Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, December 20, 2016

23 FAKTA PRESIDEN PAS DAN GEOSTRATEGI IRAN-SYRIA

"baik pakat-pakat baca"

23 FAKTA PRESIDEN PAS DAN GEOSTRATEGI IRAN-SYRIA

1) Tindakan Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang (TGHH) menyertai Persidangan di Iran ialah tindakan baik dan boleh membawa kepada keadaan yang baik dari perspektif geopolitik. 

2) Waktu yang dipilih beliau untuk menghadiri persidangan di Iran ini juga tepat, iaitu dalam keadaan Iran, Turki, serta Rusia merancang dan melaksanakan proses pemindahan orang awam dari Aleppo.

3) Sebagai seorang yang berkedudukan politik, TGHH boleh memilih untuk menolak jemputan dari Iran namun langkah sedemikian tidak mengubah apa-apa, tidak membawa kebaikan, malah sebaliknya mungkin menyemarakkan lagi persepsi permusuhan Sunni-Syiah dan menutup sebarang ruang positif yang boleh dimanfaatkan.

4) Dari perspektif hubungan antarabangsa, langkah Presiden PAS ini menepati solusi Konstruktivisme (Constructivism in International Relations) yang menekankan proses sosialisasi iaitu proses interaksi untuk mengubah sesuatu hubungan antarabangsa agar menjadi lebih baik – bukannya melalui konfrontasi antara negara (seperti Realism) mahupun diplomasi ganjaran material (seperti Neoliberalism).

5) TGHH pada hakikatnya memiliki pengalaman yang banyak dalam usaha rundingan keamanan di peringkat antarabangsa khususnya di negara-negara Islam, demikian juga hubungan dialog beliau dengan para sarjana dan ahli politik Iran dan Syiah.  Langkah menolak jemputan ke Iran akan membantutkan potensi beliau untuk memanfaatkan hubungan sedia ada untuk berusaha membawa kepada situasi politik yang lebih baik dan aman.

6) Namun pastilah Presiden PAS hanya membataskan solusi Konstruktivisme ini buat hubungan dengan Iran dan bukannya dengan Israel yang dianggap sebagai musuh. Hal inilah mendorong TGHH mengatur hubungan baik dengan Iran untuk mendepani Israel (pendekatan Realism).

7) Sememangnya pergolakan Syria tidak dapat dinafikan disebabkan oleh pemerintahan diktator rejim Basyar Al-Assad dan Iran (serta Rusia) telah membantu rejim untuk berhadapan dengan penentangnya. Namun siapakah yang paling mendapat keuntungan daripada Syria yang bergolak?

8) Wajib diketahui Syria sebelum Arab Spring dari segi geostrategiknya bukan sahaja tidak mengiktiraf Israel dan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengannya, bahkan juga menjadi negara perantara buat beberapa musuh Israel, iaitu Iran (Syiah Imamiyyah), Hamas (Sunni), Jihad Islami (Sunni), serta Hizbullah (Syiah).  Wakil Hamas dari Palestin turut hadir ke persidangan di Iran tersebut bersama Presiden PAS.

9) Jika Syria membekalkan platform kepada Palestin menentang Israel iaitu Hamas dan Tanzim Jihad, Iran pula turut menyumbang kepada Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah di Lubnan.  Kombinasi kerjasama proksi Syria-Iran ini terbukti mengalahkan tentera Israel di Gaza dan Selatan Lubnan.

10) Syria juga mempunyai sejarah peperangan dengan Israel, bekerjasama dengan pakatan Arab seperti Mesir dalam beberapa siri seperti Perang Ramadan 1973, namun gagal merampas kembali Bukit Golan yang ditawan Israel. 

11) Hasil lobi yang kuat di Washington, pelobi Yahudi telah berjaya menjadikan Amerika Syarikat sebagai sekutu strategik utama Israel dengan pakej bantuan persenjataan bernilai berbilion-bilion Dollar, manakala musuh Israel turut dilihat sebagai musuh Washington. Termasuklah Syria dan Iran yang masing-masing memiliki proksi yang kuat menghalang peluasan wilayah Israel.

12) Disebabkan persaingan kuasa antara negara Arab dengan Iran selepas Revolusi Khomenei menggulingkan Shah Iran pada 1979, Iran telah dianggap sebagai musuh utama beberapa negara Arab, bahkan dimusuhi melebihi Israel. Demikianlah terdapat negara-negara Arab dan juga Turki yang bekerjasama dari segi diplomasi, ekonomi, dan ketenteraan dengan Israel, ditambah pula dengan pelbagai pakej tawaran menarik dari Amerika Syarikat.

13) Perubahan politik sememangnya amat perlu di Syria namun ternyata perang saudara adalah jauh lebih buruk berbanding kediktatoran Basyar sebelum perang.  Demikian juga Iran yang kini disasarkan. Siapa yang paling untung dengan pelemahan Iran dan Syria? Jawapannya ialah Israel kerana kekacauan di Syria serta peminggiran Iran telah melemahkan sokongan yang diperoleh Hamas, Jihad Islami dan Hizbullah yang sejak sekian lama mengancam Israel.

14) Beberapa kali Israel terpaksa bertungkus-lumus menyekat pengedaran senjata Iran dan Syria daripada memasuki Gaza untuk disalurkan kepada Hamas dan juga daripada Lubnan.  Pengawal Revolusi Iran antara watak penting membantu Hezbollah dalam menghalang kemaraan Israel dalam Perang Lubnan 2006.

15) Malah, akibat pergolakan di Syria dan Timur Tengah sejak 2011, Israel telah beberapa kali mencuba tindakan agresif ke atas Gaza di Palestin kerana Hamas telah mulai kekurangan sokongan daripada Syria dan Iran.

16) Namun Presiden PAS turut perlu menanggapi persoalan kepentingan nasional yang berkait rapat dengan hubungan diplomatik Malaysia sedia ada dan hal ini menarik untuk diketahui kerana beberapa negara Arab pastinya kurang selesa dengan hubungan TGHH dengan Iran ini.

17) Apa yang pasti, hubungan Malaysia-Iran sedia ada adalah dinamik di mana eksport Malaysia ke Iran yang bernilai RM2.4 bilion pada 2009 telah meningkat kepada RM3.5 bilion pada 2012. Namun, susulan daripada sekatan antarabangsa, eksport hasil utama Malaysia ke Iran seperti kelapa sawit, getah asli dan produk kimia pada 2015 sekadar mencatatkan RM1.3 bilion. Nilai import Iran ke Malaysia pula ialah RM1.1 bilion pada 2009 sebelum menurun kepada sekitar RM200 juta pada 2014. Tiga projek pelaburan Iran di Malaysia pada 2009 adalah bernilai RM151.5 juta manakala pada 2014 pula hanya sebuah projek pelaburan bernilai RM3 juta yang diluluskan dari Iran.

18) Akan tetapi hal ini berbeza dengan beberapa negara rapat Malaysia yang lain iaitu Arab Saudi, Turki (relatifnya), UAE, Qatar, dan Amerika Syarikat yang kurang mesra dengan Iran.  Dalam konteks hubungan dengan Arab Saudi, pada 2009 eksport Malaysia ke Arab Saudi adalah bernilai RM2.9 bilion, manakala jumlah import pula RM3.9 bilion. Pada 2015, jumlah eksport Malaysia meningkat kepada RM3.4 bilion manakala import pula meningkat dengan lebih tinggi dengan nilai RM7.5 bilion. Arab Saudi yang memiliki pelaburan bernilai RM2 juta pada 2008 konsisten melabur di Malaysia di mana terkini pada tahun 2014 terdapat pelaburan yang bernilai RM550,000 dari Arab Saudi di Malaysia.

19) Hubungan Malaysia-Turki turut signifikan di mana Eksport Malaysia ke Turki pada 2009 yang bernilai RM1.6 bilion telah melonjak menjadi RM3.7 bilion pada 2015, manakala import pula yang bernilai RM395 juta pada 2009 telah meningkat kepada RM1.8 bilion pada 2015. Berbanding nilai projek pelaburan Turki di Malaysia pada 2009 yang bernilai RM10 juta, pada 2014 angka yang dicatatkan hanya berjumlah RM1.5 juta.

20) UAE meskipun bersaiz lebih kecil berbanding ketiga-tiga kuasa Asia Barat tadi, namun ternyata dari segi ekonomi Abu Dhabi merupakan rakan yang paling signifikan buat Malaysia.  Eksport Malaysia ke UAE pada 2009 adalah bernilai RM10 bilion dan melonjak kepada sekitar RM11.8 bilion pada 2015.  Import dari UAE juga meningkat mengatasi nilai eksport dengan nilai RM6 bilion pada 2009 menjadi RM12 bilion pada 2015.  Tiga projek pelaburan UAE di Malaysia pada 2014 pula bernilai sebesar RM767 juta. 

21) Qatar pula meskipun eksport Malaysia ke sana hanya berjumlah RM834 juta pada 2015, namun import Malaysia dari Qatar adalah cukup tinggi iaitu sebesar RM2.3 bilion pada 2015, meningkat berbanding RM1.1 bilion pada 2014.

22) Walau bagaimanapun, jumlah eksport Malaysia ke kesemua lima negara terbabit (sekitar RM20 bilion) adalah jauh lebih rendah berbanding ke Amerika Syarikat di mana jumlahnya ialah RM73.6 bilion.  Amerika Syarikat juga adalah merupakan antara sumber pelaburan langsung asing (FDI) yang utama buat Malaysia. Maka adalah menarik untuk diketahui perancangan atau manifesto Presiden PAS dalam mengimbangi aspek hubungan diplomasi dan juga hubungan dagang antara blok AS-Qatar-Arab Saudi-UAE dengan blok Iran-Syria-Rusia-China untuk hala tuju Malaysia kelak seandainya beliau berhasrat untuk menerajui negara.

23) Apa yang pasti, sewajarnya tindakan beliau yang cuba untuk mewujudkan perdamaian di peringkat antarabangsa ini tidak diburukkan dengan perkelahian di Malaysia, baik dari kekhilafan tentang perbezaan dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), mahupun dari segi perbezaan pegangan Sunni-Syiah kerana ini ialah isu percaturan geopolitik, bukan isu perbezaan aliran pegangan agama.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kenapa Delete???? ... Khadump tolong faham statement no 3 ... jgn main sondol je

Kenapa Delete???? ... Khadump tolong faham statement no 3 ... jgn main sondol je..

1. Dr Rora dan Dr Maza adalah antara individu paling lantang yang menyatakan Perang Syria ialah Perang Sektarian iaitu Perang mazhab di antara Sunni dan Syiah.

2. Menurut SU Politik TG Abdul Hadi Awang ke Tehran atas jemputan Dr. Abdurrahman Bayraan, yang merupakan seorang ulamak Iran bermazhab sunni dan juga merupakan ahli Ittihad Ulamak Sedunia.

3. Tidak ada kenyataan dari Setiausaha Politik TG Abdul Hadi Awang juga yang menyatakan kedatangan ke sana mewakili KUIS. Yang ada hanyalah laporan dari website tidak rasmi bagi KUIS (ulamasedunia.org) yang menyatakan kedatangan TG Abdul Hadi Awang ialah mewakili KUIS (sudah di delete).

4. Meskipun sudah di delete penyokong taksub Dr Maza dan Dr Rora memainkan isu website tersebut kononnya kenyataan di website itu merupakan kenyataan rasmi mewakili daripada TG Abdul Hadi Awang sendiri.

5. Setakat ini hanya kenyataan daripada Setiausaha Politik TG Abdul Hadi Awang sahaja di yakini sahih. Sama-sama kita tunggu pernyataan rasmi daripada TG Abdul Hadi Awang sendiri.

6. Apa yang lagi penting buat masa sekarang, nasib saudara kita di Syria terbela. Dan hentikanlah sementara pendirian "holier than thou" sehingga segala penjelasan bagi meredakan situasi yang semakin meruncing di Syria di nafikan terus.

Sekian.

#TeamIstiqomah

SIAPA DISEBALIK KRISIS SYRIA, IRAQ DAN LAIN-LAIN

SIAPA DISEBALIK KRISIS SYRIA, IRAQ DAN LAIN-LAIN 

Oleh : Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Kita berada dalam bencana politik gelap gelita dan mengelirukan. Berita tersebar melalui media sosial dalam ruang lingkup langit terbuka, tetapi ramai yang memperkecilkan petunjuk Al-Quran supaya bertabayyun.

Apa yang membakar bumi Aleppo dan menjadi berita hangat terkini terdengar laksana pencuri memekik perkataan “pencuri” di tengah suara orang yang mengejarnya di waktu malam gelap, memudahkan pencuri sebenar melepaskan diri sambil melaungkan perkataan pencuri.

Beberapa tahun lalu, ketika berputiknya krisis yang membakar bumi Syria kini, beberapa media negara Arab termasuk Al Jazeera paling menyerlah melaporkan penglibatan pihak perisikan Negara Arab (di antara nama yang disebut ialah Putera Bandar bin Sultan, mantan Duta Saudi di Amerika dan mantan Ketua Perisikannya) terlibat menghantar kalangan pelampau ke Syria supaya tercetusnya kekacauan.

Syria adalah negara terdekat di kalangan negara Arab yang menolak perjanjian Madrid dan Oslo bagi mewujudkan perdamaian dengan negara haram Israel tanpa peduli terhadap bumi Palestin yang dirompak dan rakyatnya yang  menjadi mangsa. Iran selepas Revolusi Islam walaupun dilabelkan Syiahnya, adalah kalangan negara Islam yang menentangnya setelah membatalkan pengiktirafan terhadap Israel dan terus memutuskan hubungan biarpun diikat di zaman Shah. Iran telah mengambil manfaat daripada Syria di bawah pemerintahan Parti Baath yang berkrisis dengan Parti Baath Iraq pimpinan Saddam Husain di mana Iraq dibantu negara Barat untuk menyerang Iran dengan sokongan Negara Arab khususnya negara Teluk.

Almarhum Necmettin Erbakan mantan Perdana Menteri Turki menyokong Iran membantu perjuangan Palestin dan menasihatkan kumpulan Islam Syria supaya tidak berhadapan secara keras dengan kerajaannya kerana mendahulukan perjuangan Palestin. Almarhum juga menasihatkan Iran memajukan sains dan teknologinya di mana selepas itu berlaku gerakan membunuh saintisnya, termasuk menawan saintis yang menunaikan haji di Mekah. Kini Iran sudah dapat mencabar kuasa besar dunia dari sudut teknologinya .

Akhirnya Syria memberi kemudahan pangkalan hadapan kepada perjuangan Palestin menentang Israel. Hamas dan Tanzim Jihad yang terbesar dan paling banyak mendapat manafaat dan kemudahan di Syria. Iran menjadi penyumbang paling besar kepada Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah kumpulan Syiah di Lubnan juga mendapat kemudahan, sehingga menggagalkan operasi ketenteraan Israel di Gaza dan Selatan Lubnan. Semua Negara Arab yang menyokong perjanjian damai dengan Israel secara terbuka atau rahsia tidak mendukung perjuangan di Gaza dan Selatan Lubnan.

Banyak media Timur dan Barat mendedahkan betapa krisis Syria membesar dengan bantuan senjata Barat melalui Nato di Turki di sebelah Utara dan di Selatannya Israel. Selepas itu disokong oleh kenyataan Bush, selepasnya Obama dan mereka yang berada dibawahnya. Isu Sunni dan Syiah ditiupkan supaya membakar. Selepasnya beberapa tokoh ulama rasmi dan tidak rasmi mendukung kenyataan yang membakar itu.

Kumpulan pelampau itu akhirnya dapat menawan sebahagian kawasan minyak di Iraq dan Syria, serta laluan pasaran gelap di Utara dan Selatan. Tentera Bersekutu Barat yang sudah diberi tapak pangkalan di seluruh negara Teluk yang berserban itu lebih bertarik tali untuk mengekalkan keadaan yang menguntungkan mereka dan menjamin keselamatan Israel sebagai paksi utama Gerakan Zionis dengan mempengaruhi politik, ekonomi, media dan lain-lain.

Allah tidak mengizinkan keadaan terus menjadi ancaman kepada Islam walaupun secara senyap. Kadang-kadang perubahan dilakukan oleh keadaan pertembungan di kalangan bukan Islam dan pihak zalim, apabila Islam yang lemah tidak mampu melakukan perubahan. Sepertimana sejarah Parsi Majusi menghancurkan Yahudi di Palestin yang zalim membunuh para Nabi dan ulama soleh.

Keadaan kini berubah apabila Kristian Ortodok yang dibelasah komunis Yahudi. Karl Marx bertembung dengan Kristian Katholik dan Protestan di Amerika dan Eropah bergabung dengan Zionis Yahudi yang mempertahankan Israel. Apabila krisis Ukraine menjadi titik pertembungan sehingga pesawat MAS menjadi mangsa. Peristiwa pesawat kita tenggelam laksana pelanduk yang mati di tengah gajah yang bertarung. Keadaan bertukar kepada ketegangan yang memberi tempat kepada Rusia bertapak di Tarsus Syria menjadi pangkalan tentera Rusia, satu-satunya ruang ke laut lepas. Keadaan ini mengubah neraca politik dan ketenteraan yang melemahkan Barat yang melindungi ISIS dan kumpulannya. Soalannya, di mana Negara Arab yang berlindung di belakang kuasa Barat dan Zionis?

Tekanan melalui serangan Negara Teluk ke atas Yaman di laluan ke laut Merah, diisytiharkan di Washington dengan lesen PBB tidak mencapai tujuan sehinga kini. Lawatan Pengarah Kajian Strategik Arab Saudi (Anwar Asyqi) ke Israel menunjukkan “kegelabahan” Negara Arab. Lebih gelabah lagi baru dua minggu Perdana Menteri British menjadi peserta Sidang Kemuncak Negara Teluk di Bahrain dengan resolusi menghadapi ancaman Iran, sehingga Israel dianggap tidak menjadi ancaman.

Semua perkara ini sepatutnya boleh menjadi jawapan disebalik Aleppo yang terbakar itu.

Seterusnya kenangilah sejarah kejatuhan Islam di Andalusia yang ditangguhkan beberapa abad apabila salah seorang Raja Islam di Andalusia mengejutkan semua Raja yang tidak mahu menjemput Raja Ibnu Abbad dari  Morocco kerana takutkan raja itu akan merampas takhta mereka. Apabila seorang raja yang beriman itu bertitah: “Beta lebih rela menjadi gembala kambing dan unta Ibnu Abbad daripada menjadi gembala babi Raja Kristian yang datang menakluk.”

Setahu saya Iran tidak membuat kenyataan untuk mengeksport Revolusi Islam Syiahnya. Iran hanya mengajak Negara Arab yang berjiran itu bersatu menentang Israel dan membebaskan diri mereka daripada kuasa asing.

Mengapa Mazhab Syiah di dalam masyarakat Sunni yang sudah wujud lebih daripada seribu tahun itu tidak pernah menghalang kemajuan Islam di seluruh pelusuk dunia, tiba-tiba kini ditiupkan api permusuhan untuk menumpahkan darah dalam  umat yang satu kiblatnya? Dahulunya berkhilaf secara ilmu sahaja tanpa berpisah dalam satu umat, tiba-tiba sekarang dianggap seperti agama yang berbeza.

PAS adalah Melayu Islam yang tidak mudah lupa. Ketika berlakunya Perang Teluk yang pertama 1980, apabila Saddam Husain menyerang Iran dengan bantuan negara Barat dan Negara-Negara Arab, PAS menyokong Iran, lalu kami dituduh sudah menjadi Syiah. Selepasnya Saddam berpaling tadah menyerang Kuwait, Negara-negara Arab menjemput bala tentera Amerika dan sekutunya menyerang Iraq. PAS menentang jemputan yang haram itu dan berpihak kepada menentang campur tangan asing bersama semua Parti Islam, bukan kerana sudah masuk Parti Baath bersama Saddam.

Sebabnya ialah kami membaca politik di lapangan antarabangsa, bukan hanya membaca kitab dan media sosial di atas meja dalam bilik yang sempit.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 

20 Rabiul Awwal 1438 | 20 Disember 2016                                                         

Sunday, December 18, 2016

Ada PhD tapi bodoh...itulah yang sesuai buat Rozaimie...

Tgha pergi dgn restu dan mandat Kesatuan Ulama' Dunia  sbg wakil berunding bukan pergi buat pandai sendiri.. Mungkin dengan kerajaan Mynmar pun boleh hantar beliau jika ada keperluan..

Ada PhD tapi bodoh...itulah yang sesuai buat Rozaimie...

Nukilan ustaz pondok yg padu.....

-Saya bodoh tapi saya simpan, dia bodoh tapi dia tunjuk-

Saya sebenarnya sudah tidak berminat untuk mengulas sesuatu isu yang timbul dan tidak berminat untuk berbalah di laman ini. Cuma bila melampau saya rasa ingin berbicara walaupun saya ini hanya orang bodoh..Saya lihat semakin melampau ustaz yang kononya 'Pakar Hadith' itu menfitnah. Menghentam orang di statusnya tanpa ada sikap 'Tabayyun'. Dia selalu canang bahawa kita perlu tabayyun. Walhal dia sendiri menyebarkan fitnah.
Selalu saja ingin cepat mengulas dan menjadi hero di facebook dengan merujuk sumber yang salah dan fitnah. Kononnya supaya ingin orang lihat "Akulah yang prihatin pada Ummah", Sedangkan kerjanya hanya update status di FB dan cari "LIKE" sahaja.

Ulama' tersebut pergi ke sana atas tujuan usaha untuk membawa suara Ummah Syiria. Ulama' itu tidak bodoh pergi semata-mata untuk berbaik dan menyokong Syiah yang membunuh Sunni di Syiria. Mungkin dia ke sana sekadar mengambil ruang menyampaikan mesej dan usaha mencari jalan penyelesaian..
Sedangkan saya tidak nampak apa-apa usaha "Dr itu" untuk ummah di Syiria..Yang saya lihat Dr itu hanya sekadar jadi jaguhan berbalah di FB saja..Padan buang masa begitu sahaja..c

Almarhum Sheikh Buti (rahimahullah)  keseorangan menolak pendekatan kekerasan menentang kerajaan Bashar kerana menyedari kemusnahan yang amat dahsyat akan berlaku jika memberontak, dan itulah juga anjuran para ulama silam dalam kitab-kitab mereka yang klasik apabila berdepan dengan mana-mana pemimpin yang zalim, namun para ulama Syria menentang beliau dan menuduh beliau ulama kerajaan dll.,

maka jadilah Syria sepertimana yang kita saksikan hari ini dengan lebih 400,000 (setakat ini) terkorban dan ribuan ulama dibunuh.

Ulama al-Azhar faham bagaimana berhadapan dengan pemimpin zalim dan belajar daripada pengalaman Syria, cuba mengelak Mesir daripada menjadi medan pertumpahan darah seperti Syria, tetapi mereka juga dituduh dengan tuduhan yang sama. Mereka bukan menyokong kerajaan yang zalim, tetapi mereka terpaksa memilih untuk mengambil mudarat dan kemusnahan yang kurang antara dua pilihan mudarat yang ada.

Ini kaedah dalam usul al-fiqh. Kena bersangka baik atas ijtihad para ulama yang thiqah dan jangan ketaksuban dan emosi membutakan kita daripada menghormati ulama jujur yang sepanjang masa dan hayat mereka habiskan untuk Islam.

Allahu al-musta'an!

[Artikel Hiasan: temubual Mac 2013]

Credit : Ustaz Dr Nik Roskiman ( Penceramah Radio IkiM )
Kalau kamu rasa sudah kenal Syiah.. TGHH sudah kenal lebih dahulu daripada kamu.

Kalau kamu sayang kepada Ummat Islam yang dizalimi.. TGHH sebahagian besar usianya dihabiskan pada jalan itu..

Bertanya kenapa TGHH hadir tidak salah tapi menyindir, memaki apa yang dibuat TGHH membuatkan dirimu kelihatan bodoh.#kopipes#

Qunut Nazilah pun tak hafal ada hati nk kondem TGHH

Qunut Nazilah pun tak hafal ada hati nk kondem TGHH..

Persidangan Perpaduan Islam yang ke 30 yang bermula pada hari Khamis lalu yg dihadiri dari kalangan Ulama Sunni dan Ulama Syiah yg diadakan di Tehrah bagi membincangkan serta mencari jalan penyelesaian mengenai konflik yg berlaku ke atas Alleppo akhir2 ini..
Persidangan tersebut di hadiri Naib ketua Ulama Se Dunia iaitu Tuan Guru Haji Hadi....

Tuan Guru Haji Hadi adalah antara orang tengah dlm konflik ini untuk membawa suara rakyat Alleppo yg menjadi mangsa keganasan rejim Basyar Al Assad...

Tuan Guru Haji Hadi juga mewakili Ulama Sunni dalam persidangan tersebut...

Doakan apa yg berlaku ke atas Saudara kita Di Alleppo mendapat pembelaan...

namun selepas kehadiran TGHH dalam persidangan tersebut dgn beliau bergambar dgn Ulama Syiah pun menjadi isu oleh Khadam2 DAPBn...

TGHH hanya bawa suara Rakyat Alleppo yg tertindas dan di zalimi sahaja..

luaskan pemikiran,jangan sempitkan pandangan..

Pray for Alleppo

PAS saja bebas bertanding di mana

PAS saja bebas bertanding di mana suka
SUBKY LATIF | 14 Disember 2016.

SUDAH ada parti pembangkang menyatakan hasrat akan bertanding di semua kawasan yang diwakili PAS sekarang atau mengambil kawasan yang diberi kepada PAS dalam PRU13 dulu.
    
Atau akan meletak calon di mana saja PAS bertanding.
    
Kalau formula satu tidak dicapai, maka siapa saja boleh menentang PAS. Setakat ini formula satu hampir mustahil.
    
Tiada parti pembangkang selain PAS dapat menentukan di mana ia hendak bertanding kerana ia mesti dirunding dan disetujui dulu oleh kerabat-kerabatnya.
    
Hanya PAS sebagai grup ketiga bebas menentukan di mana saja ia hendak bertanding kerana parti itu tiada banyak sekutu. Jikapun ia ada sekutu dalam Gagasan Sejahtera sebagai gabungan kumpulannya, maka sekutunya boleh menerima ketetapan yang PAS anjurkan.
    
Setakat ini PAS dipercayai akan bertanding di semua kerusi yang ditanding oleh Umno manakala baki bagi lain-lain parti Barisan Nasional mungkin ditandingi oleh kerabat bukan Islamnya dari DHPP – Dewan Himpunan Penyokong PAS.
    
Calon bukan Umno BN diyakini diisi oleh DAP, tetapi boleh tentukan jika ia hendak menjadi calon ketiga. Soal bijak baginya menyertai kawasan sedemikian tidak timbul, tetapi ia tidak perlu mendapatkan persetujuan sesiapa jika hendak bertanding di situ.
     
BN akan meletak calon di semua tempat. PAS mungkin tidak bertanding di semuanya, tetapi yang pasti akan bertanding di semua kawasan yang Umno tanding.
    
Ada parti pembangkang yang bercadang menentang semua kawasan yang diberi kepada PAS dulu, tidaklah bebas menentukan itu dia punya. Mungkin kalau habis idah tahaluf siyasinya dengan PKR, PKR juga mahu setengah kawasan itu. Dan tidak mustahil Bersatu juga menuntut.
     
Sekarang PAS tidak terikat dengan kawasan tahun 2013 lagi. Ia akan lawan Umno di semua kawasan. Apakah parti itu akan buru PAS di semua kawasan yang  ditandinginya? Kalau dia buru PAS di mana-mana, apa tinggal untuk PKR dan Bersatu?
     
Bersatu tentulah bercadang bagi menggantikan Umno dan ia akan bertanding sebanyak-banyak kerusi Umno. Sesudah PAS tidak dalam Pakatan tentulah PKR juga ingin unuk mendapat kawasan lebih.
    
Oleh sebab PAS akan jadi calon kedua selepas Umno, parti lain tidak akan dapat mana-mana kerusi kalau parti yang memburu PAS hendak ambil semua yang ditandingi PAS itu.
     
PAS tidak kecil hati jika ia diburu oleh orang yang meninggalkannya. Sebagaimana PAS tidak dapat menghalang mereka meninggalkan PAS, PAS tidak dapat halang mereka memburu PAS. Bahkan PAS tidak dapat halang mereka menyokong NGO yang hendak menggantikan PAS dalam Pakatan semasa mereka masih pemimpin dan ahli PAS.
      
Akan tetapi berupayakah mereka memburu PAS di mana saja ada PAS tanpa mengira disetujui atau tidak oleh sekutunya yang lain.
    
Jika mereka tidak dapat didisiplin oleh Dr. Mahatahir dan Anwar Ibrahim, nescaya mereka akan jadi calon ketiga atau calon keempat jika mereka letak calon juga di tempat yang diuntukkan kepada Bersatu dan PKR kerana di situ ada calon PAS.
    
Apapun mereka tidak boleh tentukan di mana hendak bertanding melainkan apa yang diberi oleh PKR dan Bersatu dan DAP. Kalau Pakatan tidak terima Bersatu, Bersatu akan jadi macam PAS juga bertanding di mana Umno bertanding. – HARAKAHDAILY 14/12/2016

Friday, December 16, 2016

Cahaya Islam Tidak Boleh Dipadamkan

*Khutbah Jumaat*
Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Cahaya Islam Tidak Boleh Dipadamkan
9 Rabiul Awal 1438 (9/12/2016)

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنۡزَلَ عَلَى عَبۡدِهِ الۡكِتَابَ لِيَكُونَ لِلۡعَالَمِينَ نَذِيرًا. أَشۡهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحۡدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُۥ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُۥ وَرَسُولُهُۥ، أَرۡسَلَهُ ٱللَّهُ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيۡنَ يَدَيِ ٱلسَّاعَةِ، فَأَدَّى ٱلۡأَمَانَةَ، وَبَلَّغَ ٱلرِّسَالَةَ، وَنَصَحَ ٱلۡأُمَّةَ، وَجَاهَدَ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ وَبَارِكۡ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدۡوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ ٱلرَّحۡمَةِ وَشَفِيعِ ٱلۡأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَمَنۡ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُۥ وَوَالَاهُۥ.

أَمَّا بَعۡدُ:

فَيَا عِبَادَ ٱللَّهِ، ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَى، فَقَدۡ فَازَ ٱلۡمُتَّقُونَ.

Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertakwa. Maka demi sesungguhnya berjaya dan selamatlah  orang-orang yang bertakwa kepada Allah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita memahami peringatan daripada Allah SWT :

يُرِيدُونَ لِيُطۡفِ‍ُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨ [سورة الـصّـف : ٨]

(Maksudnya) : Marilah sentiasa berusaha hendak memadankan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayanya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan demikian).

Kita memperingati bulan kelahiran Rsulullah SAW, Rasul yang diutuskan untuk seluruh manusia, menamatkan kerasulannya, tidak ada lagi Rasul selepas Muhammad SAW, setelah Allah SWT menentukan untuk menamatkan alam dunia bila-bila masa sahaja.

Rasul yang dipilih adalah dipilih daripada zuriat Nabi Ibrahim AS yang diletakkan di Makkah al-Mukarramah yang disebut oleh Allah SWT :

وَادٍ غَيۡرِ ذِي زَرۡعٍ [سورة إبراهيم : ٣٧]

(Maksudnya) : Lembah (tanah suci Makkah) yang tidak ada tanaman padanya.

Namun Allah SWT memilih Rasul akhir zaman di tempat yang kering begini rupa, tidak dipilih di bumi yang subur, tidak dipilih di negeri-negeri yang bertamadun yang kaya raya dengan harta bendanya. Ini adalah untuk menyatakan permuliaan Rasul akhir zaman itu dengan pembangunan manusia. Dibina jasadnya dengan makanan-makanan yang halal. Dibina rohnya dengan iman dan akhlak yang mulia. Dibina akal fikiirannya dengan ilmu yang memberi manfaat. Diwahyukan Al-Quran Karim.

إِنَّ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ يَهۡدِي لِلَّتِي هِيَ أَقۡوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرٗا كَبِيرٗا ٩  [سورة الإسراء : 9 ]

(Maksudnya) : Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberi berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ ٢ [سورة البقرة : ٢]

(Maksudnya): Kitab Al-Quran uuni tidak ada sebarang syak padabya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.

Kekuatan dan kemuliaan manusia itu dengan bertakwa kepada Allah SWT . Firman Allah SWT :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣ [سورة الحُـجُـرات : ١٣]
(Maksudnya) : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra di antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya diantara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Allah SWT telah menjanjikan manusia yang telah dibina dengan takwa ini menegakkan negara yang bertakwa.

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٩٦ [سورة الأعراف : ٩٦]

(Malsudnya) : dan sekiranyan penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasuk kami), lalu kami timpalan mereka dengan azab seksaan disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Melalui kumpulan pertama yang dibentuk oleh Rasulullah SAW digabungkan mereka yang telah beriman di Makkah al-Mukarramah yang melakukan hijrah dikenali dengan golongan Muhajirin dan orang-orang di Madinah yang beriman yang dinamakna Ansar. Dengan dua kumpulan yang dibentuk diri mereka dengan Islam, mendirikan sebuah kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah SWT.

Allah menyempurnakan manusia dan kerajaan yang didirikan itu dengan Islam yang sempurna. Sebelum diwafatkan Nabi Muhammad SAW, Allah SWT mengisytiharkan :

ٱلۡيَوۡمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِۚ ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ [سورة المائدة : ٣]

(Maksudnya) : Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) daripada agama lamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepafa mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu agama dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhokan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Islam petunjuk Allah SWT diusahakan untuk dipadamkan oleh orang-orang Musyrikin di seluruh semenanjung tanah Arab menyerang negara Islam yang ditegakkan. Serangan berikutnya oleh bala tentera Ahzab yang menggabungkan golongan Musyrikin dan ahli Kitab untuk memadamkan cahaya agama Allah SWT. Semua kumpulan itu dikalahkan. Cahaya Islam tidak boleh dipadamkan.

Setelah Islam disempurnakan, Allah SWT mewafatkan Nabi Muhammad SAW. Sebaik sahaja mendengar berita kewafatan Nabi SAW, kabilah-kabilah Arab sebahagian besarnya murtad (keluar daripada agama Islam). Kumpulan yang murtad ini disokong oleh dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Mengikut adatnya, padamlah cahaya Islam. Disaat yang mencabar ini, Allah SWT menunaikan janjinya.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِي ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ يُحِبُّهُمۡ وَيُحِبُّونَهُۥٓ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ يُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآئِمٖۚ ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٥٤ [سورة المائدة : ٥٤]
(Maksudnya) : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa diantara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang bersungguh-sungguh di jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya; kerana Allah Maha luas limpah kurniaanNya, lagi meliputi pengetahuanNya.

Disaat yang mencabar ini, sebaik sahaja mendengar berita kewafatan Rasulullah SAW , ketika sebahagian sahabat dalam kesedihan setelah bergembira dengan kemenangan Islam (pembukaan Makkah), tiba-tiba sedih dengan kewafatan Rasulullah SAW. Mereka dikepung dengan golongan yang murtad bersama dengan kuasa besar dunia. Abu Bakar As-Siddiq RA bangkit menyampaikan ucapan:

اَيُّهَا النَّاسُ، فَمَنۡ كَانَ مِنۡكُمۡ يَعۡبُدُ مُحَمَّدًا فَإِنَّ مُحَمَّدًا قَدۡ مَاتَ. وَمَنۡ كَانَ يَعۡبُدُ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ. وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٞ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِيْن مَّاتَ أَوۡ قُتِلَ ٱنقَلَبۡتُمۡ عَلَىٰٓ أَعۡقَٰبِكُمۡۚ وَمَن
يَنقَلِبۡ عَلَىٰ عَقِبَيۡهِ فَلَن يَضُرَّ ٱللَّهَ شَيۡ‍ٔٗاۗ وَسَيَجۡزِي ٱللَّهُ ٱلشَّٰكِرِينَ.

(Maksudnya) : Wahai manusia, sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad sudah mati, Allah itu Maha Hidup, tidak mati sekali-kali. Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Juga demikian, lalau dia pula mati atau bertaubat, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir) ? dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)

Para sahabat RA bangkit menentang golongan murtad. Cahaya Islam bukan sahaja tidak boleh dipadamkan, bahkan cahaya Islam telah berjaya menghapuskan dua kuasa besar dunia, Parsi dan Rom. Begitulah Allah SWT menunaikan janjiNya, cahaya Islam tidak boleh dipadam oleh mulut-mulut manusia dan oleh makhlukNya. Hari ini kita menyaksikan kejatuhan khalifah islamiyyah (pemerintahan Islam yang besar) yang memimpin dunia. Negeri-negeri umat Islam dipecah dan diperintah oleh kuasa-kuasa penjajah yang bukan Islam. Mereka membahagikan negeri-negeri umat Islam diseluruh pelusuk dunia. Setelah mereka melancarkan serangan ketenteraan untuk membawa umat Islam habis-habisan, mereka melenyek pemikiran umat Islam. Kita menyaksikan bagaimana cahaya Islam tidak padam juga, cahaya Islam tidak boleh dipadamkan, agama Islam tidak boleh dimatikan, bukan sahaja Islam yang sudah berada di negari-negeri umat Islam, bahkan cahaya Islam masuk ke seluruh pelusuk dunia negeri-negeri yang bukan Islam di Timur dan di Barat membetulkan apa yang dijanjikan oleh Allah SWT yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW :

لَيَبۡلُغَنَّ هَذَا الۡأَمۡرُ مَا بَلَغَ اللَّيۡلُ وَالنَّهَارُ. [رواه أحمد]

(Maksudnya) : akan sampai urusan (agama Islam) ini dimana sampainya siang dan malam.

Marilah kita bersama dengan Islam, hidup dan mati, cahaya yang menunjukkan kita ke jalan yang benar dari dunia sehingga hari akhirat.

هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ ٣٣ [سورة التوبة : ٣٣]

(Maksudnya) : Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikan ayat segala agama yang lain, walaupun orang-orang Musyrik tidak menyukainya.

بَارَكَ ٱللَّهُ لِي وَلَكُمۡ  بِٱلۡكِتَابِ وَٱلسُّنَةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمۡ بِٱلۡآيَاتِ وَٱلۡحِكۡمَةِ. أَقُولُ قَوۡلِى هَٰذَا وَاَسۡتَغۡفِرُ ٱللَّهَ ٱلۡعَظِيمَ لِي وَلَكُمۡ وَلِسَائِرِ ٱلۡمُسۡلِمِينَ وَٱلۡمُسۡلِمَاتِ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ.


https://www.pas.org.my/artikel-berita-dupp/10277-khutbah-jumaat-cahaya-islam-tidak-boleh-dipadamkan-2