Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, June 27, 2016

Kalau kita nak tegakkan kedaulatan Islam di tanahair ini, kita kena kenal kawan dan lawan

Bacalah. Bagi mereka yg mahu berfikir. Penjelasan panjang lebar yg cukup baik.
------------------------------------

Oleh HAR

Kalau kita nak tegakkan kedaulatan Islam di tanahair ini, kita kena kenal kawan dan lawan. Macam mana nak kenal kawan dan lawan? Senang aje, buka al-Quran. Dalam al-Quran, manusia dibahagikan kepada tiga sahaja; mukmin, kafir dan munafiq.

Mukmin jelas sekali kawan kita. Munafiq ni luarannya bagus, tapi dalaman kita tak tahu. Tapi Allah Taala bagi tanda-tanda perangai munafiq; suka berbohong, suka mungkir janji, suka pecah amanah, suka khianat jika berbalah dan suka menyebelahi orang kafir membelakangi orang mukmin. Jauhilah orang begini; bergaullah sekadar perlu sahaja, jangan rapat sangat, jangan buat kawan untuk tegak Islam di tanahair kita, bahaya, sebab tercatat di sepanjang sejarah perjuangan Islam bahawa orang begini jadi pengkhianat dari dalam.

Kalau itu pendirian terhadap orang yang ada tanda perangai munafiq (ada tanda sahaja tak bermakna kita boleh tuduh dia munafiq), apatah lagi terhadap orang kafir yang jelas-jelas bukan sahaja anti Islam, bahkan hidupnya siang malam merancang untuk menyekat kebangkitan Islam, yang sudah jelas kebencian pada mulut mereka, yang dalam hati apatah lagi (rujuk Ali Imran ayat 118).

Orang macam ini boleh dibuat kawankah? Untuk projek mendaulatkan Islam? Dari segi logik pun tak masuk akal, inikan pula dari sudut syarak. Budak tingkatan satu pun boleh faham.

Tapi kenapa mereka beria-ia sangat mempertahankan orang-orang kafir yang memusuhi Islam ini?

Jawapannya ialah kerana politik, atas alasan maslahat. Maslahat untuk menjatuhkan parti tunjang kerajaan yang korup. Untuk menjatuhkan parti lawan, mereka mesti pertahankan parti sekutu. Itu yang mereka hebahkan.

Ok saja mereka nak menolak mafsadah korupsi itu. Usaha menolak kosupsi itu satu maslahat. Tapi masalahnya untuk mendapatkan maslahat itu, mereka melanggar nas. Puluhan nas yang melarang menjadikan orang-orang kafir yang memusuhi Islam sebagai kawan rapat setia. Nas-nas itu merupakan ayat muhkamat, tiada khilaf padanya, bukan ayat mutasyabihat.

Apabila maslahat bertentangan dengan nas, maslahat itu gugur dengan sendirinya atau maslahat itu mesti ditundukkan di depan nas. Ini adalah satu kaedah (formula) yang dipegang oleh ulama muktabar seperti al-Juwaini, Ibnu Abdis Salam, as-Syatibi dan lain-lain. Hanya at-Tufi sahaja yang ganjil.

Habis itu, bagaimana nak jatuhkan parti korup ini kalau tidak bergabung dalam pakatan politik yang kuat?

Sekali imbas, ya tak ya juga. Tapi bagi orang yang rajin berfikir dan yang tidak mudah untuk didoktrinkan oleh pihak-pihak berkepentingan, akan nampak satu persoalan besar daripada soalan di atas.

Soalannya ialah adakah menjatuhkan parti korup itu wasilah atau matlamat?

Jelas sekali ia hanyalah wasilah. Wasilah untuk mencapai matlamat. Matlamat apa?

Kalau matlamat anda untuk menguasai kerajaan sahaja, oklah. Tapi kalau anda mahu mendaulatkan Islam, pakatan anda dengan orang-orang kafir yang memusuhi Islam tidak akan menyampaikan anda ke matlamat anda itu.

Sampai di noktah ini, ada yang mengatakan kita boleh menangani orang-orang kafir yang memusuhi Islam ini selepas kita berkuasa. Betulkah begitu? Ingat, ketika itu anda sudah pun berkongsi kuasa dengan mereka.

Mereka memusuhi Islam itu sudah jelas dan yakin. Mereka boleh ditundukkan selepas berkuasa itu hanya angan-angan. Keyakinan tidak boleh ditundukkan dengan angan-angan (syak kalau ikut istilah syarak).

Khas untuk asatizah yang tidak puas hati dengan hujah saya ini, berikut saya perturunkan kata-kata Izzuddin Ibni Abdis Salam dalam bab muwazanah bainal masoleh.

فقد أجاز بعضهم ذلك لما ذكرناه من التخييرعند تساوي المصالح ، وكما يُتخير بينهما في ابتداء الولاية، وقال آخرون لا يجوز لما فيه من كسر العزل وعاره بخلاف ابتداء الولاية. فإن قيل: ينبغي أن يجوز لما فيه من النفع للمولّى. قلنا: حفظ الموجود أولى من تحصيل المفقود

Ini dalam kes sama rata, antara yang sedia ada dengan yang akan dipilih. Jelas sekali dalam kes kita ini, yang akan dipilih sudah jelas memusuhi Islam dan dominan dalam pakatan mereka. Lebih teruk, bukan sama rata.

Pertimbangkan betul-betul, ikut neraca syarak. Jangan ikut arahan membuta tuli, tanpa buat pertimbangan yang teliti. Orang yang tidak membuat pertimbangan teliti antara masoleh dan mafasid disifatkan oleh Izzuddin Ibni Abdis Salam sebagai:

جاهل غلبت عليه الشقاوة، أو أحمق زادت عليه الغباوة

Sebenarnya perbincangan saya ini sudah masuk ke bahagian yang sukar untuk orang-orang awam. Hujah saya bahawa maslahat gugur apabila bertentangan dengan puluhan nas sudah mencukupi untuk orang-orang awam. Mudah faham dan jelas.

Tetapi saya juga tidak mahu melupakan asatizah yang mempertahankan orang-orang kafir yang memusuhi Islam semata-mata maslahat politik menjatuhkan parti korup. Anda bertanggungjawab di hadapan Allah. Kalau anda tidak faham, belajarlah lagi. Jangan berkata sesuatu yang dalam hati anda sendiri ada keraguan. Jangan taksub pada jamaah atas sesuatu yang diragui. Selidiklah, kajilah, bukalah kitab. Ingatlah, apabila anda silap langkah, ribuan anak muda di belakang mengikut. Nak jawab apa nanti depan Allah Taala nanti?

Peringatan ini juga saya tujukan kepada rakan asatizah yang mendiamkan diri. Mendiamkan diri tidak akan menyelamatkan anda. Buka balik buku Muntalaq, segala hujah telah disusun elok dalam itu. Jangan jadikan buku fikrah sekadar "makanan" jilsah semata-mata, kemudian langkah harakah hanya mengikut apa orang atas kata, tanpa neraca pertimbangan yang teliti.

Akhir kata kepada semua anak muda yang ikut tarbiyah. Tarbiyah sepatutnya merapatkan anda dengan neraca; al-Quran. Ya, betul, anda perlu seseorang membimbing anda. Tetapi al-Quran kekal neraca untuk menilai semua benda, termasuk pemimpin anda sendiri. Apa gunanya tarbiyah jika kita kekal dihayun oleh permainan persepsi politik? Lebih malang lagi, sebuah parti chauvinis rasis yang lantang memusuhi Islam selama ini boleh di"persepsi"kan kepada orang yang ikut tarbiyah sebagai mad'u yang belum faham. Tragedi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej