-ustaz Umno dan sekutunya sejak sekian lama. Ulama kita juga sentiasa menjawab dengan berbagai uslub. Tak tahulah kenapa Dr Maza ulang balik perkara ini.

Ironinya isu-isu halal haram dalam batas politik kepartian yang menyentuh parti lain seperti keharusan tahaluf dengan parti yang melawan pemerkasaan syariah Islam, meraikan kemenangan 'parti Islam' dengan arak, selfie bersama amoi, hukum pembunuhan mangsa memali, ucapan hudud tiada dalam al-Quran dan seumpamanya tidak pula disebut. Tapi kalau ada saja kaitan dengan PAS, dialah hero paling laju kedepan!

(Alang Ibn Shukrimun)

Mufti bukan agama. Tapi mufti diperlukan oleh masyarakat beragama untuk bertanya hukum. Parti politik bukan agama tapi diperlukan untuk jaga agama. Kerana tuntutan amar makruf dan nahi mungkar dan mewujudkan pemerintahan yang menegakkan agama. Kalau nak panjang lagi.. air bukan agama, baju bukan agama, kereta bukan agama, smartphone bukan agama, page Facebook mufti pun bukan agama..
ما لم يتم الواجب إلا به فهو واجب

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej